6 April, 2008

Kenapa Saya Menulis?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:30 am by Ketua Perusuh

Maaflah kerana dalam beberapa hari yang telah lalu saya terlibat dengan satu usahasama yang besar dan tiada masa untuk mengemaskini komentar terbaru dilaman blog ini. Walaupun begitu saya masih lagi mengambil tahu episod-episod politik dan semasa yang berlaku di Tanah Air Tercinta ini.

Dua hari sudah saya ada mendengar cerita mengenai arahan Ali Rustam yang mahukan semua Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional membangunkan laman blog mereka sendiri agar dapat menyalurkan maklumat tepat kepada umum. Hampir sahaja saya terjatuh dari kerusi bilamana saya mendengar arahan tersebut. Arahan yang pada pandangan saya terlalu melucukan.

Mana tidaknya, Ali Rustam mengarahkan YB-YB ini supaya mendapatkan khidmat pakar-pakar teknologi maklumat (IT) dalam membantu menyediakan laman blog mereka. Malah mungkin juga pakar-pakar teknologi maklumat (IT) ini akan mendapat imbuhan wang dengan kadar yang banyak hanya dengan membangunkan laman blog percuma.

Bagus juga cadangan ini kerana terlalu ramai pakar-pakar teknologi maklumat (IT) yang masih menganggur (sama ada baru menamatkan pelajaran ataupun telah dibuang kerja @ “retrenched”). Kalau boleh ingin saya cadangkan kepada Ali Rustam agar menetapkan kadar bayaran gaji atau elaun paling minima kepada pakar-pakar teknologi maklumat ini sekitar RM2000 agar mereka boleh menikmati hidup yang lebih sempurna.

Persoalan yang sebenar ialah mampukah blog-blog yang akan diujudkan ini menjadi pilihan pembaca dan pelayar internet untuk mendapat maklumat? Adakah maklumat yang akan disalurkan di laman-laman blog tersebut berstatus terkini dan tiada maklumat yang dirahsiakan? Yang pastinya laman-laman blog milik YB-YB ini akan menjadi seperti laman-laman web milik kerajaan yang biasanya tidak kerap dikemaskinikan. Malah ada laman web milik kerajaan yang tidak pernah dikemaskinikan sejak dari mula dilancarkan.

Berbalik kepada tajuk komentar saya kali ini iaitu “Kenapa Saya Menulis?”, saya rasa anda semua dapat menjangkakan apakah jawapan yang akan saya berikan. Saya menulis kerana saya berasakan terlalu banyak kepincangan dalam institusi kerajaan dan parti politik yang tidak selari dengan kehendak rakyat serta akar umbi.

Malah terdapat kekangan maklumat yang sampai sehinggakan saya dapati bahawa ramai rakyat yang mendapatkan maklumat songsang (basi @ kotor) dari media-media yang dikawal oleh Kerajaan Malaysia mahupun Barisan Nasional. Jika maklumat songsang ini berterusan masih terus dihadam oleh majoriti rakyat Malaysia, maka saya risau akan masa depan Malaysia.

Kini Alhamdulillah, hasil penulisan saya dibaca sekurang-kurangnya lebih dari 1000 orang sehari dan dari nisbah ini saya jangkakan hasil penulisan saya akan berkadaran terus (multiply) disebarkan sehingga 3 atau 4 kali ganda.

Hasilnya dapatlah saya mencetuskan idea kritis dalam membentuk pemikiran rakyat supaya mengamalkan “Yang Adil Disembah, Yang Zalim Disanggah”. Dengan ini maka masa depan Malaysia tercinta akan lebih aman, makmur, selamat, adil dan telus. Saya mahukan warga Malaysia yang tidak mengamalkan budaya “angguk-angguk” sahaja setiap kali pimpinan mereka melontarkan idea. Malah semua idea yang dilontarkan perlu dikaji dan diteliti dengan berhemah supaya dapat ditapis idea yang menjahanamkan masa depan Malaysia.

Kepada Hishamuddin Hussein (Menteri Pelajaran Malaysia), cukuplah anda seorang yang bangang dalam bidang pendidikan dan jangan jadikan Kementerian Pelajaran sebagai bahan eksperimen bangang anda. Dengar-dengarlah idea dan permintaan dari NUTP demi untuk kesejahteraan pendidik dan pelajar dalam mencetuskan kecemerlangan akademik.

3 Comments »

  1. Pok Leh said,

    memang hishamudin tu bangang, bengong, bongok dan bodoh. Auw! auw! auw! auw!. dia hanya pandai ambik duit komisyen projek bersama cikgu taekwondo anak dulu.

  2. din said,

    Lepas Sufiah, HUJAN lebat melanda Manchester
    http://ceritarassa.blogspot.com/

  3. anakmelaka said,

    saudara,
    aslm. syukur kerana bertambah lagi seorang penulis @ karyawan blog yang akan dilayari oleh peminat2 blogs tanah air….bahan yang dibaca sedikit sebanyak akan dihadam oleh benak fikiran … jadi ikutan? … entahlah!
    tetapi sebagai seorang karyawan yang blognya dibaca > 1000 pelayar setiap hari kenalah rasional dan bertimbangrasa tulisannya …. biarlah enak dilihat mata sewaktu membaca dan sejuk lembut diterima oleh urat2 yang menganalisis di dalam otak kita….jangan urat itu tegang dan mengecut dan terus menolak tulisan yang dipaparkan oleh si blogger.
    ingat sdr., kita orang melayu (penuh hemah dan sopan santun), kita orang islam (semua muslimin muslimat saudara2 kita) . kita tahu apa itu budi bahasa, apa itu hormat menghormati, apa itu pahala dosa, apa itu syurga neraka dan macam2 lagi …..pendekata kita ini insan yang mulia @ khalifah allah di muka bumi ini.
    sedemikian, buatlah baik kepada sesama insan (anak isteri, ibubapa, rakan taulan, jejiran dan semua mahluk waima haiwan sekali pun) > tulis yang baik2 bukan keburukan orang > tulis yang membina bukan merosak @ menjahannamkan > tulis yang boleh menimbulkan keinsafan bukan kemarahan @ kejengkelan > tulis yang makruf bukan yang mungkar > tulis kata2 yang diredhai allah !
    sdr. jangan tulis yang hentam kromo (hipotesis khayalan @ tanpa bukti) > jangan hentam sana hentam sini (tanpa cadangan @ penyelesaian) > jangan melulu membuat keputusan (tanpa soal selidik @ ikut naluri amra sahaja) …. ingat anak cuku kita juga turut membaca tulisan anda > sdr, meracuni fikiran mereka dengan elemen2 kejahatan, kedengkian, kejengkelan dan lain2 sifat buruk manusia > mungkin sdr, inginkan seorang anak yang menderhaka kepada ibubapanya, seorang cucu yang membelot bangsanya, seorang rakan yang menikam dari belakang dan seorang islam yang “nama”nya sahaja islam….!
    sdr. cuba fikir masak2 siapa yang akan untung atas pergaduhan bangsa kita . fikirlah….. bangsa yang sepet matanya, bangsa yang legamkulit dan kerenting rambutnya > yang datang ke tanah air untuk merampas segala hak2 kita….ingat dulu mereka pekerja lombong dan ladang …. sekarang mereka jadi tauke2 besar yang meminggirkan melayu di “tanah melayu”nya sendiri.
    sdr. insaflah …… tulis saranan yang elok dan sejuk sesejuk nur illahi ….insyaallah sdr. berjaya dunia akhirat… waulahua’lam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: