30 June, 2008

Siapa Yang Kena?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi tagged , , at 4:17 am by Ketua Perusuh

Nampak gayanya skrip lama diolah dan dikitar semua sekali lagi. Kalau dahulu skrip adalah lengkap dengan segala macam idea dan pelakon pembantu. Kini nampaknya skrip masih lagi caca-marba. Penulis skrip pun masih lagi meninjau-ninjau idea dan jalan cerita yang akan diolah mengikut keadaan.

Bila kita kenangkan kembali kes 1997 dahulu, mungkin kita boleh lihat ianya satu skrip yang mantap dan diolah dengan begitu sempurna sehinggakan ramai dikalangan “penonton” terpaku dengan tayangan yang dipertontonkan. Walaupun skrip tersebut mantap, namun akhirnya ada juga ruang-ruang ralat yang telah dikenalpasti dan seterusnya menyebabkan tayangan tersebut ditamatkan. Namun tayangan tersebut masih lagi kekal menjadi “box office”.

Kini kita diberi peluang untuk menonton satu lagi episod “sekuel” (sambungan) bagi tayangan tahun 1997 dahulu. Watak utama masih lagi melibatkan pelakon yang sama, namun beberapa watak sampingan baru telah ditampilkan untuk meninggikan “rating” tayangan ini. Skrip dan pengarahan pula berkemungkinan diolah oleh orang lain namun masih bersandarkan daripada skrip asal 1997.

Apa yang pasti, para “penonton” sedang mengagak-agak apakah kesudahan tayangan 2008 ini. Bagaimanakah ianya diolah? Siapakah pengarahnya? Adakah watak tambahan ini kekal atau akan ditambah bilangannya diseparuh masa kedua tayangan ini? Mungkinkah ada watak yang akan ditamatkan secara paksa?

Nampak gayanya para penerbit filem sama ada di Hollywood, Bollywood atau Greenwood perlu mengkaji skrip lakonan yang kini ditayangkan di Malaysia demi untuk mencari percambahan idea menerbitkan satu filem berskala mega untuk tayangan seluruh dunia. Bak kata orang muda-muda “Apa kelas skrip Telenovela Latin, Malaysia ada lebih dari itu”. Semua elemen ada tidak kira seks, pembunuhan, politik, rasuah, salahguna kuasa, perniagaan, perbankan, dendam dan pelbagai lagi. “Macam-macam ada”

Bayangkanlah skrip yang sedang ditayangkan ini lebih bersifat global melibatkan banyak negara seperti Singapura, Itali, Russia, Peranchis, Hong Kong/China, Mongolia, England, Amerika Syarikat, Libya, Iraq, Indonesia, Cayman Island, India, Switzerland, Israel, Arab Saudi, Jepun dan mungkin juga Thailand. Apa yang pasti tentu ramai pelakon tambahan diperlukan (warga negara asing) demi untuk menjayakan skrip bertahap “mega” ini.

Berapakah agaknya modal biaya untuk menerbitkan tayangan ini? Adakah lebih dari RM1 bilion? Siapakah yang akan untung dari tayangan ini? Bila agaknya tayangan ini akan ditamatkan? Akan adakah “sekuel” dimasa akan datang?

Walau bagaimana pun, kita rakyat biasa sudah agak bosan melihatkan idea skrip lama dijadikan tayangan umum. Kalau begini bagai mana industri filem di Malaysia akan dapat berkembang. Tolonglah jangan biarkan rakyat termuntah hijau melihatkan tayangan yang meloyakan ini. Hentikanlah. Buatlah satu tayangan yang lebih patriotik ataupun lebih mencambahkan minda rakyat. Jangan buat kami (rakyat) seperti patung. Kami (rakyat) semua yang mengeluarkan biaya membayar tayangan ini dalam bentuk cukai dan sebagainya. Jangan ingat kami (rakyat) semua bodoh.

Nampak gayanya semua hasil pemotongan subsidi minyak akan habis digunakan untuk menampung kos penerbitan tayangan “BANGANG” ini.

10 Comments »

  1. […] Posted on June 30, 2008. Filed under: International Politics | Siapa Yang Kena? « Ketua Perusuh […]

  2. saoandco said,

    Tuan,

    Nampak macam skrip tayangan drama atau wayang perdana untuk bulan ini dibuat oleh pengarah lama negara jiran. Jikalau skrip ini mendapat sambutan baik, maka apa yang mereka harapkan supaya hero dapat dijatuhkan dan diganti baru seperti pelakon James Bonds. Jikalau pelakon baru ambil alih peranan skrip itu penyengat penyengat di Singapura tidak berani nak buat filem baru, masih yang lama seperti pemengang gramy award Lukan Yu, didalam filem Jawa 2 buatan hollywood.

    Cuma saya ingin bertanya skrip baru ini adakah berbentuk personal yang hero suka buat, atau adalah hero menolak babak babak seperti itu dilakunkan dan terpaksa mengikut arahan pengarah filem FNM (filem negara Melayu).

    Ini menjadi persoalan baru. Jikalau babak seperti itu secara personal ditolak oleh hero yang sudah menjejaki tangga teratas bagi cadangan gramy award tahun ini, maka apa perlu diterima skrip filem itu.

    sekian, terima kasih.

  3. laksamana3 said,

    Ini lah Malysia hari ini,ini lah org yg tak tau malu mengaku secara terang bahwa ia telah di…….masyaallah,apakah jenis manusia dia ini sangup memalaukan diri dan keluarga hanya kerana wang dan atau tak sanggup dipaksa untuk mengaku melakukan pekara itu,hei nak sebut pun malu lah.Kira kes rogol ke tu?

  4. orang minyak said,

    aku rasa skrip kali ini ada sedikit cacat celanya. si pelakon stunt yang dibayar ntah berapa RM tu dengan tidak sengaja meninggalkan bukti dengan mengambil gambar kenang-kenangan bersama penolong pengarah yang berlatar belakang kan office ‘mastermind’ pengarah filem itu. Ayuhla kengkawan, jangan mudah terpedaya dengan filem songsang yang ‘closing anytime’ nie!…

    ‘kebenaran akan terbukti jua, dan yang bersalah akan menerima balasan dari allah’…aminn

  5. celah gigi said,

    Bukti? Aisay dah terbukti pun Musa dgn Ghani Patail kaki bontot,apa saja cara mereka pasti cari jalan untuk melemahkan PKR.BAgi aku yg tuan punya pejabat yg ada berlatar belakang kan didalam gambar tu bkn lah ‘mastermind’ tetapi seorang yg sanggup bayar berapa saja,asal kan kerja nya beres,tetapi org yg diberikan tugas tu ‘Bangang’,mangkuk dan mahkluk sama dgn binatang,bkn saja memalukan org yg dituduh tetapi memalukan kesemua rakyat malaysia.Ini lah UMNO sikap yg bebal, untuk mempertahan kan diri mereka sangup memalukan bangsa dan agama.Untuk mempertahan kan diri mereka sangup memberi alasan yg tak logik dan memalukan sesebuah jabatan,fikirkan bagaimana pihak imigresen memadamkan nama2 org yg bersama Altatunya ke Malaysia,penjaga stor bahan letupan juga memberi alasan bahwa ia adalah amalan biasa tidak memeriksa balik bahan letupan yg telah diambil, camera PLUS di kota d’sara tak berfungsi dan berbagai-bagai lagi alasan yg tak masuk akal seprti kehilangan invois2 dan surat2.Percayalah kebanyakan pemimpin2 UMNO adalah busuk,busuk macam bontot yg nama 2 org diatas sekali.

  6. ilhamghaz said,

    asslkm…
    orang luar kata infrastructure kita first class tp fikiran kita masih third class…memalukan agama, bangsa, negara….nik aziz cakap inilah kerja politik orang tidak beriman…budak Sinfull itu dulu baru umur 13thn masa kes anwar98…inilah kesan pada generasi baru kerja bodoh orang dulu..cuba baca info kat sini…k bye salam
    http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful-bukhari/

  7. arbai said,

    salam blogger semua,

    kau orang tak rasa macam mana anu tu teroka kat belakang mungkin tak tak tahu nikamtnya. Kisah benar dari ‘cendawanlmalaya’ sila ke http://www.kulatlapok.blogspot.com aduuuhhhh….. ahh mmmmmm….baik punya

  8. knp x check bontot wan azizah????

  9. jas said,

    Kerja org tak beriman dan orang yg malas belajar tapi nak hidup mewah.Usia muda lagi ,masuk U tetapi otak dah senget.Agaknya ramai lagi spesies yg begini kat luar sana.

  10. arbai said,

    salam KETUA PERUSUH,

    AKUPUN HERANLAH DRAMA NI, BIASANYA YANG KENA ROGOL/LIWAT ADA RASA MALU SAMPAI TUTUP2 MUKA. INI AKU TENGOK LEPAS DAKWA KENA BENDAALAH TU LAGI CERIA SIAP PULAK LAMBAI KAT WARTAWAN. CEHHH TAK MALU PUNYA JANTAN. PASTU BAYANGKAN LAH KALU ANU TU NAK DISONDOLKAN KE BUDAK TU, TAKKAN PAYAH NAK ADJUST KALAU TIDAK DENGAN KELEMBUTAN YANG ASYIK. PAST TU SI KENA LIWATLAK MESTI NAK TEST DIA PUNYALAK. APA LAGI RASA2NYA DIA SONDOL TAK SIPELIWAT TU..??? BARU SAMA2 RASA…TAK ADILLAH SORANG-SORANG JE..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: