1 April, 2008

Pakatan Rakyat

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 8:33 am by Ketua Perusuh

Akhirnya Kepimpinan PKR, PAS dan DAP bersetuju pada dasarnya untuk bernaung dibawah satu gagasan yang kini dikenali sebagai “PAKATAN RAKYAT“. Pada pandangan saya penggunaan perkataan Pakatan Rakyat lebih menampakkan satu gagasan yang diterajui dan digerakkan oleh rakyat.

Kemenangan sebegini besar yang diterima oleh Pakatan Rakyat sewajarnya dikendalikan dengan berhemat demi untuk kepentingan semua rakyat Malaysia. Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) telah menunjukkan apa yang sepatutnya berlaku.

Namun kita semua jangan lupa bahawa dengan kemenangan ini pihak SPR mungkin akan mendabik dada mengatakan bahawa operasi dan tindakan SPR sejajar dengan kehendak perlembagaan tanpa ada unsur-unsur salahguna kuasa dan pengundi hantu yang dilakukan dengan pengetahuan SPR.

Pakatan Rakyat adalah hak milik semua rakyat Malaysia, oleh itu maka hendaklah pihak pimpinan Pakatan Rakyat tidak bertelagah dan mementingkan kepentingan kuasa, wang dan pangkat dalam mentadbir Pakatan Rakyat. Cukuplah Barisan Nasional sahaja yang bersikap dan berperangai sebegitu.

Pakatan Rakyat perlulah menunjukkan sikap toleransi, professional, amanah serta telus dalam semua pertimbangan dan pentadbiran. Jika tidak pastinya rakyat Malaysia akan menyamakan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

Jika Pakatan Rakyat boleh bertindak professional maka sudah pasti pada PRU13 nanti kemenangan yang lebih besar boleh dicapai. Namun begitu saya amat gusar kerana ramai dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya pimpinan diperingkat pertengahan dan bawahan tidak selari idea dan tindakan dengan kehendak Pakatan Rakyat.

Malah boleh dikatakan ramai dikalangan pimpinan (semua peringkat) Pakatan Rakyat masih ada lagi sikap membalas dendam, hasad dengki, mengejar pangkat, mengejar nama, mengejar kuasa, mengejar wang dan sebagainya. Jika ini tidak ditangani dengan baik dan teratur maka pastinya Pakatan Rakyat akan punah dengan mudah.

Perbalahan pandangan berkaitan isu sensitif seperti hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan, agama, kuota Melayu dan sebagainya perlu ditangani dengan bijak. Perlu ada sikap toleransi dan percaya mempercayai dikalangan semua pihak yang berada didalam Pakatan Rakyat.

Ada baiknya juga Pakatan Rakyat yang kini komponennya adalah PKR, PAS dan DAP berganding bahu menjemput semua pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak supaya bergabung menganggotai Pakatan Rakyat demi untuk kepentingan semua rakyat Malaysia. Dengan ini maka bolehlah Pakatan Rakyat menjadi satu wadah yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia menilai dan kemudian memilihnya pada PRU13.

Apa yang diharapkan agar Pakatan Rakyat boleh berjaya tanpa ada kemelut dalaman hasil dari sikap “mangkuk-mangkuk” yang pentingkan diri sendiri dan melupakan hak rakyat. Semoga Pakatan Rakyat akan menjadi lebih matang dan akhirnya akan bergerak sama laju, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat insyaAllah akan memerintah Persekutuan Malaysia selepas PRU13. InsyaAllah.

22 Comments »

  1. SAo said,

    OMG, ye ke, dah jatuh ke kerajaan BN?

  2. atas pagar muka tembok said,

    walau bagaimana baik sekali pun, pasti akan ada yang akan cuba merosakkan nya.
    tapi bila sentiasa ikhlas, jujur dan seumpamanya pasti akan di sokong walau mengambil masa yang lama.
    yang perlu adalah berusaha dengan baik serta berterusan dan bertawakkal kepada Allah.
    setiap teguran dari rakyat perlu diambil peduli demi kebaikan keseluruhannya.

    yang berkuasa adalah rakyat dan memberi kuasa kepada pemimpin untuk laksanakan kuasa. tapi ingat, kuasa pemimpin adalah hanya sementara, jika disokong oleh rakyat.

    rakyat ramai, memang berkuasa jika dibandingkan dengan pemimpin yang cuma ada satu (1). tapi ada yang memang berkuasa walaupun cuma satu (1), memang tak boleh nak lawan iaitu Allah Taala.

  3. mks134 said,

    salam ketua perusuh…

    Idea penubuhan Pakatan Rakyat (PR) oleh parti pembangkang memang 100% meniru Barisan Nasional (BN). Ini kerana PR menggabungkan 3 parti yang ingin saya katakan bahawa hanya bersatu apabila menjelang pilihanraya umum. Perpecahan antara ketiga-tiga parti ini dilihat akan timbul apabila tamat pilihanraya umum. DAP hanya akan memperjuangkan manifesto Malaysian Malaysia, PAS dengan penubuhan negara Islam dan hukum ‘hudud’ yang sehingga kini masih gagagl dilaksanakan sepenuhnya di Kelantan malahan ketika merampas Terengganu daripada BN pada tahun 1999 PAS tidak mengotakan janji kepada rakyat Terengganu untuk menguatkuasakan hukum hudud manakala PKR hanya wujud dalam perjuangan membebaskan mantan TPM, Anwar Ibrahim.

    Ketua Perusuh juga masih ingin menghentam SPR yang dituduh selalu menyebelahi kerajaan BN walhal parti pembangkang telah berjaya menawan empat buah negeri termasuk mempertahankan negeri Kelantan yang sedia ada. Tidakkah ini menunjukkan pemikiran saudara ketua perusuh yang sentiasa buruk sangka terhadap SPR?

    Dalam sandiwara terbaru mengenai situasi politik Perak di mana ADUN Bintong telah menghantar surat kepada pucuk pimpinan DAP kerana tidak berpuas hati dengan pengagihan kerusi terhadap orang India dan tidak sampai satu hari ADUN itu telah menarik semula keputusan keluar parti. Tidakkah ini menunjukkan bahawa DAP juga menghadapi pergolakan dalaman?

    PAS pernah mengeluarkan fatwa menerusi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti UMNO dicap kafir kerana menjalin hubungan dengan parti MIC dan MCA. Kini, PAS yang menjalin hubungan dengan DAP dan saya rasa ketua perusuh lebih arif tentang bidalan yang patut saya tujukan buat PAS dan Hadi Awang.

    Justeru itu, wahai ketua perusuh janganlah berkata sesuka hati dan sesedap rasa tanpa memikirkan rasional perkataan serta tindakan anda..PAS dan PKR hanya tunggangan parti DAP…fikirkan….

  4. Syamsul Rizal Sabri said,

    Sepakat membawa berkat……Kerajaan Pusat Biarkan di Pusat ,Kerajaan Rakyat tetap di hati

  5. RAKYAT said,

    dari RAKYAT untuk RAKYAT

  6. Ulamak Besar Lagi Takabur said,

    Macam mana kalau jahat itu dikatakan baik dan tidak baik itupun dikatakan baik?

    Manusia tidak sepakat apabila memahami perkataan apa itu baik. Sebab itu mereka ada yang mengatakan islam itu baik dan benar, tetapi orang yahudi tetap mengatakan yahudi juga yang baik dan benar.

    Mengapa baik dan benar itu satu dan tidak dibeza-bezakan fahaman dan pengertiannya.

    Adakah Barisan Nasional tidak baik dan tidak benar, tetapi mengapa masih ada manusia yang menyokong pembangkang hingga boleh membentuk kerajaan negeri? Adakah Pembangkang itu lebih baik, tetapi baiknya itu dari kacam mata yahudi atau islam?

    Aku kata bahawa blog adalah jahat dan tidak baik, dan kamu yang tidak menyokong …..

  7. Raja Hidustan said,

    Apa yang pasti paklah tak senang tiduq…. macam macam ada….!!!!

  8. amierwan said,

    sdr mks134,

    knapa perlu mgulang2 skrip yg lama. come on la sekarang masa kita sedang membentuk skrip yg baru.

    masih mgulang2 dan asimilasikan PAS dengan hukum hudud, DAP dengan malaysian malaysia semata-mata utk menampakkan kekurangan pd Pakatan Rakyat

    tolong la buang cara berfikir macam UMNO-BN. berikan sokongan dan idea bernas untuk mantapkan Pakatan Rakyat hingga pru13.

    sampai bila kita asyik point Hadi Awang yg dahulu, lihatlah Hadi Awang yg sekarang (dia pun cakap idea negara Islam bukan yg utama lg skrg-sebaliknya agenda kebajikan rakyat)

    so plz bloggers, jgn sempitkan pemikiran dengan sejarah lapuk.

  9. Ulamak Besar Lagi Takabur said,

    Kita nak buang fikiran lama konon nak fikiran baru…

    diharap muhasabah dulu, jangan ghairah tak tentu pasal.

    Jangan kerana diri bernafsu, memaksa orang lain ikut pula. JANGAN

  10. pakatan rakyat di satu pihak yang akan membentuk kerajaan persekutuan tidak lama lagi, dan pastinya Barisan Nasional walaupun menang, ia akan runtuh apabila PKR mengambil ahli nanti….

    Sementgara itu Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Cheek berkata dalam pentadbiran Dr Mahathir dahulu ramai pemimpin Umno sendiri ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dilihat mengancam keselamatan negara tetapi mengancam kepimpinan beliau.

    Mereka seperti Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menjadi Ketua Pemuda Umno, ramai ketua bahagian, Datuk Kamaruddin Mohd Noor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Bahagian Umno Bandar Tun Razak, ” katanya.

    Ahmad Shabery berkata bekas presiden Umno itu juga pernah mengingatkan perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno 1997 bahawa kritikan perlu dibuat mengikut saluran parti iaitu melalui cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi tetapi bukan di luar parti.

    “Itu kerana katanya kalau semua orang bercakap di luar mengkritik dan menghentam sesama sendiri, Umno boleh hancur dan saya bimbang kalau ini berlaku mungkin beliaulah orang yang boleh dianggap boleh menghancurkan Umno,” katanya.

    Kalau dulu di bawah kepimpinannya Umno mati, Umno musnah, tetapi nungkin kali ini UMNO akan dibatalkan pendaftaran dan mati dalam bentuk yang lain selepas ini, iaitu angkara Tun Dr Mahathir yang kita kisihi itu juga.

  11. Bendahara Tun Perak said,

    orang UMNO yang bodoh..sila layari marul77.blogspot.com untuk dapatkan informasi kejahatan UMNO

  12. Ambutit said,

    kalau boleh tak yah nak tunggu PRU13 nak tukar kerajaan…hidup PAKATAN….

  13. Terima kasih atas komentar saudara/i semua.

    Setiap orang manusia yang diberikan akal fikiran boleh membuat pilihan mereka sendiri. Ini termasuklah pilihan mereka untuk menganalisa maklumat serta memberikan pandangan. Pandangan saya adalah seperti mana apa yang saya tulis, tidak lebih dan tidak kurang.

  14. mks134 said,

    orang UMNO tak bodoh tapi bendahara tun perak lagi bodoh..dah la guna nama tun perak yang masyur, tapi tercemar kerana orang yang guna nama tun perak ni bodoh juga…bodoh sebab terperdaya dengan manifesto pakatan rakyat yang akan merugikan negara malaysia..

  15. mks134 said,

    saudara amierwan..

    saya tak guna skrip lama pun..tapi bukan kah fatwa hadi awang akan menjadi pegangan ahli pas yang kuno lagi sempit? sepatutnya hadi awang kene gentleman dan minta maaf kepada rakyat malaysia atas fatwa beliau yang tidak masuk akal langsung..cuba kembangkan minda sikit dengan baca paper atau dengar berita, karpal membidas nik aziz yang ingin menubuhkan negara Islam..so, ape nak dikatakan oleh kau saudara amierwan???

  16. cina pandai said,

    lu olang semua gaduh2, gua manyak suka oooo….nanti suatu hali gua mau jadi u olang semua punya PM ooo…bila gua jadi PM, gua mau kasi semua olang2 yg sama mcm gua kaya2 looo. Itu jam manyak syok loo.

  17. surfer2me said,

    Racist? check it out

    http://www.urbandictionary.com/define.php?term=malay

  18. anakmelaka said,

    Saya bersetuju dengan rasional yang dikemukakan oleh MKS134 yang menyatakan : quote “Perpecahan antara ketiga-tiga parti ini dilihat akan timbul apabila tamat pilihanraya umum. DAP …… memperjuangkan manifesto Malaysian Malaysia, PAS …… penubuhan negara Islam dan hukum ‘hudud’ ….. manakala PKR ….perjuangan membebaskan …..Anwar Ibrahim”.
    Percakaran pasti akan berlaku kerana ketiga2 parti ini bukan sehaluan misi dan perjuangannya dan tidak sekongkol benak otaknya….percayalah!

    Tapi apa yang nyata kita nyaris2 hilang sepenuhnya genggaman “ketuanan Melayu” – Kelantan di bawah perintah pas tak apalah – cara hidup masih Melayu dan masih Islam, Kedah dan Perak dikhuatiri akan menjadi pak turut DAP (99% bukan Islam) dan PKR (majoriti ahlinya bukan Islam). Turut punya turut Melayu akan lemas dan dilemaskan – lihat sahaja negara Singa di selatan tanah air – apa telah jadi dengan Melayu dan apa telah jadi dengan Islam di sama – nak cari makanan halal pun susah – nak laungkan azan untuk sembahyang berjemaah di mesjid2 telah diharamkan.

    Wahai Ketua Perusuh, insaflah….. bagilah peluang anak2 dan cucu cicit kita “lega bernafas” di masa 10 – 20 tahu mendatang – jika tidak mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam akan hilang identiti dan kredibilitinya. Siapa yang salah dalam hal ini – kita semua termasuklah “musuh2 dalam selimut” yang mungkin diketuai oleh Ketua Perusuh sendiri !

    Wahai ketua perusuh janganlah berkata sesuka hati dan sesedap rasa tanpa memikirkan rasional kesannya …. Istigfarlah banyak2 ….. semoga Allah masih menyayangi anda, anak dan cucu anda, bangsa dan agama anda ……..! INsyaAllah – Amin!!!

  19. Pemuda UMNO said,

    msk 134 bangang..UMNO memang dari dulu jahat tak sedar ke..selama ni UMNO yang jual hak Melayu kepada Cina dan India…dah 50 tahun merdeka orang Melayu semakin terpinggir..salah sape??

    Mesti salah UMNO..dah 50 tahun UMNO jadi PM tapi kemana nasib Melayu..ke longkang…jangan nak salahkan PAS dan PKR pulak…PAS dari dulu berjuang pertahan Melayu..

    Cuma sekarang PAS membentuk Pakatan dengan DAP untuk mentarbiyah DAP supaya memahami negara ISlam..korang tengoklah nanti..

    Ulama dalam PAS macam Harun Din, Nik Aziz ada strategi tersendiri..macam perjanjian Hudaibiyah dulu..ramai sahabat Nabi SAW menentang tindakan Rasulullah menjali perjanjian dengan kafir Quraisy sebab merugikan Islam..tapi hasilnya menguntungkan ISLAM..

    itu yang PAS cuba buat sekarang….

  20. Aku rakyat Selangor! said,

    Betul, tepat sekali kata Pemuda UMNO, dah 50 thn apa yg ada kat org melayu? Yg ada kat kroni2 UMNO je! Pastu kroni2 ni pulak bkn nak beniaga ke besar kanperniagaan ke, hancuuuus yg kroni ni buat kawin lagi,beli keta mewah,brg kemas mewah,rumah mewah,pas tu lingkup,balik2 cam tu sedar je dah 50 thn,ha ni la yg dapat kat melayu selama 50 thn!

  21. hafiz said,

    Saya sebenarnya tak kisah sangat pun dengan perjuangan Melayu, walaupun saya sendiri pun anak Melayu. Tapi yang pasti, saya amat kisah dengan perjuangan Islam, dan memang betul Melayu kebanyakannya Islam, tetapi Melayu tidak bermakna Islam dan begitulah sebaliknya. Ada India yang Islam dan ada Cina yang Islam, dan pakatan rakyat merupakan platform yang baik untuk menunjukkan betapa bagusnya sistem Islam kepada bukan Islam. Sejarah banyak menunjukkan jika orang Islam betul-betul mengamalkan Islam, banyak bukan Islam akan terpikat dengan Islam, jika tidak memeluk Islam pun, tapi akan bersetuju untuk mengikut sistem Islam, kerana sistemnya yang jauh daripada kezaliman dan memberikan keamanan. Pakatan rakyat, jika orang-orang Islam di dalamnya menunjukkan contoh yang baik dengan mengamalkan Islam yang sebenar, maka pasti orang-orang bukan Islam daripada DAP akan terpikat. Apa sahaja matlamat DAP, ianya adalah untuk keadilan dan keamanan rakyat jelata, biarpun namanya “Malaysia Malaysia” sekalipun, dan mereka pasti tidak akan menolak suatu sistem yang sangat adil jika wujud, dan selama ini mereka begitu menentang BN pun adalah kerana begitu tidak adilnya dan begitu zalimnya sistem pemerintahan yang diamalkan BN itu.
    Saya yakin jika DAp memahami, dan dengan pertolongan orang-orang Islam dalam Pakatan Rakyat untuk menolong rakan-rakan DAP untuk memahami, saya yakin sistem Islam akan diterima.

  22. amahPG said,

    Aku sebenarnya dah faham bebenor ngan orang UMno BN ni pasal aku pun dulu dari puak umno juga.Masa kecik tolong tulis reset yuran umno(tolong bapak aku)tak tau lah sekarang adalagi tak..sebelum kes anwar aku memang fanatik umno,aku kata orang pas taksub.aku fobia tengok harakah,HUDUD aku setuju tapi bukan cara PAS.Tengok DAP lagi la,ayat lama dulu “Habislah Cina Perintah”.Pendek kata kalau member hentam umno siapla..Sampai kes Anwar aku sentak apasal ha pemimpin umno sanggup memfitnah dan terbongkar segala macam keburukan.Dulu kalau tau pun buat2 tak tau je..apa apa pun aku yakin Pakatan Rakyat boleh beri lebih Kemajuan dan Kebajikan pada Rakyat.Media perdana perlu adil.Biar penyokong umno ni nampak kebaikan Pakatan Rakyat(bukan hanya memutarbelitkan kenyataan)………


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: