16 March, 2008

Kabinet Baru Abdullah Ahmad Badawi

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 3:10 am by Ketua Perusuh

Terlalu ramai menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan lain-lain lagi yang kalah dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) kali ini. Apa yang pasti, mereka-mereka ini telah ditolak oleh para pengundi atas beberapa sebab. Malah boleh dikatakan kebanyakan mereka-mereka ini sepatutnya telah tersungkur pada PRU11 dahulu namun oleh kerana imej Abdullah Ahmad Badawi yang kononnya bersih, maka mereka terselamat pada PRU11.

Kini dengan ketiadaan mereka-mereka ini, siapakah pula yang akan dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dalam kabinet baru Abdullah Ahmad Badawi. Yang tinggal kini dalam senarai adalah mereka-mereka yang tidak mempunyai bakat kepimpinan yang jelas. Cuma nasib sahaja menyebelahi mereka kerana masih menang dalam PRU12.

Oleh yang demikian, siapakah yang layak untuk menyandang jawatan ini dalam Kabinet Baru Malaysia;

1. Menteri Kesihatan
2. Menteri Pengangkutan
3. Menteri Kerjaraya
4. Menteri Penerangan
5. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
6. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
7. Timbalam Menteri Dalam Negeri
8. Timbalan Menteri Penerangan
9. Timbalan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna
10. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Persekitaran
11. Timbalan Menteri Pelancongan
12. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

dan banyak lagi jawatan-jawatan yang perlu diisi. Abdullah Ahmad Badawi nampaknya setakat ini masih lagi terkejut dengan kekalahan mendadak Barisan Nasional dalam PRU12 dan belum bersedia untuk memuktamadkan senarai calon yang sesuai untuk jawatan-jawatan ini.

Seperti dijangka, Khairy Jamaluddin berkemungkinan besar akan menjawat salah satu daripada jawatan ini (Menteri Belia dan Sukan atau Menteri Pelajaran). Disini saya jangkakan bahawa Azalina Othman akan menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Hishamuddin Tun Hussien pula akan menjadi Menteri Penerangan, Muhyiddin Yassin pula akan terus dijawatan yang sama manakala buat Noraini Ahmad pula menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bagi jawatan Menteri Pengangkutan pula, ianya akan diserahkan kepada Ong Ka Ting dan Menteri Kerjaraya pula akan diserahkan kepada S. Subramaniam. Semua ini adalah jangkaan semata-mata namun tidak mustahil ianya akan digunapakai oleh Abdullah Ahmad Badawi dalam perancangannya.

Walau apa pun senarai kabinet yang akan dikemukakan oleh Abdullah Ahmad Badawi, nyata ianya tertolak oleh majoriti masyarakat. Malah jika Abdullah Ahmad Badawi melantik Khairy kejawatan Menteri atau Timbalan Menteri, ianya akan menambahkan kekeruhan dalam iklim politik Barisan Nasional.

Apa yang pasti akan ujud cakap-cakap belakang mengenai perlantikan tersebut dan akhirnya ianya seumpama barah dalam Barisan Nasional. Namun Khairy Jamaluddin memang memerlukan ruang untuk melangkah jauh dalam politik Malaysia. Hanya Abdullah Ahmad Badawi sahaja yang boleh memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.

Dari senario yang berlaku sekarang ini, adalah dijangkakan bahawa Mukriz Mahathir tidak akan dilantik apa-apa jawatan dalam Kabinet malah mungkin akan dipecat kerana menyanggah tindakan Abdullah Ahmad Badawi (sehingga mengunjurkan perletakan jawatan Perdana Menteri).

Apa yang pasti kini, Abdullah Ahmad Badawi agak tertekan untuk mendapatkan bajet mentadbir Malaysia setelah jatuhnya beberapa negeri yang memberi pulangan yang besar kepada Malaysia. Cuma Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak sahaja yang kini dapat disedut hasil masyhulnya dengan mudah. Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang kini tidak terjangkau dengan mudah kepada pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah Ahmad Badawi kini perlu mengemukakan setiap cadangannya dengan alasan yang konkrit jika ianya dibawa kedalam perbahasan di Parlimen. Kalau dahulu semuanya mudah untuk diluluskan, kini nampaknya terlalu sukar jalan yang perlu ditempuh.

Akhir kata, Sayonara Buat Abdullah Ahmad Badawi.

35 Comments »

  1. afham said,

    kalo camtu..timbalan sape plak pegang.. hehe..

  2. gurkha malaya said,

    kabinet yg retak menanti belah
    huhu

  3. Amir said,

    kalau Pak Lah tak nak letak jawatan. kita suh Najib take-over. kalau Najib pun kecut. takpe Ku Li ada!

  4. lanphuong said,

    Thank you, You can visit http://nghecon13.googlepages.com“>
    “The top blogs of the day” report

  5. charming jerk said,

    KJ dulu sebelum PRU12 kata dia tak mahu jadi menteri tetapi mahu jadi seorang backbencher dahulu. kita tgk dulu how this will turn out.

  6. adolzfitri said,

    nape la pengundi tegar buat ni semua.. sedangkan bukan mereka yg kalah tu bersalah tapi pegawai yg menyalur selalunya menyeleweng.. walalpun aku masih muda tapi.. pergaulan telah membuka mata aku untuk melihat sedalam2nya pentadbiran pak lah… tidak kah kita bersyukor dengan segalanya yang telah kerajaan beri….

  7. adolzfitri said,

    bukan anti pembangkang.. lihat ape yang pembangkang akan beri selepas ini… korang akan menyesal..!!!!!!!!!!!!!!!!

  8. tentuntung said,

    setelah dilanda kegemparan besar tsunami politik maka tunggulah satu lagi kegemparan yang lebih besar akan berlaku ..tetapi ianya secara aman dan damai bukan dengan huruhara dan kacaubilau…malaysia akan dipimpin oleh seseorang yang selayaknya memimpin…InsyaAllah…

  9. Hang Tuah said,

    Kalau pak lah ni ada “akai”, dia mesti lantik Mukriz jadi Menteri Perdagangan Antarabangsa, Tengku Razaleigh Menteri Kewangan I, Rais Yatim Menteri Penerangan, Ir Mohd Zain Menteri Kerja Raya. Jgn ikut quota lagi lah. Kita mau kabinet yg berwibawa dan boleh melaksanakan RM9 dan meyakinkan rakyat. Kalau bangang kau pikirlah sendiri..bueklah sendiri..ahirnya kau tersungkor ..

  10. apa-apa saja said,

    Tolol mana yang empunya diri menggelarkan diri Ketua Perusuh, Bahasa Malaysia pun tak berapa pandai. Mana ada perkataan “mereka-mereka” dalam Bahasa Malaysia. Perkataan “mereka” itu sebenarnya membawa maksud ramai jadi kenapa harus digandakan lagi.

  11. MARCO said,

    ANDA MEMANG PEROSAK BANGSA

  12. yat1960 said,

    Nampaknya barisan Kabinet Malaysia adalah barisan yang lemah. Mudah-mudahan mereka yang terpilih dapat menjalankan tugas dengan cemerlang. Kalau agak-agak tak dapat nak memimpin, letaklah jawatan, tapi sayang ramai yang boleh memipin tidak terpilih. Contoh Rafidah Aziz, yang sememangnnya ekonomi dalam genggamannya. Mukriz yang berani dan tidak seperti pemimpin yang lain.. yes bos!

  13. aku ketua perusuh bangang said,

    pembangkang pun menukar manifestonye ape citer…?
    melayu akan ditindas di ppinang betul ke?cina boleh bg peluang org melayu ke?tau tentang 13 mei?sesiapa nak kongsi citer?

  14. puki said,

    Itu kehendak mereka yang mahu berubahan, melayu ditindas org PKR gelak,melayu makan rumput org PASS ketawa,

  15. NEKUMA/telok sareh ulu said,

    BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
    Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubatlah. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya anak derhaka dan melawan mereka?
    “Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu ayah atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. “Sedekah ke masjid atas nama ibu dan ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa kamu.
    “Allah maha pengampun dan luaskan rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat nanti Hidup tidak tenteram. Lebih teruk lagi, Allah tunjukkan dalam bentuk bala yang di terima.
    “Cuba kita perhatikan rezeki yang kita dapat setiap hari. Cukupkah hingga akhir bulan itu, jangan pandang remeh dan lihatlah dengan mata kasar, selidik apa salah dan dimana silap yang telah kita buat selama ini, mana duit kita. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibudan ayah?
    “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi jalin hubungan yang baik kerana hayat orang tua bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”

  16. ya ampun said,

    tak pe la kita semua nt tengok segagah mana kabinet baru pak lah tu..lepas tu kita ganti yg baru pulak

  17. qudut said,

    salam…

    kabinet baru dh d ketahui..lps ni kite tgk la apa kan jd… jgn la kite bergaduh hnya krn parti.. kuasa d tgn anda.. ada baik n brk nye dgn pe yg berlaku… betulkan sy jika tersalah kata…

  18. ha..ha..ha… jangkaan kau melesit …….hai ketua perusuh, engkau ni selalu sangat buruk sangka dengan org …” tak baik tau.”.
    engkau sebagai ketua perusuh sepatutnya memberi pendapat dan juga teguran bukannya ” jangkaan dan jangkaan dan jangkaan” .
    aku tak sokong mana-mana pihak cuma aku nak tunggu dan lihat aje mana-mana manifesto dari 5 negeri tu adakah sesetengah manifesto tu wajar atau tidak . Bak kata dlm cerita P.RAMLEE ” MARI KITA TENGOK SAPE YG KENAA ”
    kita sebagai rakyat malaysia sepatutnya bersyukur dgn ape yg kita ade dan bersatu padu dgn kaum yg lain dan juga menghormati pendapat PERDANA MENTERI KITA yg sekarang tengah pening kepala dengan perangai kaum berbilang bangsa dan juga org macam kau tu .

  19. hamba-NYA said,

    daripada fikir berat2 apa negara akan buat.. lebih baik kita fikir apa kita dah buat pada negara.. jangan asyik cari keslahan orang lain..selidik dulu diri sendiri.. maulidur rasul dh dekat.. selawat n insaf lah kita banyak2.. brbanggalah pda kpimpinan Rasulullah SAW yg kita cintai..

    salam buat smua

  20. Utara Uptrenders said,

    Biaq pi laa sapa yg nak pegang kerajaan negeri pun… yg penting nya diri kita… bukan ada sapa pun nak amik tau kalau kita makan ka tak makan… marilah kita pakat2 menambahkan pendapatan…. ada duit, nak masuk politik pun boleh… yang penting usaha kita… nak tambah lagi jom kita pakat2 join bisnes uptrend… bisnes nii legal… company ni di tubuhkan di malaysia… dan telah mengembangkan perniagaan nya di 8 buah negara kalau tak silap aku… hidup Uptrend Network Sdn Bhd…. lawatilah laman web http://www.uptrend2u.com

  21. Utara Uptrenders said,

    untuk nak mengetahui maklumat berkenaan dengan bisnes niii bleh lah email kan semua soalan2 kepada aku di dr.tupai@yahoo.com

  22. Heroes said,

    Alhamdullilah..syukur ke hadrat ALLAH SWT…KJ takde dalam kabinet.

    Barisan Kabinet nampaknya mantap2 belaka…semoga barisan ini dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.

    Saya paling suka ex boss Maybank jadi menteri…& shahril samat..very professional.

    Semoga negara kita dilindungi ALLAH SWT & hentikan cerca mencerca sesama sendiri..amin ya rabbal alamin

  23. JEBAT DERHAKA said,

    jgn gaduh…….
    kan kite ade tuhan biar tuhan yg tentukan semua sebab kite dah usaha dah..tak usah pandang belakang

  24. JEBAT DERHAKA said,

    sabar jgn gaduh……
    kite kan sesama islam pegang pada keimanan…..
    jgn jd seperti anjing yg menyalak bukit..
    jd insan yg bertamadun.
    tak usah ckp yg bukan-bukan…..ingat kite bkn hidup lama sgt..pasti akan mengadap ALLAH SAW. ingat semua lillahitaala….FISABILILAH………

  25. JEBAT DERHAKA said,

    TIADA KUASA YG LEBIH BERKUASA SELAIN ALLAH SAW….

  26. JEBAT DERHAKA said,

    TIDAK ADE 13 MEI…JGN MINTAK….KAWAN……
    ITU SEMUA MENYUSAHKAN…..TANYE ORANG TUA YG HIDUP MASE TU…..

  27. lanphuong said,

    Where we tonight shall camp?….The top blogs of the day. the newest report , see and reply me some comments. Thanks.

  28. MARCO said,

    Ketua Perusuh…
    bertaubatlah engkau,minta ampun banyak-banyak.Jadilah warga yang berguna,jangan jadi warga TAK BERGUNA.Ada akai, pakai.Nak sokong BA biarlah bertempat.Aku pangkah BA tapi tak emosi.

  29. CALON BEBAS said,

    Sebenarnya PRU – 12 merupakan pilihanraya yang amat telus yang dilaksanakan oleh seorang pemimpin BN dengan begitu adil memandangkan sebelumnya terdapat banyak ketidak puas hatian pihak – pihak pembangkang yang sentiasa mempersoalkan kerajaan dan SPR mengenai pilihanraya. Kita perlu setuju dengan kepimpinan Pak Lah yang adil yang menunjukkan beliau seorang pemimpin yang adil dalam menguruskan negara. Semua khayalan dan buah mulut orang yang di khabar anginkan adalah fitnah sama sekali memandangkan barisan kabinet yg disusun Pak Lah tidak sama seperti yang dicakapkan. Kita perlu berfikir secara kritis bahawa ahli ahli BN yang kalah adalah disebabkan oleh sikap mereka sendiri dan bukan disebabkan pemimpin tertinggi. PRU – 12 juga merupakan pilihanraya yang membersihkan semua menteri2 yang memburukkan nama BN dalam memajukkan malaysia.Pak Lah telah mengunakan pilihanraya dengan bijak utk membersihkan kerajaan malaysia dengan menyingkirkan barisan menteri kabinet dgn memberikan kuasa ditangan rakyat menentukan antara buruk dan baik dalam memilih ahli parlimen masing2. Jika Pak Lah merupakan seorang yang takut sudah pasti beliau meletak jawatan selepas mengalami kejutan pilihanraya,tetapi pak lah masih ingin meneruskan kepimpinan tanpa gentar. Kita juga tahu bahawa dalam suasana sekarang parlimen telah dipenuhi dengan watchdog sebanyak 80+ ahli parlimen yang sentiasa memerhati gerak geri setiap menteri kabinet dan bukan mudah utk seorang pemimpin yang adil seperti pak lah utk membuat dasar baru dalam parlimen.Biar apa pun dikatakan pak lah tetap seorang pemimpin yang telus dan adil dalam memimpin negara menerajui keamanan.

  30. Mosad said,

    === Lowly Rated ===
    === Lowly Rated ===

  31. Mosad said,


    Orang melayu itu cuma jagoan kampung!
    Kalo berani lawan negeri CINA! jangan beraninya cuma sama minoritas di malay. kalau berani lawan negeri CINA maka orang melayu bisa di cincang jadi SATE dan dijadikan santapan BABI!
    Sejak kapan ABDULLAH AHMAD BADAWI berani menghina negeri CINA (RRC) ? kalo berani maka lehernya akan di tebas dan kepalanya di jadikan hiasan dinding!

  32. Raja Hidustan said,

    Kita bagi peluang KJ jadi pm dalam masa 100 hari. kita tengok malaysia akan jadi apa lepas ni……

  33. suria said,

    tak tau nak cakap ape dengan kjaan baru skrg…haru biru…so tunggu dan lihat aje lah,,harap pas ni tak lah paklah asyik rasmikan batikk je,yg canggih2 tak ada ka

  34. Eddy BR Cocos said,

    Kita sering diajar supaya menghormati orang tua dan sentiasa mendoakannya (alquran n hadith). Mentaati ketua juga anjuran alquran dan hadith. Mana lagi petunjuk yg paling sesuai selain alquran dan hadith. Sbg PM kita harus hormati Pak Lah (PL) dan mendoakannya supaya diberi petunjuk utk memimpin rakyat Msia. Jika PL tersilap cepat2 tegur @ doakan dia cepat kembali kpd jln yg benar/betul.Tak perlu prasangka buruk terhdp sesiapa. Membuat analisis boleh asal berobjektif. Ni maki2 jgn amalkan buruk sangat jadinya. Amalkan berlapang dada dan minda. Jika beremosi dan sakit hati kita sendiri yg susah – penyakit. I doakan u sejahtera manakala u doakan i sejahtera. Ini macam kita sama2 SEJAHTERA. Amiin.

  35. ayam percik said,

    Pada mulanya PM Pak Lah dilihat seperti baik, warak, lemah lembut dan berwawasan dan boleh dijadikan contoh teladan serta tempat bergantung orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia. Tetapi sedikit demi sedikit tindakan yang diambil ternyata mengecewakan dan seolah-oleh mempunyai niat yang tersembunyi. Setelah beberapa tahun menerajui Malaysia Pak Lah di lihat semakin pudar kepemimpinannya. Segala yang dilakukan ada sahaja yang tidak kena dan boleh dipersoalkan. Kedudukan Orang Melayu terasa semakin goyah dan berpecahbelah kerana diperlekehkan oleh segelintir orang Melayu sendiri dan kesempatan ini terus dieksploitasi oleh kaum-kaum lain yang menangguk di air keruh. Pendatang asing, masalah sosial dan jenayah semakin banyak, pembangunan yang dilaksanakan lebih kepada ada udang disebalik batu dan hanya menguntungkan pihak tertentu dan bukannya rakyat tempatan terbanyak. Kebebasan dan ketelusan badan kehakiman yang banyak mempersalahkan orang-orang lama sebenarnya dilihat sebagai bebas dan telus bagi versi tertentu dan untuk kepentingan pihak tertentu sahaja, lebih-lebih lagi mereka yang dikalangan duri dalam daging. Selain dilihat tidak menghormati PM yang lama yang menaikkan beliau, PM yang sekarang dilihat bertindak cuba menghakis kredibiliti PM yang lama dengan pelbagai cara dan muslihat. Tindakan ini seolah-olah menyerlahkan dendam serta mengamalkan cara pecah dan perintah supaya mudah pihak tertentu mengaut hasil kekayaan negara. Lihatlah sekarang keadaan menjadi tidak setabil. Wahai Pak Lah adakah ini semua cetusan dari dalam diri anda sendiri atau sebaliknya ada orang lain yang mencetuskannya. Tetapi sebagai orang no. 1, Pak Lah sepatutnya membuat semakan semula atau check and balance. Wahai Pak Lah anda masih belum berjaya memenuhi aspirasi rakyat terbanyak walaupun orang yang bertanggungjawab sebenarnya ialah orang yang di sebalik anda itu. Ambillah tindakan yang waras supaya keadaan dapat diperbetulkan justeru sedikit sebanyak akan mendapat sedikit tempat dihati rakyat terbanyak. Rakyat kini bijak menilai.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: