16 September, 2008

Apa Tunggu Lagi?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 9:28 am by Ketua Perusuh

1. Harga minyak mentah global kini telah jatuh menjunam pada paras USD$91 setong dari paras tertinggi USD$145 beberapa bulan yang telah lalu. Ianya secara mendadak menyebabkan kenaikan harga bahan bakar di Malaysia dari RM1.92 kepada RM2.70. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia) akan menurunkan harga bahan bakar di Malaysia?

2. Kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia kini agak goyah setelah terdengar khabar bahawa Anwar Ibrahim kini telah mendapat sokongan lebih dari 31 orang wakil rakyat (Ahli Parlimen BN) yang dikenalpasti akan melompat ke Pakatan Rakyat. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Abdullah Ahmad Badawi akan meletakkan jawatan?

3. Khairy Jamaluddin (KJ) khabarnya mendapat sokongan lebih dari separuh perwakilan dari Negeri Perak untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Malah beberapa perwakilan khabarnya telah mendapat durian runtuh atas sokongan mereka ini. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Khairy Jamaluddin akan mengesahkan akan turut serta merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO?

4. Khabarnya hampir 70% peringkat akar umbi sedang mendesak Abdullah Ahmad Badawi membuat peralihan jawatan Perdana Menteri kepada Najib Razak sebelum November ini. Jika Abdullah Ahmad Badawi berdegil, maka November ini beliau pastinya akan tersungkur didalam pemilihan. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Abdullah Ahmad Badawi akan membuat peralihan kuasa?

5. Tiga nama besar (Muhyidin Yassin, Tengku Razaleigh, Najib Razak) kini sebenarnya sedang bertarung sesama mereka untuk jawatan Presiden UMNO. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya rakyat (Ahli UMNO) dapat melihat taring sebenar tiga nama besar ini?

6. Anwar Ibrahim diberitakan telah berjaya mendapat mandat besar yang membolehkannya untuk membentuk kerajaan baru (Pakatan Rakyat). Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Pakatan Rakyat akan dapat beroperasi di Putrajaya tanpa berlakunya MAGERAN hasil usaha terakhir Abdullah Ahmad Badawi untuk menyelamatkan diri?

7. Ekonomi negara sememangnya sedang menguncup dan ramai pelabur asing telah dan sedang dalam proses untuk membawa keluar pelaburan mereka dari Malaysia. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya akan ada usaha dipihak Abdullah Ahmad Badawi (jika beliau masih lagi memimpin Malaysia) untuk menyakinkan pelabur asing ini untuk meneruskan pelaburan di Malaysia?

“Selamat Menyambut Malaysia Baru”

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa -ISIS

12 Comments »

  1. Fadzil A Rahman said,

    Orang Yang Beri Pandangan Diatas bukan lelaki sejati, dia tau jadi ketua perusuh sahaja, tapi tak tau nak letak nama bila bagi komen bernas.

  2. Ketua Perusuh memang bangang..
    Tak penyabar, macam Brother Anwar Bin Ibrahim (****) tak sabar nak jadi PM tapi langsung tak layak kerana tak bermoral!!!

    Patut pun tak jadi Felo Kanan lagi dekat ISIS kerana semakin terserlah kebodohan Ketua Perusuh..

    Kerajaan Malaysia masih kuat di bawah pentadbiran Parti BN..amin

  3. zackry said,

    sabo je la Ketua Perusuh sbb kat Malaysia nie masih ramai yang TOTOK UMNO & Bee END tapi jangan risau bertambah ramai yg lebih realistik dari TOTOK UMNO nie

  4. laksamana3 said,

    Ini lah nampak sgt dgn sikap org UMNO, bila tak blh nak jawap maka serang peribadi org,ISA dan ban. Sukar sgt nak mengaku dgn kelemahan mereka,maka sebab itu lah kerana UMNO ekonomi negara kita ini dibolot oleh org cina. Kalau lah semua rakyat Malaysia ini punyai sikap seperti Pemuda Malaysia maka 50 thn lagi Pemuda2 malysia pasti akan menyesal dan terpaksa berpaut kepada kerajaan UMNO yg ternyata jelas tiada idea untuk memajukan bangsa!

  5. abe MIE said,

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    NAJIB dilantik sebagi Menteri Kewangan 1 pada hari ini.

    Anwar menjadi PM Negara Timur Leste… hari ini

  6. Ngah said,

    Salam tuan blog,
    Pesan orang tua-tua jangan lupa,hendaklah seperti “susu dengan sakar”.
    Teguh,biorkan deme nak kata apapun.”Mati ayam mati tungaunya”
    “Mati tidak kerana sumpah,hidup tidak kerana haul”

  7. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Pertama sekali saya ingin ingatkan anda semua bahawa anda semua boleh tulis apa sahaja yang anda ingin tuliskan, namun perlulah mencerminkan keperibadian diri anda.

    Kepada Pemuda Malaysia khususnya, sila jangan gunakan perkataan yang berkait rapat dengan apa-apa binatang sekalipun di laman ini kerana jika anda terus menulis dengan cara ini maka memang terserlah tahap rendah moral yang anda miliki.

    Kedua, apa yang ada pada nama. Jika nama seseorang itu baik sekalipun namun sikap dan mentaliti lebih hina dari seketul bahan kumuh yang keluar selepas membuang air besar, maka tidaklah langsung berguna nama yang digunapakai itu.

  8. Sdra,

    Dari ulasan anda, saya rumuskan bahawa anda mengesahkan Pah Lah amat pandai menggunakan strategi serampang dua mata. dengan menyerahkan portfolio, kewangan kepada Najib, akan menyelamatkan beliau dari pertanggung jawaban kejatuhan ekonomi negara dan beliau akan di lihat sebagai seorang lelaki budiman yang berpegang kepada prisip akur pada janji.

    Saya terpaggil untuk menyatakan bahawa, inilah pertama kali saudara mengaku tentang kepandaian Pak Lah dan Khairy dalam mengatur strategi. Terima kasih kerana kejujuran saudara. Maksud saya, setelah termakan dengan pembohongan Anwar, barulah anda sedar bahawa Pak Lah amat bijak.

    Namun demikian, saudara mungkin tersilap dalam menafsir kerana, sekiranya Najib tidak berjaya dalam mentadbir kewangan negara dengan baik, Pak Lah tidak boleh disalahkan. (I beg to differ). Bagaimana dengan ” Collective Responsibility”. Sila rujuk m.s. 82. Cabinet principles in Malaysia.Abdul Aziz Bari 2002).
    Saya perturunkan,” Collective responsibility means that the cabinet acts unanimously even when its member do not all agree on a subject. and the Prime Minister as the head of the government is accountable for the act of his appointed colleagues (minister) in performing their duties.”

    Jadi saya sarankan supaya anda sebagai bekas fellow kanan ISIS supaya membuat kajian yang lebeh terperinci sebelum membuat keputusan. Janganlah anad jadi saperti Anwar Ibrahim yang mengaku bahawa beliaulah yang telah menaikkan ekonomi Malaysia era awal 1990 an tetapi menuduh TDM yang bersalah apabila berlakunya krisis ekonomi Asia 1997.

    Saudara, perlu ingat, dalam memberikan portfolio tersebut kepada Najib, Paklah telah juga mengekalkan Menteri Kewangan ke 2,( Najib memang seorang yang arif mengenai ekonomi & kewangan kerana jurusan tersebut merupakan antara jurusan yang beliau pelajari di University Nottingham.
    Kalau hendak di bandingkan dengan Anwar, DSAI hanya lulusan fakulti Malay Studies UM pangkat 3.) Oleh yang demikian Najib telah dan akan di berikan pendedahan yang perlu sebelum memegang tampuk Pemerintahan negara.

    Tolonglah jangan tulis ikut sentimen, jangan malukan ISIS.

  9. zackry said,

    Pemuda Malaysia ke Pemuda TOTOK UMNO

  10. laksamana3 said,

    Ini lah masaalh org2 yg masih berfikiran sempit, pandangan sendiri dikatakan termakan dgn dakyah atau pengaruh Anwar! Hanya kerana Anwar saja yg berani membongkar rasuah dan salah laku para menteri2 BN khas nya UMNO dan tidak berpus asa untuk mendapatkan haknya untuk bersuara tanpa disekat oleh pengawal media. Saya menyokong perubahan kerjaaan baru, bagi saya UMNO telah memerintah selama puluhan tahun,UMNO tidak lagi mampu mengambil hati rakyat,rakyat menilai dari masa kesemasa dan semakin ramai org yg menjauhi dari partti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yg memerintah negara hanya menjaga kepentingan2 kroni yg sewaktu dgn nya dan perkauman terhadap sesama bangsa! Munkin kiranya tiada Anwar,tentu Uztaz Hj Hadi atau Tuan Guru Nik Aziz pula dituduh membohong rakyat !

  11. dasuki_tmc said,

    Kepada Pemuda Malaysia khususnya, sila jangan gunakan perkataan yang berkait rapat dengan apa-apa binatang sekalipun di laman ini kerana jika anda terus menulis dengan cara ini maka memang terserlah tahap rendah moral yang anda miliki.

    rasa-rasa nya kalau umno tak ada kat malaysia ni kau orang TAK boleh hidup ke?. umno ke yang beri rezeki?. umno ke segala-gala yang baik?

    sokong sangat umno tu bagai kan tuhan ke?! mentaliti haprak yang di ajar oleh ulama’ umno. sia-sia sahaja mengaku umat Nabi Muhammad, tapi perangai dan tuturkata lebih teruk dari binatang ternakan. bila di samakan dengan binatang tahu pula marah dan berhujah! yang saya tahu binatang memang tak tahu berhujah! pesan nabi,

    jangan marah,
    jangan marah,
    jangan marah.

    peringatan drp: cucu orang utan

  12. sokong pandangan hashim harris..

    Ketua Perusuh buat malu ISIS jer..hahaha…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: