20 October, 2008

Shamsiah Fakeh

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 8:37 am by Ketua Perusuh

Al Fatihah

Saya ingin meminta berbanyak-banyak maaf atas komentar ini.

Susah rasanya untuk saya menulis mengenai perkara ini. Apa yang pasti, Shamsiah Fakeh (salah seorang pejuang kemerdekaan tulin negara) telah kembali kerahmatullah. Apa yang mampu saya buat adalah berdoa semoga Almarhumah berada didalam rahmat Allah S.W.T senantiasa, diampunkan dosa dan ditempatkan didalam syurga bersama pada syuhada.

Kepada anak-anak dan cucu-cicit Almarhumah, bersabarlah menempuh dugaan ini. Tiap-tiap yang hidup akan menghadapi kematian.

Al Fatihah

Ketua Perusuh,
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

7 Comments »

  1. Jeffripower said,

    Seorang pejuang kemerdekaan Melayu yang hebat dan wajar dikenang telah pergi meninggalkan kita…Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al Fatihah…

  2. Cucu Panglima Genta said,

    Usahlah tuan gundah-gulana.
    Hatta Rasulullah melawat pengkebumian seorang Yahudi.
    Inikan pula kita.
    Apa yang diajar/anjur oleh agama adalah supaya kita berakhlak.

    Adakah perbezaan pendapat menghalang kita melafazkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah ?
    Bolehkah kita mengaku umat apabila saat kematianpun membezakan fahaman dan pendapat ?

    Apabila matinya anak Adam itu maka terputuslah kecuali ………..

    Pandangan saya seorang(orang lain saya tak tahu)
    British = UMNO
    Media UMNO(British) tidak akan mengikhtiraf mereka-mereka yang menentang.
    Perhatikan ulang tahun kemerdekaan,propaganda hanya perang dengan Jepun.Sepanjang umur saya tak pernah media menayangkan orang melayu membunuh British(orang putih)
    Hanya melalui buku sejarah sahaja Datuk Maharajalela(Si Putung) membunuh Birch.
    Tidak ada tayangan yang menunjukkan orang melayu bangkit menentang orang putih,kemudian Jepun masuk terpaksa menentang Jepun pula.Lepas tu British masuk sedangkan pejuang ramai yang berada dihutan ketika itu.
    Dituduh oleh British sebagai Komunis.Apa pilihan yang ada pada pejuang kemerdekaan ketika itu?
    Tuan bayangkan 1943-1957(lebih kurang 12 tahun) banyak perkara yang British boleh buat untuk meletakkan kepentingannya di Malaya.Direkrutnya askar,direkrutnya polis bekerja dengannya untuk membunuh sesama melayu(pejuang kemerdekaan),direkrutnya anak-anak pembesar,masuk MCKK supaya hati perut mereka berkiblat kepada British.Ini yang menjadi barah di tanahair sekarang.
    Kalau tidak ada orang seperti tuan dan para blogers lain,minda rakyat akan menjadi seperti burung kakak tua.
    Mata saya menyaksikan sendiri pejuang kemerdekaan tanahair berlainan sekali apa yang dipropagandakan oleh UMNO(British)
    Di negeri kelahiran saya pula bagaimana sistem beraja berputar menjadi busuk.Salasilah entah kemana!

    Pada mereka yang fanatik buangkan prasangka disaat tubuh masuk ke liang lahad.
    Nabi tidak mengajar umatnya supaya mejadi orang yang tak berakhlak.

    Akhir kalam,
    Alam menangisi perginya seorang srikandi kehadrat Allah sw.t.
    Semoga dicucuri rahmat,
    Budimu tetap kami kenang,
    Al-Fatihah………………………..Amin.

  3. Arjuna Waspada said,

    Innalillahirajiun.Salam takziah kpd keluarga Allahyarham Bonda Shamsiah Fakeh.Semoga Allah SWT terima semua amal bakti nya.Semoga Allahyarham bersama para ambia yang soleh.Semoga semua orang Melayu tidak sia sia kan perjuangan dan segala pengorbanan Allahyarham.Hanya Allah SWT berhak menentukan balasan yang setimpal dan se adil adilnya.saya mohon Allah SWT terima lah hadiah ALFATEHAH kapada Allahyarham bonda Shamsiah dan Allahyarham ayahanda Ibrahim..ALFATEHAH
    arjuna waspada

  4. alfatehan said,

    al fatehan juga di atas muka bumi ini kepada Tun Mahathir Mohammad

  5. zmy said,

    sdr
    tak susah nak menulis perkara ini kerana di sana Allah telah menegaskan bahawa
    1.Allah tetap akan muliakan seseorang yang benar walau semua manusia membenci/memusuhinya
    2.Allah juga akan membenci/malaknat kepada sesiapa saya walau semua manusia menyenanginya.
    3maka dalam kes Shamsiah Fakeh disisi Allah kita mohon keampunan walau kerajaan (majoriti rakyat )amat negetif terhadapnya
    SEMOGA ALLAH MENCUCRI RAHMAT KE ATASNYA AMIN.
    sekian

  6. daun kering said,

    patut nya orang macam ni yang diberi Datuk, Tun
    atu Tan sri bukan Shahruk khan

  7. PM said,

    kepimpinan beliau tidak dipengaruhi oleh kepentingan peribadi walaupun beliau adalah wanita dan caranya tidak diterima oleh masyarakat. Tetapi beliau menunjukan kewibawaannya sebagai salah seorang yang memperjuangkan hak dan kebebasan walaupun nyawanya terancam.

    al-fatihah buat almarhumah, semoga rohnya dicucuri rahmah dan dihimpunkan dalam golongan orang yang beriman


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: