18 September, 2008

Langkah Pertama?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:36 am by Ketua Perusuh

Semalam sewaktu sedang menunggu sampainya waktu untuk berbuka puasa, ada seorang rakan yang menanyakan pandangan saya mengenai tindakan seterusnya yang mungkin diambil oleh Abdullah Ahmad Badawi dalam menangani situasi semasa.

Rakan saya ini adalah seorang ahli UMNO yang berjawatan tinggi diperingkat Bahagian. Selalu juga saya lihat beliau diberikan peluang untuk berada diatas pentas untuk berucap ketika persidangan UMNO di PWTC. Walaupun beliau berada dekat dengan kepimpinan atasan Barisan Nasional namun beliau masih boleh rajin bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain dipihak NGO dan Pembangkang.

Saya katakan kepada beliau bahawa saya ada pandangan peribadi saya sendiri yang mungkin akan digunapakai oleh Abdullah Ahmad Badawi untuk menangani situasi serba kecoh didalam UMNO, Barisan Nasional dan dirinya sendiri.

Saya mendapat khabar bahawa Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan teraju Menteri Kewangan 1 kepada Najib Razak. Alasannya ialah kerana untuk menyediakan satu inisiatif awal untuk peralihan kuasa kepada Timbalannya. Secara logik akal, ianya nampak boleh diterima baik oleh para penyokong Najib Razak dan ahli UMNO diperingkat akar umbi. Namun apa yang sebenarnya saya jangkakan ada dibenak Abdullah Ahmad Badawi ialah inilah satu cara untuk menyerlahkan kelemahan pengurusan Najib Razak.

Dikala ekonomi negara sedang menunjukkan tanda-tanda tenat dan diancam oleh kegawatan ekonomi serantau dan dunia (Krisis Kewangan di Amerika Syarikat), inilah waktu paling sesuai untuk Abdullah Ahmad Badawi mengenakan Najib Razak. Tentunya Najib Razak tidak akan mampu untuk bertahan dalam mengendalikan inisiatif kewangan dalam situasi yang boleh dikatakan tidak menentu ini. Jika Najib Razak tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik, maka Abdullah Ahmad Badawi boleh mencanangkan diseluruh negara betapa Najib Razak tidak berkemampuan untuk menjadi Perdana Menteri.

Abdullah Ahmad Badawi pula telah mengambil portfolio Menteri Pertahanan dari Najib Razak. Seperti yang saya jangka sejak dari awal lagi, inilah satu-satunya tindakan bijak yang telah dibuat oleh Abdullah Ahmad Badawi (dikhabarkan bahawa ianya dicadangkan oleh Khairy Jamaluddin). Dengan cara ini Abdullah Ahmad Badawi dijangka akan menggunakan Angkatan Tentera Malaysia sebagai pelindung kepada kerusi politik yang didudukinya.

Sekarang ini Abdullah Ahmad Badawi boleh mengeluarkan arahan darurat (MAGERAN) dengan cara menggantung Parlimen dan institusi Kehakiman. Dengan kuasa yang beliau ada pada Angkatan Tentera Malaysia, maka tindakan ini mampu digerakkan tanpa campurtangan pihak ketiga (Najib Razak). Jika sekiranya Najib Razak masih lagi memegang portfolio Menteri Pertahanan, kemungkinan besar Abdullah Ahmad Badawi tidak akan dapat memujuk Najib Razak untuk memperkudakan Angkatan Tentera Malaysia.

Kini telah dapat usaha-usaha yang selari dengan tindakan yang dijangkakan akan dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi demi untuk mengekalkan kuasanya walaupun secara langsung mencabar sistem perlembagaan Malaysia. Walaupun tidak mungkin akan ada darurat secara fizikal, namun Abdullah Ahmad Badawi akan mempunyai satu kuasa yang total dalam menentukan politik negara. Akta ISA dan lain-lain lagi pastinya akan diperkudakan oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Beberapa media elektronik dan akhbar sedang cuba mengindoktrinasikan rakyat umumnya bahawa akan ada kekacauan (rusuhan) yang mungkin dianjurkan oleh Parti Pembangkang walaupun semua rakyat tahu bahawa tiada apa yang akan berlaku. TV1, TV2, TV3, BernamaTV, Astro Awani kini sedang bekerjasama untuk mengujudkan situasi tegang dengan kempen-kempen mereka yang nampaknya boleh mencetuskan kekacauan. Malah mereka telah mendapat kerjasama dengan beberapa pakar penganalisis politik (kuda kayu) untuk mencanangkan isu kemungkinan akan berlakunya ancaman keselamatan.

Beberapa tangkapan dibawah ISA juga telah dan sedang diaturkan oleh Abdullah Ahmad Badawi demi untuk mewujudkan situasi tegang didalam Malaysia. Kemungkinan besar akan terdapat lebih ramai lagi rakyat yang akan ditangkap dan didakwa dibawah ISA atau Akta Hasutan demi untuk menyelamatkan kekuasaan politik Abdullah Ahmad Badawi.

Malah Abdullah Ahmad Badawi juga telah menunjukkan belang beliau dengan mengatakan Anwar Ibrahim dan Parti Pembangkang adalah merupakan ancaman kepada ekonomi dan kestabilan negara. Beliau juga telah menegaskan bahawa beliau sedang mengkaji untuk mengambil tindakan kepada Anwar Ibrahim dan Parti Pembangkang sewaktu ditemuramah semalam.

Jika ianya berlaku, kekacauan dan huru-hara sebenarnya bukanlah berpunca dari Anwar Ibrahim dan Parti Pembangkang namun ianya dimulakan sendiri oleh Abdullah Ahmad Badawi yang pastinya hasil idea Khairy Jamaluddin dan Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri.

Rata-rata rakyat di Malaysia sedar bahawa situasi ketika ini didalam negara adalah terkawal dan aman damai, cuma yang tidak terkawal dan huru-hara hanyalah diri Abdullah Ahmad Badawi dan keluarganya sahaja. Jadi kesimpulannya, ancaman sebenar negara ini hanyalah dari Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin.

“Yang Merusuh Hanyalah Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin”


Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

12 Comments »

  1. +9 said,

    jika islam di pandang remeh dan tidak baik untuk agama lain,
    jika islam dan ramdhan tidak di hormati,
    maka syaitan akan tunggu di depan syawal.
    apabila ini berlaku,
    bersiap lah anak bini, cucu cicit dan rakan jiran tetangga..

    PERANG..

    Alasan Perang ?..anwar. Simple and the best Reasoning.

    Tak percaya ?
    ..maka tunggulah sehingga datang hari nya mem bungkusan kain sehelai sepinggang tinggalkan rumah dan kenikmatan hidup kerana di arah pindah..macam lebanon..

    Alasan Perang ?..anwar. Simple and the best Raesoning.

    Nak ulang hujah di atas ?

    Tak percaya ?

    ..ulang lah sendiri..

    there’s no end..no end..no end..

    selagi anwar hidup..

    selagi ada manusia bodoh..

    banyak kan manusia bodoh..?

    lihat di luar tingkap tu..

    semua nya monyet..

    Mau ulang komen di atas..

    selagi kulit warna kuning, cokelat dan hitam jadi bodoh..

    maka perang tetap perang..

    ramai yang tunggu..

    kod..chocolate cake..

  2. Atan Dali said,

    Kenapalah nak risau sangat?

    Paklah bukan pegi sana jadi Jeneral.
    Cuma Menteri Pertahanan. Jika PDRM dibawah kawalan Menteri Dalam Negeri, tidak sebegitu keadaannya untuk Angkatan Tentera. Menteri Pertahanan secara pentadbirannya, hanyalah ketua eksekutif untuk Kementerian Pertahanan. Beliau akan bertanggungjawab untuk perkara berkaitan pengurusan dan pentadbiran Kementerian (pihak kakitangan awam) dan keperluan harian hakiki anggota ATM.

    Pengurusan operasi dan atur gerak ATM adalah dibawah Panglima Angkatan Tentera dan Panglima setiap Perkhidmatan TD, TLDM dan TUDM. Sebarang perkara yang melibatkan dasar samada gerakan ketenteraan atau atas keputusan politik untuk sesuatu operasi ketenteraan, semuanya adalah tertakluk kepada Majlis Angkatan Tentera (MAT), dimana Menteri hanyalah Pengerusi bukannya pembuat keputusan muktamad kerana Pemerintah Tertinggi ATM adalah DYMM YDP Agong sebagai Field Marshall (5 bintang). Menteri tiada walaupun satu bintang kerana beliau hanyalah ketua ekskutif kementerian tersebut. Sebab itu, ada wakil DYMM YDP Agong dalam MAT.

    Manakala, penglibatan tentera dalam mengendalikan hal ketenteraman awam, mereka akan guna POPO – (akta yang menyentuh hal ketenteraman awam).

    Sayugia dinyatakan bahawa, ATM hanya akan HANYA akan TERLIBAT dan berperanan JIKA ada kes ketenteraman awam yang PDRM TIDAK DAPAT KENDALIKAN. Mungkin saiz ANCAMANnya besar atau berteraburnya pengurusan PDRM. Begitu juga, jika ada keputusan eksekutif {baca PM & Kabinet} bahawa negara negara ini akan diperintah oleh tentera atau oleh MAGERAN sebagaimana kejadian dalam tahun 1969 dengan perkenan Agong. Agong pula, perlu merujuk kepada Majlis Raja-raja. ATM tidak akan mengkhianati rakyat Malaysia.

    Namun, JPP (JK Panglima-panglima), rasanya tidak akan menurut melulu. Penasihat Undang2 nya dikalangan pegawai Tentera yang tertakluk kepada Akta Aangkatan Tentera tentu berfikir panjang untuk menurut sesuatu keputusan eksekutif. Mereka dibawah Agong. Mereka (ATM) adalah pendokong kerajaan bukannya penyokong kerajaan. (PR atau undi tak menterjemahkan peranan hakiki mereka) Tak tahulah kalau ada sebarang rombakan Akta Angkatan Tentera nanti di Parlimen!! Itupun, ambil masa, silap-silap hingga 2010 pun tak siap lagik.

  3. sapir_lokman said,

    ai ketua perusuh….dah tua tua pun nak merusuh lagi ke….aku tgk ramai rakan rakan blogger ko ni dah kena reman…ko ni tunggu masa je lagi kot….blogger cam ko ni keje ari ari semua memasing nak tunjuk pandai je…dah kalau pandai sangat jadi jela wartawan bebas…asyik duk tulis dalam blog je….apa dapat..

  4. superpower said,

    ketua perusuh diamlah ko, mcm ko tau semua, hati org semua ko tau lah..ko nie ahli nujum ker..time pak dollah semua buruk time anwar semua baik..mcm haram jadah…pegi mampus la kos

  5. superpower said,

    dia nie ketua perusuh dok buat2 pandai..dia nak mendapat ISA la…sebenarnya…mcm babi..tu dok berkawan dgn kaum2 babi dap,pas dan pkr..nielah jadinya

  6. Terima kasih atas komentar saudara/i semua.

    1. Sila baca “caption” laman blog ini dan fahamkannya. “Caption” yang berbunyi “Yang Adil Disembah Yang Zalim Disanggah”.

    2. Sesiapapun yang akan memerintah Malaysia, pastinya tidak dapat lari dari sasaran saya jika mereka menyeleweng dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Ianya tidak mengira fahaman politik mahupun agama.

    3. Memang pada dasarnya ATM dibawah kuasa YDP Agong, namun dalam senario semasa, dengan kuasa yang ada pada Perdana Menteri, maka kemungkinan berlakunya perubahan dalam perlembagaan adalah satu perkara yang tidak boleh diambil ringan.

    4. Tahniah juga saya ingin ucapkan kepada pihak-pihak yang rajin melayari laman blog ini walaupun berlainan ideologi dan pegangan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan.

    5. Bahasa Jiwa Bangsa. Jika anda berbahasa yang kurang wajar, maka ianya adalah cerminan bangsa (keperibadian) anda.

  7. laksamana3 said,

    Mudah sahja bagi kerajaan yg memerintah sekarang, segalanya kini ditujukan kepada PKR,iaitu Anwar Ibrhabim.Berbagai-bagai tuduhan dilemparkan kepada Anwar, Ejen Amerika,Ejen Yahudi dan Ejen Singapura ada juga kata mendapat sokongan dari Gus Dur! Bila MB Selangor sekarang, dulu mahu meneruskan projek kandang babi,dikatakan pula beliau mengikut telunjuk kaum cina. Berbagai-bagai alasan menteri2 dan pemimpin2 UMNO mahu meburuk kan kredibiliti pemimpin pembangkang.Alasan dan tohmahan itu hanya yg masih percaya oleh org2 yg dungu,tak menoleh kiri dan kanan,kroni,ada habuan dan kaki2 ampu! Byg kan bagaimana BN tewas di 5 negeri dan byk negeri2 yg sebelum ini dikuasai keseluruhan nya oleh BN tetapi pembangkang mendapat memenagi kerusi dan dapat sokongan dari rakyat.Ye BN atau UMNO pakia pasti mereka akan kata itu faktor kerana rakyat tidak suka akan PM kita sekarang dan kepandaian Anwar.He he betapa mangkuk nya mereka akan kata ‘ANwar bijak memperbodohkan Rakyat’!Ajen Amerika, dan terkini memainkan sentimen perkauman melagakan org islam dan cina menuduh bahwa DAp telah mengrahkan masjid si Kota D’sara menghentikan Azan.Betapa juga Hamid Albar telah mendapat maklumat bahwa terdapat rakyat mula menyimpan makanan gara2 dari ketegangan kaum akan berlaku! Tiada,adakah anda ada menyimpan makanan atau ada mendengar khabar pekara ini akan berlaku.Ini lah apa yg berlaku buat UMNO yg semakin kurang mendpat sokongan dari rakyat,rakyat sudah menilai sejak dari 3 atau 4 PRU yg lepas,sedikit demi sedikit rakyat menjauhkan diri dari parti ini BN dan UMNO diatas sikap pemerintah dan menteri2nya yg sombong dan salah laku!Walau pun ketika mereka mendabik dada memperalatkan media dgn tiada satu pun berita keburukan yg dilakukan oleh para menterinya dan ahli2 UMNO,semuanya baik belaka,setia dan membantu bangsa melayu!Kini bila pembangkang semakin teguh dan media2 daripada akhbar pro pembangakang dan laman2 web dapat membuktikan dan mengesahkan bukti2 yg dilakukan oleh mereka,rakyat sudah mula dapt menilai sejauh mana yg dikatakan UMNO ada lah sebuah parti yg memperjuangkan nasib org melayu sebenarnya mengunakan hak2 org melayu untuk mendapatkan balasan dari kaum2 cina yg telah menguasai ekonomi negara dari saiz besar dan kecil!Byg kan menteri bertukar ganti,berbagai proposal yg di cadangkan hanya untuk kepentingan mereka dan kroni2 UMNO! Kiranya benar mereka bekerja untuk bangsa melayu selama puluhan tahun,sila nyataka bagaimana kemajuan dan beramai byk perniagaan2 org melayu dari yg kecil dan yg besar! Mana, dari selatan hingga keutara,timur kebarat,sila nyatakan,dimana da berapa saya ulangi lagi, berapa percent! Ha jgn pula menuduh saya penyokong taksub Anwar pula ye! PAS pun tidak,DAP pun tidak,saya adalah seorang dari rakyat Malaysia yg masih setia berbanding dgn Dr Mahatdir yg dah keluar dari Parti UMNO.Setia pada parti tapi tidak pada undi ye! Maka walau pun tidak lah kaya dan org berpengaruh tapi saya mampu menarik rakan2 dari memberi sokongan buat pembangkang tak kira lah siapa! Org seperti saya ini lah yg tak dipandang oleh UMNO, mereka pasti kata ‘cikai’ je apa nak takut! Tapi mereka tak terfikir long term! Ye masa masih ada lagi buat UMNO! Masa untuk berubah!!!!

  8. sapir_lokman said,

    macam macam la ko kata pak lah itu dan ini…ko blogger patut rasa terima kasih pasal sejak ada pak lah..ada la ruang keterbukaan tu sikit…kalau zaman chedet aku rasa orang cam ko ni rasa rasanye tak jumpa dah kot family ko…memang duk dalam ISA la…pak lah tu memang diam…orang hentam camna pun dia tetap diam je….so apa kata kalau ko pandai sangat dan kalau ko tu seolah olah ramai sangat rakan politik…ko jelah pergi bertanding…aku nak tgk apa plak perasaan ko bile orang hina ko & keluarga ko…buat blog cam ko ni khas utk hina ko…tgk ko tahan ke tak….pikir sikit beb…tak semua orang ni perfect….apa ingat anwar tu bijak dan mulia sangat?….lebih baik orang yg tak berapa pandai..daripada orang yang buat buat pandai cam anwar tu…

  9. sokong komen sapir_lokman..
    baisalah..Ketua Perusuh kan memang pandai..
    Pandai tahap bebal..
    bekas felo kanan isis tue beb..hahaha
    Ketua Perusuh = Bebal

  10. sokong komen sapir_lokman..
    biasalah..Ketua Perusuh kan memang pandai..
    Pandai tahap bebal..
    bekas felo kanan isis tue beb..hahaha
    Ketua Perusuh = Bebal

  11. Mr Komeng said,

    apebenda nehhhh…asyik dok kluar ayat mcm budak x skolah + tak dok akal jer. BABI tu mender haram. wat per nak sebut. Klu Pak Lah x wat semua tu, wat per kiter ni nak dok gaduh-gaduh. Diam ajer lah.Biar ketua perusuh luahkan ideologi dia tu. kiter nengok ajer sampai mana. okay??? sama-sama Melayu jgn la gaduh-gaduh.Malaysia kiter ni kecik ajer. Kalau bukan kiter yg jaga, sapa lagi??? tak kan nak harapkan orang luar. jgn lah perkataan Melayu tu memberi makna seakan layu. LAYU. jgn….

  12. gurongot said,

    Saya setuju dengan Atan Dali, Pak Lah tidak punya kuasa mutlak terhadap ATM. Dia cuma jadi menteri ja, bukan Jeneralpun. Kalau masuk kem tentera, orang tak tabikpun paling-paling salam ja..
    Ni idea Ketua Perusuh ja kot…takpalah bagi idea..MERUSUH JANGAN….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: