19 May, 2008

Bila Mahathir Keluar Umno

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 7:29 am by Ketua Perusuh

Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan tugas dan perniagaan sehinggakan tiada masa untuk menulis artikel. Ini tidak bermakna saya tidak mengambil tahu apa yang berlaku (isu-isu tempatan) yang berlaku di Malaysia. Hati saya berbunga-bunga untuk menulis komentar mengenai isu kenaikan harga beras dan juga bahan komoditi lain. Tambahan pula dengan kejatuhan nilai pasaran saham yang dijanakan oleh peningkatan harga bahan bakar (minyak mentah) dipasaran dunia.

Tapi saya terpaksa tinggalkan semua tajuk-tajuk yang saya sebutkan diatas demi untuk mengulas mengenai satu isu sensasi yang dikhabarkan berlaku sekitar tengahari tadi (cuti hari Wesak 2008 ini nampaknya amat bermakna pada sejarah Malaysia).

Mahathir Mohamad memang seorang yang sukakan sesuatu yang sensasi. Sejak dari mula beliau menceburkan diri dalam politik sehinggalah kehari ini. Tapi apa yang paling sensasi bagi tahun 2008 ini adalah keputusan beliau untuk keluar dari Parti UMNO (Baru) yang ditubuhkan olehnya pada tahun 1988.

Inilah kali pertama Mahathir Mohamad keluar dari UMNO (Baru). Dahulu semasa didalam UMNO (1946) beliau pernah dipecat keahliannya oleh Tunku Abdul Rahman tapi kali ini Mahathir Mohamad mengambil keputusan keluar dari UMNO (Baru).

Tindakan ini memang tidak diduga oleh ramai pihak termasuk saya sendiri namun apa yang pasti kemungkinan besar ramai yang akan keluar dari UMNO (Baru) gara-gara mengikut saranan yang dibuat oleh Mahathir Mohamad adalah tipis. Ini kerana masih ramai lagi yang bersetia dengan Abdullah Ahmad Badawi (atas sebab ekonomi dan kuasa) sehinggakan mereka sanggup membelakangkan jasa-jasa Mahathir Mohamad dalam UMNO (Baru).

Apa yang pasti tindakan Mahathir Mohamad keluar dari UMNO ini nampaknya sedikit sebanyak telah mencalarkan imej UMNO (Baru) itu sendiri. Perpecahan dalaman UMNO (Baru) kini nampaknya semakin besar dan meruncing. Jika ianya tidak dibenteras seawal mungkin, pastilah UMNO (Baru) pula akan dibubarkan dan diganti dengan UMNO (Baru-A).

Bagi yang masih berkarat biru dalam UMNO (Baru) saya harap anda semua dapat mentafsir tindakan yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad ini agar anda semua tidak sama lemas dalam bahtera yang semakin karam.

PAS, PKR dan DAP perlu berhati-hati dengan tindakan Mahathir Mohamad yang keluar dari UMNO kerana jika silap perhitungan, yang menjadi mangsa bukanlah ahli-ahli, pengikut dan penyokong UMNO (Baru) tetapi PAS, PKR dan DAP.

Pandangan peribadi saya mengenai isu keluarnya Mahathir Mohamad dari UMNO (Baru) adalah seperti berikut;

1. Mahathir Mohamad memang sukakan sensasi
2. Ianya hanya gimik politik (menarik simpati)
3. Pengalihan isu (art of diversion) kes VK Lingam

12 Comments »

  1. abe MIE said,

    MAHATHIR BUAT ‘FILEM’ TERBAHARU

    Kenapa Tun Dr. Mahathir (TDM) keluar UMNO dengan tergesa-gesa? dan kenapa TDM tidak berminat hendak menyertai PAS, PKR atau DAP? atau TDM menubuhkan parti bebas?

    TDM lebih berminat mahu menubuhkan ‘parti diri bebas’ iaitu bebas daripada kutukan, kritikan, pembicaraan ataupun dia sebenarnya mempunyai skandal lain yang menyebabkan dia keluar UMNO untuk ‘sementara waktu’?

    Ada 6 sebab kenana TDM berbuat sedemikian.

    1. TDM adalah PAKAR PELAKON DAN PAKAR PENGARAH POLITIK. TDM seorang genuis dan bijak serta benar-benar berbakat berlakon terutamanya dalam telemovie ‘POLITIK AIR MATA’ atau ‘POLITIK BELASAH ORANG’.

    Dulu sebelum Pak Lah jadi PM, dia selalu menangis sebab sudah mahu letak jawatan semasa persidangan UMNO. Orang suruh dia tarik, tapi dia tarik balik dan jadi PM serta Presiden UMNO.

    Masa jadi PM, 22 tahun lamanya, dia pernah membunuh musuh politiknya, antaranya TUN MUSA HITAM, TENGKU RAZALEIGH, GHAFAR BABA, dan ANWAR IBRAHIM.

    Kita sebagai rakyat Malaysia berjuta-juta nyawa hanya mampu mwnunjukkaan kemarahan sahaja. Tapi apabila TDM seorang marah, tidak semena-mena kita beranggapan dia mewakili jutaan nyawa? BIARLAH si luncai (TDM) dengan labu-labunya.

    2. SURUH PAK LAH TARIK BALIK ATAU TIDAK MENERUSKAN ‘PEMBERSIHAN’ penyalahgunaan kuasa, politik wang dan penindasan ke atas TDM.

    TDM dikenali sebagai BAPA MUKHRIZ yang sah, digelar bapa pembangunan Malaysia, dipanggil Bapa kezaliman, dituduh Bapa Penipuan, Bapa Politik Lawyar Buruk, Bapa ketidakadilan, Bapa Bangsa Mamat dan bapa UMNO. Tetapi dia seorang bapa yang suka minum todi dan arak sehingga mabuk. memukul mama- layak digelar ‘papajahat’. Jadi apa gunanya gelaran bapa diberikan hanya sekadar untuk dirinya sahaja.

    Andaikata TUN MUSA HITAM, TENGKU RAZALEIGH dan GHAFAR BABA menewaskan TDM, sudah tentu masalah rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berjaya diatasi ataupun dikurangkan ke tahap minimum.

    3. TDM HENDAK MENGUJI POPULARITI. Macam artis, sekejap timbul sekejap sembunyi. Bila ada masalah, dia menghilangkan diri dan timbul pula beberapa tahun kemudian sebagai hero berpengalaman. Misalnya, kejadian tidak baik berlaku kepada Ning Baizura, Mamat Exist, Jamal Abdillah, Amy Search, Saleem iklim dan ramai lagi. Artis berkenaan berdiam diri tetapi dalam jangkamasa tertentu mereka kembali ke arena hiburan kita.

    Kalau tidak percaya lihat lah sekarang bagaimana orang UMNO memujuknya supaya kembali ke UMNO.

    4. TDM adalah MELAYU MUDAH LUPA. Dia lupa dengan kata-katanya ‘parti diutamakan berbanding individu dan perjuangan parti mengatasi perjuangan individu.

    Dia pernah menggelarkan orang Melayu sebagai bangsa PEMALAS. Tidak pula menggelarkan India sebagai pembelit dan penipu, dan Cina sebagai pengecut dan penipu!!! Dia juga tidak pernah membela nasib pekerja kerajaan bawahan selama menerajui Malaysia.

    5. TDM SEORANG PENDENDAM dan akan melakukan apa sahaja untuk dirinya. Pada pilihanraya lepas (2008), TDM bukan main mengutuk Pak Lah dan apabila dia berjaya- dia kutuk lagi Pak Lah. TDM mahukan semua orang ‘ikut’ telunjuk bawah ketiaknya. Dia mahu Pak Lah letak jawatan dan gantikan dengan Najib, itu semua mainan politiknya untuk menjaga kepentingan kronisnya sahaja.

    6. TDM MEMANG PERLU LETAK JAWATAN dan buat apa ditangiskan. Dia perlu berehat dan berdiam diri. Sepatutnya dah lama TDM berbuat sedemikian. Ramai orang dalam UMNO sudahpun berbuat sedemikian, meletak jawatan kerana tidak bersefahaman dengan pucuk pimpinan dan tidak mematuhi kehendak perlembagaan parti. TDM dah berbuat apa yang perlu dia lakukan.

    Yang abe MIE hairan, apabila TDM meletak jawatan, kenapa parti pembangkang beria-ria sangat? Kan mereka sudah lama mahukan TDM berbuat sedemikian.

    Kena ingat, TDM bukannya Nabi atau Rasulullah atau Jesus atau Gautama Buddha atau dewa Krtisnan yang mana mereka semua ini adalah penyelamat agama dan bangsa masing-masing. TDM adalah pemimpin negara seperti PM yang terdahulunya. Kita mengenali mereka kerana sumbangan dan jasa-jasa serta pengorbanan mereka.

    Abe Mie rasakan, kiranya TDM dari dahulu lagi berdiam diri dan menyerahkan kepimpinan negara pada Pak Lah dan orang lain, sudah tentu BN tidak perlu menerima ‘se-kalah’ ini.
    Publish Post
    Dia boleh menikmati masa pencen dengan tenang atau menjadi penasihat kepada Petronas, Proton dan sebagainya tanpa diganggu oleh orang politik dan diserang kiri-kanan.

    http://pkrpasdap.blogspot.com

  2. amierwan said,

    stju abg mie.

    PR perlu berhati2 dengan mainan Dr M ini. pasti ada hidden agenda utk menarik smula sokongan pd UMNO.

  3. biarlah dier .... said,

    tuan2,

    kita perjuangkan kebebasan – kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, kebebasan mengutuk, kebebasan berpolitik dan macam2 lagi kebebasan termasuklah kebebasan seks.

    biarlah dia buat apa yang dia suka – nak keluar ke nak masuk umno. apa nak kita takutkan – dia tak kan boleh hancurkan ‘kebebasan’ kita. kita masih boleh bercakap, menulis dan berblog.

    biarlah dia nak kata apa pun – nak kata paklah bodoh ke, nak kata pak lah banyak amalkan kronisme dan nepotisme ke, nak kata pak lah tak nak undur diri ke, nak kata pak lah banyak pembodek dan pengampu, biarkan lah dia kata. kita baca, kita dengar sahaja. tak payah komen2, tak payah kutuk2, tak payh pening kepala nak baca strategi dia. lagi pun siapa kita dibandingkan dengan dia – banyak jasa dia, banyak pengorbanan dia dan banyak dia tolong melayu dan bangsa2 lain di malaysia ni. tetapi, kadang2 kita yang tak ngaku, kita yang nafikan, kita yang menipu diri kita sendiri.

    biarlah umno hilang taringnya, hilang duri dalam dagingnya, hilang popularitinya dan hilang entah apa bende lagi .. biarlah.

    pkr, pas dan dap pun sama saja. politik wayang dan politik perkauman. pkr khianati melayu, pas sama saja, dan dap parti cauvanis cina. yang rugi kita semua – kita kena beli beras mahal, minyak mahal, tepung mahal dan roti canai mahal. untung anak2 kita pergi sekolah dengan bantuan kerajaan dan di sekolah kerajaan – kalau tidak nagji atas pokok lah kita.

  4. Fikir Tajam said,

    Akhirnya terpancar jua wajah sebenar Ketua Perusuh. Kedangkalan KP merungkaikan/menafsirkan apa yg berlaku tersangatlah remeh (trivial). Langsung tidak menampakkan kecerdikan dan kebijaklaksanaan.

    Sejak 2006 dulu saya antara pengunjung setia KP memandangkan analisis KP yg meyakinkan khususnya kepincangan ekonomi dan muslihat Temasek. Namun tak tersangka pula kebobrokan KP mencetuskan fikiran/pandangan berkaitan pengunduran YB Tun Dr Mahathir begitu ketara sekali.

    Jelas sekali ketiga-tiga kupasan KP berkenaan perkara tersebut terkeluar daripada konteks. Macam budak Tingkatan 5 baru nak belajar merumuskan karangan gamaknya.

    Sejak bila pula Tun Dr Mahathir begiru dahagakan sensasi? Begitu juga menagih simpati? Jauh lagi takut untuk mengahdapi kes VK Lingam. Apa punya BENAK KP dalam mentafsir fenomena ini?

    Saya tahu KP seorang usahawan yg berjaya dan punya pandangan yg agak menarik berkaitan kupasa tentang agenda besar Zionist Singapura yg ingin menjajah ekonomi negara. tetapi janganlah memberi ulasan yg remeh, goyah, lompong sebagaimana Abe Mie yg TONG KOSONG itu.

    Barangkali Melayu PAS/PKR bisa mendominasi PR gamaknya. tetapi yg jelas kelihatan ialah DAP dominated the PR.

  5. malay-lad said,

    Satu kejutan yang tak menjadi…genaplah kesemua bekas Presiden UMNO keluar parti! Kena kaji balik dasar perjuangan parti UMNO,banyak yang tak kena. Macam mana Ahli Umno seumur hidup boleh keluar parti. Tak pernah pulak dengar bekas Presiden PAS keluar parti walaupun umur PAS dan UMNO lebih kurang sebaya.

  6. mampulah mahathir said,

    Masa aku sekolah dulu, mahathir ni jadi menteri pelajaran, ramai yang takutkan dia, sebab dia orang mahathir adalah sosialis, lebih-lebih lagi bila su politknya yang bernama gosht kena tangkap sebab terlibat dengan kerja-kerja spy negara luar.

    Lps tu bila dia jadi TPM, orang takut lagi, terutama yang bernama sulaiman palestin, dikanatan bahawa mahathir itu faremenson, iaitu zionist yahudi.

    Lepas itu bila dia jadi PM, orang takut lagi, sebab mahathir mengaku jadi nabi dan betulkan quran. habis janggut nabi kena belasah mahathir.

    Tapi mahathir bijak juga, dia ambil bong anwar bin ibrahim (BABI) dari ABIM masuk umno, maka ramailah kata bahawa mahathir itu baik orangnya, betambah lagi timbalannnya adalah musa hitam.

  7. 2 sayap pedoman said,

    tak terasa ke kita ni banyak sangat habiskan masa dengan benda nie…..tak terasa ke kita malaysia ni sebenarnya hala tuju kat mana?…nak jadi negara maju…stick la pada plan asal…kenapa dari nak jadi negara maju berubah plak nak jadi negara kebajikan….negara kebajikan?…bunyi sedap..tapi memang lucu bila dengar seolah olah dapat realisasikan..macam rakyat malaysia ni duduk kat rumah kebajikan..makan kena suap..mungkin orang kita nak macam tu…nak semua disuap….orang lain berusaha keras …sampai sanggup rentas laut rentas sempadan nak berjaya..orang kita?…harga naik skit dah terasa diri macam dah nak kiamat…manjanya orang malaysia…..sebab tu la kita ni tak pernah jadi no1..sebab kita dah dididik…apa saje kita buat..mesti kena senang…kita tak pernah dididik macam negara lain…ape saje mereka buat mesti WAJIB no1…dalam diri kita tak pernah ditanam nak jadi no1…semua nak harga nak murah..makan murah…minyak murah…ayam murah….itu jela rungutan…50 tahun bukan makin kedepan..makin kebelakang….lepas tu salah sana salah sini..diri sendiri pernah ke nak disalahkan?…..tapi masing masing bagi contoh nak jadi macam jepun…’tengok orang jepun lah’..’kita mesti macam jepun lah’…semua nak hebat….tak tau kat jepun tu harga sebijik epal dah cecah rm14…tu baru epal…tak yah citer benda lain..tapi derang tetap maju…kita?…bising ..bebel la sampai ke tua..

  8. Terima kasih atas komentar saudara/i semua.

    Tidak saya nafikan kadang-kadang komentar saya tidak selari dengan apa yang mungkin anda fikirkan. Malah terlalu banyak komentar yang saya nukilkan perlu dibaca dalam konteks yang terbuka dan tidak terkongkong dengan mana-mana aliran politik.

    Apa yang saya tulis adalah pandangan peribadi saya dan tidak semestinya anda semua akan bersetuju dengan pandangan ini. Namun dalam merealisasikan demokrasi, semua orang berhak untuk memberikan pandangan dan semua orang berhak untuk tidak menerima apa-apa pandangan.

    Kepada Fikir Tajam,

    Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Mungkin artikel saya tidak menepati spesifikasi yang anda mahukan, namun itulah kita sebagai manusia. Senantiasa mempunyai kelemahan. Apa yang saya tulis adalah pandangan peribadi saya. Tidak lebih dari itu.

  9. abe MIE said,

    salam…

    SAYA SOKONG KETUA PERUSUH..

    blog bukan untuk menentukan siapa menang dan siapa kalah… blog adalah lontaran idea dan cetusan minda pada sesuatu isu…tapi ada budak hingus yang buka blog hendak kutuk tuan punya blog pula…bak kata- masuk rumah orang tapi kutuk tuan rumah….

    http://pkrpasdap.blogspot.com
    http://malaysialoni.blogspot.com

  10. Lintah Darat said,

    kpd 2 sayap pedoman..
    kamu suka lah yer dgn harga barangan naik dan mahal..
    syabas saya ucapkan untuk anda…
    Saya orang susah, dan rata-rata golongan orang yg susah mcm saya memang mengharapkan kesenangan..SEBAB KAMI MEMANG ORANG SUSAH..dan kami sgt faham apa makna KESENANGAN berbanding anda dari golongan orang yang tidak susah..

  11. Minyak urut said,

    Kesian lintah darat,tapi anda tidak keseorangan saja mengalami kesusahan.Munkin saya lbh teruk lagi,bayangkan siang saya berkarja dan sebelah malam saya bekerja sambilan sebagai seorang pemandu teksi,malangnya teksi saya guna kan petrol,aduss keluarga saya ramai tu sebab saya buat kerja sambilan,anak 7 org, 2 dari mereka gunakan bas sekolah tentu sekali tambang akan naik,semua anak saya bersekolah,maaf saya tak mengeluh kerana punyai anak yg ramai,so saya mmg tak mampu nak tukar kepada NGV kerana harganya bkn lah 10 hingit,jgn kan kata nak buat simpanan duit,nak beli seluar dalam pun kena fikir byk kali,mana blh pakai,pakai lah dulu sampai terloher,sampai org rumah malu nak sidai baru la beli tu pun org rumah yg belikan,kalau saya selagi blh ikat dgn getah tentu saya gunakan lagi haha.Apa lah nasib org seperti saya hanya tariff air je yg turun ‘t kasih PKR’ tapi yg lain2 mencanak naik bagai gila babi,sila lihat kegunaan saya untuk menyara anak2 saya yg sedang membesar,ini senarai bulanan saya…

    1.Beras 40 kilo
    2.tepong 8kg (kuih muih buat sendiri kalau beli berapa ketul yg dapat.)
    3.Gula pasir 15 kilo.(pagi 2 jag air teh o dan malam 1 jag)
    4.Minyak masak 10 kg (jenama tesco yg paling murah)
    5.Gas 3 tong.
    6.susu pekat manis 6 tin (kena had kan 6 tin biasa 2minggu dah habis.)
    7.Milo atau vico 2kilo
    8.sabun basuh 6 kg
    9.sabun mandi 12 bar.
    10.ubat gigi 3 tiub 250 gram
    11.kicap 2 btl besar
    12.Roti 30 buku.(paling murah pun RM 2.60)
    Ini adalah senarai yg mustahak untuk keluarga saya, tak termasuk barangan harian membeli sayur sebayk RM 15 sehari,duit saku sekolah,barangan kering serperti asam,garam,bawang dan lain,bela 6 ekor kucing,untuk makanan nya RM 200 sebulan,macam mana pulak tentang activiti2 sekolah atau yuran2 yg tiada tersenarai, buku2 tambahan,rombongan2 sekolah,alat tulis dan berbagai-bagai lagi.Kini tentu gas masak dan electrik akan menyusul naik dan pada pandangan saya berbagai-bagai lagi barangan yg saya gunakan akan naik lagi dihari-hari akan datang.Saya terpaksa ikat perut,rokok dah dapat berhenti dan surat khabar pun dah tak lagi saya beli(surat khabar penipu) yg saya beli sekarang Sinar,siasah,keadilan dan harakah,walaupun belanja lbh sedikit namun saya happy sebab tak kena kelentong.Bila hari pertama saya dengar minyak naik sebyk 78 sen saya memaki hamun,namun apa kan daya saya kerana ramai lagi org2 yg bagang masih lagi mengundi BN.Kiranya org2 yg cerdik mengundi pembangkang di PRU yg lps saya yakin masaalah ni tidak akan terjadi.Jadi saya juga org yg kesusahan,di susahkan lagi, saya percaya akan ada balasan kepada pemerintah yg ada sekarang.2 thn yg lps,sudah dinaikan 30 sen apa yg dah dilakukan dgn janji nak perbaiki mutu pengangkutan awam,hancuss yg ada Rapid Penang.Rapid KL pula khidmatnya macam haram jadah,baru2 je best.Ingat PKR kalau anda dapat memerintah kerajaan pusat sila siasat syarikat Rapid.Sekarang ni mereka terima komisen yg lumayan nanti 4 ke 5 tahun dia akan bangkrap macam Indra kota.Dia lari dgn kekayaan so rakyat yg menanggung.Sekal lagi saya nak beri tahu kat pengundi2 yg mengundi BN di PRU ke 12 dengan suka citanya dikatakan bahawa anda2 ni memang bagang sebangangnya,maaf kata.

  12. golok said,

    dah tau duit x cukup, kerja siang malam… x payah la bela kucing.. klu nak bela pun, bagi je sisa makanan.. dah jimat rm200…

    kena bezakan antara keperluan dengan hobi… takde la merana diri…

    jadi apa yang anda harapkan dari BN? menampung kos makanan kuceng anda? menampung pembelian akhbar anda? menampung bil streamyx anda? sedangkan ni semua bukan keperluan yang mendesak!

    tepuk dada tanya selera! yang membangkang tak semuanya betul.. yang perintah tak semua salah..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: