16 July, 2008

Menteri Kegelapan Malaysia

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:14 am by Ketua Perusuh

Nampak gayanya Malaysia kini bukan sebenarnya memiliki seorang Menteri Penerangan (salah satu tugasnya adalah memberikan penerangan mengenai dasar-dasar Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi). Akan tetapi rupa-rupanya Malaysia memiliki seorang Menteri Kegelapan.

Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak mengulas dengan lebih lanjut akan episod debat anjuran AgendaDaily.Com yang telah berlangsung semalam. Apa yang boleh saya perkatakan cuma Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Chik nampaknya lebih mengarut dan lari dari topik perdebatan.

Malah soalan dari moderator berkenaan dengan isu relif yang berkaitan dengan pengangkutan awam nampaknya dijawab dengan jawapan bahawa harga beras di Malaysia adalah jauh lebih murah berbanding di Thailand. Begitu jauh terpesong dari soalan asal. Apa agaknya yang bermain difikiran Shabery Chik sehinggakan beliau begitu yakin dengan jawapan yang diberikan. Malah para penyokongnya nampak lebih bertepok sorak kegembiraan atas jawapan yang Shabery Chik berikan.

Kalau inilah contoh yang ada dalam kabinet Kerajaan Malaysia, memang wajar Dr Mahathir Mohamad mengklasifikasikan kabinet Abdullah Ahmad Badawi sebagai “Half Pass Six” (dengan izin).

Sewajarnya sebagai Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Chik bersedia dengan fakta-fakta lengkap sebagai mempertahankan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak, namun nampaknya beliau datang berdebat secara lenggang kangkung. Yang pasti tidak ada apa yang boleh dibanggakan dalam hujah-hujah beliau melainkan hanyalah keberanian beliau berdebat dengan Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) berbanding dengan anggota kabinet Barisan Nasional yang lain yang nampaknya lebih penakut.

Walau apa pun sebagai rakyat Malaysia kita sewajarnya berbangga kerana memiliki seorang Menteri Kegelapan dan bukannya Menteri Penerangan seperti negara lain. Itulah Malaysia.

Para penyokong Kerajaan didalam dewan debat juga telah berjaya memperlihatkan sifat pendek akal dan “bengap” dalam segi ekonomi. Saya telah ketawa besar beberapa kali bilamana penyokong Kerajaan (Menteri Penerangan) bersorak kegembiraan atas jawapan yang diberikan oleh Ahmad Shabery Chik. Adakah mereka ini semuanya tidak dapat berfikir secara profesional dan rasional itu saya tidak pasti. Mungkin mereka juga semuanya berada didalam kegelapan.

Akhir kata, tahniah saya ucapkan kepada Ahmad Shabery Chik (Menteri Kegelapan Malaysia) atas jawatan beliau.

…… buat malu orang kampung sahaja …..

13 Comments »

  1. yuwin said,

    shaberi cheek menang sorak,kampung(BN) tergadai
    bn mmg dpt markah 0 kerana kurangnye pengetahuan seorang minister..ministry of misinformation

  2. pancaroba said,

    salam..

    pada amatan saya,kedua-dua penyokong saling bersorak.penyokong Anwar dan Shabery.Anwar cuma mengulang apa yang sering kali diucapkan beliau sebelum ini manakala Shabery pula agak kurang standpoint beliau.tapi masing-masing menggunakan pendekatan serangan peribadi.Debat ini amat bagus.

  3. Wan said,

    Saya rasa tak lah seteruk tu..kedua-dua nya pun ada kelebihan dan kekurangan. Anwar takkan tak tau yang orang nak dengar mcm mana dia nak turunkan harga ke harga sebelum 2004, yang dia JANJI..ni 50sen ni..yang tu memang mengecewakan.

  4. NorHaslim said,

    Debat ni menunjukkan betapa PM kita, DSAAB merupakan seorang ahli politik yang berani dan matang kerana mampu mengendalikan krisis ini dengan berjaya. Malahan beliau membenarkan debat ini ditanyangkan di tv.
    Konsep Freedom of Speech sememangnya di praktikkan dan dipegang oleh DSAAB.
    Malangnya bagi sesetengah pihak ia menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan DSAAB.
    Agaknya bukan pemimpin sahaja yang perlu matang berpolitik, rakyat pun perlu ikut matang sekali.

  5. saoandco said,

    Tak padan nak lawan bercakap, kan saudara annuar pandai bercakap, baru 10% tu, kalau 80% atau 100%, macam mana kesian lah shabery.

    tapi baiknya mau dia ajak saudara annuar bercakap berdepan, saya puji dia tang tu. Mana ada pernah berlaku di malaysia, kalau di UK hari hari ada.Puji tetap puji jangan lah cari salah je, patut tak pak ngah!.

  6. simple said,

    Good stuff

  7. Sadishom said,

    tak menarik pun debat tu. Masing-masing takut nak cakap yang baru. Semua fakta diulang, pernah dua makhluk tu cakapkam sebelum ini.

    Patutnya mereka bagi taulah:
    1 – Ditubuhkan petronas tu nak bagi subsidi/intensif orang lain ajekah?
    2 – Bolehkah jenerasi akan datang gigit jari aje, sebab orang sekarang dah gasak harta warisan mereka nanti.
    3 – Meskin sangatkah kita orang ni, asyik melalak minta rendahkan harga minyak dari harga sebenar.
    4 – macam mana kalau petronas tutup aje, sebab adanya pun buat penat aje. Hasilnya dibazirkan begitu aje.
    5 – tunjukkanlah kaedah, macam mana harga minyak tu boleh harga rendah dari harga sekarang, andai kata petronas itu tak ada. Misalnya meminjam kah atau macam mana?

    Saya nampak Sabree chik ni, nampak berani, tapi beliau terlalu awal sangat, advance dari masanya. Sebab masa ini yang sesuai ialah kelentong adalah lebih popular dari fakta,

    Sapa boleh kelentong, dia lah menang, tapi sapa tak pandai kelentong, janganlah nak debat.

    Orang sekarang dia lebih terima, asalnya harga minyak turun, bukan macam mana nak turun, atau nak fikir sangat tentang jenerasi akan datang, yang penting tembolok diri sendiri dulu. TAMAK DAN GELOJOH.

  8. waksapu said,

    Transkrip penuh debat Anwar-Shabery boleh didapati kat http://waksapu.blogspot.com/

    Jom komen

  9. Jeffripower said,

    Masing2 tak dinafikan memang hebat dalam berhujah walaupun secara jujurnya Anwar kelihatan lebih baik dalam hujahnya. Itulah kelebihan Anwar yang kita tak dapat nak nafikan. Beliau mempunyai hujah2 yang agak sedap didengar. Itulah sebabnya beliau seorang yang hebat di mata penyokong2nya sehingga mereka boleh taksub dengan kata2 Anwar…

  10. Zubli Zainordin said,

    Sokongan dalam bentuk sorak tepukan bukan atas kebernasan fakta tetapi terhadap tokoh.

  11. Techno Freak said,

    Nampaknya selepas debat hangat gomen UMNO/BN telah menggorak langkah untuk implement dua cadangan Anwar yang diutarakannya dalam debat dengan Ahmad Shabery Chik tempoh hari………………

    Tentang Rezab Bekalan Tenaga Letrik

    Anwar : Bagaimana boleh dapat saya kumpulkan RM5 bilion ini? Saya akan jelaskan dan memperincikan berikutnya. Iaitu TNB sekarang umpamanya mempunyai standby capacity yang berlebihan. Reserve 40%, di antara paling tinggi di dunia. Siapa yang untung? IPP – Jana Kuasa Bebas. Untungnya sudah berbilion ringgit, ada lagi kapasiti yang begitu besar.

    Mengapa kita harus berikan? PETRONAS rugi, TNB rugi… yang untung IPP. Dan kapasiti 40% itu saya usulkan untuk dikurangkan standby capacity itu kepada 20%. Dengan mengurangkan kapasiti itu sahaja kita telah mendapat RM2 bilion. Jadi kita kena cari RM3 bilion lagi. PETRONAS hari ini dalam financial announcement menyebut jumlah keuntungan yang besar bagi tahun 2008 yang baru selesai diumumkan hampir RM100 bilion.

    Untung IPP ini berbilion dan PETRONAS itu kerugian, termasuk TNB kerana beban perjanjian IPP. Sebab itu harus diteliti semula. Saya menganggarkan, kalau diteliti semula selain RM2 bilion rizab kapasiti kita boleh jimatkan RM1 bilion lagi. Dari kadar RM3 bilion, kita hanya perlu RM2 bilion.

    —-
    Selepas debat gomen UMNO/BN kata…………….

    KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menurunkan margin simpanan (reserve margin) bekalan tenaga elektrik negara daripada 41 peratus kepada 25 peratus menjelang 2014 bagi menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1.5 bilion setahun yang ditanggung kerajaan dalam industri tenaga. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata proses untuk menurunkan margin itu memerlukan tempoh masa lama kerana banyak perkara perlu diambil kira seperti komponen bekalan tenaga elektrik, daya harap tenaga dan perkembangan ekonomi negara.

    “Bagaimanapun, perancangan bergantung kepada pelan induk yang dirangka kementerian dan dijangka siap pada September ini. Jika kerajaan berjaya menurunkan margin simpanan itu, ia bakal memberikan penjimatan kepada negara yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion setahun.

    Ditanya rundingan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bagi merundingkan semula perjanjian pembelian tenaga (PPA), Shaziman berkata, kementerian menyerahkan kepada TNB membuat rundingan itu.

    “Kita bagi mereka masa buat rundingan dan sekiranya dalam masa dua atau tiga bulan masih tidak berjaya, kita akan minta Suruhanjaya Tenaga memberikan bantuan,” katanya.- Berita Harian Online.
    Tentang dividen khas Petronas.

    Anwar : Soalnya sekarang, kita beri satu kebocoran yang saya sebutkan tadi. PETRONAS umumkan, ada dividen khas selain daripada beberapa bilion tadi ni, dividen khas tahun ini kepada Kerajaan sebanyak RM6 bilion. Tak bolehkah saya ambil RM1 bilion untuk tampung, supaya kos minyak turun 50 sen?

    Apa, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, berat sangat ke? Allah, bagaimanakah, takut bayangkan Kerajaan nak bagi RM1 bilion. RM1 bilion, untuk redakan masalah ini. Saudara percayalah, dua bulan, tiga bulan sekarang. Ini bukan soal penangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat satu wadah. Ini soal, rakyat. Kalau kita nak teruskan kebijakan ekonomi, sekarang ini, apa yang akan berlaku ialah kemelesetan, pengangguran yang sekarang setengah juta akan mencecah hampir 1 juta orang. Ini beban kepada rakyat.

    Selepas debat apa gomen UMNO/BN kata……….

    KUALA LUMPUR, 17 Julai — Kerajaan merancang menggunakan dividen khas diberikan Petronas sebanyak RM6 bilion bagi meringankan beban rakyat menghadapi kenaikan harga bahan api pada masa ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengumumkan usaha-usaha yang akan dijalankan menggunakan dividen itu.

    “Akan ada lebih banyak pengumuman bagi membantu rakyat (dengan dividen khas itu),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran pendidikan dan kerjaya Malaysia 2008 anjuran Pekan Fest, serta logo F500 Powerboat World Championship Series 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

    Petronas Selasa lepas mengumumkan mencatat prestasi tahun kewangan luar biasa yang membolehkan syarikat minyak negara itu menyumbang RM62.8 bilion kepada perbendaharaan negara, dan dari jumlah itu, RM30 bilion adalah dividen. Daripada RM30 bilion dividen, RM6 bilion merupakan dividen khas yang akan dibayar tahun ini.- BERNAMA

    * > Soalnya, memang berita baik apabila kerajaan BN sanggup makan ludah sendiri (setelah apa yg Shaberry jawab balas terhadap anwar) mengenai dasar pemberian subsidi dari sumber yg lain; tetapi persoalannya, adakah perlu Anwar naik ke pentas berdebat untuk ajar kerajaan setiap kali? Ini membuktikan kerajaan BN tiada kredibility dalam mengunjurkan pelan tindakan yang populis rakyat.. Ya, populis rakyat; bak kata Anwar “Ye lah.. kalau bukan populis rakyat, kerajaan untuk siapa ? Untuk populis kroni? ” .. saya nak tambah sat, .. untuk populis poket anak menantu dan suku-sakat UMNO..

  12. powerofidea said,

    saya teruja dgn komen Techno Freak. fakta yang sangat kukuh….

  13. AkuTakSukaBN said,

    bukan penyokong BN x bley pikir secara rasional tp mereka berada dlm pemerintahan kegelapan..shabery 2 pn sbnrny x brani nk debat dgn anwar tp dh org atas suruh terpaksa la ikut klu x kene buang keje..sbb ape aku kate dia x berani..sbb klu org yg gemuruh ni salah satunye tapak tangan berpeluh,tepi bibr mulut berbuih.x tengok ke mulut dia sampai berbuih nk pertahankn parti paklah. .2 yg melalut jauh je…aku igt ar shabery bg debat dgn budak tingkatan 5 pn komfem dia kalah gile babi babi gila pny..
    jgn memain bdk sekolah pny debat dasyat..bley tapau semua menteri..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: