23 March, 2008

Betapa Durhakanya Mereka!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 6:54 pm by Ketua Perusuh

Sejak zaman berzaman adat budaya orang melayu berakar umbikan sopan santun, budi bahasa dan sembah hormat. Orang melayu tidak sesekali mendurhaka kepada Sultan dan Rajanya. Malah walaupun Jebat menyanggah perintah Sultan dan kononnya mendurhaka, namun tindakan yang dilakukan oleh Jebat sejajar dengan peribahasa “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”.

Kini episod pendurhakaan orang melayu berlaku kembali setelah 700 tahun, namun apa yang dikesalkan adalah tindakan pendurhaka tersebut hanyalah kerana mereka ingin “Beraja Di Mata, Bersultan Di Hati”. Malah tindakan pendurhakaan mereka berpunca daripada sikap ingin menguasai kuasa Sultan dan Raja serta kalau boleh biarlah Sultan dan Raja tunduk kepada perintah mereka.

Pantang anak melayu mendurhaka kepada Sultan atau Rajanya. Kalau mendurhaka biasanya mayat mereka ini tidak akan timbul jika dicampakkan kedalam sungai atas sebab daulat Sultan atau Raja. Anak melayu biasanya menjunjung hormat titah diraja dan akan mematuhi setiap arahan diraja.

UMNO (United Malay National Organization) kini sedang berusaha menunjukkan kedurhakaan mereka terhadap titah diraja. Malah sedia untuk mengambil tindakan membantah dan memboikot titah diraja. Inilah watak-watak melayu yang terhasil daripada cucu cicit Pateh Karma Wijaya atau Raja Mendeliar.

Mereka ini tidak wajar digelar cucu cicit Raja Haji, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Cik Siti Wan Kembang, Raja Ong Maha Perita Daria, Sultan Mahmud, Mat Kilau atau sebagainya. Malah mereka (Ahli dan penyokong UMNO) tidak wajar berbangga dengan keturunan Melayu mereka. Sekali mereka mendurhaka, maka hilanglah susur galur keturunan Melayu yang mereka miliki. Mereka (Ahli dan Penyokong UMNO) kini wajar digelar orang terbuang ataupun orang asing dan bukannya orang Melayu.

Orang Melayu kalau mendurhaka kepada Rajanya, maka layaklah mereka dibuang negara (diusir) ataupun kalau berdegil dihukum bunuh sahaja kerana sudah membelot kepada Raja. Oleh itu Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Idris Jusuh, Rosul Wahid dan sebagainya (ahli dan penyokong UMNO) tidak layak bergelar orang Melayu. Malah taraf bumiputera mereka juga wajar ditarik balik.

Untuk kesekian kalinya, semua Ahli dan Penyokong UMNO sewajarnya dibuang susur galur keturunan Melayu. Tindakan durhaka mereka kepada Sultan dan Raja tidak dapat orang-orang Melayu ampunkan.

Ketua Perusuh
– keturunan Opu Daeng Chelak (Anak Raja Bugis Lima Bersaudara)

16 Comments »

  1. jas said,

    Orang yg menderhaka itu layaknya dibuang negeri ke pulau-pulau tak berpenghuni.Biar mereka berkawan dgn orang utan dan yg seangkatan dengannya.Semuanya kerana tamak kuasa dan berebutkan harta.Tidak cukupkah lagi harta bertimbun itu?Bukannya boleh di bawa mati.

  2. JesseLabu said,

    Ini episod terakhir perlantikan MB yang paling BOX OFFICE. Selangor , Perlis dan Perak nowhere lah. Semuanya telah dipotong stim oleh Trengganu. Lama juga aku belajar pasal subject kenegaraan, kuasa esekutif, legislatif (anak patail kot) , kedudukan raja, parlimen dan etc. Teori-teori tu aku susah nak paham. Sekarang ni sama ada aku telah paham atau lagi keliru bahagian praktikal nya. Yang mana satu sah? boleh sesaper conpom kan?

  3. fenriss said,

    saya sbg anak terengganu merasa marah dgn sikap yg ditunjukkan oleh pemimipin2 umno trg.disebbkn gila kuasa sgp menderhaka pd sultan.dorang ni wajar dihukum bunuh je.daulat tuanku!

  4. dasuki_tmc said,

    nak letak di dalam bahagian apa jenis orang yang engkar perintah orang yang berkuasa dikalangan kamu. menurut terjemahan ayat Al-Quran, maksud lebih kurang, taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kamu kepada Rasulullah (Nabi Muhammad S.A.W.) dan kepada orang yang berkuasa dikalangan kamu.
    dalam hal begini, 22 ADUN umno Terengganu, tidak taat kepada pemerintah iaitu kepada Sultan Terengganu. jadi bagaimana rakyat yang dibawah jagaan (pemimpin) 22 ADUN umno ini nak berlaku taat kepada mereka sedangkan mereka 22 ADUN umno tidak taat kepada pemerintah Sultan Terengganu….? itupun kalau semua 22 ADUN umno itu taat kepada Allah dan taat kepada Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W…..! kalau mereka 22 ADUN umno itu tidak taat kepada Allah dan tidak taat kepada Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W., mungkin kita rakyat boleh mengenepikan mereka 22 ADUN umno, dan melantik orang yang lebih layak dan beriman serta taat kepada Allah dan taat kepada Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada orang yang berkuasa dikalangan mereka iaitu Sultan Terengganu.
    harap kepincangan yang berlaku itu menjadi iktibar dan peringatan kepada orang-orang yang beriman kepada Allah dan beriman kepada hari Akhirat.
    wallahuaklam. wassalam

  5. BUNTAL said,

    Apa yang 23 adun umno patut lakukan?

    1) SEMUA 23 ADUN TERENGGANU KENA LETAK JAWATAN .ITU PUN KALAU ADA MARUAH.ITU PUN KALAU ADA BATU.PEMBACA SEMUA BOLEH RUJUK KEMBALI KENYAATAN MEREKA..DALAM YOUTUBE PUN ADA..
    2) LEPAS NI BOLEH BUNGKUS TIKAR BANTAL KELUAR DARI TERENGGANU,CARI LAH MANA-MANA PULAU.

    Apa yang patut kita lakukan?
    AJAR SEMUA ORANG UMNO RUKUN NEGARA.TERUTAMA PAK LAH , 23 DUN UMNO TRG DAN PEMIMPIN UMNO YANG BUAT KENYATAAN BODOH DAN MENDERHAKA..
    BUAT KURSUS UTK MEREKA SEKURANG-KURANGNYA 2 MINGGU.,SIAP DGN LATIH –TUBI.BIAR INGAT SAMPAI MATI.

    INI IALAH RUKUN NEGARA,

    1)Kepercayaan kepada Tuhan
    2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara
    3)Keluhuran Perlembagaan
    4)Kedaulatan Undang-undang
    5)Kesopanan dan Kesusilaan

    .MANAYANG PALING UTAMA DAN YANG PALING ATAS??

    TAPI PAK LAH MUNGKIN BOLEH DIMAAFKAN SEBAB DIA TER TIDUR…

  6. Mentel-Mentelan said,

    Salam Semua,

    Mereka lupa bahawasanya KeBawah Duli Tuanku Sultan Terengganu apabila MURKA boleh mengenakan tindakan BUANG NEGERI kepada Idris Jusoh. Maka secara SAH Idris tidak akan dapat menjalankan tugas sebagai MENTERI BESAR.

    AAB, GANI PETAI, NAJIB, ZAID IBRAHIN, KUNANG + 23’s Stooges FAHAM KE ATAU TIDAK???

  7. nurqider said,

    bagus depa2 ni..memula buang imuniti raja-raja,la ni nak jadi raja pulak?!memang dasar penyangak bangsa betulla kepimpinan umno ni..betul jas,bukan bleh bawa mati pun reta berlonggok tu,buat pecah belah lagi adalah..astaghfirullah..

  8. hang tuah said,

    Assalamualaikum.

    Minta tolong dari orang Trengganu, kalau tau, tolong senaraikan kesalahan, kesilapan dan perbuatan yang menyebabkan orang Trengganu tak suka Idris Jusoh.

    Kemudian baru kita komen.

  9. Haron said,

    Alangkah baiknya kalau MB baru dipecat dari UMNO..Pastu dia bubarkan DUN Trengganu…barulah BR boleh lawan balik.Yang tak leh pakai tu kita isi dalam bubu buat umpan ikan.

  10. mat sumbat said,

    aku benci bedooh kat UNMO ni..dangan berlakunya perkara ni buat aku lagi2 benci ke AMNO…kalu gini la terserlah kebiadapan umno nampak gayanya UMNO akan berkubur pada pilihan raya ke 13 nanti…

  11. onedeety39 said,

    betul-betul…kalau begini la puok2 UMNO menentang baginda tuanku..memang patut dibuang negeri..hantar kat pulau mana2..buat ape dok kat Terengganu kalau Sultan sendiri hendak di tentang…malahan sanggup pulak meletakkan Tuanku Sultan sebagai “natang”..puok2 UMNO ni manusia ke ??atau dah memang spesies binatang>>>>
    http://onedeety39.wordpress.com/

  12. Young Heart said,

    Yg banggang sangat x terima tu nape. Bila barisan rakyat x setuju dgn Sultan kat Perak dulu, Bukan main lagi kutuk. Semua MEDIA kat Malaysia siarkan. DAP terima keputusan dan minta maaf, tapi BN x pulak nak minta maaf jauh sekali, BOIKOT lagi ade. Siap ada sepanduk & kain rentang membangkang…

    Setuju dgn cadangan BUANG NEGERI…… tentu Majlis Raja2 dah kaji siapa yg layak.

  13. amier said,

    Yang Pak Lah dok sibuk hal ehwal Negeri Terengganu.. pasal apa. Dia bukan anak negeri Terengganu. Menantunya pun bukan anak negeri terengganu. Cuba tengok asal dia kat mana…. ni yang dinamakan Menang sorak, kampung tergadai.

  14. mank1221 said,

    Asalamualaikum

    Bagi UMNO tiada yang lebih penting daripada wang dan kuasa..Buat apa bekerja untuk rakyat..Lebih baik mengumpul wang untuk diri dan kroni..Raja adalah institusi yang telah UMNO gunakan untuk menipu orang Melayu selama 50 tahun..Kini rasanya UMNO dalam kebingungan..Kenapa Sultan dan rakyat menolak kita?..Apa UMNO nak buat sekarang?

  15. mie said,

    Assalamualaikum.

    Disini saya cuma nak tanya sikit saja. kenapalah orang Tganu pilih UMNO
    pada PU12 yang lalu ?

    Mungkin kerana ….Tganu dianak emas kan oleh BN .

  16. lanunz said,

    ketua perusuh ni keturunan sebelah mana????


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: