14 April, 2008

Saman, Jangan Tak Saman

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:12 am by Ketua Perusuh

Kali ini saya ingin mengalihkan pandangan anda semua pada perkara ini. Berapakah agaknya bilangan kenderaan persendirian (kereta) yang masih aktif dan berada diatas jalan raya? Tentunya bilangannya terlalu besar. Anda boleh membuat kajian sendiri di JPJ atau agensi-agensi lain.

Kini Kerajaan Malaysia dibawah kuasa Kementerian Pengangkutan (yang diketuai oleh Ong Tee Keat) akan menguatkuasakan undang-undang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua penumpang bahagian belakang kenderaan mulai Jun ini. Ini bertujuan membantu mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan jalan raya. Kita semua tidak dapat menafikan kepentingannya demi keselamatan semua.

Idea yang dikemukakan memanglah baik dan wajar namun perlaksanaannya sahaja yang nampaknya menimbulkan tandatanya. Ianya nampak seperti kes perlaksanaan lampu brek ketiga pada kereta ataupun pemasangan jalur pembalik sinar pada topi keledar penunggang motosikal. Malah pernah juga kedengaran arahan (yang kemudiannya senyap tanpa berita) daripada kementerian yang mewajibkan penunggang motosikal memakai jaket berwarna “fluorescent”.

Kementerian Pengangkutan pernah mengeluarkan pelbagai arahan dan cadangan yang bertujuan untuk membantu mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan jalan raya namun biasanya cadangan tersebut akhirnya menjadi bahan lelucon bilamana tiada penguatkuasaan dilakukan.

Cuba anda perhatikan pada mana-mana kenderaan berat (lori, bas atau treler), adakah anda masih boleh jumpa kotak perakam perjalanan, lampu isyarat kenderaan berat (kuning atau merah dipasang diatas kenderaan) dan pelbagai lagi yang diarahkan dipasang oleh Kementerian Pengangkutan. Yang nyata semua ini tidak ditegaskan oleh Kementerian Pengangkutan kerana amat susah untuk mengenakan saman kepada pihak-pihak pengendali kenderaan berat ini.

Namun untuk mengenakan/mengutip saman daripada kenderaan persendirian amatlah mudah. Sebab itulah saya jangkakan Kementerian Pengangkutan (Kerajaan Malaysia) beriya-iya ingin melaksanakan arahah pemakaian tali pinggang keledar bagi semua penumpang bahagian belakang kenderaan persendirian dengan segera. Ini kerana secara tidak langsung akan dapat menambahkan cara bagi Kerajaan untuk mengutip dana untuk kegunaan mereka.

Siapakah yang untung daripada arahan terbaharu ini. Yang pastinya untung adalah;

1. Pengusaha / Pembekal / Penjual aksesori tali pinggang keselamatan
2. Syarikat pengeluar kenderaan
3. PDRM dan JPJ (melalui saman)
4. Pengusaha / Pembekal / Penjual aksesori “child seat”

Saya mempunyai 1 orang anak yang masih kecil yang selalu tidur ketika dalam perjalanan. Budak-budak biasanya susah untuk tidur dalam keadaan duduk, malah biasanya mereka lebih suka berbaring diatas kerusi belakang kereta kerana lebih selesa. Saya tahu ada yang menyarankan penggunaan “child seat” bagi penggunaan kanak-kanak namun selesakah mereka tidur dikerusi ini? Ramai lagi ibu-bapa yang mempunyai anak kecil yang membenarkan anak mereka tidur berbaring diatas kerusi belakang kereta. Bagaimanakah agaknya posisi tali pinggang keselamatan boleh digunakan ketika kanak-kanak ini berbaring dikerusi belakang kereta.

Saya tahu Ong Tee Keat tidak lagi mempunyai anak yang kecil (berumur bawah 6 tahun) jadi tentunya beliau tidak merasakan keperluan untuk anak ini tidur berbaring dikerusi belakang kenderaan. Ataupun Ong Tee Keat tidak pernah ada anak kecil (semuanya lahir-lahir terus besar).

Kepada Ong Tee Keat, sila letakkan diri anda ditempat ibubapa yang berpendapatan rendah (bawah RM1500) yang menggunakan kereta kecil seperti KANCIL dan mempunyai anak yang dibawah umur 6 tahun dalam perjalanan lebih 4 jam semasa balik kampung. Sila gunakan otak dan akal yang waras dan jangan menggunakan kepala lutut anda sahaja.

22 Comments »

  1. nanti saya minta menteri pengangkutan KBBP untuk beri penjelasan.

  2. erisa said,

    Saya rasa cadangan menteri pengangkutan itu (sebenarnya sejak dari December 2007, dan mahu dikuatkuasakan pada January 08) bukan tidak ada langsung baiknya. Tetapi dilakukan dgn tergesa-gesa dan juga tidak memberi masa yang cukup serta tidak membuat kajian mendalam.

    Memang kalau dilihat dari segi kos sekali jalan, ya..pengguna rugi. Kerana perlu memasang tali pinggang belakang. Ini adalah kerana dahulu, ianya bukan satu perkara wajib ada. Jadi pengeluar kereta juga mengambil keputusan untuk mengurangkan kos dgn tidak memasangnya. Saya pasti selepas ia dikuatkuasakan, pengeluar kereta akan memasangnya secara default seperti mana tali pinggang hadapan disediakan dan rasanya tiada tambahan kos kerana kebanyakan kereta sekarang memang sudah dilengkapi dgn tali pinggang (kecuali kereta kancil, ada tali pinggang..tarak cangkuk..itu perodua memang mangkuk..hehe)

    Di negara-negara maju yang lain juga, penggunaan tali pinggang belakang adalah diwajibkan. Sebenarnya ya, memang boleh menyelamatkan nyawa. Baru beberapa minggu lepas, seorang sahabat honda club kemalangan si MRR2 dan meninggal akibat tercampak keluar dari kereta.Beliau berada di seat belakang. Sudah tentu kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

    Kajian juga memang mendapati pemakaian tali pinggang belakang memang dapat mengurangkan risiko kecederaan ketika kemalangan.

    Tetapi alangkan seat depan pun ramai tak endahkan pemakaian, apatah lagi seat belakang. Oh kereta saya juga masih tidak dilengkapi dgn tali pinggang belakang. DAN saya tidak akan pergi memasangnya. Itu cara bantahan senyap saya, dan juga kebetulan kereta saya jarang ada penumpang belakang.

    Oh, Selain kereta persendirian, kenderaan pengangkutan awam juga patut dipaksa memakai tali pinggang. Kerana apabila kemalangan berlaku, ada yang sampai tercampak keluar.

    Tetapi JPJ Malaysia memang suka buat lawak. Kenderaan persendirian yang kerdil memang menjadi sasaran, kenderaan yang besar-besar itu yang lebih mendatangkan marabahaya…buat-buat tutup mata tidak nampak (atau diberikan under table supaya tutup mata terus)

    Oh dan lagi…tali pinggang belakang tak akan dapat menyelamatkan nyawa sekiranya body kereta (terutama local car) amat lembik macam tin milo. (Tin milo pun lebih utuh dari body kereta local tau!). Patutnya betulkan dulu kiblat manufacturing car in Malaysia dulu.­čÖé

  3. imardy said,

    salam,

    pandai gak u buat analisa yek… kenapalah susah-susah nak buat itu ini. Bukan tali pinggang punca kemalangan jalanraya. Kecuaian adalah faktor utama kemalangan dan juga qada dan qadar. Kita boleh mencegah dengan pelbagai cara lain seperti …

    1. Baca Doa Naik Kenderaan
    2. Berhati-hati ketika memandu
    3. Bersabar
    4. Ingatlah orang yang tersayang.

    Insya’allah, dengan adanya senarai di atas pada setiap pemandu, kemalangan mungkin dapat dielakkan..

  4. arhecbi said,

    sebenarnya pakai child seat ni lebih kepada macamana kita mendidik anak. kalau kata anak saya (2 orang, 9 dan 6 tahun) memang saya wajibkan mereka pakai child seat DAN tali pinggang atas sebab2 keselamatan. Tak payah JPJ suruh, saya buat sendiri.

    tetapi utk kanak2 yg tak pernah pakai tali pinggang, lagikan pula child seat, terutama yg biasa duduk diatas riba mak/bapak/abang/kakak/makcik/pakcik/nenek/atuk/maid dan sebagainya, memang susah. itu tidak dapat dinafikan.

    saya suruh anak2 saya pakai seat tu bukan sekadar show sahaja, tetapi atas faktor keselamatan. pernah tak saudara saudari (yg ada bawak kanak2 dibelakang) terpaksa brek secara mengejut (emergency brake)? kalau pernah, mesti saudara saudari pernah mengalami apa yg terjadi: budak tu tercampak kedepan. kalau nasib baik cuma terlanggar sear depan sahaja. tapi kalau worst care jikalau kita berlanggar, takke budak tu bole “terbang” kehadapan ? nyawa sapa yg melayang ? sapa nanti yg akan menangis tak berlagu ?

    saya sebenarnya tidak setuju dengan cadangan agar sapa2 yg tak ikat tali, kena denda. lagi efektif kalau kempen kesedaran dijalankan (tapi buat betul2 la, bukat setakat melepas batuk di tangga) tentang kepentingan memakai tali keledar, tak kira didepan atau belakang.

    saya juga faham situasi di sini yg mana anak lebih dari 3 orang dan keluarga tersebut hanya mampu menggunakan kereta, bukan mpv (ataupun people carrier). macamana nak seat belt utk 4 org walhal tali ada 3 shj ? itulah dilemmanya sekarang. harap pihak berwajib jangan main saman sahaja, tapi tgk jugak org yg nak disaman tu macamana situasi kewangannya.

  5. erisa said,

    Bukan tali pinggang punca kemalangan jalanraya

    Seperti yang dikatakan sebelum ini, tali pinggang untuk prevent serious damage dalam kemalangan. bukan kerana …’kalau pakai tali pinggang tak eksiden’.­čÖé

    Kemalangan tetap berlaku, cuma tali pinggang adalah extra caution..

    Baru beberapa hari lepas seorang sahabat kancil yang lain eksiden teruk..terselamat dari cedera parah kerana memakai tali pinggang.

  6. mks134 said,

    saudara ketua perusuh,

    saya ingat saudara nie pandai, rupa2 nya saudara terlebih pandai(bodoh). cuba fikirkan, saudara ada anak kecil dan saudara suruh anak saudara berbaring di belakang atau saudara yang mengajar anak saudara berbaring di belakang ataupun saudara kedekut sangat nak beli ‘child seat’ utk anak saudara? saudara kene ingat jalan raya tue bukan jalan saudara atau bapak saudara (maaf kasar sikit). oleh itu, hati2 macam mana saudara pun, jika kemalangan itu berpunca daripada pemandu lain ia akan melibatkan diri saudara juga.

    pagi tadi saya menerima panggilan dr seorang kawan yang cukup cermat memandu kereta tapi telah terlibat dengan kemalangan.Syukur kwn saya selamat dan hanya bonet belakang kereta beliau remuk. bukan salah beliau tetapi beliau terbabit juga dalam kemalangan akibat kecuaian pemandu lain. jika saudara fikir kereta saudara menjadi tempat tidur anak saudara, baik saudara tak payah beli rumah. tidur sahaja di dalam kereta.

    saudara ingin juga menyalahkan kerajaan kononnya ingin mencari duit lebih. kerajaan sudah memberi tempoh masa yang agak lama untuk memberi peluang kepada pemandu di Malaysia menyediakan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang. jadi, ada masalah ke??? nampaknya saudara lebih sayang kan duit daripada anak kandung saudara. saya tak rasa saudara mengalami masalah kewangan kerana saudara sendiri berpengatahuan dalam bidang IT (agaknye lah) dan saya tengok blog saudara sentiasa diupdate. so, ader masalah duit ker???

    pada saya senang je, orang macam saudara akan sentiasa mencari jalan untuk menyalahkan kerajaan Malaysia (BN) kerana dalam diri saudara dah tak boleh ditunjukkan kebaikan kerajaan akibat daripada hati saudara yang semakin hitam dan legam…

  7. cikgu said,

    Ini lagi satu bangang punya undang-undang. Kalau dah ajal, pakai apa pun tak guna. Dia orang masa gubal undang-undang ni mesti si bedol yang bodoh. Habis tu kalau orang yang banyak anak atau nak berjalan tapi kena bawak parent. Tak kan nak cakap kat mak dgn bapak suruh dia orang naik bas aje pasal tali pinggang tak cukup kat belakang? Kita orang m’sia punya ramai anak macam mana nak bersama keluarga?

  8. Aku rakyat Selangor! said,

    Cikgu ,saya sokong dgn komen cikgu,saya ada anak 7, sekeluarga ada 9,2 anak saya naik bas masih ada lagi 5 tak t’masuk saya,tu macam mana ,nak syer tali pinggang ke? Lagi 1,yg paling saya setuju sekali macam mana cikgu kata yg MK 134 bangang punya undang-undang! Pandu seorang pun blh maut kalau pandu dgn bagangnya,btl tak cikgu?

  9. Terima kasih atas komentar saudara/i sekalian.

    Tuan mks134,

    1. Kemalangan boleh dielakkan jika semua pemandu (termasuk anda) memandu dengan berhemah dan cermat.
    2. Jika ada pemandu yang tidak berhemah, waima menggunakan “child seat” pun boleh juga mengakibatkan kematian.
    3. Cuba letak diri anda pada keadaan orang ramai yang berpendapatan rendah yang mempunyai anak yang ramai dan kereta yang kecil.
    4. Walaupun saya kaya, berharta dan mewah, saya senantiasa letakkan diri saya pada keadaan orang ramai yang berpendapatan rendah.
    5. Saya masih menekankan betapa pentingnya semua pemandu memandu dengan berhemah dan menggunakan akal. Jangan memandu dengan dikawal oleh nafsu.
    6. Apa pula cadangan, arahan atau akta yang akan digubal pada satu masa nanti, jika masih lagi banyak kemalangan (sehingga maut) walaupun masih menggunakan tali pinggang di kerusi belakang, Adakah perlu Kementerian Pengangkutan mencadangkan bahawa semua kereta perlu dipandu pada had kelajuan 2 km/j? (2 km/j juga boleh menyebabkan kematian jika berlanggar – jika ajal telah ditentukan oleh Allah S.W.T)
    7. Bagaimana pula dengan bas ekspress, persiaran atau bas kilang? Adakah perlu juga diarahkan pemasangan tali pinggang keselamatan?

  10. mks134 said,

    Buat Ketua Perusuh dan yang masih samar…

    Saya minta saudara semua fikir secara logik, beli kereta dan tukar spot rim mampu tapi untuk memasang child seat ataupu safety bealt takkan tak mampu kot. memang saya tak nafikan kita perlu memandu secara berhemah tetapi jika saudara yang kaya sendiri mencari alasan untuk keselesaan anak saudara semua (seperti Ketua Perusuh) nampak sangat saudara tak berhemah.ini tiada kaitan untuk meletakkan diri seseorang yang lebih berada dengan orang yang kurang mampu kerana itu adalah satu masalah yang berlainan.

    saudara (aku rakyat selangor) kalau nak fikir anak saudara yang ramai kononnya 7 orang beli lah kereta yang besar sikit dengan harga mampu. Kalau tak berkemampuan, saya simpati dengan saudara dan saudara kene didik anak2 supaya beralah apabila hendak berjalan-jalan atau susah2 sangat naiklah komuter jika semua nak ikut..jangan lah jadi bangang sangat dengan membelakangkan undang2 demi nak membawa semua anak2 saudara yang kononnya 7 orang menaiki kereta. memang lah tak muat kereta saudara (aku rakyat selangor).

    untuk saudara cikgu pula, bukan saya yang bangang tapi cikgu yang bangang sebab guna nama cikgu kerana memang sah bangang. naik kereta memang kene pakai safety bealt, tapi tak tahulah kalau cikgu yang bangang ini suka melanggar undang2 sebab suka sangat menyerahkan takdir tanpa berbuat apa2 tindakan. dah tahu nak jalan dengan parent beli la kereta besar yang murah dan berpatutan harga. tapi kalau tak mampu juga jangan lah berangan nak keluar dengan parent dan anak2 naik kereta.kan malaysia nie banyak pengangkutan awam. demi mengeratkan silaturrahim antara keluarga, pakat ramai2 naik bas atau komuter sebab kalau tak pakai safety bealt dan bawa pula lebih muatan, bukan ke dah menyalahi undang2 wahai cikgu yang mengaku diri cikgu tapi bangang…

  11. kawe said,

    Saya juga mengalami situasi seperti KP sebutkan.Anak-anak kecil boleh bertahan tegak dan bertalipinggang di kerusi paling-paling lama sejam sahaja.Selepas itu diorang akan gelisah dan menggeliat untuk melepaskan diri dari ikatan.Memang mereka sangat gemar berbaring memanjang di tempat duduk(macam katil).Jika perjalanan pendek tidak ada masalah rasanya tetapi jika 3 atau 4 jam dan ke atas kanak-kanak tidak suka tidur sehala.Mereka mahu berguling ke kiri dan kanan.Ada cadangan dari tuan-tuan?

  12. sI gONDOL said,

    Saya ke Singapore semalam kerana urusan kerja menaiki teksi JB-S’pore. Sampai di Rochor teksi stand, terus tukar teksi SMRT, yag anehnya kat dreber Teksi tuh, dudok belakang tak yah pakai tali pinggang kaledar, Apahal ni, Malaysia nak pakai plak…………………..

  13. Aku rakyat Selangor! said,

    T kasih lah MKS 134, saya terima kalau anda rasakan yg saya ni bagang,bukankah telah saya katakan saya telah 2 org anak saya menaiki bas, bila balik Kampong,kalau dkt2 anak2 yg besar tak lah perlu saya bawa, kampong saya Pasir Gudang Johor lbh kurang 400km jauh nya dan memandu kereta jenis Iswara dan saya dari ketegori cukup makan tapi bkn miskin,kami memandu dgn penuh tumpuan dan cekap dari segi penglihatan yg paling jauh,cekap memerhatikan gerak geri kereta dibelakang dan didepan.Kemalangan bkn penyebab pengunaan tali pinggang tetapi sikap dan penguatkuasa yg lemah! Dari itu sekiranya anda perhatikan bagaimana pula dgn memakai topi kledar dan cara anak2 sekarang menunggang motosikal,bagai mana pula undang2 yg perlu diguna pakai! Bukan kah itu penguat kuasaan yg lemah dan rasuah.Kiranya anda prihatin sewaktu musim raya mengapa tidak anda lihat deretan kereta2 yg balik kampong,dan kira kebanyakan berapakah penumpangnya, dan sesampai dikampong anda lihat cara anak2 sekarang menungang motorsikal! So anda baru tahu siapa sebenar nya yg bangang! Salam perkenalan……

  14. Pok Leh said,

    Selalu dengar di Highway. Kereta dan bas langgar belakang lori di waktu malam. Menteri tak pernah jalan malam ker? Lampu belakang lori dah macam lampu motor buruk dgn kelajuan 30-40km/j mendaki bukit….Dah berapa byk nyawa melayang? Ada statistik tak? Cuba utamakan mana yg lebih byk menghadapi masalah. Wajibkan pemasangan lampu yg lebih besar dan terang (jenis LED) kepada kenderaan2 berat. Kalau kerajaan mampu….pasang lampu2 jalan dikawasan2 pendakian.

  15. Aku Yang Tahu said,

    Salam Semua.

    Telah pon baca post ni dan komen komennya,ternyata yg dapat di simpulkan di sini masih lagi ada yang tak menggunakan akal yang cukup ketika jari jemari mula untuk mengetip papan kekunci masing masing.. Akal yang cukup dan waras jika di gunakan pasti dapat membedakan antara perkara baik dan tidak.. Dan akal yang kurang sempurna saj yang masih mencari jalan utk memperlekeh dan mempincangkan keadaan sekaligus mencari sehabis boleh kesalahan orang lain.

    Betul kata sesiapa saja disini bahawa ajal maut di tangan ALLAH SWT,dan sebagai umat Islam mesti mempercayai Qada` dan Qadar. Maka penggunaan talipinggang keledar untuk penumpang belakang bukan lah penyebab berlakunya KEMALANGAN.

    Tujuan sebenar penggunaan talipinggang keledar di bahagian penumpang belakang adalah MENGURANGKAN RISIKO KECEDERAAN bukan MENGELAKKAN KEMALANGAN… Kecederaan akan berlaku bila berlakunya KEMALANGAN. Dengan penggunaan “seatbelt” di bahagian belakang boleh mengurangkan kecederaan terhadap penumpang di belakang. Ini semua di lakukan setelah kerajaan membuat perangkaan terhadap kemalangan┬▓ yang berlaku setiap hari yang melibatkan Kenderaan Persendiian (kereta,van dan sebagainya). Kebanyakan penumpang di bahagian belakang mengalami cedera teruk dari pemandu dan penumpang di hadapan akibat dari impak dan terjahan yang jauh tanpa halangan dari bahagian belakang kereta atau kenderaan persendirian yang lain.

    Banyak penganalisis luar negara telah membuat test kemalangan dan rumusan berkaitan penggunaan seatbelt belakang amat perlu dalam penggunaan harian di atas jalan raya terutama di Malaysia yang rata┬▓ mempunyai ramai pengguna jalanraya yang SANGAT SOPAN. dan ini adalah punca sebenar kemalangan jalanraya dia negara kita sepertimana anda anda semua bicarakan sebelum ini.

    Kerajaan sendiri melalui Kementerian Pengangkutan telah melawat ke negara┬▓ yang kurang kemalangan maut dalam indeks kemalangan dunia,untuk mencari perkara┬▓ yang boleh di guna pakai di Malaysia (mesti ada yang kata “kasi sponsor orang kerajaan jalan jalan obersi”..hehehe).. Dalam hal ini mereka mereka semua telah dapat lihat dalam byk┬▓ perkara,satu perkara yang mudah untuk di laksanakan di Malaysia ini iaitu REAR SEATBELT kerana kebanyak pengeluar kenderaan dunia (europe atau japan atau mana mana sahaja) memang telah memasang talipinggang di belakang sebagai spek kilang mereka. FYI kereta saya jenis Nissan Ad Resort tahun 1994 (first model) dilengkapi dengan talipinggang belakang,maka saya yakin kereta┬▓ yang dikilangkan selepas tahun itu pastinya ada talipinggang di bahagian belakang. Jadi itu sekaligus menyangkal telahan bahawa Undang┬▓ ini menguntungkan pihak pihak berkenaan (kedai aksesori contohnya)

    Jika kita renungkan…KENAPA PEMANDU MALAYSIA SANGAT SOPAN? sebab KESOPANAN yang ada pada mereka itu telah di didik dari kecil lagi oleh Ibu dan Ayah mereka… salah satu contoh, “lebih suka membiarkan anak BERBARING di seat belakang dari mengajar mereka menggunakan talipinggang keledar.” Bila dari kecik dah tidak di ajar menggunakan seatbelt maka sampai ke hari dewasa mereka tetap tidak suka menggunakan seatbelt (walaupun dah ada lesen memandu) ketika memandu atau sebagai penumpang.. Nyata, KESOPANAN ini telah di teladani oleh anak anak sewaktu kecil dan IBUBAPA mereka lah sebagai MENTORNYA..

    Dlm internet ini juga anda boleh lihat hasil ujian kemalangan dilakukan dengan dan tanpa penggunaan talipinggang keledar.. dlm youtube tu byk,boleh search saja keluar lah byk video ttg ini.. cuba juga “mencari” ttg Mark Even (seorang pengkritik automobil antarabangsa)

    segalanya di atas sebagai pendebat minda.. Nyata atau Omongan kosong terpulang anda.. anda rasa baik,terima…jika tidak biarkan saja.. Orang yang berminda akan fikir secara ilmiah bukan secara memprotes.­čśŤ

    p/s: Jika anda layak sebagai PENGUBAL UNDANG┬▓ dipersilakan utk menggubal undang┬▓ yang anda rasa bijak dan adil utk rakyat malaysia.. Bukan sekadar berbicara di laman blog.. (kalau anda rasakan Penggubal undang┬▓ sekarang ni BANGANG la).. Tapi anda perlu pastikan BUKAN UNDANG┬▓ RIMBA yang anda gubal.. hehehe

    Sekian.. Salam Ilmiah

  16. Aku Yang Tahu said,

    Salam
    Kembali lagi

    sedikit paparan..sila lihat di link ini







    tested without used seatbelt (rear)

    tested with seatbelt (rear)

    iklan mat salleh (macam bodoh ke?)


    ttg child car seat

    enjoy!!

    p/s: kepada saudara pemilik laman blog ini atau sesape saje yang ada video respon terhadap video2 di atas harap dapat kasi link disini utk di tonton bersama etc: video tentang KEBURUKAN penggunaan REARseatbelt. TQ

  17. Aku Yang Tahu said,

    Ermm sepi bak kampung di langgar garuda saja.. Topik ni dah basi ke?­čśŤ­čśŤ

  18. Aku rakyat Selangor! said,

    Ha ha basi tu tak la,tapi komen ni bkn sebarang komen,silap ke atau kalau main pandai2 je,ha buat kena hentam je…..,kat sini bkn org politik je yg ramai,doktor,pakar undang2,tukang buat undang2 pun ada, hati hati kalau kau je yg tahu!!!!!!

  19. Aku & Blog said,

    Langkah kerajaan untuk menguatkuasa pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang belakang memang diakui dapat mencegah berlakunya kecederaan yang serius sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. Perkara ini dialami sendiri oleh rakan kepada rakan aku.

    Pada pandangan aku, isu ini bukan perkara pokok yang perlu diberi perhatian dan penguatkuasaan. Apa yang penting ialah apa dan bagaimana langkah yang paling efektif untuk mencegah kemalangan atau insiden yang tidak diingini. Tindakan yang diambil sekarang lebih menampakkan kepada ke arah mengurangkan kes kecederaan serius atau kematian. Bahkan akan membebankan golongan tertentu. Seolah-olah sudah tiada alternatif lain atau faktor lain yang lebih besar yang boleh diambil perhatian.

    Jika penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar ini hendak dilaksanakan juga, bagi aku cukuplah sekadar memberi galakan, nasihat dan pendedahan kebaikannya. Janganlah sampai dikenakan denda yang tidak munasabah.

    Apa yang penting, sikap pemandu-pemandu di Malaysia perlu berubah. Pandu dengan berhemah, bertimbang rasa dan mematuhi peraturan yang telah sedia ada. Selain itu, kemudahan infrastruktur jalanraya perlu dipantau secara berterusan dan dibaiki sekiranya tidak memuaskan. Begitu juga dengan modifikasi kenderaan yang boleh mengganggu pemandu lain perlu diambil tindakan sewajarnya.

    Kesimpulannya, kita perlu sama-sama berusaha mencegah kemalangan terlebih dahulu sebelum menumpukan kepada mencegah kecederaan serius atau kematian.

    Wallahua’lam.

  20. prokontra said,

    a’kum, bila baca blog forum nie byk gak baik buruknyer cume satu jer ayat yg memang ada kat dalam malaysia ialah BODOH !!!!……
    1) buat undang2 tapi tak paham…… bodoh.
    2) nak ikut undang2 tapi bengap…….. bodoh
    3) menyokong setiap fasa undang2 tapi sengal………bodoh
    4) kalau dah tahu bila 1 rang undang2 baru digubal oleh jabatan terlibat kenapa ikutkan sangat….. bodoh
    5) dah tau kereta malaysia mcm tin milo tu lembik cuba cari keta lama yg harga tak cecah bawah rm10,0000. lagi keras….aku pun pakai keta lama VR4 mitsubishi & evo3…
    6) seat utk budak memang kena beli sebab sayang anak kan….. keta boleh beli apsal seat baby tak boleh……. bodoh..
    7) bila memandu tak perlu nak pecut sebabnya kampung/tempat nak dilawat tu tak de kaki…… tak boleh ker bawa 80rpm……bingai..

  21. Paktam said,

    Pada pendapat saya, orang yang mewajipkan semua penumpang belakang memakai tali pinggang keledar belakang tu memang tak BEROTAK…. Senang cakap dan malas nak fikirkan masalah panjang-panjang. Mesyuarat 2 atau 3 kali dah cukup dan putuskan yang bukan-bukan.

    Depa ingat pemandu semua ni suka-suka nak cari nahas di jalan raya, bawak anak bini lepas tu nak bagi mereka mati. Apa depa ingat semua pemandu ni berfikiran macam tu. Bodoh.. Focuslah masalah sebenar…

    Bas terbalik- kenapa? Cuti Raya, cina /melayu time tu banyak kemalangan maut. Hello Dato’ sila guna otak . Jangan terus kata tali pinggang belakang punca maut. Seolah-olah tak ada punca lain.

    Lainlah kalau depa kasi satu sport car@ cc besor, lepas tu wajip pakai tali pinggang depan/belakang itu saya setuju. Sport car@ cc besor tu memang bagi orang “mati”, bingung (stupidest)….

    Saya dah meluat dengan meteri-menteri sekarang ni, ingatkan lagi bijak rupanya bijak nak kayakan kroni-kroni.

    Bagi pengguna lak, gunakan lah kenderaan dengan hati-hati, kalu dah ada kereta besar tu janganle BERLAGAK MACAM TAKKAN MAMPUS. memotong basikal pun langsung tak hormat orang. Cemas tak terpelanting dibuatnya. Bodoh….. tak kira le evo ke vr5

    Ada kereta cc besar je, mula le… sikit-sikit nak ajak race. Ajak berlumba bawak geng lak tu. Apabila dia dengan geng-geng di belakang dia mati, orang hidup macam kita ni jadi susah…kalau ikutkan aku nak mencarut ni…..

    Pasal orang2 segelintir macamni le yang telah membuatkan kerajaan bingung. Jangan sebab golongn macam ni, orang lain jadi mangsa warta kerajaan. Helo dato’ tengok betul-betul -NO ASSUMPTION FOCUS AT ACTUAL ROOT CAUSE. Ada golongan tak mampu..Bagi free satu hal …macamana baby …. perjalanannya jauh 4-5 jam duduk… itu mamang bagi dia MAMPUS.

    saya setuju dengan pendapat, sekadar nasihat je … melebihi hadlaju BARULE saman. kalu boleh ikut kategori, takan melebihi 10km/jam pada had nak saman sama macam pemendu melebihi had 100km/jam. Pemandu melebihi had yang terlalu lebih maka lebih le samannya…

    Mungkin anda boleh fikirkan yang lain2. Biarlah orang lain bagi pendapat lak.. Pikirlah dengan baik WIN-WIN SITUATION. jangan mengarut sudahlah… fikir secara logik..

  22. haji zkamarudin said,

    A’mualaikum wbt/salam sejahtera.

    Saya ucapkan tahniah kpd rakyat Malaysia yang berani bersuara tentang isu semasa ini. Secara umumnya perkara ini memang baik dan wajar utk menggunakan tali pinggang penumpang, akan tetapi, perlaksanaanya amat tidak adil kpd pengguna/pemilik kereta.

    Saya tak mahu komen panjang kerana isu ini dah diberi komen yg panjang lebar dan sebahagian besarnya memang betul & boleh diterima akal bagi org yg ada akal fikiran.

    Cuma saya ingin menambah, kpd pak menteri kerajaan & pihak yg berwajib gunakankanlah budi bicara dan akal fikiran tuan2 semua dengan bijaksana. Jangan hanya sedap mulut bercakap, tetapi letakkan diri anda di kalangan orang awam/kebanyakan dalm keadaan sosio ekonomi dan di tambah dengan kegawatan semasa sekarang.

    Kebanyakan kereta import walaupun dah lama/buruk telah tersedia talipinggang penumpang, TETAPI sebahagian kereta KEBANGGAAN NASIONAL, walaupun baru benda ini tak ada. Cubalah kita renungkan sejenak perkara ini.. di manakah?, siapa kah?, apakah? (dan banyak ‘kah’ lagi) yang harus dipertanggungjawab akan ‘kah-kah?’ ini…

    Beli barang, bayar bil, pendapatan bulanan, guna perkhidmatan,, dll, semuanya ‘bercukai’ bukan percuma. Ke mana pergi cukai atas kereta yang dibeli? (yg sepatutnya ada talipinggang penumpang). Macam contoh beli rumah, dah dapat CF baru boleh pindah,,,


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: