27 August, 2008

Lompat Si Katak Lompat

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 3:55 am by Ketua Perusuh

“Lompat Si Katak Lompat, Lompat LAH Tinggi-Tinggi”

Mungkin dalam sehari dua ini kita akan dapat lihat beberapa ekor “KATAK” yang akan melompat dari tempat yang tidak selamat ke tempat yang lebih selamat. Kita juga boleh lihat beberapa ekor “KATAK” akan bertempiaran lari dan melompat bila mana daun keladi tempat mereka berehat kelihatan dimasuki air. Terdapat kemungkinan bahawa ketua segala katak ini akan dapat menonjolkan diri sebelum kumpulan katak ini akan melompat ke daun keladi yang lain.

Bagi sesiapa yang tidak memahami metafora ini, ingin saya jelaskan bahawa ianya saya tujukan khusus buat mana-mana Ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang pastinya akan melakukan lompatan bersejarah ini demi kelangsungan politik mereka.

Ketua bagi kumpulan yang akan melompat ini saya ramalkan adalah Khairy Jamaludin. Walaupun mungkin beliau adalah yang paling akhir sekali yang akan melompat, namun dijangkakan bahawa kumpulan melompat ini diketuai oleh beliau.

Bagi Ibrahim Ali (BEBAS) yang lebih dikenali sebagai raja katak, saya perhatikan bahawa sebab asal beliau (Ibrahim Ali) bertegas bahawa beliau adalah Wakil Rakyat Bebas kerana beliau tidak yakin akan kekuatan Pakatan Rakyat akan menerajui negara Malaysia tercinta.

Jika Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia dengan “majoriti mudah”, maka pastinya Ibrahim Ali akan bersama dengan Pakatan Rakyat. Begitulah juga sebaliknya bilamana Barisan Nasional kembali kukuh, Ibrahim Ali akan pasti bersama dengan kepimpinan Barisan Nasional. Ibrahim Ali boleh diklasifikasikan sebagai “SESUMKAT” (gabungan antara profil sesumpah dengan katak).

Beberapa katak hitam dan putih telah dikenalpasti akan melompat. Jadi inilah peluang kita untuk melihat lompatan katak berskala mega. Kalau boleh adalah wajar bagi rancangan “Animal Planet” atau “National Geographic” dapat merakam penghijrahan beramai-ramai katak supaya ianya boleh menjadi tontonan dan kajian dikemudian hari.


Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

5 Comments »

  1. rentap said,

    Khairy J bukan sahaja melompat, malah panjat pokok kelapa pun dia boleh buat.Sebab dia BN TEWAS lebih teruk di PP.Sekarang tunggu apa lagi kepada Ahli-Ahli BN/MP-MP masih hendak mengharapkan kepada PM & ALNAJIB itu, politik mereka telah hancur, rakyat Malaysia telah hilang keyakinan kepada mereka.ANDA semua harus bertukar kepada PKR.

  2. laksamana3 said,

    Tepat sekali sdr Rentap, tiada apa yg blh kita banggakan lagi dengan parti perkauman ini,kebanyakan rakyat Malaysia tidak blh lagi ditipu dan diperbodohkan oleh kebanyakan pemimpin UMNO dan BN.Bagi saya pula MP-MP UMNO ini sudah tidak lagi blh duduk dikerusi Parlimen mahu pun Dewan rakyat kerana mereka ini hanya mementing kan jawatan sering mengampu dan menghabiskan hak2 bangsa mereka sendiri,ye bkn tiada mereka lakukan tetapi hanya ‘cipot’ untuk dibahgikan kepada sebahgian besar rakyat yg memerlukan dan ‘melambak’ mengaut membahgikan sesema mereka hinggakan wang tak habis dimakan dan mengutamakan cara hidup yg bernafsu besar.Tak heran lah kalau KATAK2 jenis ini adalah spesis yg patut dikeringkan dan digantung untuk dijual oleh taukeh2 kedai cina! Eeeeiiii wekkk!!

  3. faizal bin zakaria said,

    kalau katak di bawah tempurum, mcm mana nak lompat😉

    http://teampemudaumno.blogspot.com

  4. AkuTakSukaBN said,

    lompat je katak jgn peduli org nk kate ape..ini untuk kebaikan katak dgn rakyat malaysia gak..contah mcm ni la,katak dulu duduk dlm 1 kuali yg ade isi air dan dibawah kuali 2 ade api yg kecik je.dulu katak ni bley berenang-renang dlm kuali dgn hati yg senang..org panggil keluar drpd kuali tp katak ni xnk gak kuar..tapi bila dh lame2 duk dlm kuali air dlm kuali td pn dh jd panas sikit demi sedikit disebabkan api yg kecik td 2..klu katak 2 x keluar gak dr kuali 2 alamaatny katak 2 jd katak rebus mcm yg ade jual kat pudu..kalau katak 2 xnk jd katak rebus lebih baik dia lompat keluar drpd kuali 2..lebih baik kotak lompat kedalam sungai ke sebab sungai lebih besar dan selesa (kuali adalah BN,api adalah pemimpin BN,sungai adalah PR)

  5. pak lurah palong 9 said,

    wahai,,,,,,,,,,, saudaraku berhentilah,dari buruan mu…lihatlah…toleh lah kekanan mu mulayu becakaran sesama sendiri di sebelah kiri mu melayu dihina dan dicaci dan dihadapan mu melayu tersungkur satu persatu.seharus mulayu mengerti penting melayu bersatu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: