15 April, 2008

Media MSM Juga Perlu Bertanggungjawab

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 9:29 am by Ketua Perusuh

Seronok juga bila mana membaca petikan berita dari media aliran perdana (MSM) seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya. Seronok kerana kita boleh lihat arah mana teknik pemberitaan media ini dijuruskan. Biasanya teknik pemberitaan media aliran perdana lebih menjurus kepada bodek dan ampu dalam setiap berita yang disiarkan. Semua bodek dan ampu ini hanyalah kepada Kerajaan Barisan Nasional (terutamanya parti UMNO) dan yang berkaitan dengannya.

Media aliran perdana kini nampaknya tergugat dengan kemunculan terlalu banyak media alternatif. Malah langganan, jualan serta rating media aliran perdana agak tergugat disebabkan oleh media alternatif. Umum mengetahui bahawa media alternatif tidak dibatasi dengan kekangan politik mahupun sosial, namun hampir kesemua media alternatif bertanggungjawab atas setiap berita yang diwarwarkan.

Menteri Penerangan yang baru (Ahmad Shabery Cheek) menegaskan bahawa media alternatif seperti blog dan portal perlu lebih bertanggungjawab dan mereka tidak kebal daripada tindakan undang-undang. Beliau berkata sungguhpun orang ramai ada hak untuk menulis apa sahaja secara dalam talian seperti penulis blog, kerajaan juga ada hak untuk membela orang lain daripada penulisan yang tidak benar dan memfitnah.

Persoalan yang bermain di minda kita semua sekarang ini ialah adakah media aliran perdana (MSM) sedia ada kini bertanggungjawab atas setiap pemberitaan yang mereka bawa? Seperti yang kita semua maklum, dewasa ini beberapa media aliran perdana kerap mengeluarkan berita berunsur fitnah terhadap pihak-pihak yang tidak selari aliran politiknya dengan Kerajaan Barisan Nasional.

Malah terlalu banyak pula berita-berita penting digelapkan ataupun dihilangkan pemberitaannya oleh media aliran perdana (MSM) ini sehinggakan hanya yang berita dari Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang kerap diwarwarkan.

Kalau ada pun berita penting dari pihak yang berlawanan dengan Kerajaan Barisan Nasional, berita tersebut pastinya akan di”ubahsuai” semata-mata untuk menonjolkan masalah dalam berita tersebut. Sebagai contoh kita semua boleh lihat bagaimana pihak TV3 memanipulasikan berita berkenaan Pakatan Rakyat dan juga Perhimpunan Awam Bersih pada tahun lepas.

Disini saya ingin mengingatkan kepada Ahmad Shabery Cheek supaya berhati-hati mengeluarkan kata-kata agar ianya tidak menyerlahkan kebodohan beliau. Seperti peribahasa Melayu dahulu kala iaitu “Seperti menepuk air didalam dulang, akan terpercik ke muka sendiri”. Sebelum beliau menasihatkan media alternatif, sila nasihatkan dahulu media aliran perdana.

Kata-kata beliau seperti “Pada hakikatnya ialah reputasi dan kredibiliti. Jika anda ada itu dan anda melaporkan berdasarkan kebenaran, hakikatnya orang ramai akan terus membaca artikel anda. Ini adalah cabaran baru untuk surat khabar dan bagi sebarang bentuk media yang ada,” jelas menunjukkan bahawa kenapa orang ramai kini tidak lagi mahu membaca atau mempercayai maklumat dari media aliran perdana. Ini kerana media aliran perdana kerap kali tidak melaporkan berdasarkan kebenaran malah selalu mengubahsuai berita mengikut kehendak dan nafsu mereka.

Jadi kepada media aliran perdana, “terus-teruslah melaporkan secara pembohongan”. Lagi lama anda meneruskan pembohongan dan tidak bertanggungjawab atas berita anda, lagi cepat anda akan “bungkus”.

23 Comments »

  1. salam persaudaraan dari Indonesia,

    aku pernah bekerja sebagai wartawan di suratkabar Merdeka pada tahun 80-an. Zaman itu Soeharto menguasai semua media mainstream, sedangkan internet belum bisa menjadi alternatif seperti sekarang ini. Tapi aku masih bisa menikmati sedikit kebebasan di akbar Merdeka, karena akbar ini nasionalis dan pro rakyat.

    Untuk masa peralihan ini mungkin gerakan reformasi malaysia harus membuat strategi, yaitu bekerjasama dengan blogger internasional; terutama negara tetangga ASEAN yang lebih mengerti Malaysia. Boikot terhadap media mainstream juga perlu.

    PS:
    aku baru saja memposting artikel “Anwar Ibrahim Bebas Berpolitik, Badawi Panik”. Lihat di http://ayomerdeka.wordpress.com/

    Salam Reformasi
    RM, Jakarta, Indonesia

  2. anak melaka said,

    sdr ketua perusuh,

    memang tidak disangkal kenyataan sdr yg memaparkan fakta semua MSM memuatkan berita yang “bodek n ampu” kerajaan pemerintah – ia bukan berlaku di tanah air malaysia tercinta ini sahaja bahkan melampaui semua negara baik yang demokrasi, komunis, liberal waima apa bentuk sekali pun !

    kita sebagi warga tidak boleh lari menatapi berita tersebut – jika tidak, akan lekalah kita dalm kepompong hayalan sendiri – macam katak bawah tempurung…. soal nak percaya atau tidak itu soal lain …. yang perlu meluaskan minda kita !

    namun hakikatnya semua berita itu – waima berita “harakah”, blog atau yang dipanjangkan melaui emel atas sms – ada unsur-unsur “pembohongan” ….. yang diikuti pula dengan “dongengan cerita” berlandaskan nafsu, dendam, amarah dan khianat.

    lihat sahaja nama samaran anda “ketua perusuh” – memaparkan sifat-sifat keji yang tidak boleh diterima oleh naluri manusia sebagai mahluk dan khalifah allah di muka bumi ini. sdr berontak dan merusuh melambang jiwa sdr yang tidak aman, tidak damai, tidak stabil, dan mungkin, sorry to say, may be you are mad !!

    seruan saya, kembalilah ke jalan allah….. sesungguhnya berita yang tidak pernah bohong adalah kita suci “al-quran”…..bacalah, insyaallah ada manfaatnya kepada sdr., isteris, anak, cucu dan keturunan sdr. waulahualam !!

  3. Menteri said,

    Suka hatilah bodek ke tidak… tetapi yang harus kita lakukan ialah adakah kita kita tak buat kerja itu, termasuk dalam blog-blog.

    Kenapa kalau suka kerajaan dikatakan membodek, tetapi kalau suka pembangkang bukan propaganda menipu?

    Kalau kita merasakan MSN tidak sesuai dengan hati kita, jangan beli, jangan baca. Biarkan MSN itu untuk orang-orang dia. Kita yang tak suka cari lain seperti harakah ke atau sinar ke atau keadilan ke, yang tak bodek itu.

  4. Menteri said,

    Yang keji adalah kita sendiri, sebab dok mengata dia sahaja. Biarkanlah dia punya hal, malah kita kempen sahaja supaya pulaukan mereka.

    Atau kita terbitkan surat kabar sendiri, untuk yang suka kita, kalau tak ada permit, boleh buat untuk ahli-ahli sahaja.

  5. Menteri said,

    Saya rasa menteri penerangan itu menasihatkan blog-blog untuk bertanggungjawab adalah sia-sia dan ibarat mencurah air di atas daun keladi.

    Blog adalah adalah visi dan missi tersendiri, dan kenapa blog diwujudkan dan disukai, tetapi bukan untuk bertanggungjawab, atau untuk sama adil kepada yang suka dan yang tak suka.

    Lainlah surat kabar yang dapat permit atau radio yang dapat permit iaitu mereka kena tanggungjawab kepada yang pemberi permit. Sebab syarat permit itu demikian.

    Tetapi blog, boleh sukalah, sebab tak ada permit untuk ditanggungajwabkan.

    Kalau nak suka cerita lucah, tak nak tanggongjawab pula kepada ulama dan moralis, begitu juga yang moraslis tangkan nak tangugjawab memberi selera kepada peminta lucah.

    Jadi, jangan nasihat-nasihat macam itu lagi. Ia hanya membuat masa dan tak berguna langsung.

  6. Penulis blog perlu bertanggung jawap pada penulisannya,
    Pembaca blog juga bertanggung jawap untuk memastikan sumber yang dibaca samada ia berita sahih, atau pendapat dari berita sahih, atau pendapat dari berita palsu sebelum ia menyebarnya di dunia nyata.

  7. Aku rakyat Selangor! said,

    Saya pembaca berita harian sejak dari berumur 12 thn, sblm harian metro diterbitka lagi.Memang tak dinafikan ketika itu pemberitaan nya sgt menarik sekali dan saya tak pernah miss walau sehari pun,ia seperti ketagihan juga! Telah berapa byk duit yg saya habis kan ketika itu dgn akhbar2 sampingan termasuk utusan,sehinggalah saya mencapai pada usia ke 42 thn,byg kan berapa byk wang yg telah saya belanja kan.Disini bukan wang yg menjadi persoalan,selama waktu itusaya membaca dan kini hampir setahun saya dpt mengawal nafsu dari membeli akhbar2 ini! Sebagai mana yg ketua perusuh katakan dan berlainan pula dgn pendapat anak Melaka namun sedikit sebanyak saya setuju dgn pendapat ketua perusuh yg ahkbar2 mmg lbh kepada membodek dan melindungi fakta2 yg memburuk kan seorang pemimpin yg menerajui kerajaan! kita lihat sebagai mana berita harian yg byk memaparkan berita politik berbanding harian metro.Namun harian metro byk memapar berita di muka hadapan dgn berita yg kebanyakan berunsur maksiat.Kekadang kalau difikirkan berita itu tidak lah sepenting mana tetapi hanya mahu melariskan jualan tajuk muka hadapan mestilah yg ‘masak2’ agar dapat menarik minat pembaca yg rasa syok dan ingin tahu seolah blh membangkit kan nafsu! berbalik pada berita harian,walau pun saya sekarang ini masih lagi salah seorang ahli UMNO biasa yg berdaftar saya dapat merasakan bahwa akhbar ini memang sentiasa membodek, sejak dari dulu sukar untuk kita jumpa berita yg sesorang menteri pemerintah ada salah laku. Tak mengapa kalau tak mahu memaparkan tetapi biar lah adil dgn semua org waima parti pembangkang sekali pun. Lihat saja bagaimana sebelum PRU 12 Khairy dipuji selalu,Khir Toyo menghadiahkan penyapu pun dapat berita yg menyebelahi Khir Toyo.Jadi bila kita membaca akhbar2 ini ia juga seperti mahu menyuruh kita memuji dan membuat kita b’fikir betul atau sebaliknya.
    Itu pendapat saya saja dan saya kini b’syukur telah dapat mengawal nafsu dari terus membeli akhbar2 ini,saya rasa ini hak saya,tak pun saya jadi bodoh,saya tak baca pun PRU 12 lps BN pun kalah! Maaf kalau saya menyingung, pada zaman ini, NAMA atau watak sesorang, kita tidak blh jadi kan ukurun atau tafsiran maksud nya kalau namanya KETUA PERUSUH ia melambangkan org itu dgn yg buruk2, tiada juga kalau meletakkan nama sesorang itu baik2, tetapi perogol,penghianat,pecah amanah,pembelit dan sebagainya.Begitu juga org nak kata negeri selangor nageri darah babi namun tak semesti nya ia seperti negeri Trenganu yg hasil minyak yg ber ribu2 juta,masjid Kristal menjadi kemegahan nya dan sukan layar yg memberi kan keuntungan kepada rakyat2 nya,Kelantan pula dikata kan mundur selama 18 thn dan byk rakyatnya berhijrah mencari kerja,tetapi lain pula dgn Perlis tak pula tahu ia kaya atau rakyatnya tiada yg b’hijrah,dan berita yg benar dihari raya Kuala Lumpur lenggang,beribu-ribu pekerja asing membanjiri KLCC dan sekitar puduraya, so org kuala lumpur ni kemana ya agaknya!!!!! Salam ceria, ini pendapat sahaja!

  8. Ibnu Khuzaimah said,

    Ketua Perusuh, kesian pulak awak kena bantai. Tak Pa. Ni Bab nama apa nak kira. Kita dok bunyi kasar, tapi tak dak pun ruah sana rusuh sini. Tak palah, nama tak sedap, perangai sedap. Cuba tengok nama ni – PEKIDA bunyi dan makna sedap, Pertubuhan Kebajikan, Dakwah Islam… tapi perangai dia orang, macam apa? macam apa? macam apa? Macam PUKIDA…

  9. anak melaka said,

    tertarik saya baca tulisan2 ‘aku rakyat selangor’ dan ‘ibnu khuzaimah’ yang nama masing2 menggambarkan sifat-sifat tersendiri – seorang melambangkan anak jantan yang akan mempertahankan negeri tumpah darahnya, selangor, negeri yang penuh ehsan kepada rakyatnya – dan seorang lagi bersifat misteri berasal dari ‘arab’ yang sepatutnya dieja dan mempunyai makna sebagaimana petikan di bawah:

    Name: KHUZAYMAH
    Gender: male
    Meaning: old Arabic name; meaning unknown
    Origin: arabic (http://www.babynamedb.com/name/KHUZAYMAH.html)

    aku anak selangor memang jantan sifatnya > 30 tahun x 365 hari > 10,950 hari dan purata harga akhbar bh yang dibaca rm1 > rm19,950 telah hangus ……. apa yang dia dapat? kesedaran bahawa akhabr itu bersifat membodek kerajaan, menutup akhlak buruk vip, memanjangkan maksiat, dan banyak lagi….. syukurlah!! adalah lebih baik membaca dari tidak membaca, lebih baik tahu dari tidak tahu, lebih baik terang dari tinggal dalam kegelapan …! persoalannya – akhbar apa yang anak selangor baca sekarang – harakah, business times, sinar, nanyang siang pau ataupun baca blogs di maya siber ni …. sdr teruskanlah membaca – insyaallah sdr dapat natijahnya.

    sdr khuzaimah @ khuzaymah yang penuh misteri dalam dunia ‘unknown’nya > tak boleh diramalkan isi hatinya – lihat sahaja PEKIDA ditukarkan menjadi PUKIda > ngapa demikian jadinya sdr? sdr marahkan perangai seseorang dalam pekida, sdr rangkum kesemua stafnya didalam lubang PUKIda ! astagfirullah …… teruskanlah memaki hamun tetapi ingat kekadang hamunan kita kan berbalik > tak direct kepada penghamun, mungkin kepada isteri, anak, cucu atau keluarganya !

    cukuplah bincang pasal nama > tetapi kita dituntut memberi nama anak kita yang cantik2 > bukan sahaja indah didengar malahan dipenuhi pengertian !

    MSM dan semua akhbar kecik besar ada menyatakan masalah “harga beras” yang akan mendadak naik 10 – 20% minggu depan. di negara afrika dah lama naik – tu sebabnya berlaku kebuluran! apa nak jadi ye? salah siapa ye > bn, pak lah, mustapha muhamad, shahrir samad, bernas, orang tengah, super – mini market, pesawah? kampit 5 kg naik rm1, 10 kg naik rm2 …… hai tak beli surat khabar la aku minggu depan….nak tampung duit “boreh”!

    Nak makan apo kito yo > makan ubi tak do yang tanam …. makan kelapo sawit la kito yo ….. waullahualam ….. boli boreh copek (beli beras cepat) !

  10. sao said,

    Tuan Ketua Perusuh,

    Saya tidak tahu politik, tetapi saya lihat rata rata kesal dengan keadaan sekarang ini.

    Keadaan berchelaru. Kerja kerja tidak dapat bayaran dari kerajaan negeri, malah tiada kerja baru.

    Annuar ghairah hendak menjadi PM. Dengar cerita sangup bayar. Abdullah ghairah hendak semua nya. Semua ghairah hendak itu dan ini.

    Kami, rakyat hendak juga. Macam macam benda hendak diselesaikan. Kepada siapa hendak mengadu?.

    Mengadu kepada PKR dan geng nya?, ashik mencari jalan hendak jatuhkan orang orang BN dengan kuasa baru menyiasat itu dan ini. Mana ada masa.

    Mengadu kita kepada BN, mereka pun masih sakit. Tengok lah Kah Ting, dah jadi DAP.

    Mereka semua hendak jatuh kan Melayu.

    Cakap kepada saya, anda tidak merasa kah pukulan DAP. Entah entah Gerakan pun DAP.

    Huh. Siapa lagi Melayu yang hendak saya memohon pertolongan.

    Entahlah, harap harap Ketua Perusuh ini Melayu.

  11. anak melaka said,

    pembetulan ….. ralat ……….

    rm10,950 yang ‘aku rakyat selangor’ belanja hangus untuk akhbar bh ….. sori jejari yang tak ada mat buat silap …….

    sdr sao,

    ha ah kepada siapa kita nak mengadu ya ……. semua melayu bermusuhan – tikam menikam, rogol dan perkosa, bidaah dan cela, maki dan hamun, dengki dan khianat, bodek dan ampu, jolok menjolok …… yang akhirnya – ‘tanah melayu’ tergadai….. entahlah !

    betul ke kata2 ‘ tak melayu hilang dari dunia’ ?

  12. Jurujual said,

    Saya pun nak komen juga

  13. sao said,

    Sdr Anak Melaka,

    Apa kah benda yang anda bercakap ini.Awak menghina bangsa anda sendiri.

    Saya tidak pernah berjumpa satu orang yang menghina bangsa sendiri seperti anda.

    Ingatlah dimasa anda kehilangan anak anda suatu masa disatu tempat dimana tiada orang Melayu, anda akan menanggis kesaorangan.

    Ingatlah pada masa anda susah siapa yang telah tolong anda? Cina, Yahudi, Bangla, Siapa ?, hantu raya?.

    Ingat, seburuk buruk yang anda katakan itu, orang yang membantu adalah Melayu dan orang Islam.

  14. Kehilangan said,

    Kita perlu usaha…

    Bermula dari diri kita, anak beranak kita, saudara mara kita, jiran tetangga kita, mengembalikan maruah dan jati diri.

    Kita jangan terlalu selesa, sehingga membenci bangsa sendiri tapi cubalah kiranya anda pernah merantau, di situlah kita perlukan orang yang serupa dengan kita, yang simpati dengan kita. Baru kita kenal siapakah bangsa kita, dan harga diri

    Percayalah…

  15. anak melaka said,

    assalamualaikum,
    with due respect to ‘pengantara’ ketua perusuh, saya tujukan komen ini kepada : ………..<>

    dia komen apa yang saya komen – intipatinya : kalau melayu susah, orang melayu dan islam yang akan tolong ! saya tak nafikan hakikat ini ….

    sebenornye, saya komen tulisan sao sendiri yang dibuat jam 6.10 pagi yang intipatinya serba salah dan bercelaru benaknya kerana tidak tahu nak ke mana untuk meminta tolong – bn, pkr, pak lah, anwar dan lain2 – semuanya ‘tak boleh harap’. kerja kontrak dan bayaran kerja tak dapat, rungutnya ! dan sao ngaku tak faham politik ….. hmm

    apa yang saya ‘komen jenaka’ tentang sifat2 ataupun perangai ‘melayu’ – kebanyakan sifat ini saya cedok setelah membaca banyak blogs – yang sokong, yang bangkang, yang taksub dan yang neutral kepada kerajaan atau pemerintah. lihat sahaja blogs kuda kepang, kickdefella, berukggers dan ramai lagi ….. semua ada menggambarkan ‘sifat2 melayu’ ni ……

    saya bangga saya melayu, saya bersyukur saya islam, saya bersyukur saya orang malaysia – go and visit our neighbouring countries, nothing compared to malaysia – aman damai, mesra rakyatnya dan senang cari makan…!!

    akhirnya, sdr. sao, saya bersyukur kerana sdr. telah insaf – parti2 dap, pkr, gerakan dan bangsa lain – cina, india, yahudi dan lain-lain – tak akan tolong kita kerana kita orang melayu. alhamdulillah …… saya dah lama sedar, itu sebabnya saya highlightkan perangai ini yang selalu diwar2kan oleh ‘melayu’ sendiri. bacalah blogs2 yang saya nyatakan tadi …..

    melayu wajib bersatu waima berlainan fahaman politik kerana kita seagama. melayu wajib berganding tangan berkerja keras kerana ekonomi negara kini ditangan ‘pendatang’. melayu wajib menjadi ‘tuan’ kerana tanah air ini dulu ‘tanah melayu’….. ! melayu wajib berganding bahu kerana kita melayu….!

    selamat membaca dan berpolitik sdr. sao …. semoga sdr. ketemu apa yang sdr. cari tentang ertikata ‘melayu’.

    wasalam.

  16. Aku rakyat Selangor! said,

    T kasih anak melaka, sebagai seorang anak selangor dan telah merantau sekian byk negeri dimalaysia ini,telah juga dan ramai juga terdapat ramai kenalan2 tak kira bangsa,tak kira kenegerian,tak kira level,politik,pendapat dan paling utama mengamal kan sikap saling menolong,bantu membantu tiada simpan dendam,tidak berkira dan bertangung jawap dalam segala hal! Tak kira lh sama ada anda t’salah kira atau sebanyak mana wang yg saya gunakan ia tetap tidak dapat dikembalikan,kira nya dihalal kan saja.Umpama nya seperti merokok,saya juga telah berjaya selama 8 bln meninggal tabiat merokok selama hampir 28 thn lamanya! Tidak pula sebelum ini saya mengatakan dan mengajak sesiapa untuk berhenti dan begitu juga dgn tabiat saya blh b’henti membaca akhbar2 yg kita sendiri sudah hilang kepercayaan!Sebagai seorang yg telah membaca dan gemar membaca selama puluhan thn sudah tentu tabiat membaca tetap ia warisi mana munkin kita terus tidak langsung untuk mengetahui hal2 semasa,politik dan dunia! Ya kalau waktu bujang saya,sebelum harian metro ,Utusan dan BH dibeli setiap hari dan pada hari minggu selain dari 2 ahkbar ini Perdana,Bacaria dan ada juga membeli akhbar Al arqam ketika masih sah lagi dan Utusan melayu untuk ibu saya.Sebagai mana ketika itu minat politik masih tiada lagi maka majalah2 hiburan yg ada ketika itu lah sabahgian nya jadi pilihan.Apa bila UMNO mula kecoh dan sejak dari timbul semangat 46 maka b’mulalah sikap ingin tahu akan cerita2 politik,maka apa saja akhbar2 poltik yg ada waima dari UMNO sekali pun dan ketika itu saya juga mmg ahli UMNO yg setia tidak b’belah bahgi! Dengan umur yg semakin meningkat dan sudah mula b’gaul dgn org2 UMNO,mesyuarat disana sini namun kerana ada kerja maka tidak lah mahu dan tidak lah minat untuk menjadi glamour didalam parti maksudnya tidak lah sampai kejawatan naib atau ketua cawangan walau pun ketika itu blh b’buat demikian.Maka begitulah b’macam-macam dan b’bagai-bagai kerenah yg kita sendiri merasai dan mendapat berita2 dari akhbar2 yg saya maksudkan dari tahun ketahun sehinggalah suatu waktu yg saya sendiri katakan mmg akhbar2 ini t’lalu byk memuji dan memberi ulasan tentang kes2 yg berita nya ‘masak’,sebagai mana kalau anda ingat sama lah dgn berita yg baru saja semalam yg memberi kemenangan kepada hakim2 ini,alangkah bagus nnya kalau saya ada menyimpan keratan akhbar2 ini.Baiklah, itu adalah salah satu dari nya dimana ahkbar2 ini adalh menjadi jurucakap kepada org yg menganaiyai hakim2 itu, kepada rakyat2 yg hanya b’gantung harap berita dari akhbar yg dimaksudkan kerana ketika itu tiada sgt akbar2 politik pembangakng kecuali Harakah kalau tak silap dan tiada lagi internet dimana wujud nya laman2 web pembangkang.Jadi bagi saya,mereka ini menjadi baruah unutk menyampai berita2 yg tak sah dan tidak wujud.Namun UMNO adalah parti org melayu yg kita banga kan ketika itu b’tukar menjadi parti yg angkuh,sombong,seleweng hak rakyat,byk kontarktor melayu capok, dan rasuah.UMNO juga dari kalangan naib2,ketua2 cawangan lah yg byk mewujudkan PROPOSAL projek2 untuk kepentingan diri,memohon permit2 tapi menjual atau menyewa kepada bangsa lain,sehinga kini 50 thn sudah b’lalu apa yg ada sgt pada bangsa org melayu yg dari dulu lagi menyokong dan bersusah payah bekerja tanpa mengharapkan sesen pun demi untuk bangsa dinegara sendiri.Pun begitu UMNO lah mewujud kan dasar yg memecah belah kan melayu,anda akan dinafikan untuk b’niaga atau mendapat kan apa2 dari keistimewaan dari majlis2 tempatan kiranya anda bkn UMNO.Semua di majlis2 Temapatan dimalaysia ini yg ahli jawatan kuasa nya adalah terdiri dari org UMNO,maka setiap permohonan anda akan diforward kan kepada mereka2 ini.Maka yg byk dapat keistimewaan ini adalah dari bangsa cina kerana bangsa ini lah yg menghargai kerja org UMNO dgn wang ringgit tidak seperti org melayu.Oleh kerana parti UMNO ketika itu dilindungi dari org2 atasan segala salah laku tidak dilaporkan maka semakin hari semakin menjadi-jadi pula,hingga lupa asal usul dan masih berpendapat bahwa wang adalah segala-galanya.Org UMno begitu sombong tapi diakhbar ia sgt baik sekali sgt warak sgt membantu dan prihatin.Munkin anda akan kata saya pro pembangkang,tidak, terus terang kalau saya pro pembangkang mana munkin, saya masih lagi memegang nombor keahlian saya dan tidak pernah mendaftar dgn mana2 parti pembangkang.Cuma apa yg saya kesalkan ialah UMNO hanya laung kan DEB sejak puluhan tahun tetapi tidak ada yg mereka lakukan,yg ada untuk kaum2 nya saje.So tidak hairanlah kalau apa yg t’jadi kat parti ini pada hari ini,so pengulung nya untuk anak melaka,tidak kerana saya,yg hanya seorang tidak lagi membaca akhbar2 ini maka parti UMNO byk yg kecundang,tidak juga kerana saya seorang saja berhenti merokok,jualan nya tetap tinggi dan tidak kerana saya seorang saja yg masih ahli UMNO tetapi tidak menyokongparti ini pada hari ini,insyaallah PKR adalh pilihan saya!T’kasar dan t’silap bahasa sila maafkan saya, salam perkenalan dari saya yg penuh kehiklasan.

  17. Aku rakyat Selangor! said,

    Maaf,untuk anak melaka ada sedikit yg tertinggal,sekarang ini terdapat akhbar2 slain seperti Sinar yg blh dikirakan telus.Namun laman2 web adalah pilihan yg utama,kalau anda ada laman web sendiri sudah pasti saya akan layari juga,TQ.

  18. azizi said,

    Saya bersetuju dengan rakyat selangor.

    Dulu Harian Sinar, saya hanya pandang sebelah mata sahaja, namun sejak ia memberikan laporan mengenai aktiviti kerajaan negeri selangor, saya terus menjadikan sinar sebagai akhbar harian yang patut dibeli.

    Sepatutnya akhbar harian yang lain patut mencontohi sinar, jangan menjadikan malaysia ini hanya ada lima negeri sahaja. Hari2 cerita selangor, kedah, perak, kelantan dan pulau pinang. Negeri lain macam mana.

  19. usharline said,

    salam buat semua,

    Setelah membaca komen-komen saudara, saya juga rasa terpanggil untuk membuat sedikit coretan mengenai isu-isu yang ditimbulkan. Pelbagai masalah, luahan perasaan dan sebagainya menyelubungi diri kita. Tidak dapat dinafikan lagi, dunia akhir zaman ini kian mencabar. Pelbagai dugaan perlu kita tempuhi dalam melalui hari-hari muka sebelum kita dipanggil berjumpa sakaratul maut. Jesteru, harapan saya agar kita semua sedar dan insaf terhadap perbuatan kita samada zahir dan batin yang tidak lekang dari melakukan kesalahan. Marilah kita bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Pada asasnya kita dari satu keturunan. ADAM dan HAWA, tidak kira rupa paras atau warna kulit, kita tetap bersaudara. Hanya satu yang dapat menolong kita. ISLAM. Islam adalah satu-satunya agama yang memberi petunjuk kepada umatnya. Al-Quran dan Sunnah adalah panduan sebenar kita. Janganlah kita abaikan tanggunggjawab kita. Insya’Allah, dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah, hidup kita akan terjamin di Dunia dan Akhirat. Di akhir zaman ini terlalu banyak pancaroba yang melanda kita. Jadi marilah kita bersama-sama beribadat kepadaNya dan menyerahkan diri kita kepadanya. Bertaubatlah sebelum Pintu Taubat tertutup. Cukuplah dengan apa yang kita kecapi. Sesungguhnya Mati itu tidak akan lari dari kita. Jadilah seperti garam didalam air. Walaupun hilang paras rupanya, namun rasanya masih masin. Saya harap semua akan sedar dengan apa yang berlaku kepada kita saban hari dan seterusnya hingga akhir nanti… Kiamat Sudah Dekat, Bumi sudah tidak mampu menanggung umat manusia yang melakukan kezaliman, kemungkaran didadanya…. Renung-renungkanlah…
    Wassalam

  20. anak melaka said,

    sdr. aku rakyat selangor @ anak selangor,

    saya begitu terharu membaca komen sdr. yang begitu ikhlas menceritakan sejarah diri sdr. – dunia pembacaan dan politik, pemberhentian tebiat merokok dan peralihan ke akhbar ‘sinar’. saya pun kini membaca ‘sinar’ dan ‘kosmo’ – tidak lagi bh, um, hm, nst dan mm. sinar dan kosmo masih ok pemberitaannya – masih tegak dan belum nampak condong ke mana2.

    saya setuju benor dengan gambaran sdr. tentang politikus2 umno – umno naik dia kaya, umno kuat dia bertambah kaya – kita juga yang masih melepak di takuk lama….bersama marhain2 lain. saya pun merasa muak tengok gelagat dan perangai mereka…walaupun saya ahli sebagaimana sdr.

    sekarang telah timbul ba – pkr, dap, pas – yang memerintah beberapa negeri – kita sama2 lihat dan beri peluang selama 4 tahun sebelum pru13 – lepas tu kita nilai dan beri ‘pangkah’ jika ok. …. jika tak ok kita lupakan sahaja.

    sebelum terlupa – selamat berkenalan – dan kalau ada masa layarilah blog saya yang sdr pohon tu : http://anakmelakastar.blogspot.com/

    dalam masa yang sama, kita hayati nukilan usharline yang penuh pedoman dan ingatan. semoga kita semua dirahmati oleh allah swt. amin ya rabbul alamin.

  21. Aku rakyat Selangor! said,

    T kasih Anak Melaka,saya berbangga dan terharu diatas sedikit sebanyak terdapat juga pendapat yg sama,sekali lagi terima kasih diatas pelawaan saudara,sudah tentu saya akan berbuat demikian,namun saya bkn lah seorang bloggers,saya hanya luah kan perasaan saya sebagai salah seorang warga Malaysia juga seorang ahli biasa UMNO yg selama ini memerhati kan keadaan sekeliling dan menngambil berat akan generasi kita yg akan datang, yg perlu menempuh pelbagai lagi kesukaran untuk hidup selepas ketiadaan kita didunia ini yg memang tidak punyai harta walau pun untuk menjadi kan anak2 kita yg sama seperti dididik oleh org tua kita diwaktu dulu………

  22. faisal said,

    Setelah saya amati semua komen2 yang saudara2 sekelian merasa terharu dengan keluh resah menceritakan soal politik. Saya biar pun bukan anak jati malaysia tapi masih berbangsa melayu dan beragama islam. Apa yang saya sedihkan orang islam zaman sekarang suka bercakaran sesama sendiri. Rasa lucu, sedih, geram semua ada dalam perasaan saya. Saudara sedih atau kecewa dengan orang2 umno yang tamak dan sombong. Tapi saudara sudahkah melihat diri sendiri, saudara mengatakan DEB umpama tiada makna atau hanya untuk orang2 yang kaki bodek umno. Ini lah sebenarnya sikap orang melayu hanya melihat kelemahan orang lain tetapi tidak melihat kelemahan sendiri. Saya berniaga sikit2 dan bersaing dgn orang2 bangsa lain yang lebih kuat kuasa ekonominya tidak sedikit pun merasa mengeluh sebab adat orang berniaga harus menghadapi cabaran yang mendatang. Alhamdulillah selama saya menetap dimalaysia dan berniaga disini, saya mencapai kemewahan yang saya inginkan tanpa bantuan mana2 pun orang politik. Tapi kestabilan politik itu sangat penting kerana dengan kestabilan la negara akan maju. Apa yang saya perhatikan umno lebih bagus berbanding parti2 lain. Setiap parti pasti ada kelemahan dan kelebihan, Mungkin umno terlalu angkuh kerana mempunyai kekuatan dari kewangan berbanding parti2 lain. Sesiapa pun yang memerintah, pasti ada egonya yang tersendiri, begitu juga pembangkang. Saya tidak bersetuju dengan pembangkang yang sering menabur fitnah, mungkin ini cara orang islam berpolitik saling menabur fitnah. Cuba kita lihat di negara2 maju, berpolitik memperjuangkan dasar, dasar yang terbaik dan memikat hati pengundi akan memenangi pilihan raya.
    Nasihat saya, jika ingin kejayaan ataupun kemewahan yang di redhai Allah, berusaha la dengan gigih, pasti kita akan dapat.
    semoga berjumpa di puncak kejayaan yang di redhai Allah.

  23. Aku rakyat Selangor! said,

    Buat saudara faisal,tahniah kerana anda dapt kemewahan ketika ini disebabkan maju nya perniaagaan anda tu,syabas.Tetapi anda perlu ingat bahwa anda adalah bkn anak jadi hanya beragama islam dan berbangsa melayu jadi anda sebenarnya mmg tidak layak untuk meminta bantuan dari mana2 org politik.Kiranya anda berniaga waima yg besar sekali pun anda hanya perlu mengikut saluran2 yg betul,tetapi kiranya anda berniaga sebara kecil-kecilan seperti berniaga di kawasan awam tanpa lesen itu adlah haram hukumnya di negara malaysia ini.Untuk memberikan sokongan kepada mana2 parti politik pun itu hak anda,namun anda lah yg perlu dulu melihat diri anda sendiri.Sebagaimana yg anda katakan bahwa sejak zaman sekarang ini org islam saling bercakaran,adalah tidak tidak tepat sama sekali,negara ini aman kita masih kunjung mengunjungi lagi.Disetiap solat jumaat kita dikumpulkan dimasjid dgn begitu tertip sekali, tiada pula kedengaran org islam bercakaran,tak tahu lah kalau di IRAQ. Yg bercakaran ketika ini adalh org2 politik saja.Orang yg hendak mengekalkan kuasa dan takut segala kemungkaran akan dapat dilihat.Sepekara lagi kalau anda tak berapa faham atau hanya mendengar kata org tentang DEB lbh baik anda buat amal ibadah dari pada mendapt dosa,berniaga lah hingga melimpah ruah kemewahan yg anda dapat dan pulang lah ketempat asal anda, buat perniagaan disana dan ‘create’ pula peniaga2 islam yg lain agar berkembang pesat.Semuga anda akan menghasil kan ribuan peniaga2 melayu yg agama nya islam dan nama anda akan di disebut sebagai pemangkin kuasa ekonomi org melayu,mana tahu kan,kan kan!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: