17 July, 2008

Dua Situasi Berbeza

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 8:39 am by Ketua Perusuh

Malaysia adalah sebuah negara yang boleh dikatakan kelakar dari segi pentadbiran perundangan dan keselamatan. Kita boleh lihat bahawasanya undang-undang di Malaysia biasanya dikendalikan mengikut persepsi sebelah pihak sahaja (biasanya milik kepada pihak berkuasa sahaja).

Mari kita kaji dua situasi perundangan yang berbeza ini.

Pertama, bagi kes pertuduhan “liwat” Anwar Ibrahim (defendan) dengan Saiful Bukhari Azlan (plaintif) anda akan dapat lihat bahawa Anwar Ibrahim (defendan) telah diminta keterangannya dan kemudiannya ditahan @ direman oleh pihak Polis. Ini adalah situasi biasa dimana defendan biasanya akan ditahan reman bagi memenuhi kehendak siasatan. Situasi ini tidaklah pelik dan ianya selari dengan keperluan undang-undang.

Kedua, bagi kes pertuduhan “persekongkolan untuk membunuh” melibatkan tiga (3) defendan iaitu, Rosmah Mansor, Aziz Buyong dan Norhayati Hassan dengan Raja Petra Kamarudin (plaintif) anda akan dapat lihat bahawa Raja Petra Kamarudin (plaintif) pula yang diambil keterangan malah seterusnya ditahan reman oleh pihak Polis. Ini adalah satu situasi yang pelik kerana sepatutnya para defendanlah yang sewajarnya ditahan reman dan disiasat oleh pihak Polis. Tindakan pihak polis ini nampaknya tidak selari dengan keperluan undang-undang Malaysia.

Ini semua menunjukkan bahawa terdapat kuasa-kuasa (tangan ajaib) yang mungkin terlibat dalam mencaturkan urusan perundangan dan keselamatan negara. Apa yang pastinya, kita boleh lihat bahawa akan terdapat penahanan dan pendakwaan terpilih dilakukan oleh pihak Polis.

Sewajarnya pihak PDRM mengendalikan kedua-dua kes ini dengan profesional namun dari pengalaman yang lampau kita boleh lihat bahawa ianya tidak akan berlaku. Pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) wajar membuat satu siasatan terbuka untuk memastikan tiada unsur-unsur rasuah dalam kedua-dua kes yang dinyatakan diatas.

Yang pasti, sistem perundangan, siasatan dan kehakiman Malaysia sedang dan telah mengalami kemerosotan yang melampau sehinggakan menjadi satu bahan lelucon diperingkat tempatan dan antarabangsa. Selagi mana perkara ini berlaku di Malaysia, saya pasti para pelabur asing akan menjauhkan diri mereka dari melabur di Malaysia kerana pastinya mereka tidak akan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada sistem perundangan dan kehakiman Malaysia.

Kini anda dan saya boleh lihat betapa banyak pelabur asing telahpun memindahkan operasi mereka ke negara lain terutamanya Thailand, Vietnam, China dan Taiwan.

15 Comments »

  1. azhar ali said,

    bagaimana saya ingin menghantar maklumat yang agak berat kepada saudara supaya disiarkan dalam blog ini. Jika boleh tolong jangan siarkan komen ini dah berhubung melalui emel diatas.

    pejuang marhaen.

  2. Terima Kasih atas komentar saudara,

    Laman blog ini memaparkan pandangan peribadi saya. Maklumat yang saya paparkan pula adalah dari hasil penyelidikan dan pemerhatian saya sendiri bersandarkan beberapa fakta yang diambil dari sumber-sumber yang disahkan. Oleh yang demikian saya tidak mampu untuk menunaikan permintaan anda buat masa ini.

    Jika anda beranggapan maklumat anda adalah tepat, adalah lebih baik anda menggunakan ruangan komen ini sebagai pilihan anda.

    Sekian, Terima Kasih.

  3. wan said,

    salam..

    sememangnya kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman dan perundangan negara ini berada di tahap yang memang rendah. Tapi saya ingin membetulkan satu perenggan saudara tentang RPK..sememangnya RPK lah yang para defenden, kerana dakwaan itu dimulakan oleh dua orang Colonel yang RPK sebut dalam SD nya.

  4. celah gigi said,

    Ini lah budaya yg dibawa oleh para menteri UMNO yg menjaga kepentingan masing2 agar mereka terus berkawan sesama sendiri dan kekal berkuasa.UMNO dan para menteri nya saja lah yg baik2 belaka,UMNO dan para menterinya lah yg selama ini memang ‘haramjadah’ maaf kata.

  5. saoandco said,

    All the president men, kena tengok filem tu agaknya untuk melihat macamana menjaga sebuah negara. Negara jatuh semua penduduk kacaubilau. Cerita cerita filem Ceasar juga berkisar kepada pemerintahan zaman Roman.

  6. abe MIE said,

    salam….

    pelabur lari kerana perubahan cuaca politik dari BN ke PR. kerajaan kini tidak stabil dan rusuhan di malaysia sama dengan thailand dan indonesia. thailand tak apa kalau tiada pelabur kerana ekonomi mereka lebih 60% bergantung kepada pelacur. dan indonesia kini telah mengikut jejak thailand terutama di beberapa bandar besar. malaysia pula menjadikan thailand dan indonesia sebagai negara contoh.

    sebabnya, si anwar lah buat hal. dia berkawn dengan si paria. putar belit dan putar ALam….

    pkrpasdap.blogspot.com

  7. abe MIE said,

    salam….

    pelabur lari kerana perubahan cuaca politik dari BN ke PR. kerajaan kini tidak stabil dan rusuhan di malaysia sama dengan thailand dan indonesia. thailand tak apa kalau tiada pelabur kerana ekonomi mereka lebih 60% bergantung kepada pelacur. dan indonesia kini telah mengikut jejak thailand terutama di beberapa bandar besar. malaysia pula menjadikan thailand dan indonesia sebagai negara contoh.

    sebabnya, si anwar lah buat hal. dia berkawn dengan si paria. putar belit dan putar ALam….

    http://www.pkrpasdap.blogspot.com

  8. mountdweller said,

    keadaan di malaysia tidak akan berubah dan akan betul selagi diperintah oleh badut-badut yang zalim dan perasan bijak!

  9. Techno Freak said,

    KES LIWAT.. tell me something else..
    Weird, they still want to use the same tactic..

    Anyway.. watch and compare these 2 videos.. how police made someone to turn nothing-into-something.. high-ranked police officer fabricated the plot to blind the mass. horrible law… < according to SUKMA DARMAWAN himself

    SCENARIO ONE

    SCENARIO TWO

    I challenge RTM or TV3 or even ASTRO (channel 501 & 502) to put this video into their main channel and let people see or decide. I dont think the main stream media will have their guts to reveal these 2 videos; especially the REAL story revealed by SUKMA DARMAWAN.

    ** Now, how can Anwar have believe in the system where the high-ranked police play a significant role under the instruction of some VVIPs..
    – I bet some of the BN parliamentary representative doesn’t know how to access YOUTUBE, where the still believe half of the story which isn’t so true!

    Let be Techno-freak where there is no such thing as half-side of the story for the main-stream media usually being grateful of having their broadcasting license from the government.. and obviously they will be pro-government. Thank God internet is free.. Let people decide not government!

    * People formed the government.. not Pak Lah or ‘Khairy who-cares’ or Che Det!

  10. Yang menang said,

    PKR adalah perosak kehidupan yang dibena selama ini kerana matlmat penubuhannya juga dihasilkan oleh balas dendam.

    Pemimpin UMNO juga masih belum sedar dan tak insaf, lagi. Mereka masih berlagak dan sombong. Tak handak menerima teguran. Yang nampak dan nampak memberi harapan ialah Pak Lah. Itupun ramai geng-geng UMNO yang buat khianat kepada Pak Lah.

    Pasal Pak Lah, kerja Datuk Musa Hassan tersekat. Kerana Paklah Kerja Ghani Patail tersekat. Kerana Pak Lah menjadi Datuk Sri Wan Azizah tak takut. Pak Lah banyak tolong Anwar.

    Pak Lah menyebabkan Anwar dibebaskan dari tahanan polis konon atas jaminan polis, sedangkan yang sebenarnya wan azizah jumga Pak Lah.

    Pak Lah lembik dan terlalu baik hati. Semua kerja konpirasi terhalang.

  11. arbai said,

    SALAM KETUA PERUSUH,

    JANGAN KITA MERUSUH SUDAH.. BIAR KITA PANAS MEMBARA DI DADA TETAPI DINGIN DI KEPALA…

    YANG LAGI PELIK DALAM PROSES BIASA, ORANG KENA TUDUH BERHAK MENDAPAT SATU SALINAN REPOT POLIS YANG DIBUAT OLEH ORANG YG MENUDUH..TAPI SEHINGGA KE HARI INI SUDAH 3 MINGGU PEGUAM DSAI TIDAK DAPAT SALINAN TERSEBUT…ALASANNYA ARAHAN…..?????????????

  12. alahai said,

    Tuan Ketua Perusuh,

    Tuan melihiat diri tuan adalah bijak dalam semua hal – politik, ekonomi, perihal masyarakat dan yang terbarunya undang-undang. Tuan katakan bahawa undang-undang negara ini adalah ‘mirip dan milik’ barisan pemerintah. Tuan juga katakan bahawa undang-undang di negara kita mempunyai dua strata ataupun situasi yang ‘kela kar’…. Hahaha kelakar betual tuan ni!!

    Pertamanya, mari kita lihat ‘basic’ pembinaan undang-undang. Memang undang-undang diwujudkan oleh ‘pemerintah’ di semua negara – tak kiralah negara demokrasi, komunis ataupun negara authorian. Ia tidak terbatas oleh fahaman politik kerana undang-undang memang dicipta oleh ‘pemimpin dan pemerintah’. Dalam agama pun undang-undang ataupun hukum-hukum dicipta dan dibentuk oleh para pemimpin bagi kesejahteraan hidup rakyatnya. Allah adalah Pemerintah sekelian alam dan mahluknya – maka wujud hukum-hukum Islam yang menjadi Ad-din kita. Junjungan Nabi Muhammmad SAW adalah Pemimpin kita maka wujud hadis-hadis yang perlu kita contohi dan teladani sebagai undang-undang hidup di dunia ini. Kita tidak boleh mengelakkan diri dari hakikat ini …. Manusia terbatas hidupnya oleh undang-undang – sama ada undang-undang buatan manusia, undang-undang Maha Pencipta, mahupun undang-undang alam yang semula jadi.

    Keduanya, tuan kena faham situasi yang tuan katakan ‘kelakar’ tu …. Buka minda luas-luas dan jangan cepat membuat kesimpulan. Kesimpulan yang melulu menggambarkan jiwa yang terkongkong oleh persepsi kebodohan diri sendiri.
    – Yang dituduh meliwat, DSAI, memanglah terpaksa kena reman – itupun selepas dia engkar datang sukarela apabila polis ingin mengambil keterangannya. (Kelakar Ketua Perusuh – takut ramai lagi yang akan dibuntutinya …… haha)
    – RPK pun terpaksa direman kerana dia yang membuat ‘fitnah’ terhadap orang-orang yang dikatakan ‘bersih’ . Fitnah ini boleh membuat kacau-bilau kerana kesahihannya tidak diketahui. Itu sebabnya RPK kena beri keterangan yang terperinci – jalan cerita, senario dan sumber ilhamnya.
    Jangan Ketua Perusuh risau – polis tetap mengambil keterangan dari ketiga-tiga watak yang dipaparkan oleh drama RPK tersebut – tapi – takkanlah polis nak heboh dan memberitahu Ketua Perusuh pula. (Kelakar Ketua Perusuh – siapa pula VVIP Ketua Perusuh ni ……………. Orang mana, apa kedudukannnya dalam masyarakat, dalam hiraki kepimpinnan Malaysia ….. kelulusan hospital bahagia mana?…….haha)

    Tuan Ketua Perusuh juga mengatakan bahawa pelabur lari dari Malaysia ke Thailad, China, Vietnam dan Taiwan pasal kedudukan politik negara yang ‘melucukan’. ….. Haha ….. semua ini menggambarkan kedangkalan interpretasi Ketua Perusuh. Kalau tak belajar dan faham pasal polimik ekonomi jangan cuba mengketengahkan isu-isu ekonomi. Buat malu aje ………. Malas aku nak cakap sebabnya …..carilah sendiri dari kekawan yang sama-sama merusuh dengan saudara. (Kelakar Ketua Perusuh …..
    Buatlah kerja yang tuan tahu aje …. Jangan komen kerja orang lain ….. haha… Dulu bukan main bodek kerajaan – bila projek tak dapat, fulus tak masuk ….macam-macam kutuk kerajaan …..dasar apa ni Ketua Perusuh ….haha)

    Podah lah ……………………..

  13. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Buat saudara/i alahai,

    Sila baca dan fahamkan artikel saya tanpa prejudis dan berulang kali. Artikel saya ditulis dalam Bahasa Melayu (Malaysia) dan sewajarnya jika anda seorang warganegara Malaysia, anda tentunya boleh membaca dalam bahasa ini.

  14. rentaka said,

    cuma nak tanya, raja petra ditahan sebab pe?cuba pikir balik…kenapa pulak najib, rosmah etc tak ditahan?pernah dengar ke ada laporan polis tentang keterlibatan diorang dalam kes tu?

    sebab apa pula anwar ditahan untuk membantu siasatan polis?bukan sebab die suspek dalam kes liwat yang mana laporan polis telah dibuat?

    tapi RPK ada buat laporan polis tak?setahu aku dia cuma buat akuan bersumpah kan?

  15. Sokongan daripada pihak pembangkang amat diperlukan ,kalau tak ader kes liwat tu, kenapa anwar yang dituduh bersalah ,adakah logik anwar yang dah berumur melakukan perbuatan sedekimian, saiful mampu bersumpah depan al-quran, kalau pertuduhan itu itu fitnah semata-mata, saper nak tanggung akhirat nanti ,hidup anwar ,keadilan itu penting supaya rakyat lebih aman.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: