30 April, 2008

Persijilan Halal Jakim Ke HDC

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:30 am by Ketua Perusuh

Nampak gayanya ada pihak akan untung atas angin diatas persijilan halal. Dijangkakan bahawa usaha menentusahkan halalnya sesuatu barangan atau perkhidmatan mungkin akan dijadikan satu peluang niaga yang menguntungkan.

Persijilan Halal oleh JAKIM selama ini memang diragukan oleh banyak pihak. Malah saya sendiri sehingga kini tidak mempercayai persijilan halal Jakim. Saya lebih mempercayai tanda halal “Halalan Tayyiban” atau “Kosher”. Malah pada pandangan saya persijilan halal Jakim terlalu banyak yang diragukan sehinggakan usaha DAPAT (32728) mengendalikan SMS HALAL nampaknya tidak dapat merungkai permasalahan ini.

Kini Jakim telah memindahkan persijilan halal kepada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC). Walaupun usaha ini dilihat mungkin dapat menyelesaikan masalah persijilan halal namun rakyat (orang Islam umumnya) kurang yakin. Ini kerana masalah utama persijilan halal di Malaysia adalah lebih kepada kurangnya kakitangan penguatkuasaan serta nisbah kompaun atau denda yang dikenakan bagi setiap kes penipuan berkaitan dengan persijilan halal.

Malah sistem penentusah kehalalan sesuatu produk atau perkhidmatan boleh dikatakan lemah dan mudah dibolosi. Sebagai contoh, sepatutnya Jakim mengeluarkan sijil halal bagi setiap barangan atau perkhidmatan dengan cara satu barang @ perkhidmatan diberikan satu sijil halal siap dengan nombor siri serta tag. Namun apa yang dilakukan oleh Jakim adalah dengan memberikan satu sijil umum yang menyertakan semua produk atau perkhidmatan bagi sesebuah syarikat.

Jika satu daripada produk atau perkhidmatan telah dikenalpasti tidak halal, pihak syarikat masih boleh menggunakan sijil tersebut kerana ianya menyenaraikan banyak lagi produk atau perkhidmatan yang masih halal.

Inilah masalah utama yang dihadapi oleh persijilan halal Jakim. Penguatkuasaan yang agak terhad dan minima serta kurangkan nisbah hukuman yang boleh dikenakan menjadikan perkara ini sesuatu yang merisaukan. Apa yang pasti kini HDC akan dapat memanfaatkan persijilan halal ini dan seterusnya menjadikan satu lagi lembu tenusu (cash cow) yang dapat memberikan sumber kewangan yang tetap kepada HDC.

Jika dihari kemudian persijilan halal HDC juga diragui, dimanakah boleh kita (orang Islam) mendapatkan satu persijilan halal yang diyakini. Terlalu banyak perkara yang musykil dalam persijilan halal ini dan InsyaAllah dimasa akan datang akan saya dedahkan untuk menjadi perdebatan sihat kita (orang Islam).

“Mencari yang halal itu wajib bagi setiap orang mukmin”

11 Comments »

  1. abe MIE said,

    MALAYU KRISTIAN? BOLEH KE?

    ‘Ustaz’ Lim Kit Siang mempersoalkan kenapa kitab kristian tidak boleh diterjemahkan ke dalam BM sedangkan dalam bahasa Inggeris tidak menjadi hal?
    Adakah atas dasar kebebasan kita akan membenarkan ‘orang melayu’ bebas memilih agama selain Islam sebagaimana berlaku di Indonesia, Sabah dan Sarawak serta Filipina?

    jumpa abeMIE dalam website

    http://malaysialoni.com

  2. dasuki_tmc said,

    halal mengikut hukum allah atau halal mengikut hukum umno?
    kalau halal mengikut hukum umno maka hancus dan punah segala usaha baik.
    jadi kena pastikan (wajib) mengikut peraturan yang Allah buat untuk manusia tak kira umno ke, pkr ke, pas ke, dap ke atau sesiapa saja. yang penting bila dah islam tu atuhlah hukum dari allah dan jangan berdolak-dalik, ini bolehlah dan ini kira tak berapa eloklah, dan macam-macamlah sebagai alasan, bila arak halal (kerana diberi sijil/lesen untuk diusahakan) maka semua boleh ambil dan minumke?

    selagi perkara sebenar tak di selesaikan maka tak akan ada jalan untuk menghindar dari berlaku perkara yang merosakkan. maka rujuklah Al-Quran dan Hadis Nabi sebagai jalan menyelesaikan berbagai masalah yang dihadapi.

    bolehkah umno melaksanakan perintah Allah?????????

  3. sandyow said,

    erm, a malay friend of mine said that “halal haram” is between them and God. So they cant possibly force the fault on humans because they do not decide what is “halal”, it is only God who knows truly? So correct me if I’ wrong, if JAKIM plays around with this, let the people in JAKIM themselves answer to God in the end.

    I think. Dont bash me. But thats what i understand from it lah.

  4. erisa said,

    satu yang rasa macam eee skit dengan sijil halal Jakim ni adalah

    bercita-cita nak jadi HALAL HUB dunia

    tapi hotel dalam negara sendiri cuma ada 3 sahaja yang disahkan halal. Yang lain yilek…

  5. anak melaka said,

    aslm.

    “Mencari yang halal itu wajib bagi setiap orang mukmin”

    usaha memindahkan tugasan persijilan halal dari jakim ke hdc perlu dilihat dari sudut yang positif. ia bukan sahaja membolehkan persijilan halal dibuat oleh satu agensi khusus bahkan penguatkuasaannya juga mampu dibuat secara berkesan.

    kita maklum bahawa jakim kekurangan petugas-petugas persijilan halal – lantaran itu ada masanya ia menerbitkan masalah-masalah sampingan – penguatkuasaan terhadap penyelewengan sijil berkenaan oleh syarikat pengeluar produk (sama ada melampaui tempoh sah-laku sijil, kandungan produk yang dikatakan halal, proses pendakwaan yang memakan masa dan kecilnya amaun denda yang dikenakannya). dengan itu perpindahan tugas ke hdc yang dinyatakan adalah menepati masa.

    sebenarnya tugas menentukan halal-haram adalah tugas kita semua, orang islam. syarikat pengeluar, yang kebanyakan syarikat bukan muslim, kekadang kurang arif tentang perkara berkenaan. pernah kita dengar : mereka menyatakan ayam mereka halal tetapi adalah “ayam halal” mereka itu mengikuti prosedur penyembelihan dan tatacara masakan yang halal?
    ayam digantung kakinya untuk disembelih, urat utama tidak putus, ayam masih bernyawa sudah dilapah (darahnya belum habis menitis), dan 1001 satu persoalan lagi …… halal? kita orang islam, jakim dan hdc perlu mendidik pengeluar-pengeluar bukan islam berkenaan. kaedah dan caranya berbagai, tidak payahlah saya huraikan di sini. ruang-ruang aduan bayak terdapat samada secara bersurat, lisan mahupun melalui laman-lamn web.

    kita sepatunya berbangga dengan usaha jakim dan hdc kerana ia telah menaikkan namabaik malaysia sebagai negara rujukan dunia tentang isu “halal”. suka saya memetik ungkapan berikut:

    “The United Nations has cited Malaysia as the best example in the world in terms of justification for the labeling of Halal food when the Codex Alimentarius Commission adopted the Codex general guidelines for the use of the term Halal in Geneva in 1997.

    Malaysia is seen as the world’s most successful example where a single Halal standard is applied throughout the country and this model has been regarded as the basis for the development of world Halal food industries.

    Malaysian certification procedures, and the national MS1500:2004 Halal Standard have already received widespread recognition for promoting excellence in the field of Halal-compliance. This has influenced major global brands to adopt the certification for worldwide distribution of its range of products.”

    dalam masa yang sama perangkan ekonomi “halal” adalh begitu besar dan memberangsangkan. malaysia sepatutnya turut aktif untuk turut serta memperolehi sebahagian dari unjuran kewangan berkenaan. angka-angkanya adalah:

    Halal – The Trillion Dollar Industry
    USD580 billion – Annual global market value for Halal food trade
    USD2.1 trillion – Annual global market value for entire Halal trade
    USD900 million – Annual retail sales of Halal meat in the United Kingdom
    1.6 billion – Present global Muslim population
    1 billion – Muslim population in Asia
    3 billion – Estimated global Muslim population in 2010

    dan akhirnya, sdr. masih meragui status “halal” yang dikeluarkan oleh jakim dan sdr. lebih percaya kepada “Halalan Tayyiban” atau “Kosher”. halalan tayyiban macam di restoren “wong solo”?

    dan saya pernah terbaca mengenai kosher yang membawa pengertian berikut:

    Kashrut is the body of Jewish law dealing with what foods we can and cannot eat and how those foods must be prepared and eaten. “Kashrut” comes from the Hebrew root Kaf-Shin-Reish, meaning fit, proper or correct. It is the same root as the more commonly known word “kosher,” which describes food that meets these standards. The word “kosher” can also be used, and often is used, to describe ritual objects that are made in accordance with Jewish law and are fit for ritual use.
    sila lihat: http://www.jewfaq.org/kashrut.htm

    sila maklum. requote: “Mencari yang halal itu wajib bagi setiap orang mukmin”

    waulahualam.

  6. anak watan said,

    saya pernah terbaca tentang “kosher” sebagaimana petikan di bawah:-

    Kashrut is the body of Jewish law dealing with what foods we can and cannot eat and how those foods must be prepared and eaten. “Kashrut” comes from the Hebrew root Kaf-Shin-Reish, meaning fit, proper or correct. It is the same root as the more commonly known word “kosher,” which describes food that meets these standards. The word “kosher” can also be used, and often is used, to describe ritual objects that are made in accordance with Jewish law and are fit for ritual use.

    apa komen tuan!!

  7. apa nak halalnya said,

    Di Selangor sekarang telah ada kempen meminta orang islam menerima dan menghalalkan babi.

    Risalah disebarkan katanya dari kerajaan negeri selangor disebarkan dalam masjid-masjid.

    Dulu PAS sebarkan dakwah kononnya tetapi sekarang tolong kempen dan sebarkan bagi pihak DAP menghalalkan BABI

    Kenapalah jadi macam ini…

  8. Gambar juga halalkah…

    Ini gambarnya

  9. Mencari halal adalah yang telah ditetapkan oleh maha esa, tetapi sudah bukan halal memcari halal seperti menternak babi sehingga tersebar di masjid masjid shah alam, apakah jadahnya?

    Ini gambar (klik) nak halal jugakah?

  10. Telefon biru said,

    Apa pun paklah yang bangang. makin tongong rakyat tengok… turun la wahai tua terkutuk….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: