23 September, 2008

Inilah Masanya?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:44 am by Ketua Perusuh

Beberapa pihak yang kini sedang bersaing untuk mengambilalih tampuk kuasa yang utama didalam UMNO kini nampaknya sedang berusaha untuk menunjukkan taring mereka. Walaupun ramai yang menjangkakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi hanya disaingi oleh Najib Razak dan Tengku Razaleigh, namun dalam diam khabarnya beberapa lagi nama khabarnya sedang melobi diperingkat akar umbi untuk mendapatkan pencalonan yang cukup agar boleh mencabar kuasa Abdullah Ahmad Badawi.

Walaupun mesyuarat bahagian UMNO masih belum dilaksanakan, namun beberapa pelobi telah mula berjumpa (bermesyuarat) dengan akar umbi untuk memastikan bahawa tuan mereka berjaya mendapat pencalonan yang cukup. Agen-agen pelobi Muhyidin Yassin diberitakan telah mula menggerakkan aktiviti sejak dua minggu ini.

Ramai dikalangan akar umbi mungkin tidak mengetahui bahawa gerakan untuk memastikan Abdullah Ahmad Badawi menang besar dan kekal ditampuk kuasa telah pun digerakkan seawal bulan Februari 2008 dan kini khabarnya ianya sedang memasuki fasa ketiga dimana imbuhan-imbuhan sedang diagih-agihkan kepada cawangan dan bahagian yang terlibat.

Nilai imbuhan yang diberikan kali ini agak besar yang menjangkau lebih lima angka bagi setiap penerima. Imbuhan kali ini nampaknya tidak mampu dikesan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO kerana ianya beredar di akaun luar negara. Bagi para pelobi, nilai imbuhan ini adalah kecil berbanding dengan jika Abdullah Ahmad Badawi dapat terus mengekalkan kuasa memerintah. Secara tepat peralihan kuasa ini mungkin tidak akan terjadi kerana ramai pelobi telah mengeluarkan dana yang besar untuk memastikan Abdullah Ahmad Badawi kekal.

Bagi para pelobi Abdullah Ahmad Badawi, bantuan kewangan untuk memastikan imbuhan boleh terus disediakan tidak perlu digusarkan kerana ianya telah dan akan disalurkan melalui beberapa entiti yang telah ditugaskan dimana dalang disebalik penyediaan dana ini adalah dari Singapura.

Hasil maklumat dipihak akar umbi, peratusan ahli UMNO yang menolak Abdullah Ahmad Badawi kini mencecah 60% namun ianya boleh berubah sebelum Persidangan UMNO yang akan datang. Mengikut kajian para pelobi Abdullah Ahmad Badawi akan berjaya menurunkan peratusan ini kepada sekitar 40% ~ 45% dengan kemampuan dana yang sedia ada. Namun dengan tambahan dana imbuhan untuk kegunaan lobi, kemungkinan peratusan ini akan kekal dibawah 30% adalah lebih tinggi.

Jadi jika Abdullah Ahmad Badawi ingin terus membuktikan bahawa beliau masih realistik dalam memimpin UMNO, beliau perlulah mengambil tindakan proaktif dalam usaha lobi disegenap peringkat. Masanya semakin singkat dan Abdullah Ahmad Badawi masih perlu menyekat Najib Razak, Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin dari merentap tampuk kekuasaan beliau.

Jika Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat mengekalkan kuasa, bagaimana pula Singapura ingin mendapat laba? Najib Razak, Tengku Razaleigh bukan proksi Singapura. Singapura hanya boleh mengharapkan kepada Muhyiddin Yassin sahaja.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

6 Comments »

  1. Jeffripower said,

    Ini hanya spekulasi. Tidak wajar dijadikan fakta kerana tidak ada bukti kukuh mengatakan Pak Lah mempunyai pelobi-pelobi yang memberi dana dari Singapura untuk memastikan Pak Lah kekal di tampuk pemerintahan.. Ini hanya kerja jahat orang yang memusuhi Pak Lah…

  2. dasuki_tmc said,

    itu umno punya kerja, jahat ke baik ke, peduli apa, yang dosa dia orang, dah nasihat tak dengar, bukan soal, diakhirat masing-masing punya akaun, tuhan bukan tengok berapa banyak duit, popular, rupa cantik atau bijak berbicara, yang penting, buat yang disuruh, tinggal yang dilarang, selamat dunia, selamat diakhirat, nak jahanam bukan tuhan punya kerja, sendiri yang pilih kerana ada otak untukfikir, bukan fikir guna kepala lutut, nasihat yang baik bukan untuk dibayar, atau bukan komisyen atau bukan royalti, kalau masih tak faham itu you punya hak.

    cucu orang utan tak masuk campur, OK.

  3. Mr Komeng said,

    klu guna kapla lulut ok lagi, jgn guna kapla butuh sudah la

  4. […] Ketua Perusuh, Bekas Felo Kanan,Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS Maklumat ini telah […]

  5. laksamana3 said,

    Tapi memang heboh dan Muhyidin sendiri akui politik wang semakin berlaluasa!So dana tu memang aku tak berani nak kata datang dari Singapore,tapi dari mana ye dana tu? Okey lah aku bkn nak kata KP ni benar atau salah, tapi ini lah kerja ketua2 cawangan UMNO blh dikatakan seluruh m’sia,senang kata mereka2 ini lah punca nya hak2 bangsa dan tiada kemajuan buat bangsa melayu. Aku berasal dari salah satu cawangan UMNO di JB, so blh la aku kata dia org ni memang ‘haram jadah’! Bukan semua tapi kebanyakan.Kalau lah kau org kata mereka ini tidak dan betul2 menjalankan amanah untuk menjaga cawangan seterusnya bahagian,aku nak tanya dgn korang ‘apa yg mereka ada buat untuk memajukan dan menjadikan bangsa kita rajin dan blh bersaing dgn kaum lain seterusnya dgn negara lain? Blh la kalau setakat majlis beri lesen meniaga pasar malam dan warong tepi jln,bagi pinjam duit tekun,tender dapat kat ketua2 cawangan,projek dan tender dapat kepada hak bangsa melayu sejak puluhan tahun dibawah UMNO so mana kemajuan nya,mana? Silam berikan 10 org atau 10 nama yg tiada kaitan dgn UMNO blh berjaya didalam bidang perniagaan yg ada daya saing! Dan sila beri 200 nama syarikat bumiputera yg berdaftar dan mendapat projek kecil dan besar dar UMNO, dan blh dibanggakan smpai kini, contoh 1. Scomi sila berikan baki dari 200 syrikat itu kalau anda pemudamalaysia sudah berbangga dgn pemerintahan parti yg telah puluhan tahun memrintah!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: