14 April, 2008

Mana Mau Lari?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:00 am by Ketua Perusuh

Kasihan saya melihatkan ADUN-ADUN Selangor (termasuk bekas ADUN) daripada Barisan Nasional yang sebelum ini menguasai Selangor. Manakan tidak, sudahlah kalah dikawasan yang ditandingi, kini berpeluang pula untuk dimalukan atas sebab yang nampaknya boleh menggugat terus hayat politik mereka.

Mereka kini sedang disiasat oleh pihak Kerajaan Selangor bilamana didapati wang peruntukan tahunan sebanyak RM500 ribu bagi setiap DUN di Selangor didapati telahpun habis pada bulan Januari dan Februari. Malah ada yang telah kosong sepenuhnya pada hari pembuangan undi.

The Star melaporkan EXCO Kerajaan Selangor (Ronnie Liu) pimpinan Pakatan Rakyat telah mendedahkan perkara ini kepada wartawan ketika beliau membuat lawatan ke Majlis Perbandaran Klang.

Agaknya inilah perkara-perkara yang amat dirunsingkan oleh ramai ADUN dan bekas ADUN BN di Selangor selama ini. Mungkin inilah juga yang telah menyebabkan kematian Zakaria Mat Deros akibat sakit jantung. Manakan tidak kena sakit jantung, siasatan pastinya akan dapat mendedahkan kepincangan pengurusan kewangan oleh ADUN di Selangor.

Nampak gayanya Khir Toyo pastinya tidak mampu untuk meneruskan agenda beliau untuk menawarkan diri menjadi Ketua Pemuda UMNO. Situasi sekarang amat tidak memberangsangkan baginya. Pastinya akan ada siasatan yang sangkut kepada Khir Toyo.

Nampak gayanya akan ada beberapa pilihanraya kecil di Selangor gara-gara beberapa ADUN BN sedia akan akan mati kerana sakit jantung (atau bunuh diri). Jadi mudahlah Anwar untuk mendapat peluang untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil ini. Kita semua boleh tunggu dan lihat.

43 Comments »

  1. Penjaga kera said,

    Apa guna duit… itu kerajaan selangor banyak duit, ba..

    Lagi pun RM500 ribu tidak banyak pun, itu babi RM100 juta boleh bikin, masakan duit tambah tak boleh kasi…

    Pokoknya mau bantu rakyat atau tidak, janganlah main putar-putar cakap konon duit peruntukan sudah habis. Mau tipu rakyat kah?

    JANGAN TIPU LAH MACAM PENIPUAN BARISAN NASIONAL, kalau tipu maka samalah BN atau tidak BN.

  2. Taukeh China Bangkrap said,

    Ayo samy…

    Putar-putar cakap… sebab tak mampu bantu. Lagipun mana mau cari wangn RM100 juta untuk jaga babi.

    Kalau wang RM100 juta untuk babi, macam mana mau kasi wang RM1000 untuk anak selangor, Rm1000 lagi untuk belia buat kahwin, Lagi RM untuk bayar gaji kakitangan kerajaan.

    Mana mau cari…. cakaplah itu duit sudah habis. putar-putar cakap… Itu tektik orang bankrap lah…

  3. Samsudin Penyanyi 60'an said,

    Dah kerajaan halau radio selangor keluar, lost lah sewa RM16,000 sebulan.

    Nampaknya peminat radio selangor dah tak ada radio di Shah Alam lagi… nama radio selangor tapi operasinya di Kuala Lumpur. Macam Chen Peng buka radio malaya tapi operasinya di peking.

    Nasib baiklah radio selangor tak tutup.

    Inilah padahnya marahkan nyamuk, kelambu di bakar. hati dan perasaan rakyat selangor yang meminat radio selangor dilukai.

    SUDAHLAH… Biarlah air mataku mengalir, seperti mengalirnya darah babi itu.

  4. Ulamak PAS termoden lagi canggih said,

    Jangan tuan-tuan nangis, sayang…

    Ulama PAS sedang mencari patua supaya babi itu halal, disentuh dan dibuat produk-produk industri di negeri selangor.

    Rakyat Selangor akan dimaafkan tuhan sebab Menter Besar sendiri yang memberi restu dan Hassan Ali yang jaga agama pun tak membantah.

    Tak ada dosa-dosa dah…

  5. Pengali kubur. said,

    Lepas ini aku banyak kerjalah menggali kubur, sebab ramai bekas ADUN, ADUN dan Menteri Besar Barisan Nasional di Selangor akan bunuh diri sebab tidak dapat lari kemana-mana.

    Lebih baik bunuh diri sebelum kena bunuh Roni leu.

  6. Kepala jawa said,

    Baru padan engkau orang siapakah PKR itu, siapa DAP itu, Siapa PAS itu, asyik nak marahkan UMNO sahaja.

    Suburuk-buruk UMNO tak pernah jadi taukeh babi. Keculai Tan Sri Khalid Ibrahim semasa jadi UMNO, banyak pelaboran ASN yang haram, Banyak pelaboran ASB yang gelap-gelap.

  7. pakar IT said,

    Hmm.. yang tukang komen nih atas nih hebat betul.. selang masa 3-4 minit..sure org yang sama nih..haha.sudah sudah lah tu.ini puak-puak yang tak dapat terima kekalahan…adios..

  8. Patutlah Khir Toyo dan anak-anak buah nya macam orang dirasuk jin bila Selangor jatuh ke Pakatan Rakyat . Rupanya ada udang sebalik mee yang kini makin mahal rega daripada roti .

  9. Penulis Skrip Drama said,

    Ha ha baru aku buat skrip drama terjun dari atas bangunan sultan abdul samad., kemudian ditangkap boleh bomba, diambil gambar oleh orang surat kabar.

    RM500 sudah dikebas rupanya, manalah nak bantu rakyat lagi…. duit pun dah habis.

    skrip tamat…

  10. Penulis Skrip Drama kedua said,

    selepas itu, khir tayo datang bersama kaum kerabat java-java tanjung karang meminta melayu asam java yang dipunyai oleh khalid ibrahim akan kankong-kankongnya itu

    skrip bersambung rupanya.

  11. Pengarah drama said,

    skrip tukang sihir itupun kena tolak oleh pakar it sebab selang seminit skrip mendatang-datang, katanya tidak kualiti.

    skrip kena cincang lagi

  12. Pelakon hero said,

    ah tidak peduli selang sminit ke tidak. semua yang tulis orang umno belaka yang terima kekalahan. maka pelakon tambahan diperlukan untuk menolak babi ke dalam kandang

  13. Pelakon heroin said,

    Jangan begitu yang hero, sebab heroin tengah make up

    skrip kena dibaiki.

  14. Menteri said,

    Semua tak boleh pakai…

    skrip ditolak jam 2.04 minit petang

  15. sao said,

    Tuan,

    Berat jikalau bercakap tentang dosa oranf weei, entah apa dosa anda anda sendiri yang tau.

    Entah lah, bilalah agaknya kita akan sedar diri.

  16. asad wahab said,

    Tu sebab kalau setakat YB BN ni mmg aku tak hormat langsung,mana kan tidak,dia asyik keronyok duit rakyat jer.Aku cukup sokong kiranya MB baru dapt kumpul bukti dan mendakwa YB ni,biar isteri2 dia orang rasa langit tinggi kerendah,hidup sentiasa mewah tak beringat,jadi buat pengajaran untuk mereka!

  17. r.h.a. said,

    hai yah itu TOYOL lali mane atak olang lampak. lalilah kuat-kuat.

  18. rakyat selangor said,

    salam perpaduan semua,

    jgn gaduh2 kawan2, kita smua rakyat malaysia yg cintakan keamanan. selagi islam mnjadi panduan hidup insya-Allah kita berada di jln yg benar.

  19. TOP & LONG said,

    Jangan risau kawan kawan
    Di Selangor,Ahli ahli UMNO ramai nak joint PR.Ada cadangan agar Babi -babi yg ada kat Selangor daftar jadi ahli UMNO.
    Apabila babi babi tu dah ada nombor ahli UMNO,Maka dengan itu Babi jadi halal .Tak kecoh lagi pasal RM100 juta buat kandang BABI….

  20. sahari said,

    Korek.Korek. Correct. Bawa pegi mahkamah !!. Sekarang baru tau langit tinggi rendah.

  21. ramlee ali said,

    datuk karim dan tarmudi (ketua kampung) dah terkayu, projek dah kena kacau lagi meletup. kesian dah SYOK-SYOK lawat jerman, amsterdam dan bangkok, dah panggil tv3 dgn karam singh walia, dah tunjuk betapa teruknya pencemaran sekitar kawasan akibat najis babi, dah konfiden program mesti “on” punya dan drama dah susun cantik. malangnya projek yang dah boleh jalan lepas pru12, boleh masuk juta-juta, boleh hidup senang lenang, boleh kasi makan anak bini dan kawan-kawan,…….. rupa-rupa ALLAH maha berkuasa, bertukar kerajaan pula, “apo nak di kato cempodak dah jadi nangko”…… MELEPASLAH LAGI-DRAMA TAK JADI. tulah kita hanya boleh merancang ALLAH jua yang menentu.

  22. Aku rakyat Selangor! said,

    Best drama ni, kesian, kat kota Damansara mcm tak caya 4 hari lps jln2 kat kawasan sek 7 habis di turap, heran sebab biasanya sblm pilihan raya diorang ni buat keja menurap nak tunjuk kerajaan prihatin tapi kali bila dah kalah baru nak turap,adakah ni dari adun dari PKR, tak munkin,kenapa dia tak turap jalan yg lbh teruk berlubang seperti di depan Mc Donalds sec 6 menghala ke jln sungai buloh! Ni mesti drama juga,kan tempat tu BN tewas, sebelum PRU ke 12 dia dah belanjakan duit peruntukan yg heboh sbyk RM500,000 tu kat tempat lain,enjoy sakan la agaknya tak sangka akan tewas,tu la mcm mana yg RAMLI Ali kata ALLAH MAHA kaya dibaginya kat siadun ni malapetaka, maka takut agaknya t’bongkar klentong nya maka dia turap la jalan yg kira masih ok lagi,sebab kalau buat kat jalan yg masih ok belanja pun tak lah mahal sgt!!Tapi betul ke skripnya…..

  23. supershidie said,

    alamak! cerita sebenar pasal babi dah keluar le.siap posing2 kat kandang babi di Jerman lagi.siap angkat jari tunjuk tanda bagus.alahai anak melayu ku. Bukan main melawan lagi, siap bawa orang kampung bantah projek babi kat sepang tu. Last2 orang tau juga siapa punya projek tu. Layari TRANUNGKITE ONLINE tengok muka sapa kat sana.mari kita tengok siapa yang kenaaaaaaa.

  24. dogol said,

    kan dah kuar cite..yang ladang babi tu idea bernas dr. cacing karim dan ketua kampung ‘bleh gi jerman’ Tarmudi Tempe..itu sapa tu..kan malaun kobau meno! Sapa ketua dia..malaun khir toyo poyo! Tak gitu?

    Jadi BABI tu adalah suku sakat malaun meno..ahli veteran meno lah! Kita cuma bagi dia idup supaya meno bleh idupkan tak gitu? Tak caye tanya sama Isa Samad (N9) dan Ali Ketam (Melako) dan dua-dua tu negeri yang dibawah pemerintahan Malaun meno dan Be end Kurap? kan banyak babi dan berlegar-legar aje kek jalan-jalan di sekitar melako! Itu tak bising ke malaun kobau & lumbu meno?

    duit 500, 000 tu semua dah dibalun oleh malaun meno dan be end kurap dah! Gi check lah, tengok rumah dia, harta dia dan sebagainya. Humban dalam kandang babi termoden tu lah!

    Memang duit dah abis, pasai abis dibelanja sakan oleh malaun meno dan be end kurap. Tak caye tanya ketua kampung ‘bleh gi jerman” Tarmudi Tempe Poyo..berapa banyak duit abis untuk dia gi sana tengok dan berdansa ngan BABI! Itu projek sapa punya! Suku sakat dr. cacing Karim punya lah! Aparah korang! tak tahu cite buek-buek cite. Pi tanyo kek Ketua JAWO SELANGOR dan MESIA…DR. GIGI KHIR TOYO tu lah! Mungkin jawapan yang diberikan ialah ‘ AKU ILANG INGATAN LAH??????

  25. apo said,

    ni laie bangang….Parti Khinzir Rakyat cakap diorg akan HAPUSKAN, BATALKAN dan sewaktu dengannya apo2 yang diorg raso dah menyeleweng kek Slangor tu….eden pn cayo la jugak tapi bab kes babi ni la yang buek eden raso org Selangor bangangan sobab bagi Parti Khinzir Rakyat memerintah…Parti Khinzir Rakyat yg dikepalai oleh Khinzir Ibrahim cakap nk Hapuskan@Batalkan apo2 yg xkono….habih tu…apsal xbatalkan Projek Khinzir ni….apsal torus kan jugak..kan projek ni projek BN, BATALKAN lah…Tapi dek Kerano Namo Khinzir tu namo Parti dio jd xlah dibatalkan proek eh…Ni lah namo eh sekutu Yahudi….Cubo Korang perhatikan betul2..Cakap Parti Khinzir Rakyat ni ado macam caro cakap Amerika maso nak sorang Iraq….dio kato ade nuklear tp sampai arini pn xdo,samo lah Parti Khinzir Rakyat ni, cakap nk botulkan yg salah tp dio Torus laksanakan apo yang salah tu…KAN MACAM YAHUDI TU..

    MARI LAH SLURUH RAKYAT MALAYSIA KITO SOKONG bARISAN aLTERNATIF bARISAN iMPIAN(babi)

  26. Aku rakyat Selangor! said,

    Apo la engkau ni, tak do komono dongan yahudi yg engkau meraban tu, tak po la babi pun babi lah suko hati engkau la..

  27. anak melaka said,

    aslkm ,,,, para pengomen,

    macam2 ado ….. marah ado, geram ado ….goli pun ado….orang jawa kate “nyong guyu waie” tengok gelagat kalian.

    – ada yang marah dan terkilan kerana peruntukan adun rm500k dah habis ,,,, separuh belanja ke jerman tengok projek babi.
    – ada yang geram dan mahu adun bn bunuh diri.
    – ada yang sempat buat drama yang tragis
    – ada pula ahli bahasa yang kata, saya quote : pkr itu “parti khinzir rakyat”; ki itu “khinzir ibrahim” dan parti baru “bARISAN aLTERNATIF bARISAN iMPIAN (babi)”….
    (ahli2 parti ni kita patut panggil apa ya?)

    wadoh2 kok jadik macam tu pak? kalangan “pati” dari indon, bangla, burma, viet dan negro pun boleh tompang tersenyum sumbing !

    mereka hanya tersenyum – sdr tahu siapa yang tergelak terbahak2 dan bertepuk tangan?

    si pemakan babi – mata mereka sampai sepet memerhatikan gelagat dan perangai kita ! kerabat lim kit siang (malam?), ronnie, theresa, dan ramai lagi……waris2 pkr dan ki.

    siapa juara merek sekarang? melayu lah ….. melayu yang mempertahankan ternakan babi, melayu yang beri peruntukan rm100k…… teruskan wahai si melayu !!!!!!

    suatu hari nanti ….. si penulis drama akan mewatakkan babi2 merayau di halaman rumah2 orang melayu selangor !

    eden ni cakap jo ….. melako pun banyak jo babi …..

    selamat membabi buta wahai kaum melayu …… kelahilah terus2an…….

  28. abe G.MIE said,

    PKR DAN PAS TERHUTANG BUDI PADA DAP

    ‘Khalifah Islam Ke-5’, iaitu Umar Bin Abdul Aziz disamakan dengan Lim Guang Eng. Gara-gara kononnya ‘telah’ berjaya menghapuskan rasuah, ‘membersihkan’ pentadbiran di bawah pimpinan BN dan memberi ‘saguhati’ dengan menaikkan elaun guru agama di Pulau Pinang menyebabkan Guan Eng layak diberikan gelaran sedemikian. Guan Eng juga diibarat ‘Mr Clean’.

    Benarkah dan cuba kita fikirkan propaganda ini?

    Guan Eng juga turut serta menjayakan perayaan pelbagai agama. Misalnya dalam perarakan Maulidur Rasul baru-baru ini. Beliau juga dijemput oleh panel Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Saya kagum dengan beliau kerana mendapat ‘kejutan pengiktirafan’ walaupun beliau bukan beragama Islam (dan tidak pernah menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam).

    Sekiranya diamati sejarah Islam, puak-puak Yahudi yang mempunyai niat memburukkan Islam dengan sanggup menjadi pengikut Islam dan guru agama. Apabila mendapat kepercayaan, lama-kelamaan akan tanpa disedari mereka akan merosakkan ajaran Islam dengan mencampur aduk serta mengelirukan ayat-ayat suci al-Quran.

    Lim Guan Eng bukan orang yang saya maksudkan.

    Selepas isu penternakan babi, DAP dikagumi kerana Guang Eng seorang tokoh ‘ulama segera’ oleh PAS dan PKR. Setiap detik saya membaca lama web pembangkang, seolah-olah PAS dan PKR tetap menjadi ‘tali barut’ DAP dan ‘lembu peliharaan’ tidak kisah dicucuk hidung dibawa ke hulu ke hilir.

    Cuba fikirkan kenapa perkara ini berlaku?

    Jawapannya PAS dan DAP masih ‘terhutang undi’ dalam pilihan raya yang lepas sehingga berjaya melantik Menteri Besarnya di Perak dan Kedah. PAS sanggup berkompromi untuk tidak menjadikan Islam sebagai pemerintahan dan lebih suka mencari kesilapan dan menghentam secara memBABI buta apa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang merupakan saudara semelayu dan seagamanya.

    Misalnya, apabila Karpal Singh menentang tindakan PAS menjadi ketua pembangkang dan menyuarakan slogan Membangun Bersama-sama Islam dengan mempopularkan ‘Hudud Pas’, PAS diam tidak berkata-kata. Begitu juga Puteri Katak dalam PAS kelu membisu seribu kata.

    Ini belum diceritakan tentang sokongan PAS pada Hindraf yang selama ini PAS sentiasa memberi peringatan yang Islam mempunyai musuh di pelusuk dunia termasuklah Hinduisme. PAS tersorong-sorong membantu Hindraf dan bersekongkol dengan mereka semata-mata untuk undi. Lama kelamaan, saya percaya orang India akan tersedar dari mimpi indah menjadi ‘Kelab Penyokong PAS’.

    Bagaimana dengan pemerintahan PAS lebih 18 tahun di Kelantan? Tidak pernah saya mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz digelar pemimpin ‘selayak’ Guan Eng yang menjadi Menteri Besar kurang empat bulan.

    Adakah ketokohan Nik Aziz sudah ‘tidak laku’ atau basi? Atau Guang Eng lebih hebat daripada bekas pemimpin ABIM, Anwar Ibrahim yang tidak lagi bercakap betul dan berbelit-belit.

    Sebelum ini PKR dengan 100 peratus berceramah yang Mantan Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun sanggup ‘mencuri’ Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak.

    Pada perhimpunan ‘Black 14’, Anwar secara terang-terang memperbodohkan rakyat Malaysia dengan sloganya ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’ apabila meletakkan isterinya sebagai ‘bayangan Perdana Menteri’ dan beliau akan ‘bersabar’ untuk menjadi PM selepas pilihanraya akan datang.

    Melantik isteri dan anak sebagai wakil rakyat membuktikan bibit-bibit bunga nepotisma diamalkan oleh Anwar sebelum menjadi PM nanti. Pendustaan yang beliau akan mengambil alih kawasan Parlimen mana-mana dimenangi oleh PKR.

    Bahkan diceramahnya enak didengar dan menjadi madu di telinga, sering memperjelaskan yang beliau (sekiranya menjadi PM dan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan) yang harga petrol akan diturunkan, membantu semua orang miskin, menaikkan elaun dan gaji pekerja di sektor awam dan membela pekerja swasta, menyediakan peluang perniagaan, menyelaraskan hal ehwal pelbagai agama dan 1001 janji.

    Di Selangor sehingga kini rakyatnya seperti itik kehausan menunggu air subsidi sehingga berbulan-bulan. Yang menjadi kekeliruan, ‘kebajikan’ babi menjadi keutamaan.

    Bahkan setiap masa, pemimpin DAP, PKR dan PAS sentiasa berceramah memperburukkan UMNO dan BN.

    Rasionalnya, mereka perlu membuktikan bagaimana pengurusan pentadbiran mereka mampu membawa rahmat kepada rakyat sebagaimana mereka laungkan sebelum ini.

    Nasihat saya, Pakatan Rakyat perlu mengikis mentaliti pembangkang kerana mereka adalah ‘kerajaan negeri‘ kepada Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan dengan memberi ‘kebajikan’ bukan membuka ‘keaiban’ dengan menjamin kestabilan politik dan memperluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat.

    Ceramah mereka pada setiap masa boleh memberi stereotaip yang Malaysia kini seperti negara Nepal, India, Pakaistan, Myanmar dan Filipina. Pelabur hanya berminat melabur di Vietnam dan China. Bila hal ini berlaku, gelombang tsunami menjadi terkena muka sendiri apabila rakyat yang setiap masa disajikan ceramah mengadu domba daripada sajian peluang kerja.

    NORJIMI
    SUNGAI BULUH, SELANGOR.

  29. Aku rakyat Selangor! said,

    Tepuk tangan la org melayu kita kan……

  30. Aku rakyat Selangor! said,

    Kita kan telah 50 thn merdeka dan sewaktu kemedekaan ini pada 1957,bapa dan datuk nenek saya pun meraikan hari yg b’sejarah itu,langsung memberikan harapan agar negara t’cinta ini diperintah oleh org melayu dan begitu juga dgn ekonomi.Ketika itu saya tiada lagi didunia ini,hanya dapat melihat dari gambar2 yg masih t’simpan hingga kini. Tertarik dgn komen saudara Norjimi yg menetap di Sungai Buluh iaitu tak lah jauh dari rumah saya atau sama2 tinggal dikawasan yg sama.Pening juga nak memahami namun saya rasa saudara kita ini tidak suka mendengar dari pihak lain,tak pernah datang ke mana-mana ceramah pembangkang dan byk mendengar dan membaca dari ahkbar2 pro kerajaan.Namun itu hak anda untuk kata apa yg dirasakan perlu cuma anda tidak blh menambah rakyat Selangor menunggu BERBULAN_BULAN untuk mendapatkan subsidi air dari kerajaan yg baru sdg kan pilihan raya tak pun sampai 2 bln. Segala-gala baru saja bermula,PKR baru saja mengorak langkah pun begitu ia telah di beri kepada nama PARTI KHINZIR RAKYAT oleh ANAK MELAKA,begitu pun berita2 ini hangat diberitakan di ahkbar2 pro kerajaan dan saluran2 TV tentang isu babi,isu melayu berpecah dan b’bagai-bagai lagi yg dihebah kan, namun anda harus ingat Parti KHINZIR RAKYAT ini baru saja tak sampai 2 bulan memegang dan menjalankan tanggungjawap nya sebagai wakil rakyat yg di pilih secara demokrasi dan wakil2 rakyat ini, tiada lah ia punyai kekuatan dari segi pembiayaan dan penyebaran maklumat terus menerus (TV).Tetapi masih blh menawan beberapa negeri.Tak payah lah kita ungkit yg mana SPR dan ada yg menang dgn undi penyelamat disaat akhir,kita haru s akur bahwa sesuatu yg b’laku adalah kehendak ALLAH yg maha kuasa.Nurul Izzah dan isteri anwar bknlah dipilah oleh anwar tetapi dicalon kan oleh sebahgian dari penyokong2 nya,Nurul menang pun diatas sokongan pelbagai kaum yg seperti sedar dari tidur.Bagai mana pula dgn PAS yg menang di negeri JOHOR? Bagai mana pula dgn kawasan anda? Kalau tampat saya ia jatuh juga sedangkan tak terduga sama sekali bukan.So ini menunjukan telah ramai rakyat yg memberi peluang kepada ‘PARTI KHINZIR RAKYAT’ini untuk menntadbir dan membawa perubahan namun sekiranya terbukti tiada apa yg blh mereka lakukan kita blh bertukar semula kepada BN atau kepada parti apa2 sekalipun.Seperkara lagi, bangga kah anda dgn apa yg ada di sungai buloh dan apakah di sana tiada kandang babi? Akhir sekali bagi saya memang patut kerajaan dulu (BN) diperburukan ole ‘Parti khinzir rakyat’ kerana telah 50 thn memerintah tetapi byk,byk sgt penyelewangan dan tipu daya,lihat lah disungai buloh seluas-luas nya,adakah pembangunan2 itu dipunyai oleh org Melayu, kalau anda tak mahu membaca parti anda (BN) diburukkan saya nasihat kan takpayah lah melayari laman2 web dimasa kini,lbh baik anda terus kan baca akhbar2 pro kerajaan dan menonton siaran TV,tentu hidung anda akan terus kembang dgn pujian2 yg disampaikan.Salam perkenalan,hanya sekadar pendapat!

  31. anelka said,

    aku dgr LGE nak masuk islam..

  32. laksamana3 said,

    ha ha ye ke? kalau masuk alhamdulillah,tapi kt mane kau dgr???? he he!

  33. Ibnu Khuzaimah said,

    Siapa YB yang terlibat dalam kes cabul??

    http://selangortoday.wordpress.com/2008/04/22/mp-terlibat-kes-cabul/

  34. Pak Sheikh Sik. said,

    aku masih melayu oi

  35. matblues said,

    Apa yg ingin diperjuangkan DSAI adalah kabur. dimana akauntabiliti DSAI dalam menyatupadukan org Melayu dan memperkasakan Islam. agenda politik DSAI jelas mempunyai kepentingan individu yg kuat!
    Selama ini mainan politik tidak menjadikan rakyat keseluruhannya alpa dgn wayang DSAI. Apa pun kemelut kesatuan melayu perlu dititik beratkan. PR bukan platform yg sesuai utk itu! PAS pula wajar menilai ketepatan perjuangan yg nyata sama sekali berbeza dr DAP dan PKR.

  36. Kursiahjohar said,

    Mana mau lari? Kalau ADUN ADUN semua tak tahu kemana arah tuju, saya boleh bagi idea. Agak agak tak sedia nak “harakiri” pergi saja kat TIMBAKTU, tahu tak kat mana? Tak tahu, pergi tengok peta dunia, tak tahu jugak, la hawau la…..

  37. abe MIE said,

    nak tengok komen panas…berita hangat … jomHEBOH

    http://malaysialoni.blogspot.com

  38. anti gobloq said,

    budus betul komen2 yg pro BN ni..karim mansour YB BN yg untung ebsar masa projek babi ni dilaunching oleh khirt toyo

  39. nusa perkasa said,

    SAYA TERJUN KE RUANG SIBER UNTUK BERBICARA SECARA BAIK DAN BERHIKMAH. JANGAN ADA YANG MENULIS SEMBRONO KALAU TIDAK MAHU DIKETAWAKAN. SILA BERI MASA SETAHUN KEPADA PKR UNTUK MENYUSUN SEMUA RANCANGAN PEMBANGUNAN. 2 TAHUN UNTUK MELAKSANAKAN. 3 TAHUN UNTUK RAKYAT MENILAI ANTARA PKR DAN BN. 4 TAHUN UNTUK RAKYAT MALAYSIA MEMBUAT KEPUTUSAN SIAPA LEBIH BAIK DALAM PRU KE 13 NANTI DAN TAHUN KELIMA TENTUNYA BN BERKUBUR KERANA TEWAS DALAM SEGALA HAL DENGAN PKR SELAMA 5 TAHUN MEMERINTAH SELANGOR.

  40. Aku rakyat Selangor! said,

    Setuju dgn sdr Nusa,yg dah 50 thn kita tau keaadaan nya memerintah,kini bkn saja 5 thn malahan apa salah ya 10 thn,sama dgn 2 kali PRU,tentu nampak keberkesanannya.Disini kita bkn menilai dahulu dari pembangunan ,kita nilai kan dari pemerintah yg berbuat baik,kerana yg berbuat baik telah dijanjikan dapatnya juga baik,baik juga bkn nya kerana mendapat kaya tetapi keberkatan,keberkatan dari kehidupan rakyat,dapat sikit tetapi cukup,keberkatan dari kesihatan,sukar mendapat penyakit ia ini tidak ke klinik so tak mengeluar kan duit,waima menganut ugama apa sekali pun yg pasti setiap perbuatan yg baik di balas dgn baik,semuga Tan Sri Khalid tabah dgn dugaan yg datang,namun saya pasti ini adalah masa untuk Tan Sri dan PKR sekian yg ada,balasan dari tuhan tidak lagi diakhirat,ini adalah balasan tunai sblm mati.Ingat2 lah mana2 menteri yg masih tak sedarkan diri.Buat apa duit byk,harta menimbun kalau umur tak sampai setengah abad,hanya pandangan,salam sejahtera.

  41. hahahahahah said,

    oittt apppedaaa…ingat maki hamun org ble btolkan keadaan ke…???blog ini sepatutnya di gunakan sbg satu medium utk kita b`bincang, b`tukar2 idea, buah fikiran, percambahan minda…m`hasilkan sesuatu yg bernas…xkira kpd siapa pon, mn2 bangsa agama n budaya hatta mana2 parti sekalipon…mmg ler ape2 perkara pon xsemua akn setuju, sependapat…kerana msng2 memandang dr sudut pndangan yg pelbagai…itu la yg cantiknya, p`bezaan bkn satu masalah tp sbg satu rahmat…sbrg p`setujuan n p`cnggahan bkn sbg p`seteruan tetapi sbg sesuatu yg slg lengkap melengkapi…yg setuju mgkn tidak nmpak sudut yg dipandang oleh pihak yg xsetuju…begitu jg sebaliknya…bknkah hebat begitu…tuan empunye blog mencetuskan sesuatu utk dibaca,dikongsi n difikirkan b`sama…ianya satu proses…patutnye kita bg komen mmbina, cr mn yg salah yg silap n sm2 kerjasama utk btolkan…klu maklumat yg diberikan tidak lengkap, sl lengkapkan…ygmn slh sl btolkan…m`perbaiki n m`perkembangkan idea, tambah maklumat sedia ada…kamu sokong sbb apa, n kamu xsetuju sbb apa…klu ble, yg sokong m`beri cadangan utk mantapkan lg n kpd yg xsetuju plak berikan ler cadangan lain yg difikirkan sesuai…bentangkan sesuatu…jgn ler disbbkan kamu sokong itu, semua yg itu wat kamu sokong keromo jek…n dsbbkan kamu bkn penyokong itu, kamu nk hentam aje…baik ke xbaik sume hentam…sape2 yg memerintah pun, yg baik kite setuju yg buruk kita tentang…org melayu dulu2 da kate, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah…dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung…yg baik jd teladan, yg buruk jd sempadan, yg kurik itu kendi, yg merah itu saga…xkan itu pon xtau kot…bl ikut perasaan, akal budi ntah kemana…parti n PRU cuma satu alat, kaedah utk memilih…b`tujuan utk kemaslahatan umum…bkn sbg wadah sengketa…xsemestinya yg xt`pilih itu xbagus…yg t`pilih bkn b`mkna dia bagus serba serbi…xingat ke citer saidina Abu Bakar ms mula dilantik jd khalifah…tu shabat yg dijamin masuk syurga tu…ygmn slh kita btolkan, ygmn krg kita tmbah, ygmn da btol, kita hebatkan…susah ke nak wat gitu??? tidak kira apa parti sekalipon, yg menang teruskan bekerja, b`khidmat utk rakyat…laksanakan tanggungjawab…bg org Islam pula perlu diingat, jawatan yg kamu pegang itu bkn sekadar didunia sahaja…tanggung amanah skrg, esok diakhirat jawab ler…klu kamu b`laku khianat, didunia mgkin kamu ble t`lepas, tp diakhirat esok jgn harap laaaa…
    akhir kata, maaf atas salah n silap…yg baik itu dr Allah swt..n yg buruk itu dr kelemahan diri sy sendri….

  42. pengundi atas pagar said,

    takpa takpa………puak puak anuar ni memang perangai dieorang cam tu, suka maki hamun sama orang lain.Aku pun dah jemu doh.

    Jangan hang2 lupa kerana keangkuhan BNlah mereka kalah teruk masa PRU12 lalu..

    Adakah PR juga ingin mengulangi kesilapan yang sama?Janganlah terlalu angkuh, baru dapat 5 negeri dah riuh satu kampung.

    Jagalah kebajikan pengundi2 mu sebelum menjaga kebajikan babi2.

    pengundi atas pagar

  43. nuriz maya said,

    Rasanya, mungkinka…..Beng Hock tu terlalu takut dengan Ronnie Leu sebab tu dia tak nak balik….duk berpusing pusing dekat pejabat sprm balik kena, tak balikpun kena…
    Memang patutpun BN habiskan duit tu…..daripada depa pesta duit dan masuk poket sendiri…..maklumlah tikus jatuh ke beras….daripada duit tu bagi untuk bela babi..lebih baik bagi kat rakyat….sekarang ni pun kat selangor, orang selangor masih duk minta duit dengan umno.nak harap kerajaan selangor…jangan harap…konon nak potong sana potong sini, tak bayar sana tak yah bayar sini…..tapi, tengok-tengok. lebih teruk….apa dah jadi dengan pas, keadilan dan dap…cakap memang senang bila nak buat…..ingat penuhkan poket anak bini dulu. duit babipun halal..kalau umno…sah kena hentam…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: