29 March, 2008

Masihkah Ada Maruah?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:53 pm by Ketua Perusuh

22 Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (rata-ratanya ahli UMNO) pernah menegaskan bahawa mereka akan memboikot majlis perlantikan dan angkat sumpah MB Terengganu jika bukan Idris Jusoh yang dilantik. Malah mereka mengugut mahu meletak jawatan kerana kononnya bersetia dengan kepimpinan Idris Jusoh.

Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu, Rosol Wahid telah menjadi jurucakap dan ketua bagi kumpulan ADUN yang bertelagah ini. Malah merekalah juga yang beriya-iya membantah malah menderhaka kepada Paduka Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) yang melalui Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) membuat keputusan melantik Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu.

Malah tindakan mereka ini dilihat telah mendapat sokongan Abdullah Ahmad Badawi dan juga Peguam Negara Malaysia (Abdul Gani Patail) menyebabkan mereka berasa besar kepala sehingga ada dikalangan penyokong mereka telah terang-terangan mempamerkan kain rentang yang bersifat fitnah dan menghina.

Kini setelah Abdullah Ahmad Badawi dipanggil mengadap YDP Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, maka dikhabarkan pula melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) bahawa MT UMNO telah menerima keputusan YDP Agong itu. Hasilnya 22 ADUN Terengganu tersebut nampaknya telah berubah sikap dan kini menerima keputusan Istana dalam menentukan jawatan Menteri Besar Terengganu ini.

Apa yang dapat disimpulkan dari episod ini adalah sikap “Mulut Tiada Insuran” dan “Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya” yang dilakukan oleh pimpinan UMNO disegenap peringkat yang rata-rata menghina dan boleh diklasifikasikan menderhaka Raja. Umum mengetahui bahawa biasanya orang Melayu tidak akan menderhaka kepada Rajanya namun UMNO telah membuktikan bahawa merekalah Raja yang sebenarnya dan mereka boleh (mendapat lesen besar) menghina Raja Yang Berdaulat.

Kini rakyat Terengganu rata-rata sedang menunggu tindakan 22 ADUN BN Terengganu untuk beramai-ramai meletak jawatan ADUN mereka bagi melunaskan apa yang pernah mereka katakan. Itupun kalau mereka (22 ADUN Terengganu) berani atau ada “TELUR” dalam melaksanakan motto yang mereka pernah gunakan pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) iaitu “Bukan Cakap, Kami Buat”

Tapi apa yang pastinya kesemua 22 ADUN Terengganu ini yang diketuai oleh Rosol Wahid memang terkenal sebagai pengecut dan “TIADA TELUR” malah selalu “Cakap Tak Serupa Bikin”. Kalau beginilah sikap mereka ini, maka pada pandangan saya adalah sia-sia sahaja rakyat Terengganu mengundi mereka pada PRU12 dahulu. ADUN sebegini memang hanya tahu mementingkan “perut” mereka sahaja dan tidak akan ambil peduli rakyat yang telah memilih mereka.

Oleh itu disini ingin saya cabar kesemua 22 ADUN Terengganu tersebut beserta Idris Jusoh supaya meletak jawatan dengan kadar segera supaya anda semua tidak akan dilabel selamanya sebagai orang yang “TIADA TELUR“.

11 Comments »

  1. Budiman07 said,

    Assalamualaikum.. Sokong perusuh…
    Eloklah hang pa kesemua 22 ADUN letak jawatan dan tak payah lagi bertanding untuk pilihanraya akan datang. Hang pa semua bukan nak berjuang untuk UMNO dan orang Melayu dan rakyat Ganu..tapi berjuang untuk kuasa dan perot hang pa sendiri. Baiklah YB Dato Mat Said x ada exco macam hang pa sebab hang pa semua ni..”duri dalam daging” je..nanti macam melepaskan anjing tersepit. Politik GANU ni ganas..

    HIDUP UMNO SEJATI..HIDUP MELAYU.
    Pegi lah Derih Jusoh dan konco-konconya.
    SELAMAT BERSARA lagi elok..makan pencen ADUN…gi ke laut mancing sotong

  2. malay lad said,

    memang tak bertelur pun, cakap besar bikin takdak

  3. hang tuah said,

    Penderhaka2 ini memang muka tak malu. Tak ada maruah diri. Tak ada batang dan tak ada telor. Mereka ni patut di arah berpindah (buang negeri) ke pulau ligitan atau pulau sipadan saja.

    Daulat Tuanku

    Patik mohon berkenan Tuanku menghalau mereka ini dengan segera Tuanku. Mereka bukan sahaja menderhaka kepada Tuanku, tetapi menghina adat resam bangsa melayu.

    Patik ,
    Hang Tuah

  4. kancil bulat said,

    Muka muka tak tau malu ni tak lama lagi jadi penjilat Datuk MB yang baru ler, dasar mementingkan perut dan periuk nasik sendiri. Babai ler Datuk Derih, tadop rezeki kamu nak jadi MB..

  5. el said,

    pas buleh memerintah balik di ganung… bila minyak dah abes…

  6. dr butiq said,

    Bukan tak de telor je ,malah batang pun tak de.kok ade pun dah kecut

  7. dr butiq said,

    Bukan tak de telor je ,malah batang pun tak de.kok ade pun dah kecut

  8. Debono said,

    emm sabar sabar sapa tak kenal orang ganu nih… makang ikang pung lekor…nama sape tuh YB tuh …Rosol…? Tosol…? Sosol…?..tak pe ah! beri die name baru ah … LEKOR…or SE-e-KOR.. ganu kang negeri E -negeri… eeeee – negeri…

  9. Melihat akan tajuk “Masih ada Maruah?”

    kusangka cerita pasal anuar zain

  10. Norlee MadAli said,

    dah selesai ….Tuanku sultan dah menang…..sendiri buat sendiri tanggung…malu….malu….malu…..nak letak mana muka depa…..
    semoga perkara ni jadi pengajaran pada yg lain…Daulat Tuanku…..

  11. azaazwa said,

    tak baik mencarut,kalau tak suka orang tuh pun kita masih boleh cakap baik baik,jangan sampai satu masa nanti anak generasi lepas kita dikenali sbgai generasi kuat mencarut dan memaki hamun sesama sendiri okey….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: