1 September, 2008

Tempoyak Tempoyak Juga

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:49 am by Ketua Perusuh

Ini ada satu peribahasa baru yang saya tujukan khusus kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Peribahasanya berbunyi begini “Tempoyak Tempoyak Juga, Manakan Boleh Menjadi Keju”.

Gelagat UMNO (BN) di Negeri Perak Darul Ridzuan (negeri kelahiran saya) semakin hari semakin kalut. Apa tidaknya, bekas Menteri Besar Perak, Tajol Rosli menegaskan bahawa UMNO (BN) akan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada 31hb Ogos 2008. Nampaknya mereka masih lagi terikat dengan “gila meroyan”. Susah juga kalau dapat bekas Menteri Besar Perak yang asyik “gila meroyan”.

Ayahanda saya dahulunya ahli Parti Perikatan (Kapal Layar) sebelum keluar dan bersama dengan Hisbul Muslimin (PAS) sejak dari awal penubuhannya. Walaupun pernah menjadi ahli Parti Perikatan (sehingga keperingkat yang tinggi juga), namun setelah menjadi Ahli Hisbul Muslimin (PAS) tidak pernah beliau (setahu saya) menghidapi penyakit “gila meroyan” untuk kembali mendapat pengaruh dan kuasa seperti yang pernah beliau dapat didalam Parti Perikatan (Kapal Layar). Baginya biarpun menjadi ahli biasa, perjuangan (agama, bangsa dan negara) perlu diteruskan.

Oleh yang demikian, sayugia saya ingin nasihatkan kepada Tajol Rosli bahawa adalah wajar beliau menutup mulutnya dari banyak berkata-kata itu dan ini yang mana akhirnya akan menunjukkan kebodohan yang amat nyata terhadap dirinya. Lagi banyak beliau berkata-kata (terutamanya di TV) lagi mudahlah orang ramai dapat melihat sikap “gila meroyan” yang ditonjolkannya.

UMNO Perak kini nampaknya sedang dalam proses untuk menunjukkan bahawa merekalah juara kepada isu Islam dan Melayu di Negeri Perak Darul Ridzuan. Malah kata-kata Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin yang menyebut, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin tidak harus mengetepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri nampaknya dipengaruhi oleh sentimen yang sama.

Beliau juga mendesak Menteri Besar turut memberikan lot tanah kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini dan tidak hanya kepada sekolah Cina.

Persoalannya disini, adakah anda (dan saya) pernah mendengar Kerajaan Perak dibawah pimpinan UMNO (BN) memberikan (menganugerahkan) tanah untuk dibina sekolah pondok? Setahu saya bukan setakat memberikan tanah, malah wang dari Zakat Negeri Perak pun ada yang tidak pernah sampai ke sekolah pondok (atau sekolah agama) jika ianya ditadbir oleh Mudir yang condong kepada PAS.

Malah terdapat banyak sekolah pondok, sekolah agama rakyat (SAR) dan sebagainya yang telah dianaktirikan semasa pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (UMNO) di negeri Perak sejak sekian lama. Apakah bantuan yang pernah (Kerajaan Barisan Nasional) beri kepada Maahad Al Ehya As Syariff di Gunong Semanggol Perak selama ini? Cubalah Tajol Rosli dan UMNO Perak senaraikan supaya boleh kita (warga Perak) dapat menilaikannya.

Akhir kata, saya ingin nasihatkan UMNO Perak dan Tajol Rosli (khususnya) supaya jangan “gila meroyan”.

“Deghoyan pun akan menjadi tempoyak akhirnya”

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

18 Comments »

  1. Reemas said,

    Kita dibulan baik di bulan mulia ini tak elok berperasangka buruk. Jika cadangan itu baik, tidak kira dari parti lawan sekali pun haruslah diterima dengan terbuka.

    Jika kerajaan UMNO sebelum ini tidak berupaya memberikan lot tanah kepada sekolah agama Islam, dengan kuasa yang ada sekarang amatlah mulia jika Nizar menganugerahkanya bagi tujuan tersebut.

    Janganlah kita hanya mengkritik akan keborokan orang sedangkan kita sendiri tidak berupaya melakukanya.

    Buktikanlah Nizar…… jangan retrotik aje.

    Gunakan peluang yang ada ini untuk membezakan anda dengan UMNO…..

  2. Msinc said,

    memang bebenor kate kamu yeop ketua perusuh.teman nunggu juge takut2 bn dapat ambik balik kerajaan negeri pade 31 Ogos..tak de ape ape pun.Tajol ni memang pandai bedaah aje.Beri peluang kepada Pakatan Rakyat.jangan nak hentam jer.Aku yakin dan menyokong penuh kerajaan Perak dibawah pimpinan Dato Seri Nizar.Sekarang ni baru Umeno tu heboh2 nak menegakkan sekolah Agama.Selama 50 tahun kome buat aper?..ngire kan tembolok kome je ye..perjuangan berasaskan bangsa memang tidak releven..Perjuangan sebenar kita ialah untuk menegakkan Islam…pemimpin Islam yang sejati nescaya akan berlaku adil kepada semua insan..jangan jadi seperti orang Yahudi yang amat membanggakan bangsa mereka.Kepelbagaian bangsa dan suku kaum dijadikan Allah supaya mereka berkenal2an,bukan tindas menindas sesama mereka..oleh itu Parti yang berteraskan perjuangan bangsa adalah tidak sesuai untuk kebaikan dan kerahmatan insan.

  3. habis tue Brother Anwar Bin Ibrahim (****) tak gila meroyan ker??? **** tue sibuk nak jadi PM padahal langsung tak layak. Moral dah lah rendah tahap lagi bawah dari binatang sebab binatang pun tak main jantan dengan jantan atau betina dengan betina..

    dua ADUN PKR (Parti Kuat Rasuah) kan dah kena dakwa..so, rakyat Perak pun dah sedar bahawa Pakatan Rapuh tak ke mana dah..Insya-Allah BN akan kembali menerajui Perak.

    Kepada ****, jangan mimpi nak jadi PM, macam kata Hadi, angan-angan mat jenin jer…bersihkan diri dulu sebelum berhasrat perintah Malaysia yang makmur dan aman ini..(tapi macam dah tak aman sangat sebab Parti Kuat Rusuh suka buat demo)…hahaha

  4. SifuPTS said,

    Wahai Allah yang maha mendengar doa-doa hambanya yang teraniaya, kabulkanlah doa-doa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Amin. Amiiiinnn!

  5. afnanhassan said,

    Anwar memang dah ternyata ‘gila meroyan’ dah. Sebab itulah beliau dok merapu dengan angan-angan nak jadi PM pada 16 September ni..

  6. ayornyor said,

    kisah tajol rosli dengan 31/8/2008 nye dah menjadi lawak jenaka pak man telo … elok beno le kalau tajol pegi terjon lombong aje … buat malu UMNO aje

  7. faizal bin zakaria said,

    Saya suka makan tempoyak😉

    http://teampemudaumno.blogspot.com

  8. Heboh di dalam media elektronik dan media cetak bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim (****) ingin menjadikan 16 September 2008 ini sebagai cuti umum untuk seluruh Malaysia bagi meraikan kejayaan beliau menjadi Perdana Menteri dan menjadikan hari itu adalah ulang tahun penubuhan Malaysia. Negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang seperti Pulau Pinang dan Kelantan sudah menyokong cadangan yang dibawa oleh **** ini. Sebenarnya ada perkara lebih penting untuk saya ketengahkah dalam artikel kali ini. Segala yang saya coretkan di bawah ini adalah pandangan peribadi saya dan saya ingin berkongsi pendapat dengan pembaca-pembaca sekalian.

    Sebenarnya cerita 16 September adalah retorik semata-mata yang ditimbulkan oleh BABI. Ini bagi memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi tidak tentu arah dan berada dalam keadaan kegusaran. Apabila kerajaan merasakan segala rancangan **** seakan benar dan nyata, maka kerajaan tiada pilihan lain kecuali mengisytiharkan darurat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin. Ini kerana rancangan **** untuk mengambil alih pentadbiran negara melalui ‘pintu belakang’ amat tidak beretika dan boleh meletakkan negara dalam keadaan kacau bilau.

    Sebenarnya **** seorang yang amat licik dalam medan politik. Selepas dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, beliau telah merangka rancangan yang cukup besar bagi mencapai cita-cita menjadi PM. Bak kata mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa “**** ini seorang yang cukup licik. Beliau boleh menukar sesuatu perkara daripada salah menjadi betul dan begitu sebaliknya”. Mengapa **** mengisytiharkan untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh? Ini kerana beliau ingin ‘test market’ dan menilai sokongan rakyat kepada beliau. Keputusan menyebelahi **** dan beliau menang malahan melebihi majoriti yang diterima oleh isteri beliau. Walaupun ketika dalam suasana pilihanraya kecil itu, **** menghadapi dakwaan terhadap kes liwat, sokongan terhadap beliau tetap tidak berubah dan dengan ini menjadikan beliau yakin bahawa kekuatan politik beliau semakin kukuh dan kuat.

    Setelah berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, **** menyusun langkah untuk menduduki kerusi PM dalam masa terdekat. Cara yang dimainkan oleh beliau dapat kita lihat sekarang ini. Beliau menghebohkan bahawa pada 16 September ini akan ada 30 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti untuk menyertai pakatan pembangkang. Sebenarnya perkara ini sukar untuk terjadi kerana kebanyakan Ahli Parlimen BN amat setia terhadap parti dan memegang janji serta mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Isu lompat parti telah dinafikan oleh Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak.

    Selepas itu, **** menyatakan pula bahawa ada juga Ahli Parlimen daripada Semenanjung terutama daripada Terengganu akan menyertai Pakatan Rakyat. Kecanggihan teknologi hari ini seperti penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan pemimpin di dalam BN. Maka, pada beberapa hari lepas telah dilakukan upacara mengumpul tandatangan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak untuk menyatakan taat setia kepada PM dan BN. Perkara ini mencetuskan kontroversi di mana salah seorang daripada Ahli Parlimen Sabah yang bernama Datuk Anifah Aman tidak mahu menandatangani akujanji tersebut dan menyatakan bahawa tidak perlu diragui lagi kesetiaan Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak kepada PM.

    Pada pandangan saya, tandatangan bagi menyatakan kesetiaan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak tidak perlu dilakukan kerana ia hanya membuatkan **** tergelak besar kerana berjaya mewujudkan keadaan ribut dalam kem BN. Apa yang saya cuba syorkan di sini adalah, kerajaan BN tidak perlu melayan setiap ungkapan atau propaganda yang dimainkan oleh **** kerana hanya akan memerangkap kerajaan BN sendiri.

    Mengapa **** cukup suka jika kerajaan mengisytiharkan darurat pada 16 September ini? Ini kerana apabila kerajaan mengisytiharkan darurat, separuh daripada rancangan **** akan berjaya. Maka, separuh lagi rancangan **** akan menjadi kenyataan apabila kerajaan terpaksa mengadakan pilihanraya umum yang baru selepas darurat ditarik balik. Apabila darurat, pentadbiran kerajaan akan diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan mengikut perlembagaan yang ada, pilihanraya akan diadakan semula selepas darurat ditarik semula. Ketika inilah **** akan melaksanakan perang saraf yang cukup hebat bagi memastikan cita-cita beliau menjadi PM akan tercapai.

    Harus diingat bahawa UMNO berada dalam keadaan yang cukup lemah akibat daripada perpecahan dalaman dan serangan daripada luar seperti perang saraf yang dilancarkan oleh ****. Ini kerana **** telah melihat bahawa ketika di Permatang Pauh kelemahan ketara jentera parti UMNO telah memudahkan lagi kemenangan beliau di sana. Di samping itu, parti komponen di dalam BN sendiri telah mula tidak percaya antara satu sama lain seperti Parti Gerakan dan MCA yang telah mengugut untuk keluar dari BN jika UMNO memainkan sentimen perkauman. Perkara ini amat menguntungkan **** yang dijangka akan menang secara terhormat dalam pilihanraya umum yang akan diadakan dan beliau tidak perlu mengambil alih kerajaan Malaysia melalui ‘pintu belakang’ seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

    Kerajaan tidak harus terperangkap dengan permainan politik **** kerana hanya akan menjerat kerajaan dan menguntungkan ****. 16 September akan mendatang dan insya-Allah tiada apa-apa perkara akan berlaku kerana **** hanya melakukan propaganda politik untuk agenda peribadi beliau. Tujuan **** mencadangkan cuti umum pada 16 September bukan kerana untuk meraikan kejayaan beliau menjadi PM ataupun meraikan ulang tahun Malaysia TETAPI adalah untuk meletakkan kerajaan dalam keadaan tertekan dan seterusnya menyaksikan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat. Apabila terjadi darurat, **** akan melaksanakan perang saraf dengan menuduh kerajaan telah berlaku zalim dan mengisytiharkan darurat tanpa sebab. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat menjadi muak dan benci kepada kerajaan BN. Apabila perang saraf **** berjaya, maka BN akan tumbang pada pilihanraya umum yang akan datang.

    Jadi, kepada pengunjung blog Pemuda Malaysia saya cuba mengajak anda merenung kembali erti kemerdekaan yang kita kecapi selama 51 tahun ini. Tidakkah anda perasan kembalinya **** ke medan politik negara lebih banyak melibatkan kemusnahan daripada keamanan. Kerajaan terpaksa menghabiskan duit untuk menghadapi pilihanraya kecil di Permatang Pauh akibat perletakan jawatan isteri **** sesuka hati. Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Pak Lah diperlekehkan oleh si **** dengan mengatakan ia gula-gula buat rakyat. Semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah salah di mata dan fikiran ****. Semua yang dibuat **** adalah betul kononnya. Jangan gadaikan negara ini semata-mata kerana seorang manusia bernama Anwar Bin Ibrahim yang hanya ingin membalas dendam dan mencapai agenda peribadi menjadi PM!!!

    == Komen Ketua Perusuh ==

    Orang yang berakal dan berakhlak akan menggunakan perkataan yang sopan dan bukannya perkataan yang tidak sopan. Ingin saya ingatkan anda, anda boleh menulis apa sahaja gaya bahasa di laman blog anda, tetapi di laman blog ini anda perlu mengikuti adab susila orang timur dan bangsa Melayu.

    == Komen Ketua Perusuh ==

  9. mie said,

    Pemuda Malaysia’
    kepala otak jenis karat,bangang,umno tuiihhhhhh.pi mampuih la dengan umno karat hang,parti haramjadah.

  10. Salam

    Hehehe.. bersemangat sungguh pemuda malaysia@menteri@umno yang masih tidak DIBUKA kan pintu hati agar kembali ke jalan yang di redhai..

    Anyway pemuda malaysia, cara “diskusi” anda penuh dgn emosi dan HASAD/FITNAH so sukar utk rerakan blogger menyampaikan diskusi secara islam dan secara manusia yang beriman atau pun secara berakal.

    Saya berdoa kehadrat illahi agar pintu hati pemuda malaysia dan rakan-rakan mereka yang “SEUMPAMANYA” di beri petunjuk.. Insyallah

    Utk pemuda malaysia dan rakan sejawatnya dan kepada kita juga semua..
    Allah itu MAHA ADIL DAN MAHA MENGETAHUI.

    Wassalam
    Takbir

  11. carcoon said,

    salam

    Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang
    tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada
    orang yang ketakutan…….

  12. Hamba Allah said,

    wahai pemuda malaysia yang indah budi pekerti. Apakah kesalahan saudara Anwar kepada anda sehingga tergamak menggelarkan beliau sebagai binatang kesayangan umnoi? Layakkah saudara menghentam sedemikan rupa? berpuasa kah saudara? semoga setiap hinaan dipulangkan balik kepada empunyanya

  13. j4l4k said,

    Dalam banyak -banyak komen di sini pun ada orang yang meroyan.

    Nak tahu siapa carilah sendiri

  14. Payahla kalau camni... said,

    Menangis dalam gembira tulis..
    Saya berdoa kehadrat illahi agar pintu hati pemuda malaysia dan rakan-rakan mereka yang “SEUMPAMANYA” di beri petunjuk.. Insyallah

    Utk pemuda malaysia dan rakan sejawatnya dan kepada kita juga semua..
    Allah itu MAHA ADIL DAN MAHA MENGETAHUI.

    … Saya perasan kenyataan ini selalunya nak memberatkan kepada pihak pembangkang. Seolah-olah ALLAH tak berlaku adil pada orang islam dalam UMNO tu. Siapa yang harus diberi petunjuk? Orang yang menyokong BN sahajakah yg harus diberi petunjuk? macammana dengan orang yang menyokong pembangkang? tak perlu petunjuk dari ALLAH ker?

  15. alahai said,

    Salam “Buat Blogger Ketua Perusuh
    Bekas Felo Kanan
    Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS
    Cendiakawan terbilang negeri “Deghoyan pun akan menjadi tempoyak akhirnya”

    Salam juga untuk para bloggers dan pembaca sekelian,

    Selamat Berpuasa dan tak lama lagi Salam Aidilfitri …… semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT….Amin.

    Di hari baik bulan baik ni …. Mari kita merenung sikit tentang perjalanan hidup kita, arah dan hala tuju kita dan akhirnya bakal tempat bersemadi kita.

    Pertamanya ………!!!!!!!!!!!!!

    Kita …(siapa kita?) …. orang-orang Melayu yang menggelarkan dirinya sebagai bumiputera, anak jati, anak watan, pribumi dan macam-macam gelaran lagi yang menggambarkan bahawa Melayulah pemilik dan pewaris bumi Malaysia ini. Hang Tuah pernah melaung bahawa “Melayu tak kan hilang dari dunia !!!!” Semoga doa dan harapan ini akan dimakbulkan oleh Tuhan Maha Esa….. dan pewaris-pewaris Melayu, yang masih hidup kini, generasi mendatang dan generasi yang akan lahir dari kandungan perut-perut ibu-ibu Melayu, akan kekal identitinya sebagai “Melayu” yang masih menebal lagi sifat, pembawaan dan pemikirannya sebagai “Melayu Jati”.

    Keduanya ……….!!!!!!!!!

    Ke mana kita ….wahai orang-orang Melayu? Adakah kita benar-benar mewarisi sifat-sifat legenda Melayu ataupun naluri kita telah dicemari dengan rentetan cara-hidup bangsa-bangsa lain yang mengelilingi kita?

    Dan Ahirnya ……….!!!!!!!

    Kita berbicara tentang Melayu …. Tak mengira Melayu UMNO, PAS, PKR ke ataupun lain-lain spesis Melayu yang ada di tanah air kita ini. Dulu Melayu menebal semangat kemelayuannya …… ada Tanah Melayu …. dijadikan Malaysia (some one said “Malay-sial).

    Kesan daripada PRU12 begitu bercelaru – sebagai orang Melayu saya risau sekali melihat gelagat politikus negara tidak mengira dari parti mana pun ….. yang dikhuatiri akan membawa kemusnahan kepada dunia dan pola politik tanah air dan selanjutnya membawa kepada kehancuran Melayu.
    Melayu saling berkelahi, salah menyalahkan di antara satu sama lain. Melayu UMNO menyalahkan Melayu UMNO lain atas kekalahan dalam PRU12 lalu. Parti UMNO perlekehkan PAS dan parti PAS kafirkan UMNO – walhal mereka seagama. Melayu PKR pertahankan hak bela babi atau bahasa halusnya khinzir dan berjuang bersama-sama anggota HINDRAF – walhal Melayu PKR dan Melayu UMNO seagama. Wacana Melayu tidak lagi sehaluan – mereka sekarang ini bebas mentalitinya. Melayu yang memimpin UMNO tidak lagi perjuangkan rakyat Melayu …. mereka berkiblatkan wang ringgit, kereta mewah, rumah besar dan isteri baru. Marhein Melayu dilihat dengan sebelah mata – rapat mesra menjelang hari pengundian sahaja. Melayu yang merempat, macam saya, tidak dibaruahkan!

    Saya khuatir terhadap Melayu – ketuanan Melayu, hak-hak Melayu dan tanah Melayu – sejarah Singapura telah menular ke Pulau Pinang. Melayu PP telah mula terpinggir – lihat sahaja paparan berita Melayu PP dalam akhbar perdana mahupun akhbar picisan.

    Bila si Ahmad Bukit Bendera yang berani memperkatakn kedudukan sebenar bangsa Cina suatu masa dahulu dan mempertahankan keistimewan Melayu – cepat-cepat MKT UMNO gam dia selama 3 tahun, gugur semua jawatan dan sandangan serta tidak boleh angkat muka untuk bertanding. Memang “bijak” Melayu MKT UMNO ….. yang ketawa terbahak-bahak adalah pengikut Soo Khoon, Guan Eng, Tee Kiat dan ramai lagi yang bemata sepet semuanya!!!! Yang menangis teresak2 di dalam hati, terguris olah bisa MKT UMNO, adalah kita semua … Melayu yang sensitif jiwanya ! Melayu marhein yang merempat macam saya ni ….. bukan bekas felo kanan ISIS yang berbanglow dan bermercedes besar dan sebagainya.

    Pola ini telah menular ke Perak kerana MB Melayu telah terbukti menjadi puppet kepada barisan exco yang majoritinya bukan Melayu. Tanah kurniaan selama 99 tahun menjadi titik mulanya penguasaan dominan pemikiran MB Perak oleh bangsa-bangsa sepet mata dan gelap kulit di negeri berkenaan. Banyak lagi agenda mereka yang akn dikeluarkan satu persatu …. Tunggulah episod seterusnya …. Mujurlah ada undang-undang menyekat perlatikan MB Perak dan ketahanan “sifat ke-Melayu-an Raja Nazrin”….. kalau tidak ….. melayu tepoyaklah mika jadinya !!!

    Di Selangor, Melayu PKR yang pertahankan projek bela babi di kawasan Melayu walaupun yang mula-mula mendedahkannya exco bukan Melayu. Tanah Melayu yang dahulu penuh tanaman pisang dan ubi kayu akan dicemari dengan najis dan bau busuk ternakan babi. Mengapa tidak dibuat projek ini di kawasan Cina – kampung-kampung baru ataupun di Pulau Ketam sendiri? Mengapa tidak diimport sahaja daging bagi macam kita mengimport daging lembu dari India ataupun Australia? Di Singapura, Taiwan dan Hong Kong yang penduduknya Cina – tidak wujud pun kandang-kandang binatang babi tersebut ! Hai Melayu …… membabi-butakah tindakan kita? Lepas tu timbul gesaan si-mata sepet yang sentiasa berbisik macam syaitan di belakang tengkok Khalid Ibrahim untuk buka habis-habisan ITM …. satu lagi warisan Melayu ……..berbisik untuk mem”babi-buta”kan Melayu ……Tapi tak apelah ….. dan senyap cerita babi ni dari war-waran semua media berita ….

    BABI?  Brother Anwar Bin Ibrahim (********)Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) …. Saya tak campur, saya cuma ungkapkan kembali nama-nama ini dari tulisan para pengomen blog Ketua Perusuh, Bekas Felo Kanan ISIS, di atas …..

    Ke mana anak-anak dan cucu cicit Melayu suatu masa nanti ……. Melayu sendiri yang meramalkan BN akan tumbang dan rebah ‘mendebub’ pada PRU 13 – ataupun akan berlaku rampasan kuas menjelang September 16 (Hari Malaysia) yang akan dilakukan oleh DSAI @ “BABI” tu. Akan timbul era kebangkitan parti-parti multi-ethnics yang mitosnya berteraskan perjuangan hak-hak individu @ human-rights. Melayu, Cina, India dan macam-macam ras lagi duduk sebaris satu sab – sama tinggi sama rendah atau makan sedulang sepinggan …. ada ayam, ada sayur dan mungkin ada ‘daging’ yang najis ! A’uzubillah ….

    Memang Melayu tak hilang di dunia – tapi yang hilang adalah kuasanya, suaranya, tanahnya dan negaranya……nak ke mana kita wahai bangsa Melayuku? Kita yang hidup masa kini akan menjadi sumpahan generasi Melayu yang mendatang dan yang akan lahir dari perut-perut buncit ibu-ibu Melayu! Waullahua’lam.

  16. laksamana3 said,

    Salam buat Sdr Alahai yg dah lama tiada kedengaran berita, saya sgt setuju dgn komentar sdr,satu pertanyaan Bagaimanakah ia blh terjadi dan siapakah patut dipertanggungjawapkan?

  17. laksamana3 said,

    Pemuda Malysia ni bkn lah kuat sgt, dia ni kuat maki je,itu pun kat dalam internet kalau berdepan hehe bahsa cukup sopan. Hensem jauh sekali muka dia sebiji mcm Ahmad ismail tapi dia pemuda malaysiani ada terkenan sikit kat sejenis binatang.So ada musim.Jadi tak payah lah nak ambil hati sgt kat dia ni he he!!!!

  18. Cucu Panglima Genta said,

    Oh,kome deghoyan udah luruh,
    lebih baik cepat pegi suluh,
    kalau lambat jawabnya tinggal pokok.

    Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Li Po,Hang……………..zzzzzzzzzzz


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: