15 October, 2008

Bersemayam Di Tahta?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 5:48 am by Ketua Perusuh

Najib Razak nampaknya setakat ini menjadi satu-satunya calon popular yang cuba diangkat untuk bersemayam di tahta Kerajaan Malaysia sebagai Perdana Menteri Ke 6. Gegak gempita seluruh alam buana Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Malah ramai para penyokongnya bagaikan berpesta untuk memastikan bahawa Najib Razak berhak bersemayam di tahta tersebut.

Dalam tak sedar, kita semua terlupa bahawa masih ada banyak lagi rintangan yang pastinya akan menggugat dan seterusnya mematikan peluang bagi Najib Razak bersemayam di tahta Perdana Menteri Malaysia. Musuh-musuh politik beliau bukanlah semakin berkurang, namun telah bertambah dari sehari ke sehari. Itu belum lagi musuh dalam selimut yang pastinya menanti peluang untuk mencantas Najib Razak.

Janganlah kita lupa bahawa Abdullah Ahmad Badawi masih lagi berpeluang untuk dicalonkan walaupun beliau telah bertegas mengatakan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pemilihan pucuk pimpinan UMNO kali ini. Dengan angka lebih daripada 6 digit wang yang telah dilaburkan, tentulah ianya akan memberikan pulangan yang dikehendaki. Mewah sungguh perwakilan dan pimpinan bahagian dalam UMNO kerana semua pihak telah menghulurkan sebanyak mungkin wang “tumbuk rusuk” dalam usaha mereka melobi.

Pada masa ini, maruah, harga diri dan jati diri perwakilan dan pimpinan bahagian nampaknya lebih rendah daripada binatang ternak yang disogokkan dengan makanan yang banyak sehingga gemuk sebelum disembelih dimasa akan datang. Kita biarkanlah dan tengok sejauh mana mereka rela menggadaikan diri mereka demi kepentingan duniawi (wang ringgit).

Berbalik kepada tajuk komentar kali ini, saya beranggapan bahawa peluang Najib Razak untuk bersemayam di tahta Perdana Menteri Malaysia cuma sekitar 45% sahaja setakat ini. Walaupun begitu jika pelobi dan penyokong Abdullah Ahmad Badawi berjaya dalam usaha mereka, pastinya peluang Najib Razak akan berkurangan lebih banyak lagi. Konsep siapa bayar lebih akan dapat undi yang lebih begitu teruk menular didalam UMNO dewasa ini.

Minggu kedua dan ketiga pencalonan peringkat bahagian pastinya akan lebih sengit bilamana lebih banyak lagi wang “tumbuk rusuk” akan ditaburkan untuk memastikan semua usaha pelobi mencapai sasaran yang dikehendaki. Yang pastinya semua ini tidak akan dapat dipantau, dikesan malah diambil tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO. Malah seperti biasa semua aduan dan bukti lobi dan wang tumbuk rusuk ini bagaikan air yang dicurahkan ke daun keladi. Apalah yang mampu dilakukan oleh Tengku Ahmad Rithauddin dalam menangani kemelut rasuah dalam UMNO.

Oleh itu, siapakah yang akan menduduki tahta Perdana Menteri Malaysia yang Ke 6? Mungkin ada yang akan ketawa besar jika saya berpandangan bahawa tahta tersebut akan beralih kepada Pakatan Pembangkang? Mungkin juga Abdullah Ahmad Badawi akan bersemayam di tahta tersebut buat kali ke 6?

Walau siapa pun yang bertahta di jawatan Perdana Menteri Malaysia, ianya tidak akan terkecuali dari menjadi mangsa komentar/penulisan saya jika didapati menyeleweng. Malah ianya bertepatan dengan motto laman blog ini, “Yang Adil Disembah, Yang Zalim Disanggah”

” Ke Arah Malaysia Baru “

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

4 Comments »

  1. Reformasi said,

    Paklah dan semua puak UMNO menganggap menjadi MP adalah suatu Takhta buat mereka.. Cuba kalian selami maksud lagu yang saya jumpa di Youtube…

  2. jeremy said,

    diatas kertas memanglah nampak mudah perjalanan Najib menjadi PM kerana yang diperlukan hanya Abdullah untuk meletak jawatan dan dia untuk menjadi PM seterusnya.

    namun off the record,pelbagai hal yang terjadi terhadap dia kini boleh membantutkan kenginan dia untuk menjadi PM.Atlantuya,isterinya Rosmah,skandal kapal selam dan yang terbaru sekali adalah Eurocopter.

    siapakah dalang yang mahu mengenakan Najib?saya tidak mahu meneka siapa tapi sememangnya orang itu mahu Najib untuk berundur dan jatuh macam cempedak busuk.

  3. dasuki_tmc said,

    kalau dah tercalit dengan perkara yang membusukkan maka cepatlah di bersihkan dan digilap, tapi ini tidak dilakukan, jadi akan bertambah busuk,
    betul ke najib ni layak menjadi pm malaysia?
    apakah najib ni tidak melakukan perkara dosa besar?
    apakah najib ni sudah bertaubat dari perbuatan lampau?
    aku tidak berwala’ dengan najib jika di angkat jadi pm malaysia, akan ku tuntut di akhirat nanti……

  4. Man Ulu Tiram said,

    Pada saya, Najib kena bersihkan namanya melalui mahkamah. Takut? Berani kerana benar.. Basuhlah maruahmu dengan mahkamah. Selesaikan perbicaraan sebelum 31 MAc. Najib bakal PM ke-6. Segerakan urusan mahkamah ibarat memukul nyamuk, mudah; jka mahu. Masalahnya tidak mahu membersihkan nama. Selagi itulah rakyat akan berteka-teki. Jangan salahkan rakyat . Mereka berhak menilai. Ini bukan zaman 50 an.

    Lagi pulak demokrasi di Malaysia ni , siapa suara lebih dia menang. Hhhh.. Makan tuan nampak.

    Maknanya, dengan angkat tangan atau pangkah sahaja , jadilah undang-undang. Agaknya jika diundi antara pergi ke masjid dengan pergi ke `funfair` atau konsert siti norhaliza. Jika dikira ramai, menanglah `funfair` dan siti. Berjayalah demokrasi tinggalan penjajah ini. Huh..huuu…huuu!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: