28 March, 2008

Kalaulah Dia Intelektual?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:45 am by Ketua Perusuh

Dr Nordin Kardi adalah Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM). Sebelum beliau berada di UUM, beliau adalah ketua Biro Tatanegara (BTN), iaitu satu “think tank” dan “brainwash agency” bagi pihak Kerajaan Barisan Nasional (lebih kepada keperluan dan kehendak UMNO).

Dua hari lepas beliau telah memenangi kes saman fitnah terhadap beberapa individu, organisasi dan parti politik yang bernilai lebih RM7 juta dan 4 juta dari nilai tersebut dituntut dari YM Raja Petra Raja Kamarudin. Dari maklumat yang dititipkan oleh beberapa rakan, sewajarnya Dr Nordin Kardi boleh memenangi lebih dari RM85 juta untuk kes ini, namun nampaknya pihak Mahkamah telah membuat keputusan bahawa nilai yang layak diterima oleh Dr Nordin Kardi cuma RM2 juta sahaja.

Saya bukanlah mahu mempersoalkan mengenai nilai RM yang dituntut dari semua defenden melainkan saya ingin mempersoalkan tahap keintelektual Dr Nordin Kardi.

1. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan konsep internet dan komputer?
2. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan perbezaan antara laman web (website), laman blog (weblog) dan laman portal (web portal)?
3. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan konsep saman fitnah?
4. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan istilah intelektual?

Baiklah untuk pemahaman Dr Nordin Kardi disini saya maklumkan jawapan kepada empat (4) soalan diatas;

1. Internet adalah satu medium perantaraan yang membolehkan data (maklumat) dihantar, dikongsi serta digabungkan untuk kegunaan semua. Ianya memerlukan pekakasan komputer untuk mengoperasikannya. Oleh yang demikian, secara tidak langsung ianya memudahkan para pengkarya memantau mana-mana pihak yang cuba untuk memplagiat karya mereka walau dimana pun ianya berada.

2. Bagi kes Malaysia Today yang dikendalikan oleh YM Raja Petra Raja Kamarudin, ianya bukahlah satu laman blog dan YM Raja Petra Raja Kamarudin bukanlah penulis blog. Beliau adalah pengendali satu laman berasaskan portal yang bersumberkan kepada berita dan dari segi teknikalnya Malaysia Today bukan laman blog. Malaysia Today adalah tidak sama seperti laman blog (weblog) saya ini dimana laman saya ini berasaskan sistem blog. Untuk laman web (website) pula sila rujuk kepada laman web WarkahUntukPM sebagai contoh. Jika anda (Dr Nordin Kardi) seorang intelektual tentunya anda dapat memahami konsep ini.

3. Sepatutnya anda (Dr Nordin Kardi) menyaman penulis artikel tersebut iaitu Muhtar bin Hj. Suhaili (Mantan Presiden MPP UIAM 2003/2004) dalam saman fitnah yang anda buat. Namun atas sebab kekurangan tahap intelektual yang ada pada anda (Dr Nordin Kardi) maka anda terlupa (atau memang tidak tahu) untuk menyaman Muhtar bin Hj. Suhaili tersebut. Ini menunjukkan bahawa memang anda (Dr Nordin Kardi) bukan seorang yang Intelektual seperti yang anda dan ramai sangkakan. Mungkin juga para peguam anda turut sama tidak Intelektual. Kalaulah peguam anda juga tidak intelektual, maka nampaknya buat rugi sahaja anda membayar khidmat mereka.

4. Intelektual adalah satu senario, keadaan atau sikap yang menunjukkan seorang manusia itu faham dan waras dalam mentafsir maklumat, data, idea dan sebagainya. Jika anda (Dr Nordin Kardi) merasakan bahawa anda adalah seorang Intelektual, maka sewajarnya anda boleh membezakan antara yang baik dan buruk, yang benar dan yang salah serta lain-lain lagi. Jadi berasaskan sidang akhbar yang anda buat sesudah memenangi kes saman finah ini, maka terserlah sikap dan taraf keilmuan anda (Dr Nordin Kardi) yang rendah. Oleh yang demikian ingin saya cadangkan anda (Dr Nordin Kardi) belajar lagi bermula dari asas kerana saya rasakan anda masih lagi mempunyai tahap pemikiran kreatif dan lateral yang rendah.

Yang nyata setiap kali anda membuka mulut maka makin terserlah tahap “kebangangan” anda dan bukannya tahap “keintelektual” anda. Tolonglah, jangan buat malu institusi akademik dan strategi. Pergilah belajar di INTAN atau Institut Aminuddin Baki (IAB) dan mantapkan lagi “keintelektual” anda.

16 Comments »

  1. dasuki_tmc said,

    orang macam dia maih ada lagi ke………..? dok kat universiti lak tu…..! betul ke perkara yang tersebut masih berlaku lagi di era mellinium dan alam maya sumber maklumat terkini……? rugi nya aku tak tahu guna sumber segala maklumat dan informasi ……..!

  2. Razif said,

    Nordin Kardi ni sengaja nak pekenakan penulis blog lebih lebih lagi yg menentang UMNO. Jadi bila dia tengok Raja Petra dan Suara Keadilan tulis pucuk dicita ulam mendatang. Sebenarnya bukan apa sangat tetapi nak mengenakan Raja Petra ni je.

    Apa kata kita bongkar pulak rahsia atau latarbelakang Nordin Kardi ni, keluarga dia dan dimana dia tinggal. Apa yang aku tau dia ni Phd dari UK. Bidang dia kauseling dan bila bagi ceramah BTN atas kapasiti boss BTN dulu slot dia selalu provokosi audien. Dia nak tengok sapa yg hitam dan putih.

    Kesimpulannya ni satu lagi talibarut UMNO selepas arwah Fauzi Basri dulu. Nordin Kardi ni dengan NC UiTM si Ibrahim Shah tu satu kepala. UMNO totok. Kononnya Melayu tak boleh hidup tanpa Melayu apalagi rakyat Malaysia amnya.

    Aku masih ingat masa LDK (Latihan Dalam Kumpulan) bukan main si fasilitator dok cemuh pemimpin pembangkang. Nak neutral kan ahli ahli dalam group. Semua orang angguk jer…buat muka sadin senyap…protes dalam senyap.

    Sekarang ni sampai masa kita bongkar sapa Si Nordin Kardi ni dan BTN. Kalau ada yang nak buat blog antiBTN di persilakan. Kita kongsi citer dan bongkar rahsia dia.

  3. dasuki_tmc said,

    apa-apa keburukan dan salah laku serta penyelewengan, kita patut beritahu rakyat malaysia supaya selamat dari keburukan dan kemusnahan yang terbit dari orang-orang tersebut.
    dalam islam pun kita perlu beritahu kepada orang lain setiap penyelewengan dan keburukan yang berlaku dalam masyaraka dan negara.
    jangan biarkan perkara buruk dan musibat berlaku. malah perpahala lagi jika berniat dengan betul dan ikhlas baik memperbaiki keadaan.

    kan Allah dah suruh kita mencegah perkara mungkar…………?

  4. suzana said,

    Nordin Kardi seorang yang berjiwa miskin.
    Jiwanya penuh dengan hasat dengki.
    Manusia seperti ini jika terjumpa harus diludah ke mukanya.
    Kemana dia pergi, pengiringnya ialah syaitan.

  5. Budiman07 said,

    Aku kenal la Nordin Kardi…aku pernah bersamanya..
    kau orang jumpa pun tak pernah..dok dengar cerita orang..tak adil la macam tu. Memang dia orang BTN.. apa salah BTN??? Kau orang pernah tak tengok dia di RTM dulu.. aku rasa tentu tak pernah sebab kau orang pun bukan ientelek sangat..selalu baca blog.. blog ni pun bukan betul sangat. Tengoklah RTM..TV3, BERNAMA NEWS..baca sekali lama web pembangkang. Baru lah jadi intelektual. Tau cerita mana betul.

    Apa pun wa memang tabik kat lu Ketua Perusuh. Lu memang berani. Tapi jangan berani tak bertempat. Nanti macam Jebat..akhirnya mati dibunuh sahabat sendiri. Apu pun..lu teruskan perjuangan lu.. wa suka baca apa saja berita yang menarik.. SELAMAT BERCERITA..

  6. Budiman07 said,

    Saudari Suzana Said…
    Lu kenal ke itu Nordin Kardi?? Cuba lu cerita sikit kat wa tentang latar belakang Nordin Kardi… baru wa tau pengetahuan lu macam mana. Lu jangan suka dengar cerita orang lepas tu tuduh macam-macam..mana lu tau syaitan ada bersamanya.. apa syaitan tak de bersama lu ke..??? dosa lu tudh itu macam.. baik lu hati-hati mengeluarkan tuduhan. wa rasa lu marah dengan BTN kot.. maka lu anggap BTN tu Nordin Kardi.. silap tu woooiii…

  7. daud said,

    Saudari Suzana Said…..
    Lu nih yang dah bengong agak nya…emsional tk bertempat….

  8. lan said,

    Nak tau cerita lanjut pasal mamat ni, pi la tanya staff ka student UUM. Sebab mamat sorang ni la UUM dah huru-hara gara-gara tukar sistem dari fakulti ke kolej. Bawak berbincang tak mau, bodoh-sombong.. mau ikut kepala dia sahaja… la ni bila nasi jadi bubur, sapa mau tanggung??

  9. pen said,

    Nak tau dia ni betul ke intelektual ke tidak dalam dunia akedemik ni, cuba selidik:
    1. Berapa buah buku dia dah terbitkan?
    2. Berapa banyak artikel jurnal dia telah terbitkan?
    3. Berapa banyak rencana akademik dia telah siarkan dalam akhbar?
    4 Berapa banyak penyelidikan dia telah jalankan?
    5. Berapa banyak forum akademik/ilmiah dia telah menjadi panel?
    6. Setinggi mana idea/fikiran/pendapat dia diterima dalam bidang berkaitan atau dijadikan dasar negara?

    Kalau semua di atas ada sumbangan signifikan, barulah dia layak mewakili golongan intelektual!!

  10. gurkha malaya said,

    26 MAC 2008/18 RABIULAWAL 1429H
    ==============================
    “UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA”
    (FIRST CHOICE UNIVERSITY)

    PRUUM ONLINE, 26 MAC: NAIB Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi melahirkan rasa bersyukur kerana keadilan telah ditegakkan apabila Mahkamah Tinggi Alor Star membuat keputusan memihak kepada beliau dan universiti kerana difitnah yang boleh menjatuhkan nama baik dan integritinya serta UUM.

    Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Star, Priscilla Gengadaran hari ini telah membuat keputusan supaya pihak defendan yang terdiri daripada Raja Petra Raja Kamaruddin, Ketua Pengarang Akhbar Suara Keadilan dan Editor Akhbar Suara Keadilan membayar kepada Tan Sri Dr Nordin dan UUM sebanyak RM7,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Juta).

    Dalam sidang media di Bilik Mesyuarat Naib Canselor di pejabatnya petang tadi beliau berkata sepanjang tempoh proses pengadilan mahkamah beliau bersyukur kerana dapat menahan diri dengan penuh disiplin supaya tidak terlibat dalam perbahasan di dalam blog-blog, meski pun ada masanya rasa tergoda untuk mempertahankan diri yang difitnah dengan begitu meluas.

    “Saya merasa suatu kejayaan mewakili golongan intelektual di dalam negara supaya blog-blog dan pihak yang menyalahgunakannya tidak mempermainkan-mainkan kebenaran dan integriti intelektual untuk tujuan-tujuan yang mereka sahaja yang tahu.

    “Saya juga merasa puas kerana telah dapat mendisiplinkan diri sendiri dengan menghormati mahkamah dan tidak terjebak membuat kenyataan-kenyataan terbuka dalam tempoh tersebut,” katanya yang telah difitnah menciplak tulisan orang lain untuk faedah diri sendiri.

    Artikel fitnah bertajuk ‘NC UUM Penciplak’ yang disiarkan dalam laman web http://www.malaysiatoday.net dan juga diterbitkan dalam akhbar Suara Keadilan Bilangan 098 bertarikh 27.12.2006 hingga 10.01.2007 telah menyebabkan beliau dan secara tidak langsung memburukkan nama UUM serta seluruh warga kampus yang lain.

    Katanya, oleh kerana mahkamah yang adil telah membuat keputusan memihak beliau dan UUM yang telah dianiaya melalui tulisan-tulisan longgar dan tidak bertanggungjawab, beliau berharap keputusan mahkamah ini menjadi teladan kepada mana-mana pihak supaya tidak dengan mudah melakukan ‘invasion into individual and institutional integrity’ semata-mata untuk memenuhi kepentingan yang mereka sahaja yang tahu.

    “Kami di UUM akan sentiasa mempertahankan maruah kami melalui proses keadilan mahkamah yang kami sangat percayai.

    “Saya yakin UUM dan ahli masyarakatnya serta seluruh masyarakat akademik di negara ini gembira meraikan keputusan ini yang memihak kepada kami,” katanya.

    Tambah beliau, melalui kes ini ia mungkin boleh dianggap sebagai ‘landmark case’ dalam salah laku siber di negara ini dan percaya selepas ini masyarakat pengajian tinggi akan bangkit melalui proses keadilan terhadap sebarang usaha memperkecil dan mempermainkan kesucian integriti institusi pengajian tinggi.

    “Kemenangan UUM bukan kemenangan kami sahaja sebaliknya kemenangan seluruh masyarakat pengajian tinggi di negara ini yang sentiasa mendukung prinsip integriti saintifik dan intelektual. Kami bangga kerana UUM yang memulakan kebangkitan ini

    Dr Nordin berkata terlalu banyak fitnah yang dimainkan dalam blog, dan melalui tindakan yang diambil oleh UUM menunjukkan ianya mempunyai jalan penyelesaian.

    “Selepas ini bagi mereka yang difitnah jangan mudah terjebak dalam masalah ini tetapi boleh membawa kes ini sebagai kes sivil untuk menuntut ganti rugi daripada orang yang memfitnah dan dengan kejayaan ini ianya dapat menjadi contoh kepada institusi lain untuk mengambil tindakan terhadap perkara-perkara tidak baik yang dibincangkan dalam blog,” katanya lagi.

    Beliau percaya mereka yang teraniaya perlu bangun menggunakan keadilan di mahkamah dengan mengikut proses yang betul dan biarlah mahkamah yang menentukan keadilan tersebut.

    Katanya, kalau terus berbahas dalam blog tentang perkara-perkara tersebut tiada siapa yang tahu pihak mana yang menang atau kalah kerana masing-masing menjadi hakim sendiri.

    Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof Madya Dr Abd Razak Chik, Bendahari UUM, Dato’ Maidin Syed Ali dan Peguambela dan Peguamcara, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili UUM.

    Habis.

    DARIPADA :
    PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
    UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
    TEL : 04-9283006/3007/3014
    FAX : 04-9283016
    E-MAIL: prouum@uum.edu.my

  11. Budiman07 said,

    Aku ada satu pendapat tapi pendapat aku ni mungkin pendapat bodoh.

    Rasulullah rasanya tak pernah tulis apa-apa buku..tak pernah bentang apa-apa kertas kerja..tak pernah tulis rencana akademik dan ntah apa-apa lagi yang kau orang kata penerbitan imliah dan intelektual. Aku percaya baginda sangat inteletual. Idea.dan amalannya mengubah tamadun jahiliyah menjadi satu tamadan gemilang. Jauh gemilang daripada mereka yang katanya golongan intelektual tapi tak menyumbang apa-apa sekadar maaf kata pelbagai teori bodoh yang tak dipraktikal tapi diperdebatkan separuh mampus. Akhirnya cakap saja lebih..habuk pun tarak. Takrifan intelektual yang kau orang bagi tu…pun subjektif.. maaf kata maksudnya pun tak intelektual. Skopnya pun tak intelektual. Intelektual harus bertanggungjawab atas apa yang dibuat. kalau tangan sanggup mencincang..bahu mesti sanggup memikul. Kau kata kau intelektual..tapi kalau dah memalukan maruah orang..kau harus bertanggungjawab. Kenapa tak lawan di mahkamah mempertahankan diri tapi mendiamkan diri saja. Intelektual apa namanya tu…???? Mana otak kau orang yang kata intelektual kalau itu pun kau orang kalah. Intelektual serba serbi bagus beb…bentang kertas kerja..tulis buku..jernal..tapi kalah dalam perjuangan. Pejuang apa namanya tu??? Kalau nak jadi intelektual sebenar.. kalah setelah berjuang bukannya menyerah gitu saja. Apapun sebenarnya aku memang tak intelektual…sebab otak aku ni setaraf pemikiran orang kampung. Macamana pun aku tetap tabik kat bekas mentor aku Dato Nordin Kardi. Untuk Dato’ Nordin Kardi..salam dari bekas anak buah Dato.. ingat tak dulu di Kuala Tembeling..apabila Dato’ terbahak-bahak ketawa apabila seorang mat Salleh mengatakan Jerman pun asalnya orang Melayu…

  12. kah kah kah said,

    to Budiman07 on 31 March, 2008 at 2:18 pm

    Budiman07 mmg bodoh dah tolol kerana bagi contoh yg tak relevan.

    umno lama = umno baru = umno tulen = umno nyanyuk = TAK RELEVAN

  13. Shei Lien said,

    Dalam hal ni sape2 aje boleh bagi pandangan, tapi pandangan itu biar le berkonsepkan ilmiah yakni ambil pengajaran dari peristiwa yang terjadi dan same2 ….reformasi

  14. kangkung said,

    kangkung

  15. Budiman07 said,

    Kah kah kah… lu memang “intelek”
    Wa x sokong bulan beb. Jangan tertipu terang bulan kerana di sebalik terang bulan lebih banyak gelapnya.

    PKR..BAR..x releven beb. Bubur cacar merba

  16. sesungut said,

    Saya memerhati dan melihat berkali-kali reaksi Anwar yang kini didakwa meliwat ketika ditanya Nordin Kardi, kelihatan begitu berdebar-debar. Mengapa?

    Anwar mungkin tahu Nordin lebih banyak tahu mengenai diri dan peribadinya. Mereka bukan sehari dua kenal.

    Dan, dalam banyak majlis kelihatan Anwar acap kali menyebut VC UUM – petanda menunjukkan debaran Anwar tidak padam, walaupun sebulan selepas debat itu berlangsung.

    Anwar tidak menjawab secara fakta berbanding dengan Nordin, sebaliknya menjawab berdasarkan politik popular. Apa maksudnya? Dalam kes minyak sesiapa sahaja yang bercakap minyak patut ditirunkan berbanding dengan langkah kerajaan menaikkan, tentulah mendapat sokongan ramai. Bukan sahaja Anwar, Mat Rempit yang turut menggunakan petrol untuk motornya juga mahukan minyak diturunkan. Apa sahaja alasan/hujah kenaikkan harga minya mustahil diterima.

    Ramai membangkitkan Nordin tidak tahu mengenai IPP. Ini juga kelihatan sengaja diciptakan. Saya pernah mendengar ucapan dan perbincangan Nordin mengenai IPP sejak 10 tahun lalu.

    IPP berkait dengan minyak?

    Semua tahu IPP berkait dengan minyak. Malah, apa sahaja tenaga yang terhasil hanmpir semua boleh dikaitkan dengan minyak. Lampu kondominium tempat Anwar dan Saiful pernah bersama juga menggunakan tenaga elektrik yang boleh dikaitkan dengan minyak. Itulah sebabnya Nordin menyatakan mengapa cari IPP dan sebagainya, sedangkan jika nak berbahas mengenai petronas, bercakaplah mengenai petronas. Dan, data yuang nordin berikan itu menunjukkan Anwar begitu jahil mengenai minyak dan kaitan dengan petronas.

    Cuma, seperti selalu, putar belit dan helah selalu digunakan. Dan, malangnya, ada yang termakan kata-katanya. Samalah seperti janji 16 September. Kemudian, mencari lagi jawapan membenarkan janji itu….menunggu Abdullah menemuinya; minta peralihan berlaku dengan tertib; Dan, apabila abdullah meminta mengemukakan semua senarai nama kepada rakyat, sekali lagi helah dicari.

    Seperti kata seorang blogger, jika dia tak buat, dah lama dia bersumpah di serata masjid di seluruh dunia. Jika dia ada senarai kerusi nak berpaling tadah, dah lama dia umumkan.

    Elok kembali kepada fakta….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: