1 April, 2008

Parti Komunis Malaysia

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:10 am by Ketua Perusuh

United Malay National Organization (UMNO) @ Parti Komunis Malaysia selama ini bertegas mengatakan bahawa mereka mengamalkan demokrasi dalam organisasi mereka. Malah mereka beriya-iya memastikan dalam semua penerbitan buku, makalah, majalah, akhbar dan sebagainya supaya menunjukkan bahawa mereka mengamalkan demokrasi.

Namun apa yang disebalik semua gambaran demokrasi ini adalah bayangan (hantu) yang sebenarnya bertapak dalam diri mereka iaitu mereka tidak langsung mengamalkan budaya demokrasi dalam organisasi mereka. Malah bila ada dikalangan mereka yang mengutarakan keperluan melaksanakan satu hak yang termaktub dalam perlembagaan mereka, pimpinan atasan akan menyekat dengan pelbagai dalih.

Kita boleh dengar pimpinan utama UMNO @ Parti Komunis Malaysia yang akan mengatakan bahawa semua bahagian UMNO @ Parti Komunis Malaysia bersetuju bahawa sistem quota dalam menentukan pencalonan dikekalkan. Namun kenapa semua ini kita dengar dari pimpinan atasan yang sepatutnya dicabar. Bukankah wajar kita mendengar sendiri dari semua bahagian dan akar umbi UMNO @ Parti Komunis Malaysia.

Inilah contoh yang ditonjolkan dalam UMNO @ Parti Komunis Malaysia yang sekaligus menafikan hak ahli untuk memberikan pandangan mereka. Ini kerana sekonyong-konyong pimpinan atasan UMNO bercakap bagi pihak semua bahagian (walaupun hampir 70% bahagian tidak bersetuju dengan cakap-cakap pimpinan atasan UMNO).

UMNO kini sebenarnya seperti Parti Komunis Malaysia. Dalam Parti Komunis, biasanya calon pimpinan atasan tidak boleh ditandingi. Malah pelbagai alasan dan taktik digunakan untuk memastikan bahawa pimpinan atasan tidak tergugat.

UMNO sebenarnya telah kalah pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) namun bertegas bahawa mereka masih relevan dengan kehendak orang Melayu dan rakyat Malaysia. Apa yang pasti UMNO kini sedang dilanda pelbagai masalah kepimpinan namun ramai pimpinan peringkat menengah dan ahli bawahan tidak berani meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap pimpinan atasan.

Malah mereka (ahli UMNO) telah dijangkiti oleh satu penyakit yang begitu serius (penyakit kecut @ bacul) sehingga tidak berani menyanggah keputusan pimpinan atasan biarpun betapa bodong atau bangangnya keputusan pimpinan atasan UMNO tersebut. Mereka seperti menjadi “zombi” yang hanya menurut kata dan tidak berani bersuara mengkritik idea dan cadangan pimpinan atasan.

Inilah bahana sindrom yang diterapkan oleh UMNO (Parti Komunis Malaysia) sehinggakan setiap kata-kata pimpinan atasan diangguk tanda bersetuju tanpa dapat berfikir dengan sendirinya. Jika ini berterusan maka kita akan dapat lihat tololnya mereka (Ahli UMNO) yang tidak mahu memberikan pandangan kritis pada keputusan pimpinan atasan.

Nasihat saya kepada semua ahli UMNO @ Parti Komunis Malaysia, silalah berubah dan jangan jadi “zombi”. Cukuplah pimpinan atasan dalam UMNO @ Parti Komunis Malaysia sahaja yang bodoh dan bangang, janganlah pula anda terikut sama. Pimpinan atasan yang sebegini telah tidak relevan dalam arus pemodenan politik Malaysia malah boleh diklasifikasikan sebagai “obsolete”.

7 Comments »

  1. zul said,

    Tuan..
    sebenarkanya kalau di bahasa melayukan UMNO itu sendiri..

    Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (PKM b)..
    nampak tak persamaanya?..

    ps: sebab itu bagi saya UMNO bukan parti melayu..
    sebab tiada perkataan Melayu dalam nama parti itu sendiri

    United Malays National Organisation (UMNO)..

  2. mks134 said,

    ketua perusuh,
    saya rasa anda sebenarnya yang jadi komunis dalam hal ini..dah la pakai nama ketua perusuh,nampak sangat yang anda ni perusuh utama dalam dunia siber di negara malaysia tercinta ini..

  3. atas pagar muka tembok said,

    mengkritik didalam umno adalah dilarang.
    malah berdosa besar jika mengumpat dan membuat tuduhan.
    jika memberi cadangan dan idea dalam umno pun dihalang, bagaimana nak jadi baik?

    apakah semua pemimpin besar atasan umno tidak boleh di tegur untuk kebaikan organisasi?

    apakah perlembagaan umno langsung tidak ada ciri-ciri dan sifat yang menyerupai komunis walau sedikit pun?

  4. Pok Leh said,

    Melampau sangat dgn kata2 saudara tu. UMNO melambangkan semua ahli2nya. Saya rasa lebih baik gunakan perkataan ‘autokratik’ pada sebahagian pemimpin2 UMNO yg tidak sedar diri, BONGKAK!!! anggap diri mereka macam TUHAN di dunia. Memang PADAN MUKA mereka semua…Hukum ALLAH swt akan datang dgn lebih cepat pada mereka2 ini kerana mereka penganut agama ISLAM.. Itulah sahabat2ku dlm UMNO… udah2 le bawa rombongan pergi Medan, Tg Balai, Tg Pinang, Batam, Bandung & Jakarta. Cubalah tuikar arah ke Mekah & Madinah menunaikan Umrah/Haji. InsyaALLAH, akan pulih UMNO.

  5. rakyat selangor said,

    yang penting janji2 manifesto PRU12 ditunaikan…klau tidak jangan harap nak undi lagi PKR-PAS-DAP.

  6. kaer said,

    sama2lah kita semua berubah kalo bangsa melayu gaduh sesama sendiri sapa yang akan jadi penyelamat untuk agama kita.???????????????

    SALAM 30

  7. Pemuda UMNO said,

    UMNO memang jahat…lebih jahat dari komunis


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: