24 August, 2008

Sumpah Sesumpah!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:06 am by Ketua Perusuh

Anda tahu apakah itu Sesumpah? Sesumpah adalah sejenis binatang reptilia seperti cicak yang boleh bertukar warna mengikut keadaan sekitarnya demi untuk keselamatan dan kepentingannya. Binatang sesumpah ini sebenarnya tidaklah boleh melakukan “sumpah” terhadap mana-mana binatang atau manusia lain walaupun namanya hampir sama dengan perkataan “sumpah”. Malah sesumpah tidak mempunyai kuasa untuk menyumpah sepertimana yang ada pada “Sang Kelembai” (satu makhluk lagenda yang kononnya ujud didalam hutan di Semenanjung Tanah Melayu ini satu masa dahulu).

Oleh yang demikian, apakah agaknya kena mengena perkataan “Sumpah” dengan binatang “Sesumpah”? Bukalah minda dan buat pemerhatian anda sendiri.

Akhir-akhir ini, kita boleh lihat budaya bersumpah (terutamanya sumpah mubahalah) seperti mengucapkan kalimat “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” digunakan dengan mudah oleh banyak pihak. Malah kita boleh pula melihat episod sumpah ini dilakukan dimedia elektronik terutamanya di televisyen. Orang-orang seperti Ezzam Mohd Noor, Anwar Ibrahim, Lokman Noor Adam, Saiful Bukhari Azlan, Najib Tun Razak, Syed Abdul Rahman Al Habshi (Konsul Jeneral Mongolia di Malaysia), dan yang terkini adalah Tajol Rosli (bekas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan) pun menggunakan sumpah sebagai bahan untuk menguatkan hujah mereka.

Persoalannya disini, adakah mereka ini dan anda faham akan kesan dan akibat daripada membuat sumpah “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” ini. Sumpah yang bersandarkan kepada kalimat ini tidak boleh ditarik balik dengan mudah (walaupun boleh bertaubat dan membayar kifarah). Ini kerana hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh memperkenankan penarikan kembali sumpah ini. Yang pastinya ianya bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan dan digunakan sewenang-wenangnya.

Jika berterusan budaya bersumpah ini dilakukan, maka dikhuatiri akan menyebabkan tidak akan ada orang yang akan percaya akan keberkesanan dan kehebatan sumpah “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” ini. Oleh itu saya amat tidak menggalakkan penggunaan sumpah ini dengan sewenang-wenangnya.

Semalam di TV3, saya menonton berita yang memaparkan bahawa Tajol Rosli bersumpah menggunakan kalimat “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” dengan sewenang-wenangnya dan kemudian beliau ketawa gembira ketika bersumpah. Ini jelas menunjukkan bahawa pada diri beliau bahawa kalimat “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” ini boleh dipermainkan. Sikap tidak serius beliau ketika melafazkan kalimat sumpah “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” amatlah saya kesali.

Inilah yang ditonjolkan oleh Tajol Rosli (yang kononnya tinggi juga ilmu agamanya), maka pada pandangan peribadi saya, ilmu agama yang beliau ada mungkin hanya setaraf dengan budak Tadika KEMAS sahaja. Begitu cetek ilmu agama yang beliau ada. Penat sungguh ibubapanya mendidik beliau dengan pengetahuan agama.

Akhir kata, malulah sedikit kepada binatang sesumpah yang tidak pernah sekalipun melafazkan “sumpah”

5 Comments »

  1. Azmil said,

    Asalamualaikum geng

    Cuba baca posting politica pasal sumpah ni. Great minds think alike kot. http://politica-net.blogspot.com

    Salam takzim

  2. aryna said,

    bak kata Ustadz Dr Badrul Amin,
    APA MAKNANYA BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH JIKA ORANG ITU TIDAK TAKUT PADA ALLAH?”

    saya juga berfikiran yg sama kerana kalau lah mereka takut pada ALLAH, pasti mereka takkan sama sekali berani melakukannya walaupun diugut..

    Firman ALLAH,
    Sesungguhnya orang-orang yang menjual perjanjian Allah dan sumpah-sumpah mereka untuk harga yang sedikit …. Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak memandang kepada mereka pada Hari Kiamat, dan Dia tidak juga menyucikan mereka,” (Aali Imran (3):77)).

  3. laksamana3 said,

    Memalukan,memalukan negara M’sia dan agama islam keseluruhannya, Sumpah untuk mengaibkan seseorang dgn harapan agar org percaya bahwa org yg bersumpah itu mendakwa bahwa ia diperlakukan degan tidak rela hati.Ia jadi tontonan seluruh dunia,saya respeck kalau lah sumpah itu tuhan balas serta merta kepada org yg dituduh dan menuduh tapi kalau senyap sahja ia sgt memalukan,ia buat pengamal agama lain mentertawakan ugama kita,pastu lagi sepkara yg paling memalukan sekali bagi org yg seperti saya mana satu yg saya nak percaya dan ikut dgn fatwa2 yg dikeluarkan oleh org2 yg berpengetahuan dgn agama,kalau di pihak pembangkang fatwa nya begini dan di pihak kerajaan fatwa nya begitu,ya allah ini lah kepimpinan org2 UMNO yg tamak kan kuasa.Sepatutnya si Saiful,mereka yg buat siaran Bersumpah dan org2 yg bertangungjawap dgn tersebarnya Sumpah si habau Saiful patut dihukum kerana mempersenda dan mempolitikkan ugama.Saya bkn taksub dgn Anwar tetapi kalau sumpah nak dijadikan ukuran lbh baik tak payah lah ada mahkamah dan mahkamah syariah,main pakai sumpah je la.Banggang sebanggang nya idea org yg memanjangkan dan membuat liputan meluas dgn adengan Sumpah ini,mmg sial la lu………

  4. Msinc said,

    Dr Abdul Basit menjawab ; ” saya tidak bersetuju dengan tindakannya kerana bimbang ia akan mendorong orang bermain main dengan agama dan dengan nama ALLAH. Tengoklah apa yang berlaku sekarang. Selepas daripada Saiful bersumpah .Masyarakat tidak percaya.Sepatutnya sumpah hanya dibuat selepas mahkamah menentukan.Barulah sumpah
    boleh diambil kira kerana ada pihak yang ada ‘ authority’ dalam membuat arahan.Apabila individu bertindak sendiri ,tiada apa – apa kesan .sekarang lihat masyarakat menolak apatah lagi para ulama. Jadi semua masyarakat menolak.
    petikan artikel Sumpah atau Sesumpah di http://www.telokbakong.com/

    Maknanya , pada pandangan saya ( Dr Basit) sekarang ini nama ALLAH Taala telah dipermainkan mainkan oleh masyarakat .

    “Saya tidak suka bersumpah suka tindakan bersumpah dan ia adalah permainan golongan munafiqin” ujarnya lagi.

  5. AkuTakSukaBN said,

    kalau sumpah tp ajaran islam x ikut pn x bley gak…suruh bini pakai tudung dulu jgn sibuk nk sumpah je..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: