12 March, 2008

Ingatan Buat Media Prima!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 3:39 pm by Ketua Perusuh

Tuan Pengerusi
Media Prima Berhad

PER: INGATAN BUAT MEDIA PRIMA.

Saya (Ketua Perusuh) ingin mengambil kesempatan ini menyeru pihak Media Prima Berhad (dan rangkaian-rangkaian sekutunya) supaya berhati-hati menyediakan laporan (terutamanya berita). Laporan-laporan yang berat sebelah dan tidak telus serta laporan yang menjurus kepada ketegangan kaum amatlah tidak diperlukan di Malaysia selama-lamanya. Ini kerana ianya boleh menyebabkan ketegangan kaum di Malaysia yang selama ini aman tenteram.

2. Jika Media Prima masih terus lagi mengeluarkan laporan yang menjuruskan kepada ketegangan kaum, saya dengan ini ingin menegaskan bahawa beberapa tindakan yang akan disebutkan dibawah ini mungkin/akan berlaku kepada Media Prima;

a) Pemulauan besar-besaran semua penerbitan Media Prima (cetak atau elektronik) dan sekutunya.
b) Saham milik Kumpulan Media Prima dan sekutunya akan diniagakan diparas yang terendah dalam sejarah Malaysia (mungkin akan digantung).

3. Jika Media Prima dan sekutunya bertindak balas dengan menyiarkan lebih banyak laporan yang boleh menyebabkan ketegangan kaum terutamanya membabitkan orang-orang Melayu dan Cina, maka tindakan yang lebih aggresif seperti yang akan disebutkan dibawah ini mungkin/akan berlaku kepada Media Prima dan sekutunya;

a) Sekatan akan dilakukan kepada semua jalinan pengedaran bahan bercetak terbitan Media Prima dan sekutunya.
b) Bahan bercetak terbitan Media Prima dan sekutunya akan dirampas dan dibakar dikhalayak ramai.

4. Oleh yang demikian saya ingin menasihatkan agar pihak pengurusan Media Prima dan sekutunya mengambil tindakan proaktif dalam membuat laporan yang tidak berbaur perkauman (semata-mata untuk kelangsungan “survival” Barisan Nasional dan UMNO). Jadikanlah syarikat anda sebuat syarikat yang bermaruah dan menggunapakai etika kewartawanan yang sejati. Jangan cabar Bangsa Malaysia sehingga mengambil tindakan yang drastik terhadap Media Prima. Sila ambil perhatian bahawa ini bukanlah satu ugutan mahupun hasutan dan sewajarnya warkah terbuka ini tidak diletakkan dibawah Akta Hasutan ataupun Kanun Keseksaan.

5. Saya dengan merendah diri ingin menasihatkan pengurusan Media Prima agar mengambil berat akan ingatan yang saya berikan ini kerana tindakan saya (kami) mungkin boleh menyebabkan Media Prima dan sekutunya pupus dari dunia perniagaan.

Sekian,

Berkhidmat Untuk Bangsa Malaysia dan Negara

Ketua Perusuh
Bekas Fellow Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa (ISIS)

2 Comments »

  1. Tak lama lagi akan disaksikan peperangan antara media prima dengan barisan rakyat, di situlah akan disaksikan pihak polis (kerajaan) meleraikan keadaan, berlakulah cabar mencabar antara pihak berkuasa dan perusuh-perusuh itu.

    Media prima akan mendapat bahan lagi, berita hangat dalam dan luar negeri, termasuklah media-media asing yang membuat liputan.

    Pihak peguam-peguam akan mengatur langkah untuk membebaskan mereka yang kena tangkap, dan pendakwa raya akan cuba melogikkan tangkapan itu, masing-masing nak menang.

    Tujuan asal nak baikot Media PRima, tetapi ego polis dicabar, ego rakyat dibakar, ego peguam yang membela dan mendakwa tunjuk tera, masing-masing ego sudah terluka dan dilukai. Tidak mahu kalah. maka senjata masing-masing ditunjuk.

    Semua bermula dengan rasa benci, benci BN benci PAS, benci DAP dan benci Pak Lah.

    Di situlah mereka menangis kehilangan Tun Mahathir, ego Tun Mahathir pun naik semula, dia sakti jantung dah baik, dia lupakan penindasan yang dibuat dahulu, dia lupa kerosakan bangsa dengan memecat anwar ibrahim.

    Ego anuar ibrahim naik lagi, apa lagi PKR sudah diterima bangsa-bangsa malaysia, kecuali orang-orang tua melayu di kampong-kampong.

    Yang dikedong keciciran, dikejar tak dapat. Ego Ego Ego. sementara yang beridiri atas pagar mula takut dan tak selesa tinggal di malaysia, tanah airnya sendiri, kurang selamat. kurang damai

  2. Sukatikaulah said,

    sukatikaulah…..buat lah apa-apa yang patut asalkan munasabah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: