27 March, 2008

Strategi Ahmad Said?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:21 am by Ketua Perusuh

Waktu makan tengahari adalah satu waktu yang paling saya suka bila mana saya dapat berjumpa dengan ramai rakan-rakan yang “satu kepala”. Maklumlah waktu ini sahaja tiada fahaman politik dapat memisahkan rakan taulan dan sahabat handai. Tidak kira pro pembangkang mahupun pro kerajaan, semuanya boleh duduk semeja sambil bergelak ketawa waktu menjamah hidangan.

Tengahari tadi saya dapat berjumpa dengan enam orang rakan (berlainan fahaman politik) dan bersama-sama makan nasi kandar ala penang. Memang sedap makan kari kepala ikan dengan papadam. Bukan selalu dapat makan nasi kandar, paling banyak cuma sekali seminggu.

Baiklah berbalik kepada tajuk komentar saya kali ini, ianya berkisar kepada perbincangan bersama rakan-rakan waktu makan tengahari tadi. Dari apa yang saya dapat simpulkan rata-rata rakan-rakan saya bersetuju akan satu hujah berkaitan dengan strategi Ahmad Said dalam meneruskan kepimpinan beliau di jawatan Menteri Besar Terengganu.

Hujah yang saya ingin terangkan disini adalah datangnya dari tiga orang rakan saya (seorang Ahli UMNO, seorang Ahli DAP, seorang lagi Ahli PAS).

Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu pastinya akan dicabar (undi tidak percaya) pada sidang dewan undangan negeri (DUN) bilamana ianya berlangsung kelak. Namun sebagai seorang Menteri Besar beliau mempunyai kuasa untuk menempatkan sebilangan wakil rakyat (ADUN) menjadi ahli EXCO Kerajaan Negeri Terengganu.

Dikhabarkan seramai 22 (tidak termasuk Idris Jusoh) telah bertindak tidak mahu menyokong beliau (Ahmad Said) dan bersetia dengan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.

Oleh yang demikian sebelum sidang DUN dijalankan Ahmad Said boleh pada bila-bila masa mengumumkan senarai Ahli EXCO yang dikehendaki oleh beliau. Mengikut undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Terengganu, bilangan Ahli EXCO yang diperuntukkan hanyalah 10 orang. Maka jika 10 jawatan ini diberikan kepada 22 orang ADUN BN yang bersetia kepada Idris Jusoh maknanya hanya tinggal 12 orang sahaja yang pasti akan kekal dengan Idris Jusoh.

Katakanlah satu jawatan Timbalan Menteri Besar diujudkan, maka tentulah berkurangan seorang lagi penyokong Idris Jusoh menjadikannya cuma 11 orang sahaja. Ahmad Said pula boleh melantik 2 orang lagi sebagai Speaker dan Timbalan Speaker DUN dari kalangan ADUN yang masih lagi bersetia dengan Idris Jusoh. Dengan ini maka yang tinggal cuma 9 orang sahaja tidak termasuk Idris Jusoh.

Oleh yang demikian, pastinya Ahmad Said akan mendapat sokongan majoriti ADUN BN (UMNO) sebelum persidangan DUN Negeri Terengganu dijalankan. Dengan ini maka tindakan undi tidak percaya yang mungkin anda dan saya jangkakan akan terjadi, tidak akan terjadi sama sekali kerana Idris Jusoh tidak mendapat mandat majoriti ADUN.

Bagaimana ini boleh berlaku. Jangan terkejut bahawa semua ini boleh berlaku kerana ADUN-ADUN BN (UMNO) biasanya “kelapaq” jawatan, pangkat dan wang. Maka jika mereka ditawarkan jawatan, pangkat dan wang pastinya bila-bila masa sahaja mereka boleh berubah fikiran dan ber”baiah” dengan ketua yang baru.

Apa yang ada pada Idris Jusoh dan tidak ada pada Ahmad Said? Memang Abdullah Ahmad Badawi amat suka jika Idris Jusoh menjadi MB Terengganu, tapi apa yang Abdullah Ahmad Badawi boleh buat. Kuasa negeri terletak kepada Sultan dan diwakilkan kepada MPPR. Kuasa Persekutuan tidak boleh melangkaui apa yang diperuntukkan kepadanya.

Kini Ahmad Said dan juak-juaknya pasti boleh bergelak ketawa mengenangkan nasib Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Din Adam dalam kemelut Menteri Besar Terengganu.

Walau apa pun, kita amat berharap agar Ahmad Said berubah dan tidak menjadi lebih teruk dari perangai dan feel Idris Jusoh dalam mentadbir Negeri Terengganu. Ingat, bahawa rakyat Terengganu dan Sultan memerhatikan apa sahaja yang anda lakukan.

8 Comments »

  1. Ahli politik UMNO kelapaq jawatan.
    Ketua kampung UMNO kononnya nak buat pesta letak jawatan.

    biasanya, kalau saya jumpa kawan2, saya akan tanya “Terengganu amacam”?

  2. terang anu! said,

    jika benar sebagai telahan diwujudkan jawatan timbalan mb (nothing is impossible) maka my friend datuk mat said is going to be a transit mb 4 terengganu. berapa lama? maksimum 6 bulan telahan terbaik saya. lepas tu sape? jeng, jeng, jeng…… maakkk oiiih rupa2 nya saya ngelamung!!!

  3. cgrahim said,

    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

  4. Budiman07 said,

    Apa lah lu susah-susah pikir…
    ADUN 22 geng Derih ni bukan bermaruah sangat.

    Give them all peanuts..they all will come.
    because they all are MONKEYS….

  5. kancil bulat said,

    cuba baca surat khabar arus perdana dalam seminggu dua ni, pasal terengganu. TV pun sama. bagi berita macam kartun .. hari ni cakap lain, esok lusa cakap lain.. sama jerla suku sakat detuk deris dan juak2nya itu.. bak kata Datuk MB Ahmad Said, tiada apa yang kekal dalam politik, semalam anda musuh saya, hari ni anda sahabat kamcing saya..

    amcam2 hal.. wahali sekalian hamba rakyat terengganu, cubalah renungkan iktibar kejadian ini, tiada apa yang 23 DUN yang tuan/puan telah undi itu yang kononnya berjuang untuk kesejahteraan rakyat, hakikatnya kesejahteraan duit dan pangkat sendiri semata2..

    jangan beri mereka peluang dalam PRU13 nanti, buat perubahan total…

  6. Shei Lien said,

    Aku ni rakyat Tranung jok dulu lagi..tahu sangat hati perut org Tranung..dua ekor tu same aje..
    Aku bosang doh dgn BE END, dari dulu sampa lening..ape nok jadi peringkat anak cucu aku kekgi wallahualam..

  7. noname said,

    aku dah kaji 2 parti politik..PAS N BN..bg aku semuanya sama…semuanya penting diri sndiri..masa PAS dulu byk balak and Tanah diorg sapu n masuk poket sdri melalui private company diorg…sume sama jer!!..

  8. perati... said,

    A’ah…PAS n UMNO ni sama je. Bila dah dapat kuasa..hanya pikir nak kekal kuasa je. Lebih baik jangan setia dan taksub pada satu parti. Bila duduk diluar parti, baru pertimbangan kita lebih baik. Kan parti itu ditadbir oleh manusia. Dan manusia itu ada kelemahan dan selalu melakukan kesilapan, jadi buat apa setia kepada yang melakukan kesilapan. Bila tiba pilihan raya, kita pangkahlah mengikut pertimbangan dan ilmu yang ada pada kita untuk memangkah mana yang lebih baik pada masa itu.


Leave a reply to Budiman07 Cancel reply