17 October, 2008

Pekak Badak?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 4:53 pm by Ketua Perusuh

Komentar saya kali ini boleh diklasifikasikan sebagai menghasut. Oleh itu sebagai peringatan kepada semua pembaca, sila berhati-hati agar anda tidak dihasut oleh saya. Sebaik mungkin hendaklah anda menghindarkan diri daripada dihasut oleh saya. Segala hasutan saya wajarlah anda tolak. Jika anda masih lagi boleh dihasut, ini bermakna anda bukanlah seorang boleh berfikiran terbuka dan bebas.

Sistem pemerintahan Malaysia sememangnya dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu sistem Raja Berpelembagaan dan juga sistem Kerajaan Berparlimen. Namun sedihnya kini kita boleh melihat bagaimana kedua-dua sistem ini seperti dikawal oleh satu pihak sahaja.

Saya tetap berpegang kepada hujah Hang Jebat (salah seorang panglima besar kerajaan Melayu Melaka satu masa dahulu) iaitu “Yang Adil Disembah, Yang Zalim Disanggah”. Oleh yang demikian pada pandangan peribadi saya, amatlah tidak wajar jika pimpinan utama negara tidak langsung ingin mendengar luahan rakyat malah seperti menutup mata dan telinga atas keresahan rakyat jelata.

Mana tidaknya, hampir seluruh rakyat negara ini amat tidak bersetuju bilamana berlakunya salah guna kuasa Perdana Menteri (yang terdahulu dan kini) terhadap institusi kehakiman negara. Malah dengan pengaruh politik Perdana Menteri, telah memungkinkan seorang Hakim (yang walaupun layak dari segi kekananan) dilantik menjadi Ketua Hakim Negara (Chief Justice), walaupun diketahui umum bahawa beliau pasti akan menyalahgunakan kuasa beliau ketika menjalankan tugas.

Telah terbukti sebelum ini beberapa kes yang melibatkan penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara sehingga menyebabkan banyak kes yang berkait rapat dengan politik tempatan dimenangi oleh pihak yang berjaya menyogok Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara.

Kini para pemimpin utama negara telah bersikap “Pekak Badak” sekali lagi dengan cadangan untuk melantik seorang lagi “mangkuk” yang dikenalpasti condong kepada sebelah pihak. Zaki Azmi nampaknya berpeluang untuk menjawat jawatan Ketua Hakim Negara walaupun dari segi kekananan beliau dalam bidang kehakiman boleh dipertikaikan. Malah kaitan rapat beliau dengan Pakatan Barisan Nasional terutamanya UMNO sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Beliau pernah menjadi ahli UMNO walaupun status beliau kini tidak ketara (kabur).

Jika pimpinan utama negara pun masih lagi bersikap “Pekak Badak” dan tidak menghiraukan aspirasi dan luahan rakyat, bagaiman pula rakyat boleh menerima pimpinan sebegini. Adalah wajar sekiranya pimpinan ini meletakkan jawatan mereka kerana jawatan mereka memerlukan rakyat untuk dipimpin. Apalah yang ada pada jawatan mereka sekiranya mereka tiada rakyat untuk dipimpin.

Kepada pimpinan utama negara ini, saya nasihatkan supaya buka telinga dan mata agar dapat melihat aspirasi dan luahan rakyat sebelum terlambat. Namun jika mereka masih lagi bersikap menutup telinga dan mata, maka jangan terkejut jika satu masa nanti mereka akan menjadi sejarah sahaja di negara ini. Jika rakyat diperlukan untuk mempertahankan keistimewaan pemimpin, maka sewajarnya pemimpin juga perlu mempertahankan keistimewaan rakyat.

Sebagai anak melayu, saya masih lagi berpegang kepada kata-kata “Pantang anak Melayu derhaka kepada Rajanya” namun bak kata Hang Jebat, “Yang Adil Disembah, Yang Zalim Disanggah”

Oleh itu pada pandangan saya, eloklah dinilaikan kembali keputusan untuk melantik “mangkuk” Zaki Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Ramai lagi rasanya yang lebih kanan didalam sistem kehakiman negara yang bersih dari berpolitik dan dilihat bersih dari semua skandal. “Mangkuk” Zaki Azmi juga nampaknya telah menyelamatkan Mohd. Abbas Danus Baksan dalam kes rogol dan bunuh Nurul Huda Gani (10 tahun) dari hukuman gantung sambil memuji peguambela Jagdish Kaur.

Jika inilah “mangkuk” (Zaki Azmi – Presiden Mahkamah Rayuan) yang nampaknya suka melepaskan perogol dan pembunuh malah gembira pula memuji kemenangan peguambela kes tersebut, dilantik menjadi Ketua Hakim Negara maka janganlah terkejut nanti bilamana beliau akan melepaskan banyak lagi jerung dan syaitan dinegara ini jika kena dengan harganya. Bagi mana-mana tertuduh yang mampu, sila sediakan wang yang banyak untuk membayar “mangkuk” Zaki Azmi ini jika anda didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia. Ada wang anda selamat.

Selamatkan Malaysia

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

12 Comments »

  1. saiful azmi said,

    Sedih dengan semua perkembangan ini…tak bolehkah sesekali Kerajaan mendengar suara rintihan rakyat?

  2. kluangman said,

    Siapa siapapun yang dilantik, kalau dia tak kroni pada orang atau kumpulan ini dia akan kroni kepada orang dan kumpulan satu lagi.
    Kalau nak hasut pun, biarlah betul betul jadi ‘mangkuk hayun’ – ada klas sikit.

  3. mamat said,

    woi kluangman mangkuk. kat sini plak kau ye. berapa umnoi jahanam bayar kau ha. dasar lapar pelahap duit. kau ni mangkuk xbleh hanyun la

  4. ruyom said,

    The truth is that Umno has ruled supreme for the last 50 years. It always got its way because the dominant ethnic majority of the country always supported its policies.

    The state of the nation is corrupt, racist, discriminatory, abusive, unjust, inefficient, and backwards. If Malaysia stinks then it is because Umno stinks.

    If the “morals of the country” stinks, then it is because the morals of Umno politicians stinks.

    I won’t even discuss the morality of explosives and murder of foreign nationals as most people seem to be able to tell the difference between right and wrong in this instance.

    Instead, I shall talk about Umno corruption and Umno racism as the former will occasion the disastrous downfall of this nation, and the latter will be the downfall of the Malays.

    Umno teaches that it is just to discriminate against all non-malays and non-Muslims – jobs, education, schools, colleges, universities, business opportunities, government contracts, taxes, and even finding a cemetery to bury the dead.

    Umno teaches that it is right to discriminate on the basis of a person race, culture, language or religious belief.

    In front of non-malays, it speaks of tolerance and unity in diversity, and in front of malays it speaks of race, religious, cultural and language supremacy, and the glorification of power and ethnic subjugation.

    Bung Mokhtar leadership role as characterised by a yobbish machismo, obscene gestures, medieval attitudes towards women and minorities, and strutting bigotry within Umno is not only not an accident of chance, but an exemplary example of Umno appeal to the baser instincts and darker fantasies of its ethnic constituency.

    To the vernacular schools it gives a pittance for support, and to malay language schools, there is no need to be diplomatic and call them “national language” schools, it gives 100% support.

    As for English-medium schools, the type that made Malaysia education the best in South East Asia, and our school leavers the most sought after anywhere in the civilised world, they were made extinct, courtesy of Umno language and cultural supremacist fantasies.

    So we are left with unemployable graduates with deplorable job skills and prospects.

    Umno policies caused a brain drain to Australia, New Zealand, UK, Canada, and the US.

    Umno language supremacist policies caused the extinction of the best high quality education that Malaysia and the malays would ever know.

    Umno perversion of the very idea of meritocracy in favour of racist discrimination has ensured the lack of meritocractic competition for all Malaysians.

    Sooner or later, the malays will realise that denying meritocracy to non-malays guarantees that there can be no meritocracy for malays even within their own community.

    The fact that there is no notable inferiority complex nor entitlement complex or NEP dependence amongst the non-malays is no accident.

    If the non-malays were the dominant ethnic majority, and they had an Umno-like racist party to lead them with promises of ethnic supremacy, racial discrimination and ethnic privileges, then I believe they would have lost their self-confidence, self-respect and self-belief too.

    Farish Noor once said “Umno ternak melayu untuk disembelih”.

    I agree, and if the dominant ethnic majority fails to see past Umno seductive promises of ethnic supremacy and false gods of ethnic aggrandisement, then we are all finished.

  5. konek said,

    When will be the good day the Orang Asli come forward to utter their rightful word – “you all go back to your land of origin and leave us alone”. Then malays, Indians and Chinese etc, can all pack and leave Malaysia for good.

  6. romsam said,

    The ruling coalition has enjoyed an almost unbroken 50 years of 2/3 majority in parliament. The only time this overwhelming majority was lost was in 1969.

    Immediately, the race riots were triggered, parliament was suspended and the National Operations Council (with 100% control) installed. The semblance of democracy was only restored after the major opposition parties were sucked into a new and larger coalition and the 2/3 majority regained.

    The ruling coalition operates on the whip principle – component parties and representatives must toe the official line. Under no circumstances is a wakil rakyat allowed to vote according to his conscience or according to the mandate the people he represents gave him.

    So what has 50 years of 2/3 majority given us?

    * The Malaysia Constitution has been amended some 690 times. The USA has been in existence for more than 200 years and their constitution was only amended 27 times.

    * The Malaysia Constitution is amended for matters as trivial as extending the term of office on the Elections Commission officer, simply to avoid facing rejection by the Agung.

    * Because of the overwhelming power available to the executive, the judiciary has been emasculated and corrupted, the legislature has been reduced to a rubber stamp, the powers of the Agung have been clipped.

    * The legal system is a sad joke, serving only further the desires of the ruling clique.

    * The Elections Commission serves only to ensure that the ruling clique is returned to power.

    Look at the statistics:

    · In the last election (2004), Barisan Nasional received only 63.8% of the popular votes but has 91% of all parliamentary seats. All due to gerrymandering, phantom votes, voter relocation, voter substitution – there are even suspicions of ballot box stuffing.

    · Umno received 35.9% of the popular votes, has 50% of the parliamentary seats and holds 71% of the ministerial positions. The other members of the coalition have been reduced to running dogs, wagging their tails and begging for scraps.

    · Little Napoleons have been allowed to run rife and the rights of non-malay, non-Muslim communities have been trampled upon.

    · The wakil rakyat do nothing even when constitutional amendments threatening these rights are proposed. It is left to the opposition members to highlight these alarming matters and try to prevent total steamrolling.

    · Meanwhile, it is not like the rights of all malays are really being addressed. Claims of hardcore poverty among rural malays indicate that wealth distribution is not making real headway.

    · Under the umbrella of the NEP, wealthy Umno leaders continue to steal the wealth of the country, feeding pittance to the people. And the malays are being deprived of the ability to compete and gain new skills.

    · Under the shield of the NEP, incompetent people (skilled in politicking) are given promotions while capable people are being deprived of the opportunity to lead.

    · Major national corporations and companies are blundering from error to error. We have lost our competitive edge in practically every field.

    Change may not necessarily be better.

    If we want to become better, we must want change.

    We hold that power.

  7. globalmalau said,

    KP…saja masuk nengok…rasanya aku rasa terhasut…maka aku cepat cepat patah balik dan kembali sebagai seorang yang tidak terhasut…
    salam pada semua…kerjaaan yang ada tersalah sistem…payah nak perbaik lah ..sistem dah berjalan lamadah …nak ubah macamana lagi…kalau ubah sistem dlm online nanti hangging plak …heheheh

    apapun saya tak akamn menghasut…

    salam semua

  8. keturunan jebat said,

    aku skang ni dah tak tahan ngan sultan/raja ni, hampeh!! nama aja ada power tp tak bleh pakai, rupa2nya sultan/raja2 ni pun suma dah jadi totok BN, bodoh!!! tak nampak lg ke!! nak tunggu hapa lg, ke korang sultan2 ni takut hilang kemewahan!!! habis yg kitaorg rakyat jelata dok makan nasik ikan kering hari2 ni pun kena wat bodoh gak ker!!!ish apa la malang nasib, dapat pemimpin, pemimpin zalim, dodoh dan dungu!! maaf cakap, aku dah hilang respect kat sultan/raja2 ni, benci aku kat korang sultan2 sama mcm benci aku kat pemimpin BN yg zalim!!! Tak payah la nak berbeta2, berpatik2..taraf korang ‘aku kau’ je skang ni….salammmm!!!

  9. sapir_lokman said,

    konek said,

    19 October, 2008 at 12:51 am

    When will be the good day the Orang Asli come forward to utter their rightful word – “you all go back to your land of origin and leave us alone”. Then malays, Indians and Chinese etc, can all pack and leave Malaysia for good.—salah satu mangkuk hayun yg tak faham dan buta sejarah….ko memang mangkuk hayun la

  10. DS Fatimah said,

    salam. berkunjunglah ke blog saya. http://www.datinserifatimah.blogspot.com

  11. Cucu Panglima Genta said,

    Raja-raja berniaga.
    Menteri-menteri berniaga.
    Hakim berniaga.
    Nyawapun dijadikan perniagaan.

    Raja-raja bila dah bagi kuasa salah guna pula.
    Mahathir ambil kesempatan, gelak besor le dia.
    Bila rakyat bangkit,senjata ampuh mereka ialah ISA dan perlembagaan persekutuan.
    Bila lawan,dikatakan menderhaka.Ke tali gantung le kita.
    Ada raja berjiwa rakyat umur pula tak panjang.
    Apa nak buat ?

  12. mohd nor said,

    Seorang pemimpin yang bijak akan menggunakan apa saja untuk menyenangkan beliau menjalankan pemerintahan. Sebab itulah Tun Mahathir dapat lama bertahan. Dari satu segi Tun bukanlah baik sangat. Tapi hampir keseluruhan rakyat Malaysia mendapat kehidupan yang lebih dan semakin baik. Pak Lah dalam bahasa yang lunak sikit, kurang bijak. Maka ini lah jadinya. Kacau bilau. Jadi Pemimpin misti berkuasa kalau mahu memerintah dengan baik. Kalau tak berkuasa jadi lah sepertimana pemimpin Pelestin dan Irak sekarang ini. Nak buat apa pun kena tanya amerika dan israel dulu. Hatta sembahyang kat masjid pun polis israel yang tentukan siapa yang boleh dan siapa yang tidak


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: