26 March, 2008

Buang Negeri Atau Negara?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:22 am by Ketua Perusuh

Episod MB Terengganu kini nampaknya seakan reda. Abdullah Ahmad Badawi kini dikhabarkan telah menerima perlantikan yang diperakui oleh MPPR (Majlis Penasihat Pemangku Raja) Terengganu yang melantik Ahmad Said (DUN Kijal) sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Kemelut yang menghantui jawatan Menteri Besar Terengganu ini telah berlanjutan sejak dari 9 Mac 2008 sehingga kini. Walaupun begitu, masih terdengar cakap-cakap belakang para penyokong dan sekutu Idris Jusuh (Bekas Menteri Besar Terengganu) yang tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut. Malah merekalah juga yang membuat kecoh di Terengganu dalam beberapa siri perhimpunan haram yang sekaligus kelihatan menghina dan memperkecilkan institusi Raja.

Sebagai orang Melayu, tidak sewajarnya mereka mengingkari perintah Raja/Sultan. Ini kerana tindakan tersebut akan ditakrifkan sebagai menderhaka dan boleh dikenakan hukuman berat. Antara hukuman berat yang boleh dikenakan kepada penderhaka ialah seperti dijatuhkan hukuman mati mandatori ataupun paling kurang dibuang negeri.

Bagi kes MB Terengganu ini yang mana Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) bukanlah cuma Sultan bagi negeri Terengganu Darul Iman, namun beliaulah juga YDP Agong Malaysia. Oleh yang demikian, bagi tindakan menghina atau menderhaka ini bolehlah dikenakan mana-mana satu dari pada berikut,

1. Hukuman Mati Mandatori
2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)
3. Buang Negara (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah YDP Agong Malaysia)

Jadi kesimpulannya pilihan manakah yang paling sesuai untuk dikenakan kepada Abdullah Ahmad Badawi, Gani Patail, Adnan Mansor, Idris Jusuh, Rosol Wahid dan para penyokong serta sekutu Idris Jusuh dalam kemelut MB Terengganu ini?

Bagi saya, pilihan yang terbaik sekali adalah pilihan No. 3 namun tidak dinafikan pilihan No. 1 paling layak dikenakan kepada mereka ini.

Ketuanan Melayu hanya dengan adanya Raja-Raja Melayu. Tanpanya apa ada pada Melayu.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!.

16 Comments »

  1. malay you said,

    anwar yang patut kena buang negara….sanggup jual Malaysia.

  2. carlffler said,

    buktikan la ape yg anwar jual?
    setakat cakap jek..aku pon leh ckp aku jual malaysia..
    nama malaysia la..

  3. Penjual pasir ke singapura pun patut dibuang negara.

  4. Haron ktn said,

    Kalau setakat buang -buang ni tak mainlah. Yang paling baik hantar ke Kamunting, biar nama yang tersebut diatas dapat bermesra dengan pemimpin Hindraf.

  5. JesseLabu said,

    Jangan buang jauh jauh. nanti susah anak cucu aku nak tengok siapa pengkianat bangsa. hantar kat pulau terumbu, suruh dia orang ramai ramai buat kerajaan sendiri, bercucuk tanam dan menternak untuk hidup. Jadikan sebagai produk pelancongan untuk icon malaysia bahagian penderhaka

  6. zakariya said,

    ya..mr malay you..

    Buktikan dakwaan kamu…!! sekadar cakap, semua orang boleh..tapi kalu kamu tuduh Abdullah, menantunya (KJ) dan Musa hitam tu..aku memang percaya.. buktinya WPI. Jual Johor selatan kat Singapura.

  7. syarull said,

    kadang-kadang kita nie bercakap tak tekgok side miror.hentak keromo je.kata pepatah meludah ke langit jatuh kemuka sendiri. kita ingat apa yang kita cakap itu betul. sebelum ini pun berapa ramai pendekar-pendekar melayu yang begitu marah kunonya si polan-polan tu telah mencemarkan intitusi sultan kerana memboikot majlis raja. maka ramailah bala tentera kunco-kunco yang datang membawa sepanduk menghentam polan tersebut. tetapi apa yang berlaku kini adalah jelas mengambarkan merka inilah yang sebenarnya menghancurkan melayu dan bangsa mereka sendiri.tidak menghormati sesama sendiri, cakap tak serupa bikin.akhirnya bangsa lain tengok dan tepuk tangan ….

  8. hasrul Halid said,

    Bagi saya, tiada kompromi, saya ‘suka’ hukuman No 1 untuk pengkhianat negara, walau siapa pun ‘dia’!

  9. dr butiq said,

    Saya pilih no 1 hukum bunuh mandatory

  10. amier said,

    Kalau kita imbas kembali peristiwa yg membawa hukuman mati kepada Amin (peristiwa perampasan senjata ATM) atas tuduhan memerangi Yang Dipertuan Agong Malaysia oleh golongan tertentu… maka mereka ini juga layak utk hukuman no.1

  11. anak perak said,

    hukuman no 1 di modified……kasi je…buang telor..itu pun diaorang dah takut..

  12. Wuan Eeng said,

    Guan Eng buang dlm laut selat melaka…bukan anak negeri penang pun.

  13. suzana said,

    Hello Malay you,

    Sedarlah diri engkau sikit. Engkau sekolah pun tak abis. menulis tanpa berfikir. Manusia macam engkau ini tidak memberi apa-apa faedah kepada bangsa dan negara.

  14. al-kindi said,

    Dr.Nordin Kardi tidak layak diberi gelaran intelektual keratan beliau tidak dapat membezakan yang mana benar dan yang mana salah. Semasa menjadi pengarah BTN beliau terus menerus menerus menjadikan BTN sebagai medan menghentam dan memburukkan Datuk Sri Anwar Ibrahim. Ini berterusan sehingga menjelang PRU12 yang lalu. Fasilitator BTN diberi input memburuk-burukkan DSI untuk menjadi bahan kempen BN/UMNO dalam PRU12 yang lalu. Sebenarnya Dr Nordin hanyalah layak diberi gelaran “DR. upahan UMNO/BN ” . begitu juga dengan fasi BTN. Saya nasihatkan mereka segeralah meninggalkan BTN kerana menjadi fasi BTN samalah seperti menjadi penyibar fitnah.

  15. REDZWAN ALY said,

    DERHAKA TETAP DERHAKA, SALAH TETAP SALAH. SENDIRI BUAT HAL TERIMALAH RISIKO YANG SETIMPAL. ALANGKAH PELIK PENDERHAKA ADA HATI JADI ADUN,BERHAJAT PULAK NAK JADI EXCO? MANA MARUAH, MANA HARGA DIRI………MALU…MALU….MALULAH SIKIT. BELI CERMIN BESAR2 CERMIN SATU BADAN. BILA NAK ANGKAT SUMPAH JAWATAN? MASA ANGKAT SUMPAH NANTI PAKAILAH TOPENG DAN JANGAN BUKA2 SAMPAI PRU AKAN DATANG.

  16. wak said,

    letak jer diorang dlm masjid kristal tu.jadikn ikon pelancongan terengganu (penyambut pelancong kker?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: