7 October, 2008

Singgahsana!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:40 am by Ketua Perusuh

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO ataupun menarik diri dari pencalonan. Heboh disana sini kedengaran cerita-cerita muluk dari beberapa pihak yang kononnya Abdullah Ahmad Badawi akan menarik diri dari bertanding demi memberikan laluan untuk peralihan kuasa.

Namun diperingkat beberapa bahagian UMNO yang saya lawati dan dekati, saya mendapat satu khabar yang agak meyakinkan bahawa Abdullah Ahmad Badawi kita telahpun mampu untuk mendapat lebih daripada 62 pencalonan. Kuota yang ditetapkan untuk jawatan Presiden cuma 58 pencalonan sahaja. Namun begitu masih terdapat lagi beberapa usaha terakhir bagi para pelobi Abdullah Ahmad Badawi untuk menambahkan nilai pencalonan itu dari bahagian-bahagian di Selatan dan Timur Malaysia.

Khabarnya setakat ini nilai lobi sebesar enam (6) digit setiap satu telahpun selesai diagihkan oleh para pelobi Abdullah Ahmad Badawi kepada bahagian-bahagian UMNO dana dijangkakan sebelum pukul 3.30 petang esok, separuh daripada nilai yang sedia ada akan diberikan sebagai dana tambahan demi untuk memastikan Abdullah Ahmad Badawi mendapat pencalonan yang cukup dan melepasi kuota yang telah ditetapkan.

Kerusi (singgahsana) yang dipertandingkan ini sedang hangat dan menjadi tumpuan hampir 3 juta (boleh dipertikaikan) ahli UMNO diseluruh Malaysia.

Berdasarkan cakap-cakap dibeberapa bahagian UMNO, kemungkinan besar Muhyiddin Yassin akan mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan Presiden UMNO jika Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan niat beliau. Muhyiddin Yassin kini telah mendapat sokongan besar dari Dr Mahathir Mohammed sendiri dan para penyokongnya.

Najib Razak besar kemungkinan akan berhadapan dengan pertandingan tiga atau empat penjuru jika Tengku Razaleigh mendapat pencalonan yang cukup. Dr Mahathir Mohammed khabarnya amat tidak bersetuju jika Tengku Razaleigh diangkat oleh ahli UMNO sebagai Presiden UMNO yang baru dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jika Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri Malaysia, saya menjangkakan bahawa laluan Anwar Ibrahim ke Putrajaya akan tersekat langsung kerana sokongan akar umbi masyarakat Malaysia lebih memihak kepada Tengku Razaleigh. Namun jika Muhyiddin Yassin berjaya menjadi Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka tentunya jangkahayat beliau pastinya tidak lama kerana Muhyiddin Yassin mempunyai terlalu banyak skandal ketika menjadi Menteri Besar Johor dan Menteri Belia dan Sukan satu masa dahulu.

Satu perkara lagi, jangan kita semua terkejut jika sesudah mengumumkan akan bertanding nanti, Abdullah Ahmad Badawi akan menurunkan harga minyak petrol kepada RM2.00 demi untuk mendapat sokongan rakyat dan ahli UMNO. Ini adalah antara strategi yang akan beliau gunakan sebagai satu daripada talian hayatnya.

Yang pasti, Abdullah Ahmad Badawi bukanlah seorang yang lembek namun beliau adalah seorang yang manipulatif. Kita tunggu dan lihat.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

5 Comments »

  1. Fazrul said,

    Salam Tuan,

    Ya kita tunggu dan lihat… tunggu dan lihat…. tunggu ja….

  2. INFO TERKINI:

    FAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO – MUKTAMAD

    RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

  3. laksamana3 said,

    Mana yg rasa layak untuk penyatuan bangsa atau parti sila bertanding, tenaga muda yg punyai idea2 yg blh pakai maju lah anda kehadapan,jgn dok kena klentong dgn kaki2 ampu UMNO!

  4. gurongot said,

    Lebih baik singkirkan semua pemimpin UMNO yang sudah sezen, bagi lak peluang orang muda yang lebih berkebolehan…

  5. Zackry said,

    Lagi baik kita benam kan saja kapal BN n um-NO nie. Bagi peluang plak Pakatan Rakyat supaya ada masa jugak um-NO nie nak MUHASABAH perjuangan yang tak sudah-sudah tu. PakLah turun naik Najib 2×5 je penuh skandal penuh korupsi bila la nak berubah, takkan nak tunggu 50 tahun lagi kot ?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: