28 August, 2008

Lobi Melobi

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:38 am by Ketua Perusuh

Saya mendapat maklumat terkini bahawa perkhidmatan Mohd Hassan Marican (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas) kini sedang menghampiri tempoh akhirnya. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kemungkinan besar Mohd Hassan Marican tidak akan disambung tempoh perkhidmatannya walaupun beliau berupaya melakukannya.

Beberapa pihak telah menunjukkan hasrat mereka untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican ini dan kini sedang dalam proses melakukan lobi (berskala mega). Semua lobi-melobi ini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ada yang melobi dengan wang dan ada pula yang melobi dengan cara-cara yang lain.

Tetapi ada dua orang calon telah bersaing diantara mereka dan dikhabarkan bahawa kedua-dua mereka mendapat restu daripada Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Salah satu dari dua calon ini dijangkakan akan dilantik menggantikan Mohd Hassan Marican manakala seorang lagi dijangkakan akan menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah Petronas.

Calon yang begitu kuat melobi untuk menggantikan tempat Mohd Hassan Marican dikenalpasti adalah Khairy Jamaludin. Beliau khabarnya telah berjaya meyakinkan Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau mampu untuk menerajui Petronas dan memangkinkan pertumbuhan dan pemerolehan Petronas dalam jangka masa singkat. Abdullah Ahmad Badawi juga dikhabarkan telah bersetuju jika Khairy Jamaludin dilantik kejawatan tersebut dan sedia mengarahkan Petronas untuk membuat perlantikan tersebut sebaik tempoh akhir perkhidmatan Mohd Hassan Marican tamat.

Dengan pengaruh wang dan lobi yang besar, Khairy Jamaludin percaya bahawa beliau dapat menerajui Petronas dalam masa terdekat. Ini dibantu dengan sokongan berterusan (wang dan kuasa) yang datangnya dari Singapura melalui Temasek Group.

Berdasarkan kepada analisis semasa dan pasaran Asia Tenggara, Temasek Group amat berminat untuk menguasai Petronas demi untuk mengukuhkan aliran tunai dan kewangan mereka. Buat masa ini hanya cabang industri Minyak dan Gas sahaja yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh Temasek Group. Beberapa transaksi kewangan berskala besar telah dikesan dibiayai oleh Temasek Group kepada beberapa individu dalam industri Minyak dan Gas tempatan termasuklah kepada pihak yang membekalkan khidmat sokongan kepada industri yang sama.

Dengan penguasaan dalam industri Pelabuhan (seperti masa telah dikenalpasti bahawa beberapa pelabuhan utama di Malaysia kini telah dipindahkan sahamnya kepada proksi Temasek Group) tempatan, maka dapat dijangkakan bahawa Temasek Group kini sedang berusaha membuat beberapa pemerolehan lagi demi memantapkan organisasi mereka.

Proksi-Proksi Temasek Group di Malaysia kini nampaknya sedang ditimbunkan dengan wang ringgit dan jaminan keselamatan sehinggakan mereka sanggup menggadaikan aset negara. Berdasarkan kepada senario semasa, SCOMI Group juga dikenalpasti telah mendapat laba daripada usahasama haram dengan Temasek Group.

Jika Khairy Jamaludin dibenarkan menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, maka jangan kita terkejut jika akhirnya Petronas dikuasai oleh Temasek Group (Singapura). Kita wajar menyekat perkara ini daripada menjadi kenyataan. Abdullah Ahmad Badawi memang mudah dikuasai oleh Khairy Jamaludin. Jangan pula kita biarkan Kamaludin Abdullah Ahmad Badawi menjadi Ahli Lembaga Pengarah Petronas kerana ini juga akan menguatkan pengaruh Temasek Group kedalam Petronas.

Petronas adalah hak Malaysia dan bukannya Singapura. Jangan gadaikan aset negara.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

22 Comments »

  1. zamri said,

    celaka kj….

  2. paloi said,

    fitnah tanpa bukti je ni

  3. laksamana3 said,

    Kalau beruk ni lah yg ambil alih Petronas,emm hancusss la jawapnya,kan lbh baik beruk ni dia jaga butik dia yg kat pavillion tu. Jgn tamak kuasa sangat,semuam jawata nak pengang,wakil org rembau pulak tu,ada masa ke!!!!!!

  4. mia said,

    traditionally, president of petronas is appointed amongst the management team comprises vps’.

    datuk anuar ahmad is next in line.

  5. carcoon said,

    salam bro…

    ini berita yang tak bagus….klu semua dilondeh oleh singapura…
    apa yang tinggal untuk generasi akan datang……..
    diharap ada pemimpin dan semua rakyat akan membuka mata dan hati untuk memperjuangkan kedaulatan negara…

    Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

    carcoon

  6. hahahahaha said,

    So harap orang Petronas bertindak meletak jawatan atau berpiket jika Khairy Jamaluddin atau Proxinya menjadi CEO Petronas…Kita harap semua warga Petronas boleh bersatu dan bertindak melantik CEO yang betul betul mampu dan bagus untuk kepentingan Negara sebagaimana Warga Petronas menyokong Dato Hassan Marican semasa tahun 1998 yang lalu..

    Wassalammmmmmmm

  7. Sal said,

    Bukan setakat kakitangan PETRONAS saja yang patut berpiket tapi seluruh rakyat Malaysia juga mesti bangkit dan “sedar dari tidur” untuk membantah/protes perlantikan ini. Ini lah satu-satunya Anugerah Allah SWT yang paling berharga kepada Malaysia. Saya amat2 berharap semua Ahli Parlimen PR, khasnya dan rakyat Malaysia amnya membantah KJ atau KRONI2 Pak Lah sebagai CEO PETRONAS. Jangan biarkan mereka menyapu bersih hasil mahsul negara.

  8. mia said,

    what happened in 1998?

    I was there for more than twenty five years.

  9. MAS Staff said,

    Heard it could have been Idris Jala.

    Anyway KJ was in singapore recently on call from LHL.

    May the sceptic who know nuts just shut the fuck up!!!!!!!!!!!

  10. cam said,

    MAS staff, shut the fuck up!!

  11. […] Lobi Melobi Saya mendapat maklumat terkini bahawa perkhidmatan Mohd Hassan Marican (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas) […] […]

  12. Raja Hidustan said,

    hem….nak jaga maya karin pun tak mampu…. ini pula nak jaga khazanah negara…. baliklah rembau
    jaga rakyat je…

  13. samarkand said,

    Assalamualikum WBH….

    Semua Blogger Yang DiKasihi,

    Dari sumber rakan di dalam PETRONAS, ketua mereka Mohd Hassan Marican sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas telah mendapat tekanan yang maha dahsyat oleh mereka dan keluarga mereka sehingga beliau mengumumkan untuk berundur. Ini adalah berasaskan dari kenyataan benar beliau kepada media sebelum ini yang jauh tersasar dari yang mereka dan keluarga mereka kehendaki. Persoalannya..Mengapa perlu jadi begini atau begitu????

  14. al-chechen said,

    Pak Lah sudah bosan dengan UMNO sebenarnya. Pak Lah nampak negara ini hanya boleh dibaiki jika kerajaan baru boleh ditubuhkan untuk menggantikan UMNO/BN.

    Tindak tanduk Khairy sejak mula menyertai UMNO menyebabkan Pakatan Rakyat mendapat undi dari pengundi UMNO sendiri. Dari lain lain kategori rakyat tak perlu dipertikakikan lagi. Kini Khairy buat hal lagi menyebabkan 30 atau lebih MP BN akan membulatkan tekad mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat.

  15. laksamana3 said,

    Semua tertekan dgn campur tangan beruk ni,tapi bagi menteri2 yg takut kehilanngan jawatan dan takut kes2 di hadap kan dimakahmah maka jadi lah pak turut.Kesian,Hassan Merican,kalau bkn beliau yg mentadbir dari dulu aku rasa mau lingkup juga petronas.

  16. ayor said,

    ai KJ pengangur terhormat sebelum jadi YB nak jadi presiden petronas … layak ke????

  17. faizal bin zakaria said,

    melobi kat blog saya😉

    http://teampemudaumno.blogspot.com

  18. Amin Ahmad said,

    ya, saya akui hal ini.

    saya sendiri berpeluang bertemu seorang teman dan agenda khairy untuk campur tangan di dalam petronas telah tersebar di kalangan warga petronas sendiri.

  19. daun kering said,

    tuan ketua perusuh

    saya mengikuti perkembangan tuan sejak dari tahun 98 lagi, era reformasi.
    saya harap kalau boleh kita bincangkan cara-cara untuk mencegah penularan wabak dari selatan (singapura) ke dalam negara kita.. bagaimana cara untuk kita dapatkan kembali khazanah negara yang telah jatuh ke tangan singapura.

    masalah singapura ini pada pendapat say disebabkan oleh kesilapan Tunku Abdul Rahman Al-haj yang menyingkirkan singapura dari Malaysia dahulu.

  20. Ahmad Albab said,

    Saya sangat berharap apa yang saya kongsikan ini akan dapat diterima baik semua pihak.

    Dalam ketidaktentuan politik di negara kita pada masa ini, kaum melayu seharusnya bersatu untuk menangani masalah yang melanda tanahair tercinta ini. Dewasa ini, kita sering mendengar atau membaca artikel atau blog yang mengkritik kepimpinan negara ini. Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh kepimpinan negara pada masa ini adalah untuk mengubah sistem pentadbiran yang kucar kacir setelah ditinggalkan oleh pemimpin sebelum ini. Seraya itu, banyak pihak mengambil kesempatan ini untuk mengkritik dengan niat untuk melemahkan pentadbiran negara ini yang seterusnya akan melemahkan ekonomi negara dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada individu.
    Tidakkah pembaca semua sedar bahawa ramai yang bersikap negatif terhadap perubahan ini? dengan mengambil kesempatan keatas situasi ini. Adalah wajar jika saya menyeru semua pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan mengambil kesempatan ini untuk memberikankan kritikan yang lebih positif atau membina.
    Sebagai orang melayu, kita sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk berjuang demi bangsa dan menolong orang melayu lain yang lemah, bukannya mengutuk antara satu sama lain dan menyebarkan fitnah yang akan mengeruhkan lagi keadaan.
    Saya pasti ramai pembaca akan bersetuju bahawa kebelakangan ini artikel atau blog banyak mendedahkan cerita yang cuma berasaskan andaian atau spekulasi yang akan mengeruhkan lagi keadaan dan membawa kepada perpecahan kaum melayu sendiri. Tidak salah jika kita lebih bertanggungjawab dan berkongsi pengatahuan kita berasaskan fakta dan cerita yang sedap didengari.
    Secara peribadi, sayu yang dulu merupakan seorang blogger anti kerajaan telah sedar dan mengambil iktibar bahawa penyebaran fitnah dan mengaibkan orang langsung tidak membawa kepada kebaikan malah menyebabkan kecelaruan di kalangan kaum melayu secara amnya.
    Saya amat berharap, pembaca dan pengendali blog akan sedar dan lebih bertanggungjawab dalam pengendalian blog masing² dalam masa akan datang. Janganlah kita leka mengaibkan orang dengan cerita yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya yang seterusnya akan menyebabkan permusuhan dikalangan bangsa kita dan orang² Islam di negara ini.

  21. gurongot said,

    Kalau betullah seperti yang di tulis, alamat hilang kesemua khazanah negara kepada orang luar….

  22. romley said,

    stuju dengan saranan sdr ahmad albab.

    sedih dgn bencana ynag menimpa melayu/islam dan walaupun ada usaha telah dibuat tapi tiada perubahan dapat dilakukan.

    jangan tunggu melayu/islam melarat dan menjadi pengemis baru nak terjaga dari lena ……sama2lah kita fikir dan berusaha semoga dilimpahi Allah dengan kemenangan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: