8 October, 2008

Bijak, Memang Bijak!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 3:42 pm by Ketua Perusuh

Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang Perdana Menteri yang lebih licik daripada Dr Mahathir Mohammed. Anda boleh sanggah pandangan saya ini, namun sewajarnya anda perlu membaca sampai habis komentar saya kali ini.

Majoriti rakyat Malaysia telah lama mengetahui bahawa Dr Mahathir Mohammed adalah Perdana Menteri Malaysia yang licik. Setiap langkah dan tindakannya tidak dapat dijangka. Biarpun diwaktu ditimpa pelbagai kemelut, beliau memang dapat menyelesaikannya malah dengan angkuh berjaya memperkecilkan musuhnya.

Semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohammed, dia tidak akan membiarkan sesuatu masalah itu timbul dan menyulitkan pemerintahannya. Beliau dengan tangkas akan memancung (menetak) pucuk-pucuk yang memberikan masalah tersebut semenjak dari tunasnya. Beliau tidak akan membiarkan tunas tersebut menjadi pucuk.

Namun dalam kita tidak sangka, Abdullah Ahmad Badawi mempunyai ramai pakar strategi dan pembantu yang bersedia untuk hidup mati dengannya. Malah dengan kemampuan lobi bertahap mega yang berjaya dikesan setakat ini, saya percaya tindakan Abdullah Ahmad Badawi membuat sidang akhbar untuk tidak mempertahankan jawatannya dan bersedia untuk peralihan kuasa adalah satu daripada beberapa pelan beliau yang telah dikaji dan diyakini olehnya.

Anda semua perlu ingat bahawa pengesahan untuk bertanding jawatan presiden UMNO atau tidak adalah tidak memberi makna yang mendalam kepada keputusan pengundian para perwakilan UMNO. Jika seseorang itu tidak mengesahkan akan bertanding, namun terdapat cukup pencalonan dari Bahagian UMNO dan akar umbi ketika mesyuarat agung UMNO, maka secara otomatiknya beliau layak untuk disenaraikan. Jika semasa penyenaraian ini majoriti perwakilan (lebih dari 80%) membuat keputusan untuk memilih calon yang tidak mengesahkan pertandingan tersebut, maka mengikut lunas undang-undang calon tersebut berhak untuk memenangi jawatan tersebut.

Oleh yang demikian, jika Abdullah Ahmad Badawi mendapat lebih dari 2/3 undi para perwakilan UMNO maka secara otomatisnya beliau akan terus dipuncak kuasa. Oleh sebab ini, kita percaya agenda kedua dan ketiga pihak Abdulla Ahmad Badawi sedang diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Oleh itu, maka jangan terkejut jika Abdullah Ahmad Badawi akan terus mendapat pencalonan yang terbaik dan beliau berhak untuk menjadi Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

“Bijak-Bijak”

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Insttitut Kajian Strategik dan Antarabangsa.

22 Comments »

  1. kluangman said,

    Pandangan yang bijak tetapi sedikit hancus dan yang lain lainnya masuk longkang punya teori.

    Politik sebegitu hancing tidak akan dilagukan oleh Dolah walaupun dia kencing berlari yang menyuruh ahli UMNO kencing duduk.

    Dolah tidak akan undur jika diyakini masih ada peluang walaupun tipis untuknya mendapat pencalonan yang cukup dan selepas ini berduyun pemimpin UMNO akan mula belajar mencium tangan kanan Najib yang masih ‘bersih’ dan tidak ada bahagian yang cuba cuba berani mencalonkan Presiden selain Najib, jika ada, itu semua nak cari nahas, apatah yang sedang berjawatan, kekal atau kena pancung.

    Walaupun Dolah bukan Presiden dan PM selepas 9/10 dan sebelum Mac 2008 tetapi auranya sudah mula digeruni dan cakap cakapnya sudah jadi arahan dan panduan.

    Cuma, mungkinkah jawatan Presiden turut dicabar oleh orang lain selain Ku Li dan Najib, itu yang lebih menarik untuk kita lihat dan tunggu.

  2. KNB said,

    Kinda make sense to me.
    If Pak Lah somehow managed to rake enough nomination, then he will ‘blame’ the grassroot.
    “Saya dah nak berhenti, tapi orang UMNO mahu saya lagi. Saya kena ikut akar umbi. Saya bertanding.”
    Politics – impossible is nothing, is it not?

  3. aku said,

    salam.. saudara.
    maaf,
    marilah kita berlapang dada sedikit..

    janganlah kerna bebeza dengan mereka kita pun terikut dengan paluan gendang mereka..
    mungkin niat saudara baik..
    tapi janganlah saudara mengatakan.. apatah lagi menghebohkan benda yang saudara sendiri tidak pasti..
    Saudara akan dipertangungjawabkan oleh Allah atas setiap patah apa yang saudara tuliskan…
    Janganlah kita terikut (akhirnya menjadi sama dengan mereka) dengan menuar-uarkan berita dusta… biarlah mereka sahaja yang berbuat begitu..

    KERNA KITA YAKIN ALLAH BERSAMA ORANG YANG BENAR..

    berlembutlah dengan saudara seislam denganMu.. sampaikanlah hikmah kpd mereka..

  4. jml said,

    salam..

    jangan main teori jek, kalu selepas ni apak lah memamg comfirm jadi rakyat biasa,ape ketua perusuh nak buat? nak komen? biarlah kita lihat peralihan ini dari sudut yang positive, jangan main meneka, membuat andaian, menulis untuk menghasut orang ramai supaya sentiasa ada perasaan membenci. apakah sudah lupa membuat fitnah itu lebih buruk dari membunuh.

    saya mencadangkan ketua perusuh bunuh diri sajalah andai paklah betul2 meletak jawatan selepas mach.

  5. Pinkturtle said,

    […] Ketua Perusuh Bekas Felo Kanan Insttitut Kajian Strategik dan Antarabangsa. […]

  6. gurongot said,

    Sukar untuk diterima. Walaupun ada kemungkinan.
    Janganlah peningkan kepala buat teori cam ni…
    Fellow kat Insttitut Kajian Strategik dan Antarabangsa semua otak cam Ketua Perusuh ke nie…

  7. hafiz said,

    salam kunjung bro. kebijakkan dolah ini bg ku tak mampu untuk menurunkan harga minyak… juga tak mampu menurunkan harga ikan kembong di pasar manjoi.

    mereka ini bagiku adalah celaka besar buat malaysia.

    najib-dolah-muhyidin sembab-kuli-mahathir dll= sume mereka ni menjijikkan!uweeeekkk

    maka bedah anak kak senahpun berlari masuk kebilik pabila ibunya senah janda menerima pinangan kulup seman…..

  8. Tuan Ketua Perusuh,

    Sebagai bekas Fellow Kanan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa saya lebih teruja untuk membaca analisis tuan secara akademik dan ilmiah sesuai dengan kegahan retorik institusi yang pernah menaungi tuan.

    Analisis prasangka dan spekulasi seperti ini saya kira terlalu mentah untuk dihadam oleh tuan. Sebagai PM saya bersetuju Abdullah boleh berbuat apa sahaja dalam tempoh masa yang berbaki beberapa bulan lagi. Tetapi beranilah Abdullah mengambil risiko ketika UMNO berada dalam krisis dalam dan luar parti? Krisis UMNO kini lebih teruk daripada apa yang berlaku pada zaman Tunku, Tun Abdul Razak dan Tun Mahathir Mohamed sendiri.

    Kebetulan saya ada mengulas signifikan pengumuman Abdullah untuk bersara awal kepada Najib dan Anwar yang saya tulis dalam artikel “Perang Saudara Najib-Anwar”. Saya harap tuan sudi untuk mengulas artikel tersebut dalam blog saya ya.

    Siapa yang tidak berbangga dapat ulasan dari Fellow Kanan atau paling tidakpun dari Ketua Perusuh. Apa yang saya khuatir ialah ulasan dari Menteri Dalam Negeri atau Ketua Poilis Negara!

  9. aa said,

    semua orang berpolitik untuk kepentingan sendiri…paklah ker,najib ker,anuar ker,nik aziz ker..sama semua…last2 melayu juga yang teruk

  10. Info said,

    Untuk makluman pada 18/10/2008 iaitu hari Jumaat depan akan diadakan rumah terbuka Tan Sri Rahim Thamby Chik di Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, KL. Beliau juga merupakan Pengerusi RISDA sekarang ini. Dengar cerita jemputan dari pihak Tan Sri Rahim sahaja berjumlah 2,500 orang dan staf RISDA sendiri di bangunan tersebut cuma tak sampai 500 orang. Nampak seperti satu cara melobi untuk pamilihan UMNO nanti. Kos akan ditanggung RISDA untuk kepentingan politik Pengerusinya. Harap kalau sesiapa dapat siasat hal ini. Sumber diperoleh dari cakap-cakap di kedai kopi dengan Pegawai Kanan RISDA sendiri.

  11. […] Ketua Perusuh Bekas Felo Kanan Insttitut Kajian Strategik dan Antarabangsa. […]

  12. Zackry said,

    Seglanya berkemungkinan..

    Paklah mesti ada strategi yg kukuh untuk mengekalkan survival politik menantu kesayanganya dan perniagaan anak tercinta. Kalau setakat nak buat Gentleman Agreemant macam Tun dan dia buat mmg rasanya dia tak boleh nak percaya kat Najib. Tapi kalau PakLah dapat jugak cukup pencalonan untuk kekalkan kuasa.. Najib, Tun dan lain-lain terpaksa tutup mulut la sbb kehendak akar umbi TOTOK um-NO.

    Anak Melayu Makan Pengat Lu Sendiri Mau Ingat.

  13. Nasi Kandar said,

    ketua perusuh…

    memang bijak…strategi yang baik untuk jangka hayat politik di pertahankan..sebijak2 dolah & co,rakyat lagi bijak…dolah sibuk nak pertahan jawatan,rakyat sibuk nak kuburkan umNO-beend..hehehehe…dalam pertempuran ni agak2nya sapa menang? boleh ke dolah/najib/umNO/beend sekat arus kebangkitan rakyat?

    bijak..bijak…bijak…tapi tak sebijak rakyat…dolah memang bijak,macam menantu bahalol dia jugak….elok tu dolah…buat lah sekehendak kamu…rakyat yang tentukan negara bukan dolah,bukan umNO,bukan khairy tapi hanya rakyat!!!

  14. kayrull said,

    najib tidak akan jadi pm.kerana dalam waktu menunggu tempoh tersebut akan ada pihak yang mendedahkan sikap dan rekod buruk najib yang bakal menamatkan karier politik najib

  15. […] Ketua Perusuh Bekas Felo Kanan Insttitut Kajian Strategik dan Antarabangsa. […]

  16. sapir_lokman said,

    mak ai…bodoh benar punye teori….ko ni baru dapat mimpi ke semalam?….

  17. Terima kasih atas komentar saudara/i semua.

    Pandangan dan komen anda saya terima. Anda berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang saya tuliskan.

  18. rk7171 said,

    setuju benar dengan pandangan ketua perusuh….setuju………memang itu la cara berpolitik…..

  19. Nasi Kandar said,

    ketua perusuh,

    untuk masa sekarang,analisa politik yang berbentuk analitikal tak berapa perlu..kerana hebatnya permainan politik dolah badawi maka segala formula politik tidak di perlukan lagi..kehebatan politik dolah badawi bukan sahaja mengundang gelak ketawa malah haji kedai kopi juga mampu membuat analisa yang sebaik sdr..bukan sdr kurang bagus,tetapi kerana bacaan politik dolah badawi ini sangat mudah untuk di baca dan di proses oleh akal…kerana asas politik dolah badawi ialah “flip flop” dan segala bentuk maklumat dan perancangan dolah badawi hanya di luluskan oleh spin doctor dolah badawi…

    bijak kan dolah badawi ni? bijak macam keldai…

  20. KS2 said,

    Bagi aku, teori yg dianggap hancur inilah, kalau ada 100 teori sebegini,
    1 daripadanya akan jadik!

    So yg smp suruh bunuh diri tu, mmg menghairankan. Org politik mana boleh fikir “cakap hari ini, mesti betul hari esok”.

    Pada hari Mahathir bercakap di pentas PAS, kalau ada yg fikir Mahathir takkan jadi PM, mgkn org yg akan berkata, “Tunku kena bunuh diri kalau Mahathir jadi PM”..

    Politic is a war game.
    Politik mana boleh takde tipu2 (strategi).

    Dua quote di atas drp org politik agung di Malaysia.
    Siapa mereka tak perlu, yg penting quote itu perlu dihalusi.

  21. mohd nor said,

    Kenapalah awak memperbodohkan diri dengan analisa yang sedemikian rupa. Patut le kajian institut kajian strategik hampeh belaka

  22. MAMAT PARANG TUMPUL said,

    Setuju – kajian Institut Kajian Strategik hampeh belaka, tak pernah dengar kajian yang ada Ummph, teh boh lagi Uummmph !

    Tulisan dan sokongan, Bekas Felo Kanan, Insttitut Kajian Strategik dan Antarabangsa. Ibrat tengok ikan di air- dah tahu ikan ke bukan ikan atau hendak buat menara gading tetapi berasaskan tanah lumpur.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: