10 March, 2008

Masihkah Terlena?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 6:35 am by Ketua Perusuh

Ramai rakan-rakan dalam dunia perniagaan rata-rata menghentam saya kerana kuat menyokong pembaharuan yang dibawa oleh Barisan Rakyat. Malah ada yang mencadangkan saya agar pada PRU13 mendaftar menjadi calon. Ketawa besar saya atas cadangan tersebut. Saya ingin tegaskan disini bahawa saya sama sekali tidak akan menjadi calon mana-mana parti dalam mana-mana pilihanraya sama ada kecil mahupun umum.

Berbalik kepada tajuk yang saya kemukakan diatas, nampaknya pihak Barisan Nasional (terutamanya calon-calon yang masih menang) masih lagi terlena dibuai mimpi yang panjang. Manakan tidak, sehingga kesaat ini mereka masih lagi terpinga-pinga mencari titik punca yang menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional kepada Barisan Rakyat sehinggakan kehilangan 4 negeri (1 Wilayah Persekutuan) dan nyaris-nyaris hilang beberapa lagi negeri seperti Negeri Sembilan dan Melaka.

Malah akhbar harian seperti Berita Harian dan lain-lain lagi (yang dikuasai oleh UMNO dan rakan sekutu mereka) nampaknya masih lagi tidak mahu mengambil iktibar atas apa yang berlaku malah menghangatkan suasana sehinggakan terserlah ke”bodoh”an wartawan dan para editor mereka. Nasihat saya kepada mereka ialah “Belajarlah Berpijak Di Bumi Yang Nyata”. Belajar-belajarlah dari wartawan internet mahupun dari penulis blog.

Pimpinan atasan Barisan Nasional rata-rata masih lagi tercari-cari apakah sebabnya yang telah mencetuskan “Tsunami Politik” yang sekarang ini telah melanda empat negeri dan satu wilayah persekutuan. Pelik sungguh rasanya melihat mereka tercari-cari sesuatu sedangkan semuanya telah terhidang didepan mata mereka sejak sekian lama. Adakah mata mereka telah dikaburkan oleh salahlaku, tumbuk rusuk atau maksiat yang selama ini terpalit dengan mereka. Mungkin juga Allah S.W.T telah menggelapkan hati nurani mereka untuk melihat cahaya.

Cahaya terang yang menunjukkan satu arah yang dikehendaki oleh sekalian rakyat marhaen tidak apa peringkat, usia mahupun bangsa. Bangsa Malaysia kini telah menolak Barisan Nasional dan beralih arah kepada Barisan Rakyat. Tidak mustahil jika Barisan Rakyat ini bersepakat dan menunjukkan sikap kepimpinan dan pentadbiran yang amanah, telus dan berhemat, maka pada PRU13 nanti pastinya mereka akan menguasai lebih banyak lagi kawasan (negeri) di Malaysia dan akhirnya boleh membentuk Kerajaan Malaysia yang baharu.

Jika Pimpinan Barisan Nasional dan para penyokongnya masih lagi terlena, kita (Bangsa Malaysia) biarkan sahaja mereka terus dibuai mimpi-mimpi. Jangan kita kejutkan mereka kerana jika mereka dikejutkan nanti mungkin mereka akan pengsan sekali lagi atau terus “JALAN @ PADAM”.

Kepada mereka-mereka (Pimpinan Barisan Nasional dan para penyokongnya) yang bersekongkol melakukan penipuan dalam pilihanraya kali ini, maka inilah balasan yang Allah S.W.T telah janjikan dimana Allah S.W.T sahaja yang sebaik-baik pembalas penipuan.

3 Comments »

  1. enter2explore said,

    hehe..biarlah mereka tidur..tidur selama-lamanya pun lagi baik!.

  2. JesseLabu said,

    Bro,
    Awat la kawan lu meniaga pakai orang BN? Wa pon ada kontrak gomen, tak guna BN atau DEB pon. Wa guna otak je. Sejauh ini OK dan dengan bangganya berjaya merampas satu biznes yang dipegang sekian lama oleh syarikat cina yang pengerusinya orang kuat BN. Kuncinya: percaya pada diri sendiri, jangan mula kasi rasuah (takkan cukup dan tak berkat), jangan henti membaca, jangan ajar pelanggan jolly (karaoke atau mummy son). Oleh itu ikut la cakap wa…GUNA OTAK. Jangan sesekali mengadap orang kuat BN mintak tolong. Dia akan kata YE..OK…BOLE, BERES, NO PROBLEM dan macam macam lagi. Sebenarnya dia tak buat apa apa pun. Bila kita dapat LA, dia hantar invoice. Kite ingat ye ye le dia organise, Macam sial. Hati hati kalau orang BN tu datok, lagi le kuat kautim. Sampaikan pesan aku pada kawan lu tu : GUNA OTAK/AKAI

  3. Gorafun said,

    Without NEP the malays will become poorer. The malays cannot compete with the chinese because every meterial have to be bought from the chinese. For a transparent and open contract the chinese can bit for a lower price then the malays beause raw materials can be bought cheaper by the chinese (from their own shop). In the end all goverment tenders will go to the chinese because the malays simply cannot compete with the chinese on raw materials.

    I think one way out for a transparent and open contract to be successful are as follows:

    1. 30% fo the goverment contracts must go to the malays (the tender should be open and transprant)
    1. 70% open for all races malay-chinese-indian-and others (the tender should be open and transprant)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: