17 March, 2008

Mahu Selamat?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:06 am by Ketua Perusuh

Ada banyak cara untuk Abdullah Ahmad Badawi selamat dalam situasi sekarang ini dan terus menjadi Perdana Menteri Malaysia. Cuma tindakan yang akan saya senaraikan dibawah ini boleh dikatakan sebagai pengecut malah boleh menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia.

Bukanlah tujuan saya menulis ini untuk membuat satu lelucon kepada Abdullah Ahmad Badawi, namun sebagai rakyat yang dipimpin, saya berhak mengunjurkan satu laluan untuk Abdullah Ahmad Badawi. Pandangan peribadi saya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi (kepimpinan haprak) masih lagi tidak berubah.

Berbalik kepada tajuk komentar kali ini maka saya perturunkan beberapa cadangan kepada Abdullah Ahmad Badawi.

1. Beri jawatan menteri kepada mana-mana pihak yang lantang mengkritik Abdullah Ahmad Badawi (contoh: Mukriz diberi jawatan Menteri Penerangan atau Menteri Pelajaran atau Tengku Razaleigh sebagai Menteri Kewangan). Dengan cara ini ianya dapat menutup mulut mereka-mereka ini.
2. Jangan lantik Khairy Jamaluddin sebagai menteri. Cukuplah hanya sebagai setiausaha politik di Jabatan Perdana Menteri sahaja. Lebih selamat kalau Khairy Jamaluddin kekal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO sahaja. Atau boleh juga lantik Khairy Jamaluddin sebagai duta di Kuwait.
3. Lantik lebih ramai kaum India menganggotai kabinet.
4. Lantik juga ramai wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak.
5. Kurangkan harga minyak sebanyak RM0.05 buat permulaan dan kemudian kurangkan lagi pada hujung tahun ini.
6. Gunakan mana-mana fail korupsi, salahguna kuasa dan sebagainya dari Badan Pencegah Rasuah untuk mengugut mana-mana ahli UMNO atau Barisan Nasional supaya tidak menggugat kuasa Perdana Menteri.
7. Gunakan media untuk melaga-lagakan antara pimpinan lain dalam UMNO atau Barisan Nasional sehingga ahli lupa akan masalah yang melanda Perdana Menteri.
8. Gunakan Akta Hasutan, OSA serta ISA kepada semua yang membantah atau menyeru Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.
9. Gunakan POLIS dan FRU untuk menghalang mana-mana pimpinan dalam UMNO atau Barisan Nasional daripada menganjurkan apa-apa majlis, perhimpunan atau lain-lainnya.
10. Tunjukkan sikap berbaik-baik dengan Barisan Rakyat.

Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh Abdullah Ahmad Badawi gunakan untuk menyelamatkan diri beliau dari jatuh atau dijatuhkan oleh mana-mana pihak sama ada dalam UMNO atau Barisan Nasional.

Cara paling terbaik adalah dengan meletakkan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) kali ini kepada bahu Pengerusi SPR. Dengan cara ini pastinya semua pihak akan menuding jari dan menyalahkan Pengerusi SPR. Ini sekaligus dapat menyelamatkan Abdullah Ahmad Badawi dari dipersalahkan.

Namun, kalau Allah S.W.T berkehendakkan Abdullah Ahmad Badawi tidak menjadi Perdana Menteri, tiada apa yang dapat melengah-lengahkannya. “Sayonara Buat Abdullah Ahmad Badawi”

8 Comments »

  1. 'Malaysia' said,

    Ketua perusuh agaknya menyindir suruh buat itu ini, tetapi tujuannya sebagai tidak begitu kot. walau apapun saya nak menghibur.

    Lantik sahaja Khairi Jamaluddin, sebab itu kekutatan dan aset untuk memusnahkan penyokong hardcore Tun Dr Mahathir, supaya mereka terus menjerit dan menjerit sehingga frust yang amat sangat, mungkin ada yang akan ke dimasukkan hospital,

    Apapun mesej dah berjaya. Ramai menteri besar dah ditukar samada dengan pembangkang atau diganti orang UMNO sendiri. Maka menjadi barulah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor.

    Yang agak liat ialah Pahang, dan paling liat ialah sarawak. Bilalah orang tua nak berundur.

    Kemudian, menteri-menteri persekutuan, akan orang-orang baru dan cerdik-cerdik belaka.

    Terhapuslah warisan Tunku, warisan Razak, warisan Husin On, warisan Mahathir. Semua macam baru dilahirkan.

    Kepada khairi, janganlah gusar, Mula-mula tu memang orang benci kat kita, menentang kat kita, tapi lama-lama kalau kita mati akan ditangisi juga.

  2. mokhtar said,

    aku sokong lantik khairi sebagai menteri penuh
    kenapa takut paklah
    ayuh bina legasi
    banyak lagi projek scomi belum dapat
    banyak lagi harta negara khairi belum kaut
    pokok jarak khairi punya idea pun belum berbuah
    jangan buang khairi setelah bersusah payah dia membela paklah takkan nak buang mcm tebu habis air sepah dibuang
    jgn la jadi manusia tak mengenang budi paklah
    jawatan paling sesuai untuk khairi menteri pendidikan kerana dia ikon kepada umno alaf baru
    hishamudim bole ucap selamat tinggal siap2 la sebab naib lagi popular dari ketua pemuda
    dalam umno ni sapa cepat dia dapat
    dah terkena baru la nak tgk kat pas atau pkr
    apa2 lah biarlah umno/bn dgn zaman kehancuran mereka
    bersaksilah sesungguhnya allah maha berkuasa
    jika dia berkehendakkan sesuatu insyaallah dia akan menbuatnya
    begitu juga jika dia nak menghancurkan
    pasti dia akan menghancurkan
    kini bn telah menerima takdir dan doa mereka2 yang terinaya telah dimakbulkan allah

  3. Amir said,

    lantik khairy jadi ketua perhubungan umno kelantan (sorry saya juga nak berhibur)

  4. malay lad said,

    banyak sangat mengutuk pun tak bagus juga…

  5. ima manis madu said,

    hiburan tambahan ……kalu nak sangat jadi menteri bagi khairi jadi menteri sukan ….nak tak nak rakyat malaysia tak kira bangsa mesti selalu sokong sukan mlaysia …maka kalau sukan malaysia maju …maka popular lah khairi …kalu pelingkup siap lah ko…hohhohoho…..( tapi budget sukan pun dia bleh belasah gak…)

  6. anti rusuhan said,

    apa lagi mukhriz…challenge le utk jawatan ketua pemuda dlm mesyuarat umno akan datang ….ko rasa bleh menang tak…

  7. pembaris panjang said,

    baik lantik khairy jadi TPM terus… lagi bagus.. aman dan makmur Malaysia kita ni.. makin kaya…..p rakyat kita…(maaf yer, saya pn nak berhibur jugak)

  8. mazlannordin said,

    Dolah dah umum kabinet. Khairy x de, tapi bapak mertua dah ada, apa ada hal. Cakap je nak project, sure pak mentua tenyeh…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: