20 March, 2008

Berpaling Tadah?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:20 pm by Ketua Perusuh

Kedengaran khabar-khabar angin mengatakan bahawa beberapa Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak (Komponen Barisan Nasional) telah bersedia untuk berpaling tadah. Malah boleh dikatakan ianya mungkin disebabkan beberapa sentimen. Satu daripada sentimen tersebut adalah isu jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang sewajarnya mereka terima (atas sebab mereka memberikan 54 kerusi Parlimen kepada Barisan Nasional).

Namun apa yang boleh diperkatakan kini adalah tindakan Abdullah Ahmad Badawi yang sebenarnya menjerat dirinya sendiri dengan senarai ahli kabinet baru yang telah diumumkan oleh beliau. Dari senarai tersebut amat kecil bilangan wakil dari Sabah dan Sarawak yang mendapat tempat dalam kabinet. Ini sekaligus menyemarakkan lagi perasaan tidak puas hati Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Jika inilah caranya Abdullah Ahmad Badawi menghargai sokongan dan mandat dari Sabah dan Sarawak, maka tidak mustahil wakil dari Sabah dan Sarawak ini akan berpaling tadah dan menyertai gabungan Barisan Rakyat. Jika ini berlaku maka tamatlah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat di Sabah dan Sarawak terkenal amat patriotik malah sanggup bersama-sama susah dan senang dalam pembentukan Malaysia. Namun sehingga kini Sabah dan Sarawak boleh dikatakan dianaktirikan dalam pelan pembangunan. Malah Koridor Pembangunan yang dicadangkan oleh Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya lebih memberi peluang dan menguntungkan orang luar. Setelah hampir 50 tahun Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian dari Malaysia, namun pembangunan masih tidak berjalan pada paras yang dikehendaki.

Memanglah kita boleh salahkan kepada pembelot-pembelot di Sabah atau Sarawak sendiri yang menjadi lintah darat menghisap kemewahan hasil bumi dan negeri, namun Kerajaan Pusat perlu mengambil tindakan proaktif menaiktarafkan infrastruktur, pembangunan dan sebagainya di Sabah dan Sarawak.

Apa yang diperlukan oleh Sabah dan Sarawak kini adalah satu Kerajaan Pusat yang boleh memberikan bantuan dan sokongan dalam usaha Sabah dan Sarawak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Oleh itu jika Kerajaan Pusat sedia ada tidak mampu untuk memberikan atau menunaikan kehendak rakyat Sabah dan Sarawak, adalah tidak mustahil rakyat Sabah dan Sarawak akan mengarahkan Ahli Parlimen mereka berpaling tadah dan bersama-sama dengan gagasan Barisan Rakyat demi untuk perubahan.

Kiranya Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak berpaling tadah dan memilih untuk bersama-sama dengan Barisan Rakyat, wajarlah semua ahli gabungan gagasan Barisan Rakyat memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada mereka dan pastikan Sabah dan Sarawak tidak lagi ketinggalan dalam arus pembangunan dan ekonomi. Tindakan berpaling tadah Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak wajarlah tidak dijadikan isu besar kerana apa yang mereka lakukan adalah demi untuk kepentingan rakyat dan negeri mereka.

8 Comments »

  1. kuan said,

    Kami memang mengharapkan pembangunan harus seimbang antara negeri dan lebih bersifat holistik. Pencarian pemimpin berjiwa rakyat adalah yang terlalu sukar namun harapan harus diberikan kepada agenda yang menitikberatkan rakyat bawahan. Hasil bumi hampir sahaja kering namun kehidupan rakyat semakin sukar. Para pemimpin kami di Sabah menyedari hakikat ini dan kini masa telah tiba untuk rakyat diberi peluang atau sedikit kesempatan .
    Tolonglah wahai pemimpin kami di Sabah berilah kami kesempatan yang anda sendiri sangat faham di mana arah yang betul

  2. Tukang sihir said,

    Agak ajaib dan sakti sekali ramalan tuan.

    Kalau baca buku komik memang cara beginilah yang budak-budak suka dan membeli. Satu kaedah palarian dari alam sebenar.

    Namun untuk hiburan apalah salahnya..

    Saya pun mengharap kira-kira 6 bulan lagi Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri apabila barisan rakyat telah berjaya dalam strateji itu seperti juga mereka lakukan semasa dalam BN dulu, menumbangkan Tun Datuk Mustafa, Haris Salleh dan Pairin. Tidak lupa juga bagaimana kalong ningkom di sarawak.

    Jika itu berlaku, akan bertuah lah kita, kerana RM6000 akan diberi kepada setiap keluarga yang susah, minyak petrol akan turun, tol akan hapus. Untung, memang untung

    Berdoalah sama-sama dan ini bukanlah cerita komik hendaknya.

  3. Raja Mongrel said,

    === Lowly Rated ===

    === Lowly Rated ===

  4. Hang Tuah said,

    semuanya dah berpaling tadah. cuma tak announced saja. 2 MP dah tolak jawatan Tim Menteri. SU agung Datuk Radzi dah lepaskan jawatan SU agung UMNO. Khir Toyol dah letak jawatan Ketua Perhubungan UMNO negeri. Tak lama lagi Kedah dan Perak akan bergolak. Mukriz telah menghunus keris . Cuma yang cium keris saja masih dok leka di buai mimpi indah. Tak lama lagi dia pun tumbang bila KJ bersuara.

    Kalut!! itulah cara pimpinan sekarang mentadbir negara. Kita lihat tokoh korporat pimpinan 2 buah negeri pula. Di masjid negeri shah alam ramai yang berebut nak bersalaman dg MB baru. Itu satu petanda rakyat sudah sayangkan MB baru. Ingat jangan salah langkah. Jangan hadiahkan penyapu pd kakitangan kerajaan. Jangan bazirkan wang rakyat dan pembayar cukai. Malam2 MB patut round 2-3 jam lihat masalah penjaja, pasar malam, lalulintas,jalan yang rosak dsbnya.

    Tan sri lihat apa dah jadi dgn saham amanah selangor. Tolong bagi nafas baru. Lihat juga apa kroni2 yang dapat tanah di Bukit Cerakah. Macamana dia orang bolot semua tanah tapi pakai 6-7 syarikat milik orang yang sama. Lihat apa di Pelabuhan Klang. Melayu merempat sana sini.Tolong tengok Tan sri. Setinggan sifar kata wakil BN, apa ke bendanya. Ramai yg duduk di bagan hailam tu mencemarkan mana memandang.

  5. BEDOL said,

    hahaha..bile laih itu semua pemimpin kek sabah nak berpaling tadah dah!
    Ko punya pembangunan tak sehebat kek k.l nun, cuba ko tengok sendili dah!

    Kita tergolekkan bedolah ngan dinasti keparat nye! Cepat

  6. Budiman07 said,

    Hentikanlah sentimen anti semenanjung anda…. kita telah berada dalam gagasan Malaysia sejak 16 September 1963. Jangan anggap kami orang Tanah Melayu sebagai orang asing di bumi anda. Jangan panggil kami orang semenanjung. Patut berterima kasih kerana dengan menyertai Malaysia..Sabah dan Sarawak telah merdeka..kalau tak masih di bawah British sampai hari ini. Hidupkan perpaduan dan bekerjsamalah dengan orang semenanjung Kita pun tau Sabah dan Sarawak banyak menyumbang hasil bumi kepada kerajaan persekutuan.

  7. squad_elit said,

    Tepuk dada, tanya selera…

    Jika anda menilai dengan bijak, pasti anda akan dapat jawapan yang sebenar… jika anda mahukan perubahan maka anda perlu berkorban untuk bersatu dalam membuat perubahan… isu di Sabah dan Sarawak memang tidak dapat dinafikan lagi oleh semua pihak.. betapa jauhnya jurang pembangunan antara semenanjung dan sabah/sarawak.. apakah ini dikatakan sebuah pemerintahan yang adil? jawapannya trpulanglah kepada yang bijak menilai.. saya ulang… “tepuk dada, tanya selera”

  8. asmida said,

    Bumiputra Sabah dan Sarawak kelas ke dua??? Kalau negara kita memang adil… kenapa ada pilih kasih dalam semua urusan kerajaan? Kalau orang melayu bertelagah dan parti UMNO bergolak…. rusuhan berlaku di semenanjung, sabah dan sarawak boleh keluar malaysia kerana malasia sudah tidak selamat. lagipun hasil minyak, balak dan perut bumi kita telah diberikan kepada negeri yg tiada hasil langsung??. berapa yg kita dapat?? sedarlah rakyat sarawak/sabah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: