28 September, 2008

Nak Cakap Salah Tak Cakap Salah!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 6:29 pm by Ketua Perusuh

Pertama sekali ingin saya tegaskan bahawa saya tidak akan menghiraukan apa komen pembaca terhadap setiap artikel yang saya terbitkan. Sebab adalah menjadi hak semua orang untuk memberikan komen. Ada komen yang baik, ada pula yang mengancam malah ada pula yang menghina. Setiap pembaca berhak untuk memberikan komen mereka dan sebagai seorang yang mengamalkan “Free Speech” saya membenarkan ianya dilakukan diblog saya.

Satu perkara yang saya nampak semakin hari semakin menjadi-jadi berlaku didalam Pakatan Rakyat adalah bilamana ramai dikalangan anggotanya yang semakin condong untuk bersikap seperti Barisan Nasional. Penuh dengan hasad dengki, khianat, korup, rasuah, meminta-minta malah ada yang lebih teruk perangainya daripada ahli Barisan Nasional.

Boleh dikatakan saban hari saya dihujani pertanyaan mengenai sikap, perangai dan tindakan ahli Pakatan rakyat yang khabarnya menyeleweng dari matlamat asal. Bukan setakat ahli diperingkat bawahan namun ada maklumat yang sampai ketangan saya menunjukkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang teruk menyeleweng.

Sikap sebegini secara tidak langsung akan menyebabkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat akan menjadi goyah jika tidak diambil peduli oleh Pimpinan Atasan Pakatan Rakyat. Yang paling ditakuti adalah terdapat juga beberapa pimpinan tertinggi yang bersikap lebih teruk dari pemimpin peringkat bahagian Barisan Nasional.

Budaya rasuah dan meminta projek telah dikhabarkan menular sehingga keparas yang boleh dikatakan teruk. Ingin saya nasihatkan anda supaya cepat-cepat berubah sebelum saya paparkan nama-nama anda dilaman ini. Saya tahu jika saya dedahkan nama-nama ini tentunya akan ada para penyokong mereka ini yang akan melenting dan seterusnya akan menuduh saya berniat untuk menjatuhkan mereka.

Demi Allah, Tuhan Semesta Alam, saya tidak berniat untuk menjatuhkan anda melainkan anda sendiri yang sebenarnya meletakkan diri anda ditebing jurang kebinasaan. Sebelum Pakatan Rakyat ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia, adalah lebih baik anda dijatuhkan terlebih dahulu.

Kepada Pemimpin Pakatan Rakyat diperingkat atasan, sila gunakan akal dan ilmu sebelum mengeluarkan arahan, tindakan serta komentar sama ada di media tempatan atau luar negara. Jika tidak semakin hari semakin banyak kerosakan yang akan anda lakukan (seperti contoh apa yang Teressa Kok lakukan) yang secara tidak langsung akan menyebabkan sokongan rakyat berubah.

Kepada Anwar Ibrahim, sila nyatakan fakta serta dokumentasi untuk menyokong setiap idea atau ucapan anda terutamanya mengenai kemasukan FDI ke Malaysia (sebanyak 1 Trilion) jika anda ingin terus mendapat sokongan dari ramai para professional tempatan.

Kearah Malaysia Baru

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

14 Comments »

  1. zopinion said,

    Saya setuju dengan tulisan anda…. sebab kita semua manusia. DSAI and PKR bukan malaikat…

  2. Fazrul said,

    Salam Tuan,

    Betul tu..apa pun selamat menyabut hari raya buat semua blogawan tak kira di mana jua anda berada..

    Salam mesra,

  3. n95 said,

    kenapa baru sedar wahai ketua perusuh

    1 T tu besa jumlahnya.. USA pun tengah cetak duit daun pisang nak bailout compy2. + buat transaksi palsu

    israel ? nak ke bantu org ISlam tanpa sebarang cagaran?

    pikirlah sendiri wahai ketua perusuh dan penyokong PKR

    p/s saya bukan penyokong kerajaan mahupun Parti Konon Rakyat yang menghalalkan cara depan dan belakang untuk mencapai matlamat

    hehehehe

  4. laksamana3 said,

    Setuju dgn pandangan sdr KP, diharap jgnlah PR terlalu yakin dan terlalu bergantung kepada kemasalahan yg di hadapi oleh BN. Apa yg perlu oleh pemimpin atasan PR sepatutnya mereka berkeja keras,mengenali setiap inci kawasan yg mereka tadbir,membantu dan menyakinkan pengundi2 bahawa PR adalah satu-satunya parti yg benar2 amanah dan bertangungjawap selain itu bekerjasama dan bersependat dgn pandangan2 dari idea dan nasihat dari setiap pemimpin Pakatan Rakyat. Bagi Anwar pula,selama 10 thn beliau blh bertahan dan beruang untuk rakyat tak kanlah beliau tidak blh bersabar untuk memduduki kerusi PM dgn menyakin kan rakyat dan mengenali,mengatur strategi juga mengawal sikap2 pemimpin pakatan rakyat. Bagaimana pun ramai yg mengharap kan perubahan dan Pr dapat merubahnya! Kalau lah apa yg kita harapkan tidak menjadi,pada siaplah lagi selepas ini?

  5. iming said,

    sebab umno dan bn ditolak rakyat adalah kerana mereka tamak mengisi perut mereka..nasib rakyat x sempat nak pikir..so,rakyat tolak…sama juga dengan PR..kalau mereka ada sikap yang sama dengan kepimpinan sedia ada,sekali lagi rakyat akan tolak…alhamdulillah,rakyat sudah menuju ke arah minda kelas pertama yang tidak jumud dan dangkal untuk mempersoalkan,menegur dan memperbetulkan siapa saja yang mengkhianati amanah yang di beri dalam negara..mungkin kita akan mengambil beberapa tahun lagi untuk membersihkan pemikiran2 politik kolot rakyat malaysia untuk sama2 menghirup udara segar Malaysia tercinta ini.tp untuk mencapai semua ini semua pihak harus ada peranan yang mesti dimainkan dengan ikhlas tdk kira cina melayu, india, kadazan, iban,bidayuh,melanau,mukah,kerajaan, pembangkang, wartawan, stesen penyiaran, institusi pengajian tinggi, kakitangan awam, bloggers, doktor, tentera, mufti, NGO, etc..etc..we wait,but dont just see,we act accordingly..

  6. dex_kayu said,

    salam…
    Selamat menyucikan hati kita di bulan2 yg mulia ini…

    Nampaknya ketamakan manusia di akhir zaman ni semakin menjadi2…adakah HRAPKAN PAGAR AKAN MEMAKAN PADI2 nya??…INSAFlah dan tawaduk wahai para pemimpin rakyat dan bakal pembela rakyat…RAKYAT….rakan yang tulus…bukan… rakan yang tertipu…kata2 dan tindakan anda (PM,TPM,KPembangkang,dan peminpin2)sebagai kononnya PEMBELA??…pembela rakyat atau PembeLaAuot HARTA rakyat???…Ingatlah…insan2 seperti KPerusuh bukan hanya 2-3 orang…jutaan hatta yg tak tersingkap oleh ketepatan statistik manusia moden sedang dan AKAN BERTINDAK untuk menyanggah kamu semua daripada TAKHTA EMPOK warisan mimpi bapak kamu..kesengSARAAN telah meNGENTALkan hati kami berTEKAD mendokong KeADILan yg TULUS murni bukan hanya daripada UCAPAN berDEGUNG-DeGAng memainkan psyWar kononnya…Allah S.W.T Lebih Amat Mengetahui apa dalam hati busuk kalian….ALLAHUAKHBAR……KP..mohon dedahkan identiti PETUALANG2 tersebut….

  7. sapir_lokman said,

    letak je nama…tak yah nak ugut ugut…kan dari dulu blog ni terkenal dengan teori teori politik …..kalau dah salah letak jela nama…..telo besar sebelah ke?

  8. PT-91 Pendekar said,

    pkr sbnrnya ade kepentingan perniagaan dgn umno sb tu berlaku rasuah penyelewengan dan budaya meminta-minta pkr tu sendiri serpihan umno, dlm dunia ini apa saja jenis perjuangan pun hingga ke akhirnya yg lebih penting adalah utk mengisi perut masing2
    mengapa masih tak faham-faham lagi….

  9. Zackry said,

    Tahniah KP atas pandangan yang tak menyebelahi mana-mana pihak baik PR atau BN. Memang kita lihat PR di beberapa Negeri nie terutama Selangor dan Perak agak goyah, tapi tak sampai setahun jagung lagi orang kata budak2 masih gila dapat puting la tu. Masing2 nak tunjuk dia ada kuasa. Masa BN perintah dulu senang la cakap orang tu salah orang nie salah tapi bil dah pegang kuasa sendiri mau ingat la. Kawan2 sumer datang minta projek mula la lupa diri kan. Kita sama2 la tegur diaorang tu supaya tak terlajak. Kalau tak mau dengar kata gak PRU13 kita tukar plak.

  10. Mohd Ali said,

    Memang PKR lebih teruk drp Umno. Siapa tak tahu perangai DSAI. Yg kuat rasuah masa nak jadi timbalan presiden Umno dulu. Yg. … dulu. Rasuah seks dikatakan sedekah.Mana lebih jahil. Umno ke PKR. Itu pun masih kekal exco negeri. Pemimpin PKR sebenarnya ialah org yang tak diterima oleh ahli Umno. Sebab itu peelnya lebih teruk drp org Umno

  11. mejesha said,

    dalam apa keadaan pun saya tetap kata mamak lebih teruk daripada Keling itu sebab orang tua-tua kata kalau jumpa ular dengan Keling, bunuh keling dulu. kalau Jumpa Ular , keling dan mamak, bunuh mamak dulu.

    ha ha ha
    saya amat berharap orang yang berpura-pura diberi balasan yang setimpal oleh Allah SWT. tak kira UMNO, PKR, PAS

  12. king of the hell said,

    “Satu perkara yang saya nampak semakin hari semakin menjadi-jadi berlaku didalam Pakatan Rakyat adalah bilamana ramai dikalangan anggotanya yang semakin condong untuk bersikap seperti Barisan Nasional.”

    tak ada apa yang nak diherankan…sebab mereka pada asalnya adalah barisan nasional…hanya tukar lambang dan warna…jadilah PKR…

    -jika akarnya sama…tak mungkin pokok berlainan jenis-

  13. Mat Kole said,

    Kalau PKR ikut jejak langkah UMNO maka mereka juga akan terima padah yang sama seperti UMNO.PKR lagi teruk. sebab tak pernah pegang kuasa bila ada kuasa nak sapu habih sebelum kuasa tak ada. Pendirian “orang lain sapu, aku pun nak sapu” apa salahnya.Orang lain pun buat tak kena apa pun.Wahai PKR sedarlah anda tu macam melukut ditepi gantang sahaja.

  14. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Buat apa kita kisahkan orang terbuang dalam PKR tuh/

    http://sensecredaccountability.blogspot.com/

    Wallahualam..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: