29 September, 2008

Jalan Jalan Hujung Minggu

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:05 am by Ketua Perusuh

Pastinya ramai dikalangan warga Malaysia yang berasal dari Semenanjung Malaysia tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki mereka ke Sabah atau Sarawak. Kalau ada yang pernah pergi ke Sabah atau Sarawak, pastinya mereka akan dapat melihat perbezaan yang nyata di dua negeri (berstatus negara sebelum menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963) dari segi sosio ekonomi dan pembangunan infrastruktur.

Sabah dan Sarawak walaupun telah lama bersama dalam Malaysia, namun kemudahan infrastruktur mereka adalah ditahap yang amat menyedihkan. Kita hanya dapat melihat kemudahan infrastruktuk yang agak baik hanya tertumpu dikawasan bandar-bandar utama seperti Kuching, Miri, Seri Aman, Sibu, Kota Kinabalu, Kudat dan sebagainya namun hampir 70% kawasan lain di Sabah dan Sarawak masih lagi jauh daripada pembangunan.

Barisan Nasional telah lama memegang tampuk kuasa di kedua-dua negeri ini namun nampaknya tidak perubahan yang dilakukan oleh mereka melainkan semua hasil masyhul bumi tercinta ini dikeringkan untuk memenuhkan poket mereka dan rakan taulan mereka.

Malah terdapat ramai pemimpin Barisan Nasional Sabah dan Sarawak yang acapkali mempergunakan undang-undang dan POLIS demi untuk memastikan bahawa semua keuntungan dari hasil bumi mengalir ke akaun bank pemimpin tersebut. Tanah adat dan tanah asal kaum pribumi sewenang-wenangnya ditukarmilik kepada mereka malah pembalakan haram yang dilakukan oleh mereka ini terlepas pandang oleh badan penguatkuasa.

Kaum Penan dan lain-lainnya telah menjadi mangsa atas sikap rakus yang ditunjukkan oleh para pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroni mereka. Mungkin satu masa dahulu maklumat mengenai salahguna kuasa oleh para pemimpin Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak tidak sampai kepengetahuan media namun kini kita boleh mendapatkannya di semua media alternatif.

Kepada rakyat Sabah dan Sarawak, apakah yang anda semua tunggu lagi? Adakah anda mahu menunggu sehingga licin dan gondol tanah subur Sabah dan Sarawak dikerjakan oleh para pemimpin Barisan Nasional dan kroni mereka?

Setelah lebih 45 tahun bersama dalam Malaysia, masih tidak ada perubahan lagi yang boleh dibanggakan. Malah jalanraya dari Kudat ke Kota Kinabalu masih lagi berstatus jalan kampung (satu lorong sebelah) walhal sewajarnya sudah ada satu lebuh raya yang menyambungkan dua bandar utama ini. Jarak perjalanan empat (4) jam menaiki kereta dari Kudat ke Kota Kinabalu sewajarnya boleh disingkatkan kepada dua (2) jam atau kurang.

Begitu juga di Sarawak yang masih tidak dilengkapi dengan jaluran landasan keretapi yang baik walhal jika diperbuat satu landasan keretapi berkembar yang boleh menyambungkan Bandar Pontianak di Kalimantan dengan Kuching dan seterusnya disambungkan ke Bandar Seri Begawan serta melalui Kota Kinabalu, Kudat, Tawau dan berakhir di Semporna tentulah lebih baik. Ianya secara tidak langsung mampu mengubah landskap sosio ekonomi dan pembangunan di kawasan-kawasan yang dilalui oleh keretapi tersebut.

Saya telah lama mencadangkan bahawa sewajarnya diujudkan satu sistem landasan keretapi rentas borneo yang diseiringkan dengan satu jalinan lebuhraya “Trans Borneo” yang mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) lorong sepertimana yang kita boleh lihat pada projek Lebuhraya Utara-Selatan. Kemudahan perubatan seperti pembinaan Hospital dan klinik awam perlu juga diperbanyakkan dan akses kepadanya perlu diberi perhatian.

Rakyat Sabah dan Sarawak berhak untuk mendapat kemudahan infrastruktur yang baik dan teratur kerana telah lama menyumbang pemerolehan kepada Kerajaan Barisan Nasional. Dalam senario politik semasa yang sedang hangat diperbincangkan dewasa ini, saya rasakan amat bertepatan jika semua warga Sabah dan Sarawak menuntut hak mereka daripada Barisan Nasional. Jika Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia mengambil sikap menutup telinga dari mendengar rintihan rakyat di Sabah dan Sarawak, adalah wajar dijatuhkan sahaja pimpinan Barisan Nasional Sabah dan Sarawak yang sedia ada dalam Pilihanraya Negeri yang akan datang tidak lama lagi.

Kearah Malaysia Baru” dan “Selamat Menyambut Aidilfitri

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

8 Comments »

  1. Cucu Panglima Genta said,

    Salam Aidilfitri

  2. Balan said,

    Hey,

    Selamat Hari Raya.

    Regards

    Balan

    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

  3. afrar said,

    Salam sdra
    Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu, salam Eidul Fitri dan maaf zahir batin dari saya dan sekeluarga.

  4. dohwie said,

    Tak kan ko suruh kami undi PKR ? Itu brother Anwar dah berapa banyak tanah dan hasil Sabah dia kerjakan ! Cuba tanya apa itu IOI, Aokam dsb.

  5. Zackry said,

    Takpe la KP orang Sabah dan Serawak nie dah selesa hidup macam tu nak buat macama lagi. Pilihan ditangan mereka tapi takutkan perubahan. Hidup ini satu risiko kita harus terus mencuba. Hari nie kita pangkah BN tapi tak jalan lusa kita pangkah PR plak. Cuba dan terus mencuba untuk kebaikan juga.

  6. zik said,

    bukan sahaja lebuhraya diantara sabah dan sarawak perlu dibina…satu bentuk pengangkutan mirip eurotunnel diantara Perancis dan Britain boleh juga dibina untuk menghubungkan semenanjung gan sabah sarawak..bayangkan kita satu negara tapi nak melawat sabah dan sarawak macam nak pi negara lain sebab tambang kapa;terbang yg sangat mahal..

  7. Assalamualaikum YB..

    ISA PROTEST!

    Sila tandatangan surat protes untuk mendesak kerajaan agar segera membebaskan Raja Petra Kamaruddin dan semua tahanan ISA lainnya.

    Sila KLIK DI SINI untuk menandatangani surat tersebut.

    Thanks.

    razzi-media.blogspot.com

  8. FITRUS said,

    Percaya x kalo xde ISA ghamai dah ahli politik mati dek pelampau rasist..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: