13 September, 2008

Hidup Susah, Mati Pun Susah!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:03 am by Ketua Perusuh

UMNO adalah satu daripada komponen utama Barisan Nasional (BN). Mereka telah berjaya menguasai Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak) sejak lebih dari 51 tahun. Pengaruh (momok) yang mereka buat telah terlalu sebati dengan majoriti rakyat Malaysia. Malah ada yang percaya hanya UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang mampu mentadbir Malaysia.

Barisan Nasional dianggotai oleh lebih dari 14 parti komponen dan kumpulan sokongan. Ianya diasaskan pada tahun 1973 untuk kesinambungan Parti Perikatan (Kapal Layar). Apa yang pasti Barisan Nasional memang telah terlalu lama (tua). Biasanya bila sudah tua, maka apa yang tinggal hanyalah sisa-sisa nyawa yang menunggu ditarik Malaikat Maut.

Namun dalam keadaan nazak (menanti maut) ini, sempat pula Barisan Nasional (UMNO) menggunakan beberapa talian hayat sebagai bantuan untuk menyelamatkannya daripada menemui ajal. Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai salah satu talian hayat amatlah tidak professional. Penggunaan ISA bagi musuh-musuh politik mereka (sebagai pengalih arah) adalah tidak wajar. Namun itulah UMNO (Barisan Nasional). Walaupun ada dikalangan anggota-anggota (ahli) mereka yang lebih layak untuk dikenakan tahanan ISA, namun UMNO (Barisan Nasional) pasti tidak akan mengambil tindakan.

Kita biarkanlah selama mana mereka (UMNO @ Barisan Nasional) ini mampu untuk melengah-lengahkan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput sisa-sisa nyawa yang ada pada mereka. Biar beratus kali mereka menggunakan talian hayat, yang pastinya Malaikat Maut akan menjemput mereka kealam barzakh.

Tarikhnya tidak lama lagi. Bukan 16 September, bukan 31 Disember, akan tetapi yang pastinya Malaikat Maut akan menjemput mereka seawal Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan dilangsungkan tidak lama lagi. Hukum alam akan menimpa mereka dan mereka pastinya tidak mampu untuk mengelakkannya.

Kalau pon boleh mereka melencongkan Malaikat Maut, pastinya UMNO (Barisan Nasional) akan kelihatan seperti bangkai bernyawa (zombie) selepas tarikh itu. Ingin hidup pun susah, mati pun lagi susah.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

6 Comments »

  1. zuhairy said,

    ehmm…setiap yg hidup pasti akan mati. termasukla BN yang akan be end!

  2. alahai said,

    ketua perusuh
    bekas fello kanan isis :>

    saya quote komen zuhairy ” …. setiap yg hidup pasti akan mati….”
    saya turut juga quote tulisan tuan “…yang pastinya Malaikat Maut akan menjemput mereka kealam barzakh.”

    alhamdulillah …sekurang2nya dalam bulan ramadhan almubarak ini sdr ingat kepada malaikat, kematian dan alam barzakh. saya turut lega kerana pemikiran sdr, yang suatu ketika dulu penganalisis kanan isis, telah mula kembali ke jalan yang lurus, sirotol mustaqim, jalan yang diredhai oleh allah swt.

    sewaktu di isis dulu memang sdr kritikal , bukan sahaja terhadap situasi dan kronologi politik tanah air malahan politik global khususnya negara polis pujaan sdr – the great america ! alangkah lebih baik jika selepas era post-isis ini sdr kritikal terhadap diri sdr sendiri – sejauh mana anda berjaya membentuk hidup anda? ke arah mana tujuannya? dan di mana bakal kembali diri sdr?

    cukuplah dengan rasa tidak puas yang ada dalam benak sdr tu – tambah meluat apabila melayu mengecam melayu, melayu menikam melayu dan melayu meng”anal” melayu => sedangkan pada suatu tika dulu dia mendapat pendidikan kerajaan melayu, belajar dengan biasiswa melayu, makan gaji dari majikan melayu dan kerajan melayu dan tumpang senang di tanah melayu yang ditadbir oleh parti melayu => dan kini anak cucunya juga masih mengaku melayu ( tapi udah beraleh pandangan persepsinya — agak jengkel dengan melayu …. hasutan datuknya KP) !!!

    cukuplah kp, cukuplah KP ….. sdr sokong parti politik mana pun tidak menguntungkan sdr … tetapi merugikan anak bangsa melayu mendatang

    ….. si mata sepet mca, gerakan, dap dan entah apa2 lagi sama sahaja …. sudah biadap (bukan sahaja sudah berani mencabar melayu malahan turut mempersoalkan “kumandangan azan” islam), yang berkulit hitam lagi teruk – bertambah kurang ajar dan malahan tidak masuk ajar dan belitannya lebih dahsyat dari anaconda – why? why KP?

    Why KP? tidak lain kerana adanya orang2 macam KP dan yang seangkatan dengannya yang tidak senang dengan bangsanya sendiri – lalu berpaut dengan bangsa2 lain – kononnya atas landasan keadilan dan demokrasi.

    sisepet mata dan sikulit legam merasa tergalak dan tidak akan melepaskan peluang keemasan yang ada untuk “memijak melayu” kerana cita2 asal yang terbit dari datok nenek moyang mereka adalah untuk menguasai “tanah melayu” …!

    kembali lah KP …. kembalilah ke jalan yang lurus, sirotol mustaqim yang diredhai oleh allah …. dan ingatkan lah malaikat maut ….insya allah sdr akan tenang => tenang dan damai jiwa dan pemikiran sdr kerana segala2nya diletakkan atas keredhaan terhadap pencipta kita => tuhan sekelian alam yang maha pemurah, pengasih, penyayang dan pengampun !
    amin amin ya rabbul’alamin !

    sesungguhnya saya akan turut bersyukur sekiranya baki sisa2 nyawa kita (KP dan saya sendiri – alahai) yang akan dihampiri olah malaikat maut itu diisi dengan barakah yang akan menguntungkan melayu …. anak cucu kita yang akan mewarisi tanah dan bumi ini yang bakal mengandungi jasad kita – mayat kita KP!!!!! astaghfirullah …….

  3. laksamana3 said,

    Aku tak faham lah dgn Alahai ni, penceramah ke pensyarah atau pengarah!Aku pun tak nampak artikel ni terlalu mengutuk atau maksudnya jauh dari pandangan bagi rakyat yg dah mula sedar dari temberang dan sikap perkauman sesama bangsa yg UMNO lakukan sejak puluhan tahun. Walau bagaiamana pun UMNO semakin parah sekarang!

  4. bodoh juga bekas felo kanan isis yang sorang nie..
    jawatan lama gempak tapi dungu..nasib baik dah jadi bekas…
    ISA pun dia kata talian hayat BN..
    memang dasar bebal..
    ISA sebenarnya adalah akta untuk mengawal ketenteraman awam di negara yang berbilang kaum macam di malaysia nie..
    bongok betullah pakcik nie…
    pegilah sambung study tue…
    jangan buat malu orang melayu jer…

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i semua.

    Apa yang saya tuliskan diatas adalah pandangan saya. Anda boleh terima dan anda juga berhak untuk menolaknya. Ianya hak asasi anda.

    1. Pengajian saya tidak pernah dibiayai oleh mana-mana agensi atau badan kerajaan. Semuanya hasil dari titik peluk ibubapa saya.

    2. Sebagai bekas felo kanan di ISIS, saya hanya ditawarkan jawatan tersebut secara kontrak atas kapasiti ilmu dan pengalaman saya berdasarkan kepada merit.

    3. Anda ada masalah dengan Melayu, itu masalah anda. Begitu juga jika anda ada masalah dengan kaum-kaum yang lain.

    4. Sikap prejudislah yang telah menyebabkan Malaysia dikuasai secara kuku besi (dan rakyat diperbodohkan) oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak lebih 51 tahun.

    5. Sila baca Sejarah Melayu. Sejarah tidak menipu. Anda boleh lihat bagaimana orang melayu (yang berkuasa) menindas dan menipu orang melayu diperingkat marhaen.

    6. Sistem penulisan JAWI yang dihapuskan dahulu juga dibuat oleh orang Melayu juga (Khir Johari) dan bukannya Tan Cheng Lok atau Seenivasagam.

  6. cucu orang utan said,

    kalau dah buta sejarah, sejarah melayu (malaysia) itu tidak jadi hal, tak berdosa, mungkin tak kufur.

    tapi kalau dah buta islam dan al-quran itu Allah yang Maha Mengetahui kedudukan sebenar.

    pada pandangan dari tindakan dan tuturkata kalau menyimpang dari Al-Quran dan Hadis maka kalau jelas bertentangan dengan suruhan Allah dan Rasul, maka akan tergolong dalam golongan kafir atau kufur atau munafiq atau pasiq atau jahil. jangan sekali memandang perkara tersebut main-main tentang aqidah Islam. silap terbatal iman.
    mohon perlindungan dari Allah dari sebarang perkara yang menggelincirkan aqidah iman kita.
    itulah sebab Allah menyuruh kita belajar setiap ilmu, ilmu akhirat dan ilmu duniawi. jangan kita dibohokan oleh orang lain yang memang menggunakkan kehodohan seseorang untuk kepentingan duniawi mereka, contoh puak umno, memang membodohkan orang yang boleh dibodohkan serta digunakan kebodohan seseorang demi kepentingan dunia, harta, pangkat, jawatan dan segala perkara dunia, hal berkaitan dengan kepentingan di akhirat diketepikan dan di tolak mentah-mentah serta ada golongan yang memang memperlekehkan islam untuk di amalkan di bumi Malaysia ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: