29 March, 2008

Eksperimen 2008

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:49 am by Ketua Perusuh

Menteri Pelajaran Malaysia masih dikekalkan kepada pundak Hishamuddin Hussein. Setelah memenangi kerusi parlimen pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) di Johor (dinegeri yang biasanya kalau kita letak seketul berhala berlambang Barisan Nasional @ BN pun pastinya akan menang) beliau diangkat menjadi Menteri Pelajaran sekali lagi.

Hishamuddin Hussein memang terkenal sebagai orang yang mudah berubah pendirian (seperti sesumpah) hanya untuk memastikan beliau mengekalkan kuasa, malah banyak pihak telah memberikan pelbagai gelaran kepada beliau. Beliau juga dikenalpasti mudah dipergunakan oleh isterinya untuk kepentingan peribadi dan rakan-rakan isterinya. Malah ianya bukan lagi rahsia bilamana pelbagai arahan (yang selalunya berbaur kepentingan) datang dari pejabat Menteri Pelajaran terus kepada bahagian pertadbiran dan pengurusan Kementerian Pelajaran.

Semenjak Hishamuddin Hussein menduduki kerusi Menteri Pelajaran, kita dapat lihat beberapa eksperimen yang tidak matang telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dan dijayakan oleh pelbagai “balachi” di Kementerian tersebut. Sebagai contoh kita boleh lihat bagaimana idea Sekolah Kluster dicadangkan dan dilaksanakan tanpa ada apa-apa kajian mendalam terhadapnya terlebih dahulu. Malah tiada input yang pernah diminta dari kalangan ibubapa mengenai idea Sekolah Kluster dan ramai guru-guru yang terpinga-pinga akan apakah sebenarnya Sekolah Kluster.

Kita juga boleh lihat eksperimen yang nyata tidak menepati kehendak pendidikan nasional seperti penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik yang akhirnya telah menjadikan ramai pelajar kita yang makin bertambah kurang pengetahuan dalam ketiga-tiga subjek tersebut. Saya nasihatkan semua pihak agar meluangkan masa melawat dan perhatikan mana-mana sekolah diluar bandar terutamanya dikawasan nelayan yang rata-rata murid-muridnya kurang mampu untuk belajar Sains dan Matematik didalam Bahasa Inggeris. Saya telah pergi melawat lebih dari 30 sekolah dan saya dapati idea ini tidak mampu dijayakan dikalangan pelajar terutamannya Melayu dan Orang Asli. Oleh itu saya masih lagi berpegang kepada pengajaran Sains dan Matematik sewajarnya dikendalikan dalam bahasa ibunda para pelajar untuk memantapkan lagi ilmu mereka.

Malah isu melambakkan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) didalam cabang pendidikan juga tidak mengambilkira pandangan dan teguran warga pendidik dan pentadbir institusi pendidikan. Dan tindakan seperti menukarkan perkataan “YURAN” kepada “PAKEJ A, B dan C” semata-mata untuk memastikan kata-kata Abdullah Ahmad Badawi yang menegaskan bahawa pada tahun 2008 yuran sekolah dimansuhkan menampakkan ketidakmatangan pentadbiran Kementerian Pelajaran. Tindakan menipu inilah yang menjadi barah bertahap kronik kepada sistem pendidikan negara. Walaupun ramai dikalangan pegawai atasan di Kementerian Pelajaran terdiri daripada kalangan bekas guru dan pentadbir sekolah yang berkelulusan tinggi, namun idea “bangang” yang datang dari Menteri Pelajaran (Hishamuddin Hussein) masih lagi ditatang dan dijunjung dengan penuh hormat.

Ini menunjukkan bahawa telah hilang sikap kritis dan elemen kajian mendalam dari hati dan kepala para pegawai di Kementerian Pelajaran. Malah ianya juga menampakkan sikap berlepas tangan dan “mandom” yang ketara dikalangan pegawai di Kementerian Pelajaran.

Kita juga pernah mendengar cadangan bertahap “bangang” yang dikemukakan oleh Abdullah Ahmad Badawi yang menegaskan bahawa kerajaan bersedia untuk memulakan persekolahan satu sesi (waktu persekolahan dipanjangkan sehingga pukul 5) sedangkan umum mengetahui bahawa prasarana sekolah tidak mampu memenuhi cadangan tersebut. Cadangan Abdullah Ahmad Badawi (bukan seorang yang dikenali sebagai intelek) ini cepat-cepat mendapat sokongan Hishamuddin Hussein walaupun rakyat sedia maklum bahawa tiada sebarang kajian mendalam pernah dibuat mengenai cadangan tersebut.

Bagi mana-mana pihak yang percaya ianya boleh dilakukan (sekolah satu sesi) disini saya unjurkan anda membuat kajian ilmiah dan terperinci disebuah sekolah di pinggir Bandaraya Shah Alam iaitu di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Subang yang mana bilangan murid-muridnya adalah paling ramai bagi sebuah sekolah sepertinya di Malaysia. Dengan kapasiti murid lebih dari 45 orang murid bagi satu-satu kelas tentunya idea sekolah satu sesi tidak mungkin boleh dijalankan disini. Buatlah lawatan dan kaji sendiri. Jangan jadi tunggul kayu dan percaya bulat-bulat idea “tergesa-gesa” Abdullah Ahmad Badawi ini.

Semenjak lebih 40 tahun kita dapat lihat beberapa eksperimen dilakukan kepada sistem pendidikan kita yang hampir kesemuanya gagal dan tidak mendapat respon yang baik darinya. Malah eksperimen ini lebih bertujuan untuk menguntungkan beberapa pihak yang rapat dengan Menteri Pelajaran @ Pendidikan dan mengabaikan kepentingan kepada para pelajar. Sudah lebih 40 tahun tiada satu suruhanjaya atau penyata awam yang ditubuhkan untuk mengkaji mana-mana cadangan eksperimen pada para pelajar peringkat rendah, menengah mahupun tinggi.

Apa yang ada cuma keputusan segera yang tidak mencapai kehendak “konsensus” dalam ertikata sebenarnya. Kini dengan berkuasanya Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Pelajaran sekali lagi, kita semua boleh andaikan terdapat beberapa eksperiment berskala besar bermula pada tahun 2008 yang pastinya tidak akan dapat meningkatkan tahap pelajaran, pendidikan, sahsiah dan sebagainya seperti yang kita kehendaki.

Sebagai bapa dan bekas pelajar, maka saya amat berharap agar eksperimen 2008 dan seterusnya tidaklah dilakukan tergesa-gesa demi keuntungan kewangan dan politik Menteri Pelajaran (Hishamuddin Hussein) dan juak-juaknya. Jika ianya masih lagi dilakukan tanpa kajian mendalam maka kesan buruk yang akan didapati akan kekal dan tidak mampu diperbaiki dimasa akan datang. Jelas beberapa eksperimen yang telah, sedang dan akan dilakukan menyebabkan sistem pendidikan negara tidak dapat bergerak pada landasan yang betul. Semuanya seperti peribahasa “seperti tikus membaiki labu”.

Kepada para pengawai di Kementerian Pelajaran, sila buka minda dan hati anda bilamana terdapat cadangan dari pihak Menteri Pelajaran dan juak-juaknya demi untuk kepentingan para pelajar semua. Janganlah anda semua menjadi pengecut (bacul) yang biasanya dikaitkan dengan “pondan”. Hidupkan kembali pandangan kritis setiap kali anda menjalankan tugas anda sebagai kakitangan Kerajaan Malaysia. Ingatlah bahawa anda bekerja dengan Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia dan bukannya dengan Barisan Nasional.

11 Comments »

  1. ismikhafi said,

    Assalamu ‘alaikum,

    Sekadar bertanya, macamana dengan SPR? Semua dah berpuashati ke?

  2. dasuki_tmc said,

    bila ada orang nak tegur untuk kebaikan diri dan orang lain, maka fikirkan baiknya, dan juga fikirkan buruknya juga. yang baik dari teguran tersebut perlu diambil dan dilaksanakan. apa-apa perkara yang buruk dalam tefuran itu kita jadikan sempadan, yang jangan sekali-kali diulang perkara yang memang tahu buruk.
    dalam kementerian pelajaran, sepatutnya mereka lebih bijak dan cerdik jika dibandingkan lain-lain kementerian. ini tidak berlaku kan negaraku malaysia.
    kalau mereka pandai, mengapa berbagai masalah tak dapat atasi dan selesaikan….? yang ada di kementerian yang dikatakan bijak itu, ialah mereka-mereka yang nak fikir macam mana nak membodohkan orang lain.
    tu sebab universiti di malaysia ini berada kedudukan tercorot dalam senarai universiti di peringkat asia mungkin juga peringkat asean.
    fakta tersebut saya kurang pasti. malaysia dah 50 tahun merdeka tapi tahap pemikiran masih zaman cerita nujum pak belelang……!

  3. cgrahim said,

    bertambah haru dgn tambahan jqaf dlm pelajaran agama. sekolah bermula seawal 7.10 pagi. Bayangkan pukul berapa bertolak dari rumah.

  4. Budiman07 said,

    Kat Johor ada sekolah agama wooo…. itulah benteng akidah orang Islam di Johor. Kata orang jika anak-anak kita bersekolah agama.. selamat akidah dan akhlak anak orang Melayu Islam. Kalau dah sekolah sampai jam4 atau 5 bila nak sekolah agama? Hari sabtu lak..buat jugak aktiviti ko-ko..sekolah agama darjah khas tertinggal…kadang kala dapat la sekolah darjah khas 2 kali..sebulan. Itu pun nasib baik. Hari Jumaat lak dah tak cuti lagi..x seperti dulu. Dulu wa sangat bahagia sebab wa tak perlu tekejar-kejar nak pegi sembahyang Jumaat. Wa dapat relex..mandi..dan datang ke masjid dengan tenang hati. Sekarang ni kelam kabut woooo….datang masjid pun kadang-kadang bau busuk ( wa minta maaf kalau wa terkasar) sebab tak sempat mandi.. budak-budak sekolah wa kesian sangat..monteng sembahyang wooo..sebab kejar bas sekolah. Wa sedih sebab Johor dah tak jadi kubu kuat UMNO lagi.. wa percaya kalau keadaan ini berterusan..wa tak heran..satu satu kerusi UMNO akan lenyap..sapa lagi wa dan anak cucu wa nak bergantung nasib kalau tak kepada UMNO TULEN ( Bukan UMNO proksi PUtrajaya @ Patrik Bedawi). Itu tak masuk pengajaran P&P Sains Mat dalam Bahasa Inggeris. Kalau tak silap wa..UMNO JOHOR paling lantang menentang …sampai adakan konvensyen, kalau tak silap wa di Desaru minta dimansuhkan dasar ini. Tapi sampai sekarang habuk pun tarak.. buat pekak je. Wa rasa sahabat-sahabat wa yang lain pun setuju..mangsa dasar ini kebanyakkannya anak Melayu. Cikgu-cikgu melayu pun dah tak blh cari makan buat tuisyen sebab x pandai Bahasa Inggeris..sapa untung woooo…lu orang orang pikir la… itu x masuk sapa yang dapat kontrak bekalkan bahan P&P… agaknya orang lain makan daging dan isi..orang Melayu hirup kuah je beb…. So wa harap ada angin perubahan dalam UMNO supaya UMNO terus releven menjadi payung kepada orang Melayu. HIDUP UMNO SEJATI..HIDUP MELAYU..

  5. jas said,

    Bilalah nak ditukar balik 2 subjek tu dlm bahasa ibunda.Markah 2 subjek tu lebih merudum daripada subjek bahasa inggeris tu sendiri.Bila ditanya anak-anak mereka pun mengeluh,tak faham soalan,tak tau maksudnya.Kesianlah anak-anak Melayu di luarbandar.Macamana mereka nak bersaing dgn pelajar di sekolah bandar-bandar besar yg lebih jauh ke hadapan.Padang permainan mereka tidak sama rata.Pembelajaran BI di sekolah lebih kepada penulisan(grammar dsb)Tidak macam waktu saya bersekolah tahun 70an dahulu,walau dari aliran kebangsaan tetapi guru saya sangatlah tegas,kena hafal puisi,lakonan dsbnya dan semua orang mesti mengambil bahagian.Saya fikir pihak berkenaan perlu melaksanakan semula cara pengajaran yg sedemikian supaya murid-murid lebih berkeyakinan untuk bertutur pada masa hadapan.Kalau mereka sudah terbiasa dgn keadaan sedemikian,percayalah akan kuranglah kedengaran masalah mereka yg tidak dapat menjawab soalan waktu temuduga pekerjaan nanti.Harapan saya agar ditukarkan semula 2 subjek ni seberapa segera.Langkah yg diambil kementerian ini sebenarnya mengundur ke belakang.Dah terbukti anak-anak cemerlang dlm 2 subjek ni dgn menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.Janganlah nanti yg dikejar tak dapat,yg di kendung berciciran.BI lemah,matematik dan sains bertambah-tambah lemah.

  6. hantu potek said,

    Assalamualaikum Pakcik..

    I hormat knowledges u tentang ministry ni.. tapi u belum cukup berpengetahuan tentang apa yang berlaku dalam ministry.saya akui apa yang u tulis ada yang benar tapi banyak juga yang salah..satu contohnya, kenapa kerana meluatnya u dekat Hishamudin, u boleh bangkitkan isu kemasukan PTD kedalam ministry ni.i rasa apa yang u tau tentang isu ni adalah sangat sedikit dimana kemungkinan besar u hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.setiap perkhidmatan dalam kerajaan masing-masing mempunyai core business masing-masing.kemasukan PTD dalam kementerian ini hanya melibatkan bidang tugas yang melibatkan core business seorang PTD tanpa mencampuri core business guru.inilah makna sebenar keadilan.meletakkan sesuatu betul pada tempatnya..dan kerana itulah pegawai-pegawai di kementerian ini terdiri dari pelbagai service.bermula dari akauntan, engineer, PTD, pegawai ICT dan sebagainya.kehadiran mereka ini adalah untuk membantu meningkatkan kelancaran dan dan keberkesanan pentadbiran di kementerian.. ada paham!!!!!!!!!!!

  7. Budiman07 said,

    Tuan Hantu Potek Said…Assalamualaikum..
    Kalau tuan orang bernama di Kementerian Pelajaran…akau rasa tuan memang orang PTD. Tak pe lah tuan..PTD pun nak hidup juga kan..Aku setuju pendapat tuan..salama ini pun PTD memang menjalankan pelbagai tugas tertentu yang bukan profesional ( maksudnya berkaitan pelajaran ). Apapun tuan..rasanya cukuplah dengan apa yang ada..janganlah ambil hak golongan guru yang berpeluang naik pangkat..Tak payahlah turun ke JPN..nanti nak ke PPD pulak..akhirnya ke sekolah. Janganlah diberi betis nak peha. Kesianlah kat golongan guru. Aku x nak berdebat sebab KPPK pun dan oanjang lebar berdebat dengan Kem Pelajaran. Banyak lagi tempat lain di kementerian lain..masuklah ke sana. Jangan anggap golongan guru bodoh dan tak tau buat kerja.

    Satu lagi..aku nak minta tuan dan semua pembaca blog ini sebarluaskan satu pendapat aku. Aku tengok dari keputusan SPM dan PMR macam ada sesuatu yang tak kena. Aku tak menuduh sebab aku tak tau sebab itu aku nak mintak tolong tanyakan. Bolehtak sesapa Ahli Parlimen yang berani membuat usul memintak Menteri Pelajaran menjelaskan :

    Untuk peperiksaan SPM..subjek Matematik dan Sains..berapa markah lulus.?.berapa markah dapat 8E berapa markah dapat 7D..6C 5C. Sebab ramai kekawan aku yang curiga..mereka kata entah-entah markah lulus setakat belas-belas aje… Kalaulah betul macam tu….apa nilainya kalau tiap tahun digembar gemburkan keputusan mata pelajaran ini semakin meningkat. Jiran-jiran aku pun pelik beb..anak dia yang tak pernah lulus sepanjang tingkatan 4 sampai 5..tiba-tiba lulus..pelik bin ajaib. Dan itu juga aku naik kaitkan kalau banyak orang cakap pengajaran sains dan matematik dalam BI meningkatkan peratus lulus dan kualiti subjek sains dan matematik.

    Apalah aku ni…tak kanlah Kem Pel akan layan kan… ini RAHSIA beb. Aku serahkan kepada YB Dato Manteri pelajaran…dan itu menjawab kata Saudara Hantu Potek Said..yang kenapalah kawan-kawan aku neluat sangat kat Dato Hishamudin.. Tapi tak pe… Berani Kerana Benar.. Takut kerana Salah..

    HIDUP UMNO SEJATI…HIDUP MELAYU…

  8. Pemuda UMNO said,

    PTD memang jahat…pegawai kementerian pelajaran paling banyak terlibat rasuah..kalu diteliti…semua pegawai tu PTD…

  9. Pemuda UMNO said,

    PTD tak boleh jadi pembuat dasar di kementerian pelajaran sebab PTD bukan tau apa-apa tentang pendidikan…buat kenyataan ikut logik jee…hanya guru yang layak jadi pembuat dasar di kementerian pelajaran..

    PTD kalau setakat urus gaji dan perkhidmatan boleh lah..benda lain jangan nak menyibuk…

    bodoh betul PTD ni..yela PTD ni bukan aliran sains..mereka ni asalnye bodoh2..dapat ijazah sastera boleh la senang..kambing masuk aliran sastera pun boleh lulus…

  10. maulana said,

    kesian Pemuda UMNO …

    nampaknya anda seorang dari mereka yang kecewa… time based 20 tahun ….

  11. abc said,

    PTD memang bodo


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: