22 March, 2008

Beli, Jangan Tak Beli!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:52 am by Ketua Perusuh

Murah sungguh maruah dan harga diri ramai dikalangan bakal wakil rakyat atau wakil rakyat yang terpilih. Ada yang semurah RM500 ribu, ada yang RM1 juta. Malah kini harganya dikatakan bernilai mencecah RM10 juta. Banyak sungguh wang yang berlegar-legar mencari mangsa (untuk dibeli maruahnya).

Katakanlah ada yang berjaya dibeli dengan harga RM10 juta, bagaimanakah pemindahan wang itu dilakukan. Adakah ianya menggunakan akaun bank dalam negara atau ianya melalui satu akaun bank asing (mungkin bank yang beroperasi di Cayman Island, Belize atau Switzerland). Apa yang pasti pemindahan wang sebanyak itu sepatutnya boleh dikesan jika melalui bank dalam Malaysia. Namun jika melalui negara asing, tentunya agak sukar mengesan “transaksi” tersebut.

Kalaupun wakil rakyat tersebut dibeli, tentulah akan berlaku episod “berpaling tadah” wakil rakyat tersebut. Susah untuk melihat wakil rakyat yang telah dibeli (maruahnya oleh syaitan) tidak melakukan tindakan berpaling tadah. Jika wang sudah diterima dan tiada tindakan berpaling tadah dilakukan, maka biasanya nyawa jadi taruhan. Itulah akibatnya berpakat dengan syaitan.

Tidak kira siapa pun yang melakukan pembelian wakil rakyat, saya tidak bersetuju. Ini kerana semua ini adalah contoh-contoh tindakan yang boleh mendapat kemurkaan Allah S.W.T. Malah tindakan membeli wakil rakyat ini (walau apa pun tujuannya) seumpama tindakan syaitan yang membeli roh dan jiwa manusia. Adakah anda mahu menjadi syaitan? Kalau itulah pilihan anda, teruskanlah.

Pada pandangan saya, barangsiapa yang melakukan rasuah (walau bagaimana bentuknya) maka merekalah wakil kepada syaitan dimuka bumi ini. Jika tindakan ini dilakukan oleh Azzazil (Lucifer) kita semua pasti akan mengutuknya, harapnya begitu juga jika ianya dilakukan oleh orang-orang tertentu.

Ini kerana orang yang menjual maruah dirinya tidak sesuai dijadikan pemimpin begitu juga dengan orang yang membuat pembelian. Kedua-duanya memang menjadi hamba syaitan dan yang layak bagi mereka adalah menjadi bahan bakar api neraka jahanam.

Kesimpulannya disini ialah saya amat berharap bahawa tidak akan berlaku episod pembelian wakil rakyat dilakukan oleh mana-mana pihak didalam gagasan Barisan Rakyat. Jika ada maka saya pastinya akan “mufaraqah” dengan gagasan Barisan Rakyat dan saya akan menjadikan Barisan Rakyat sebagai musuh nombor dua saya selepas Barisan Nasional.

“JANGAN JADI SYAITAN”

13 Comments »

  1. mokhtar said,

    yang membeli ini hanya bn/umno
    kepada br nak bayar duit bertanding pru pun kena kutip derma ihsan rakyat
    kalau 10juta tu kita guna untuk modal pru dah menang satu mlaysia dah kita tak yah duk beli mereka2 tu

  2. SOA said,

    Tuan,

    Udah teruk Melayu di lanyak; apa ada lagi pada Melayu?. Harapkan Ketua dalam UMNO, mereka macam gangster pada kaum Melayu, pat turut pada kaum Cina, penakut pada kaum India, jadi, orang orang macam ini boleh dibeli dan di simpan dalam peti ais.

  3. mountdaweller said,

    adakah anda pasti yang berpaling tadah itu sudah dibeli? ada yang berpaling tadah kerana tidak dapat yang dihajati. ada yang marah kerana berlawanan dengan prinsip. ada yang berpaling tadah untuk kebaikan rakyat dan negara. memang tidak dinafikan ada yang berpaling tadah kerana kena beli. tapi parti manakah yang mempunyai sebanyak itu wang untuk membeli 30 wakil rakyat?
    kalau parti pemerintah mungkin boleh.!!

  4. bomoh said,

    minta minta ada hamba allah datang dari keturunan iban ke, melayu ke, kadazan ke, cina ke, atau india ke yang sanggup mati menghapuskan wakil rakyat yang kena beli.

    Wakil rakyat itu samada dari pembangkang pindah kepda kerajaan atau wakil kerajaan berpindah ke pembangkang, sebab pengundi memilih mereka atas simbul parti, bukan atas nama individu, maka individu perlu meletakkan jawatan terlebih dahulu, bertanding semula secara gentelman, untuk pengundi menentukan stasusnya sebenar.

  5. tukang sapu said,

    Ketua Perusuh kena tulis juga pasal politk UMNO yang menjijikkan sekarang yang mana mereka nak kepong jawatan dalam kerajaan di kalangan exco-exco sendiri seperti berlaku kepada wanita umno.

    Ahli-ahli UMNO yang kaki makan rasuah (boleh dibeli) harus diberi duit banyak supaya belot dan keluar parti, bersihkan wadah melayu iaitu UMNO itu dari manusia-manusia yang jual bangsa @ rakyat malaysia.

  6. Fahizal said,

    Alahai… bab beli membeli ni semua kerja UMNO/BN, pedulikan jelah propaganda diorang ni, kalau betul ahli parlimen diorang nak join BR, they are most welcome. Tapi kalau nak join pun nak kena beli, lupakan jelah. Bak kata member kita kat atas tu, nak masuk bertanding pun minta derma.

    DSAI pun dah kata tiada ganjaran jika nak join, LGE pun dah kata “ada duit ka”. Pada pendapat saya perkara ni saja diperbesarkan oleh media2 barua kerajaan untuk mensensasikan berita dan membayangkan UMNO/BN ni masih relevan pada mereka yang pada hakikatnya hanya “tinggal nyawa2 ikan je (pinjam kata2 daripada KM Melaka)”

    Tunggu masa nak di talqinkan saja. Untuk 5 buah negeri yang menang tahniah dan tumpukan perhatian membangunkan ekonomi dan rakyat.

    Buat UMNO/BN, korang setle la masalah korang sendiri, Geng2 BR pedulikan diorang ni, UMNO bukan untuk Melayu, dan Melayu pun tak semestinya UMNO, Lu sendiri fikir LAH……….

  7. Eh Lan Chau said,

    Contoh di Terengganu…

    Kecil, besar, budak, remaja, budak pejabat hinggalah ke peringkat raja, sebenarnya memang dah menyampah dengan perangai UMNO yang suka mengutuk lawan dan mebuat fitnah.

    Tapi apa boleh buat, raja tak boleh mengundi.

    Umno, awak tu sebagai rakyat, kenalah macam rakyat, ini nak lawan sultan. Melayu tidak bersultan ialah bukan melayu oi. Walaupun raja boleh disanggah, tapi buatlah macam hang tuah. Ketaatan kepada sultan tidak berbelah bagi walaupun telah terkena hukum, dihukum pun bukan salah sultan tapi difitnah yang mempengaruhi sultan.

    Tapi Hang Tuah percaya, lebih berkuasa ialah tuhan, walaupun dah kena hukum oleh, namun masih hidup juga kerana kuasa tuhan.

    UMNO TAMAK dan penipu……….

  8. hang jebat said,

    DAP bangsat! pegi mampus DAP. PAD=DAP=singapura=penang.

  9. hang jebat said,

    DAP bangsat! pegi mampus DAP. PAP=DAP=singapura=penang.

  10. amier said,

    Golongan yang suka membeli dan di beli ni tak payahlah diterima sebab diorang ni ibarat….. bila diberi bunga, diaorang buang tapi bila dikasi taik, diaorang cium.. dan cium seterusnya walau pun dah tahu taik tu busuk baunya.

  11. Budiman07 said,

    If you offer peanuts you will get monkeys… so sapa-sapa rasa nak berpaling tadah..silalah. Sapa tau. Tapi katakan kepada diri anda bahawa anda ialah monyet yang boleh dibeli dengan kacang putih…

  12. Budiman07 said,

    jangan marah DAP beb.. DAP berjaya kerana siapa??? kerana undi bukan Melayu je kerr????

    Ambil iktibar dunia Arab yang mengelilingi Yahudi…sampai sekarang tak ada satu Arab yang berani mengkotak katikkan Yahudi. Pada hal Yahudi tu berapa kerat sangat. Patut terima kasih kepada Yahudi kerana mengajar dunia Arab dan Dunia Islam betapa cinta sesama mereka yang seagama telah lenyap di arus zaman.

    HIDUP MELAYU..HIDUP UMNO “SEJATI” .

  13. mie said,

    hang jebat….yang hang marah sangat pada DAP tu pasai apa? mungkin pasai Perak,P Pinang .parti yang hang sokong sangat (UMNO) kalah di negeri tersebut ….jangan marah sangat .lainkali hang sokong lagi UMNO yang hang sayang sangat tuuuuu….ada mata buta ada telinga pekak ada akaiiii tapi bangang…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: