21 July, 2008

Durian Runtuh?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:31 am by Ketua Perusuh

Baru-baru ini (minggu lepas) pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi telah mengusulkan satu pendekatan untuk melegakan kegawatan kos bahan bakar minyak yang melingkungi para pengusaha teksi dan kereta sewa seluruh negara.

Setelah hampir dua bulan kerajaan menaikkan harga minyak dari RM1.92 kepada RM2.70, baru kini Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi tersedar dari tidur yang teramat lena dan menyedari bahawa tindakan mereka pada awalnya sememangnya menjerat kehidupan semua orang termasuklah pengusaha teksi dan kereta sewa.

Kini dengan pendekatan baru iaitu dengan memberikan semacam pengecualian (levi) yang mana membolehkan para pengusaha teksi dan kereta sewa membeli minyak petrol pada harga RM1.92 seliter sebanyak 720 liter sebulan. Dengan kata lain, insentif ini pastinya akan dapat melegakan kegawatan para pengusaha teksi dan kereta sewa ini.

Persoalannya sekarang ini ialah adakah para pengusaha teksi dan kereta sewa ini akan memanfaatkan insentif ini dan seterusnya boleh memberikan perkhidmatan lebih cemerlang dan efektif atau ianya hanyalah satu batu loncatan bagi beberapa pihak (tonto) yang akan mengaut keuntungan dari insentif ini.

Bayangkan jika anda lihat semua stesen minyak akan dipenuhi oleh teksi dan kereta sewa yang akan mengisi tangki minyak mereka dengan sepenuh-penuhnya (mengikut kuota yang ditetapkan iaitu 720 liter sebulan) pada harga RM1.92 dan kemudiannya berbondong-bondong pula pergi ke stesen pengumpulan haram (tonto) dan menjualkannya pada harga dibawah sedikit harga pasaran iaitu RM2.50 seliter.

Tentunya para pengusaha teksi dan kereta sewa ini akan mengaut untung segera secara tunai dan pihak ketiga (tonto) ini pula mengaut keuntungan atas angin secara haram sekitar RM0.20 seliter. Pada pandangan saya, tentu ramai para tonto yang sedang berkira-kira untuk mengaut keuntungan segera atas transaksi haram ini.

Bagaimana pula penguatkuasaan oleh pihak yang berwajib akan dijalankan sedangkan pada masa yang sama kakitangan pihak tersebut tidak bertambah walaupun seorang. Tidakkah ini akan menyebabkan berlakunya ketirisan dan akhirnya akan menyebabkan insentif ini tidak mencapat sasaran yang dikehendaki.

Pada pandangan saya, tindakan terburu-buru Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi mengusulkan pendekatan ini hanyalah akan mengundang padah yang lebih besar. Tidakkah ada kumpulan pemikir yang boleh memberikan pandangan terbaik mereka dalam menangani permasalahan ini. Nampak gayanya bekas rakan saya di ISIS (Nordin Kardi) juga tidak mampu untuk memberikan pandangan terbaik beliau walaupun disuatu ketika dahulu beliau mempunyai pelbagai idea kritis.

Selagi mana pimpinan Kerajaan Malaysia sedia ada gagal untuk membaca kesan dari setiap tindakan mereka, maka selagi itulah ianya akan menjerumuskan ekonomi Malaysia kearah yang lebih parah. Buat Saudara Nordin Kardi, janganlah hanya jaga periuk nasi anda yang sememangnya sudah besar itu, fikir-fikirkan juga periuk nasi para petani, nelayan, pekebun kecil, peniaga dan semua rakyat Malaysia.

Janganlah nanti anda (Saudara Nordin Kardi) diklasifikasikan sebagai “Professor Kangkung“.

Ketua Perusuh
Bekas Fellow Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS
ketuaperusuh.wordpress.com

26 Comments »

  1. carlffler said,

    Salam Tuan Perusuh,

    Nampaknya kerajaan M’sia hanya pikirkan penyelesaian jangka pendek sekadar meredakan keadaan seketika. Tidak kah ada analisa atau kajian baik dan buruk dprd rancangan ini?
    Seolah-olah mencari jalan setelah masalah timbul.
    Apa lah nasib dpt PM yg lembab dan punyai pembantu/pemikir yg lebih kurang sama juga.

  2. saoandco said,

    Ini pandangan saya tentang harga minyak,

    Semua negara dunia mengalami kenaikan harga minyak, tidak boleh dinafikan.

    Yang menjadi kelamkabut di sini adalah polisi flip flop, sekali naik sekali turn balik. Sememangnya sekiranya ada flip flop, orang akan mengambil kesempatan untuk mengaut untung dan itu pun tidak boleh dinafikan.

    Masaalahnya, kenapa jadi flip flop? sekali naik sekali turun? Itu saya tidak faham. Boleh tuan berikan pandangan sikit?

  3. LELAKI KACAK said,

    Ketua perusuh menyediakan pandangannya dalam internet memang bagus untuk orang lain membantu memberi komen, dan orang lain jika tidak setuju pun janganlah disekat atau diperli pandangan ketua perusuh itu.

    Kita berupaya berfikir dengan kemampuan itu, tentunya tidak ada masalah kalau kita bercakap apa sahaja yang kita mahu, tetapi kenapa orang lain nak menuuduh sebagai tunjuk pandai. Sepatutnya orang itu tampallah kekurangan maklumat itu, bukannya memaki sebagai podah.

    Sifat diri seseorang itu yang tak boleh mendengar percakapan orang lain yang tidak sependapat dengan kita itulah sebenarnya dangkal dan tetutup fikirannya dari hidayah.

    Semua orang tahu ibilis adalah lebih pandai dari nabi Adam, tetapi kenapa tuhan laknat dia, dan menjadi IBlis pula?

    Pak Lah walaupun lembik tidak semacam Anwar IBrahim yang lincah, tidak semacam Tun yang pandai impliment fakta, namun Pak Lah yang banyak menyelamatkan negara.

    Apa jasa Pak Lah? Negara tidak hancur angkara Mahathir dan Anwar. Malaysia telah terselamat dari perpecahan wilayah dan mereka sedang memperolehi kelesaan sekarang. Iaitu Mahathir boleh bercakap lantang lagi, dan anwar telah puas hati kerana PKR mendapat kerjasama dari DAP dan PAS untuk memamah UMNO yang diketuai oleh Mahathir dulu.

    Apakah ucapan terima kasih kita kepada Pak Lah?

  4. jeffri said,

    Ok la tu. Apa masalahnya? Sekurang-kurangnya ada juga inisiatif Pak Lah untuk membantu mengurangkan beban pemandu teksi dan kereta sewa dengan menurunkan harga petrol dengan pemberian subsidi. Ini menunjukkan bahawa harga minyak bukanlah dikawal oleh beliau tetapi dikawal oleh pasaran dunia..

  5. arbai said,

    salam Ketua Perusuh,

    Inilah akibatnya kalu dah terhimpit oleh desakan rakyat, semua rancangan ad-hoc boleh diselesaikan…

  6. bravopro67 said,

    Salam~

    Inisiatif Pak Lah?. Dia yang menimbulkan masalah kemudian mengapa dia harus dipuji kerana mengambil inisiatif konon! Umpama tikus membaiki labu.

    Semua orang tahu yang Pak Lah membuat keputusan menaikkan harga petrol secara tergesa-gesa, tanpa kajian mendalam (ada dia rujuk EPU?), tanpa mengambil langkah-langkah alternatif lain terlebih dahulu, tanpa memberikan masa kepada rakyat (naiklah sikit-sikit dahulu). Memesongkan fikiran rakyat (pada mulanya konon mahu mencari mekanisma agar subsidi tidak dinikmati oleh orang asing, baca : Singapura dan Thailand), memesong tumpuan rakyat kononnya meminta pandangan dari kakitangan kerajaan bagaimana cara mengatasi masalah kenaikan harga minyak, alih-alih kurang seminggu selepas itu, membuat keputusan menaikkan harga minyak).

    Masalah terbesar negara ialah Pak Lah sudah lama terbukti tidak layak dan terlalu daif untuk menjadi PM, Semakin lama dia memerintah, semakin banyak masalah dan malapetaka yang rakyat perlu tanggung. Bertambah malang lagi, orang yang dicanang-canangkan untuk menggantikan Pak Lah, si boy friend arwah Mongolia itu, pun bukannya berpotensi benar untuk menjadi PM. Khabarnya, dia punya ‘bau-bau bachang’ dengan syarikat senjata dan peralatan tentera.Apa pilihan lain yang ada buat rakyat?.

  7. Saya tak nak komen banyak. Cukuplah sekadar saya menyatakan kaki yang memburuk kerana diabetis wajib dipotong bagi menyelamatkan anggota badan yang lain. Adakah ini bererti kita tidak menyayangi kaki kita itu? Jawapannya pasti TIDAK. Namun, kita terpaksa melakukannya juga kerana kita lebih menyayangi jasad kita. Sama juga dalam hal politik. Kita mereject UMNO-BN bukan kerana kita lupa survival bangsa kita tetapi survival rakyat seluruhnya lebih utama dan lebih wajib dipertahankan. – http://www.drahmadmuhammad.blogspot.com

  8. KNB said,

    Paling mengecewakan soalan-soalan Nordin Kardi semasa debat Anwar-Shabery. Bagi aku, agak tohor. He should be the killer for the government during the debate yet he was the one who throw out ridiculous questions. Huhu.

    p/s: Seronok baca blog Encik Perusuh. Boleh tukar pautan?

  9. LELAKI KACAK said,

    Kita harus berbangga kerana kita dihidupkan oleh Tuhan dalam keadaan begini. Penuh kekuatan. BANGSA MELAYU BUKANLAH BANGSA BANGSAT, TETAPI BANGSA YANG YANG SESAT. ADA ISLAM TETAPI MENYELAM, ADA BANGSA TETAPI SIA-SIA, ADA NEGERI TETAPI MENDENGKI.

    HAPUSKAN MELAYU

  10. celah gigi said,

    Sedikit sbyk saya setuju dgn artikel yg diatas.Bila kita renungkan segala apa yg kerajaan lakukan unutk kebaikan rakyat sejak dari dulu lagi pasti ada penyelewengan.Bangsa kita genieus,ada saja idea yg blh digunakan untuk mendapat kan ganjaran dgn mudah,contohnya 20 thn dulu pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah,8 thn lps pengeluaran KWSP bagi satu keluarga satu komputer,subsidi diesel,baja malahan satu ketika dulu kedai felda pun blh dpt kan duit segera,beli brg dgn hutang kemudian jualkan nya semula.Bukan lah nak kata negara kita atau bangsa kita teruk,tetapi penguatkuasaan yg tidak tegas dan adil.Malahan sesuatu rancangan yg dicadangkan tiada mengambil kira kesan,peluang2 yg blh menguntungkan bangsa.Berbalik pada subsidi petrol,saya pemandu teksi secara part time di lembah kelang,saya dapat tahu pun tentang subsidi ni pun dari rakan saya dan 4 org pengusaha bas mini dari sabah ketika beliau menaiki teksi saya.Bila saya dapa tahu,terbayang dikepala saya ialah ‘wah entu saya blh jual atau memindah kan ketangki kereta kegunaan harian saya,kerana sekarang ini saya kurang lagi memandu teksi.Kurang nya saya memandu teksi kerana selain dari persaingan dgn teksi2 bermeter,bersaing juga dgn teksi2 yg dah memonopolikan stand2 teksi yg ada di pusat bandaraya,keadaan trafik selain dari harga minyak yg sgt membeban kan.Namun saya bersyukur kerana kini saya hanya menyewa permit saja dan ditahun hadapan teksi ini adalh kepuyaan saya.Kiranya teksi yg mengunakan petrol kebiasaan akan mengunakan lbh kurang 25 hingga 30 liter sehari,teksi petrol, mahal berbanding gas tetapi kelebihan petrol ia blh dipandu sehingga 500 km kalau rajin untuk sehari tetapi kebiasaan nya pemandu yg rajin blh memandu diatas jalan raya selam 12 hingga 13 jam dan antara 300km ke 350km bergantung kiranya hari itu ‘mengena’.Ini beerti sebulan kegunaan petrol teksi bandar melebihi kuota yg diberikan.Tetapi berbanding dgn teksi dan kereta sewa yg beroperasi dipendalaman.Contoh nya kereta sewa yg menunggu penumpang disempadan dgn pendapatan RM20 sehari atau pemandu dari kategori pemalas,erti kata sehari hanya mengunakan 5 hingga 10 liter sehari,kerana menungu penumpang selama 2 jam tapi bergerak hanya 10 minit buat satu trip,saya rasa teksi2 dan kereta sewa jenis ini lah yg akan berbuat demikian.Ya saya yakin mereka blh buat kerana kita sedia maklum dgn penguatkuasaan kita yg memang tak cukup kakitangan dan tidak bertegas.Menyentuh sedikit isu perdana V6 executif di Trengganu.Saya berani kata penipuan berlaku.Saya juga pamandu di sebuah syarikat GLC yg terkemuka,sekarang ini syarikat saya mengunakan V6 execuitf dan saya memandu untuk GM saya yg berasal dari Australia.6 thn lepas saya berkeja untuk seorang kenamaan, juga mengunakan V6 tetapi jenis saloon.Tak dinafikan terdapat kelemahan pada kotak gear box kepada 2 jenis kenderaan ini,namun penyelengaraan nya tak lah setinggi yg didakwa oleh MB Trengganu.Jangan memperkecilkan V6 executif,ia ada kelebihan yg tiada pada Merc yg baru dibeli oleh kerajaan trengganu.V6 executif sgt selesa,mudah dikendalikan,pick up mcm peluru dan kegunaan minyak yg menjimatkan dari segi kelas yg sama.Pernah kah anda lihat V6 executif terlibat dalam kemalangan?Ada menteri kata ia kereta yg disambung kan badannya,maaf kata menteri yg kata tu adalah menteri yg bodoh dan sombong.Tetamu-tetamu syarikat saya pasti terpesona dan memuji V6 executif.Tetapi lain pula dgn menteri2 Trengganu.Haa ini lah mereka dah jemu dgn V6 kerana ia tak seperti Merc yg byk suiz dan berbagai fungsi.Dan sebagai mana yg dikatakan oleh ketua perusuh ini lah ‘Durian Runtuh’ buat pemandu kerajaan yg sejak sekian lama mengambil kesempatan dari penguatkuasaan yg lemah.Bunyi nya ‘Mat kau dah tukar minyak hitam ke?’ Jawap pemandu ‘sudah tuan baru semalam’,”masyuuuk” yg pandu kereta tu adalh pemandu yg tukar minyak hitam segala kerosakan hanya dia dan foreman panel atau foreman biasa yg tahu,mana lah menteri nak tahu tentang servis kenderaan,biasa lah menteri bodoh dan sombong!!!

  11. Salam tuan ketua perusuh…

    sekadar makluman…setelah 4 kali blog teman di bom dengan C4 dari jarak jauh, akhirnya teman mengisytiharkan pertukaran link blog perisik rakyat…

    link baru blog teman – http://www.perisik-rakyat.com/

    terima kasih…selamat merusuh…

  12. lelaki kacak said,

    Pak Lah telah menyematkan negara

    jangan tuan-tuan cuba menghina dia

    hidup atau mati

    adalah di tangan tuhan

    jangan hendaklah tun m jadi pm lagi

    akan rosakklah dunia ini

  13. doc tranzs said,

    pak lah tidak menyelamatkan negara. ia dapat negara yang tenat dengan beban hutang, lalu ditambahnya bebanan hutang itu.
    kalau negara diselamatkan kenapa ada isu pembatalan rel kembar, batal jambatan, batal segala macam lagi, serta isu ECM Libra, SCOMI, dan Koridor yang tidak menguntungkan bumiputra (saya ambil perkataan tidak menguntungkan negara ini dari shahrir samad).

    senang senang lawatilah http://www.alternate-enter.blogspot.com
    komen la apa yang patut. komen dari anda saya hargai. thanks

  14. shaydflin said,

    Blog ini lama yang tidak laku lagi. Sooly bro, PKR dah nak out.

  15. ruyom said,

    It now appears to me that the problem began with the concept of “Ketuanan Melayu”.

    This concept was introduced around the time when Malaysia was working hard to achieve independence from the British.

    As we are all aware, the malays were marginalised in the economic sector and perhaps to a large extend the political side as well.

    The malay leaders of the time tried to boost the spirit of the malay community by introducing the concept of “Ketuanan Melayu”.

    So, the malay leaders at that time used the concept “Ketuanan Melayu” as a rallying point not as a tool to oppress or rid the non-malays, but merely as a cry to prevent the malays from drifting towards oblivion in the era of Malaysia as a country.

    While the other concepts ranging from ethnic cleansing to white supremacy are meant to dominate and wipe out the other races, “Ketuanan Melayu” is only meant to help the malays to get to equal footing with the non-malays.

  16. ketua perusuh nie rupanya background boleh tahan juga..tapi sayang pandai dalam erti kata lain bodoh dan kurang nampak.

    apa sahaja tindakan kerajaan di mata ketua perusuh semua nampak salah.
    Dr. Nordin Kardi adalah bekas naib canselor saya yang kini saya semakin yakin dengan kebolehan beliau memberi idea kritis dan relevan untuk menyedarkan rakyat terutama saudara Ketua Perusuh yang nampak pandai tapi sayang rupa2 nya tak pandai mana pun.

    saya respect Dr. Nordiin Kardi sebagai naib canselor dan saya berbangga kerana beliau dipilih membantu menteri penerangan semasa sesi debat dengan brother anwar bin ibrahim (BABI).

    apa jua tindakan kerajaan akan nampak salah di mata Ketua Perusuh kerana nama pun Ketua Perusuh dan jika melawan akan merusuh tak tentu hala.

  17. Lelaki kacak said,

    Durian runtuh yang tak runtuh tapi dijolok.

    Mana yang lebih meruntuhkan negara?

    Bodoh atau akhlak?

    Paklah atau anwar?

    Anwar atau mahatihr?

    Ketua perusuh atau nordin kardi?

  18. Lelaki kacak said,

    mana yang lebih runtuhkan negara?

    Anwar atau pklah

    akhlak atau bodoh

  19. orang minyak said,

    Ketua Perusuh…

    xde artikel baru ke?

  20. Lelaki kacak said,

    kalau kerajaan nak selamatkan pentadbirannya sekarang, kenalah pecat KSN. Kerana KSN inilah yang menyebabkan BN Kalah (menang mudah), dan kerana KSN inilah maka kerajaan tidak mendapat ide – ide dari pemikir yang membantu sebab banyak ide ide dipandang rimeh oleh KSN

    Hapuskan KSN yang ada sekarang, gantikan yang lebih berwibawa.

    Paklah kalau tak peka benda ini, tunggulah hari jahanam.

  21. kalau kerajaan nak selamatkan pentadbirannya sekarang, kenalah pecat KSN. Kerana KSN inilah yang menyebabkan BN Kalah (menang mudah), dan kerana KSN inilah maka kerajaan tidak mendapat ide – ide dari pemikir yang membantu sebab banyak ide ide dipandang rimeh oleh KSN

    Hapuskan KSN yang ada sekarang, gantikan yang lebih berwibawa.

    Paklah kalau tak peka benda ini, tunggulah hari jahanam.

  22. tokwan said,

    durian runtuh yehaaa…
    sapa yg untung sebenarnya??

  23. copyninja said,

    kenapa tak update?

  24. copyninja said,

    ketua perusuh kena tangkappp?!

  25. pablo said,

    Subsidi tersebut adalah satu langkah yang menunjukkan bahawa kerajaan masih mengambil berat dan prihatin dengan nasib golongan bawahan yang terhimpit kerana kenaikan harga minyak dan barang baru2 ini. Kerajaan Malaysia hari ini bukanlah majoriti penuh BN akan tetapi boleh dikatakan hampir separuh juga adalah pembangkang.Kerajaan BN yang memerintah telah melakukan tugas dan tanggungjawabnya kepada rakyat..Pembangkang bagaimana?…Don’t Just Shout But Do Nothing…Yang peliknya sume tindakan kerajaan tdak betul dan salah tapi subsidi sapu jugak….harus berasa malu sikit..Ingat kemenangan besar pembangkang pada pilihanraya tempohari bukan untuk bermegah2 dan menunding jari..Do Your Work Man…

  26. macho said,

    Mcm bergaduh je.
    Jangan bergaduh lebih2🙂

    Saya sokong pandangan ‘lelaki kacak’😉

    Jangan lupa sertai forum bersama saya😉

    Layari
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: