9 March, 2008

Demi Sesungguhnya?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 5:10 am by Ketua Perusuh

Izinkan saya membuat sedikit ulasan hasil analisis saya terhadap kemenangan Barisan Rakyat (Alternatif) dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) yang telah selesai dijalankan semalam.

Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada semua calon-calon yang menang dalam PRU12 tanpa mengira mana-mana fahaman politik. Kepada yang kalah pula, anda dinasihatkan membuat bedah siasat (post-mortem) atas kekalahan anda. Tahniah juga saya ucapkan kepada Abdullah Ahmad Badawi (Barisan Nasional) kerana berjaya membentuk Kerajaan Malaysia sekali lagi walaupun tidak berjaya mengekalkan kelebihan 2/3 kerusi Parlimen. Kepada Negeri-Negeri Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor, tahniah juga kepada Barisan Rakyat (Alternatif) kerana berjaya membentuk Kerajaan Negeri dengan menang majoriti mudah.

Berbalik kepada analisis yang akan saya kemukakan ini, saya harap ianya akan menjadi muhasabah diri kepada semua yang terlibat dalam PRU12 ini dan juga sebagai panduan untuk meneruskan kepimpinan mereka.

1. Hasil dari maklumat risikan (agensi risikan tempatan) yang telah disalurkan kepada saya, saya dapati bahawa masih terdapat penggunaan pengundi hantu (yang disediakan oleh Barisan Nasional) di beberapa tempat terutamanya di pantai timur Semenanjung (Pahang, Terengganu dan Kelantan). Malah beberapa ribu pengundi hantu (semua kategori) telah berjaya membuang undi pada PRU12 tanpa masalah.

2. Penggunaan Undi POS nampaknya berjaya untuk menyelamatkan beberapa individu VVIP dari tersungkur dalam PRU12. Walaupun begitu, margin Undi POS ini telah berjaya dikekang dengan pertambahan undi dari penyokong Barisan Rakyat (Alternatif) dan undi bantahan dari beberapa penyokong Barisan Nasional.

3. Pengundi dikawasan luar bandar telah ditakut-takutkan akan bahaya jika Barisan Nasional gagal dalam PRU12 sehinggakan 80% daripada undi warga tua dan luar bandar telah kekal dalam Barisan Nasional. Perkara yang sama juga berlaku di Negeri Johor dimana banyak pihak telah dan masih lagi (sehingga ke saat ini) mencanangkan bahaya jika Negeri Johor jatuh ketangan Barisan Rakyat (Alternatif). Namun bagi kes di Johor, taburan wang ringgit dan bantuan menjadi antara fakkor utama yang menyebabkan Barisan Rakyat (Alternatif) gagal dalam mengekang kuasa Barisan Nasional.

3. Hasil risikan juga mendapati taburan wang yang banyak jumlahnya telah dikesan di beberapa tempat di Negeri Sembilan yang dijangkakan Barisan Rakyat berkemungkinan menang besar disana. Namun kawasan yang ditaburkan wang ini telah mendapat bilangan undi majoriti yang kurang dari sepatutnya.

4. 82% pengundi muda di kawasan bandar terutamanya di bandar-bandar besar telah membuat percaturan yang agak bagus dengan memberikan undi mereka kepada Barisan Rakyat yang mempamerkan calon-calon yang berwibawa terutamanya calon yang masih muda. Unsur-unsur bantahan juga dikesan pada pengundi-pengundi muda yang biasanya mengundi calon Barisan Rakyat pada sekitar 8%.

5. Kekalahan beberapa nama besar dalam Barisan Nasional (4 Menteri dan 10 Timbalan Menteri, 1 Ketua Menteri, 3 Menteri Besar) adalah disebabkan oleh kerana beberapa faktor iaitu;

a) Faktor salahguna kuasa yang amat berleluasa
b) Faktor rasuah
c) Faktor balas dendam (insiden dalaman parti)
d) Faktor calon (imej kurang bersih)
e) Faktor khabar angin

6. Kemenangan Barisan Nasional yang berjaya membentuk Kerajaan Malaysia dengan majoriti mudah hanyalah disebabkan oleh bantuan dari kerusi Parlimen dari Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) dan dengan ini adalah sewajarnya Kerajaan Barisan Nasional perlu memberi lebih banyak peluang kepada wakil rakyat dari Malaysia Timur menganggotai Kabinet. Jika ini tidak ditunaikan saya pasti menjelang PRU13 kita akan dapat lihat kedua-dua negeri ini akan beralih arah kepada Barisan Rakyat.

7. Kemenangan besar PAS di Kelantan sewajarnya tidak akan menyebabkan Pimpinan PAS tempatan menjadi besar kepala sehingga melupakan kepentingan rakyat. Malah percanggahan pendapat didalam parti perlu ditangani dengan rasional dan berhemah. Bibit-bibit balas dendam perlu dihumbankan ketepi oleh semua penyokong PAS di sana jika mereka mahu PAS kekal memerintah Kelantan pada PRU13.

8. Negeri Terengganu nampaknya masih lagi mahu mengekalkan kepimpinan Barisan Nasional dalam pentadbiran negeri. Namun begitu Idris Jusoh perlulah menzahirkan semua yang telah dicanangkan oleh beliau ketika berkempen dahulu. Jika tidak maka Barisan Nasional pasti akan kecundang di Terengganu pada PRU13. Beberapa kemudahan infrastruktur seperti perparitan, jambatan dan jalan raya perlu diperkemaskan dan diperbaiki serta diperbesarkan di Terengganu demi untuk kepentingan rakyat.

9. Kekalahan besar Barisan Nasional di Kuantan adalah disebabkan oleh kerana sikap terlalu yakin (over confident) yang ditonjolkan oleh para penyokong Barisan Nasional tempatan. Malah dibeberapa lokasi bilik gerakan didapati kosong pada setiap masa tanpa ada apa-apa aktiviti dilakukan. Peralihan pola pengundian juga memberi kesan lansung kepada kekalahan BN di Kuantan.

10. Jika kita ambil kira akan kesilapan yang dilakukan oleh banyak calon BN ketika proses penamaan calon tempohari kita pasti akan dapat lihat bahawa Barisan Rakyat (Alternatif) pastinya akan dapat mandat yang lebih besar. Antara kesilapan besar yang dilakukan oleh calon BN adalah seperti tidak menyediakan penyata kewangan pilihanraya yang telah lalu, tiada tandatangan pada borang pencalonan dan tiada duti setem hasil yang telah dimatikan. Namun dengan kerjasama (bantuan khas) oleh SPR telah memberi peluang kepada calon BN ini untuk bertanding.

11. Manifesto Barisan Nasional (BN) sebenarnya kurang difahami oleh rakyat jelata dan ianya penuh dengan angka-angka. Malah tiada perancangan khusus dan terbaik untuk rakyat menilai akan manifesto tersebut.

12. Calon-calon yang terpalit dengan pelbagai masalah peribadi, salahlaku dan pentadbiran masih lagi dikekalkan oleh Barisan Nasional sehinggakan telah memberi kesan lansung kepada pemilihan para pengundi. Malah calon-calon waris kepada pemimpin yang bermasalah telahpun ditonjolkan seperti anak kepada Chua Soi Lek dan menantu kepada Zakaria Mat Deros.

Setakat ini dahulu ulasan analisa PRU12 yang dapat saya sediakan. Namun akan menyusul nanti beberapa ulasan lain mengenai perkara yang sama.

Kepada Barisan Alternatif yang kini memegang kuasa di Kedah, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor sila jangan lakukan perkara-perkara yang akan saya sebutkan dibawah ini.

a. Pembahagian Jawatan dalam pentadbiran negeri perlulah disama-ratakan dan semua pihak yang memenangi kerusi Barisan Rakyat (Alternatif) diberikan peluang sama-sama terlibat didalam pentadbiran walaupun cuma mendapat satu kerusi sahaja.

b. Pemilihan Ketua Menteri atau Menteri Besar perlulah diambil daripada kumpulan yang memegang majoriti kerusi dinegeri tersebut namun hak-hak wakil rakyat yang lain perlu diberikan.

c. Para penyokong Barisan Rakyat (Alternatif) dinegeri-negeri tersebut perlulah dikawal emosi dan tindakan mereka demi untuk kelangsungan pentadbiran dimasa akan datang. Jika ianya tidak terkawal, tidak mustahil para pengundi akan membuat perubahan kembali pada PRU13.

d. Khazanah negeri perlulah ditadbir dengan sebaik mungkin dan tubuhkan satu unit (jawatankuasa) pemantauan projek-projek Kerajaan Negeri yang akan dijalankan. Perlu juga disediakan lebih banyak pusat khidmat masyarakat untuk membolehkan semua rakyat mendapat manfaatnya.

e. Barisan Rakyat (Alternatif) perlulah menunjukkan contoh yang terbaik dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana dengan ini ianya akan memberikan peluang besar kepada negeri-negeri lain yang belum dikuasai oleh Barisan Rakyat (Alternatif) menilai contoh yang ditonjolkan.

f. Untuk PAS di Kedah, saya ingin nasihatkan supaya para pemimpin mereka tidak terlalu besar kepala sehingga merasakan hanya mereka sahaja yang berhak memimpin negeri tersebut tanpa bantuan rakan-rakan lain dalam Barisan Rakyat (Alternafif). Jika tidak pastinya Barisan Nasional akan berjaya menyusupkan dakyah yang boleh menyebabkan PAS kecundang pada PRU13 nanti. Tolong juga kawal para penyokong anda. Khusus nasihat saya kepada Ustaz Azizan, tolong berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata pada para wartawan.

g. Begitu juga dengan pimpinan DAP di Pulau Pinang dan Perak. Sila berhati-hati ketika mengeluarkan pandangan dan ulasan kepada para wartawan. Anda juga tidak wajar mengenepikan pengaruh dan sokongan rakan-rakan lain dalam Barisan Rakyat (Alternatif) walaupun DAP tidak begitu baik dengan PAS. Namun undi yang DAP dapat masih banyak yang datangnya daripada penyokong PAS. Begitu juga sebaliknya.

h. Kepada pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor, jangan jadikan diri anda sama seperti pimpinan Barisan Nasional. Jangan lupa dan besar diri. Saudara Anwar Ibrahim tidak perlu dilantik menjadi Ahli Parlimen dengan mengosongkan mana-mana kerusi untuk beliau kerana tanpa kerusi Parlimen pun beliau masih boleh terus memberikan pimpinan dan hala tuju kepada Barisan Rakyat (Alternatif). Adalah lebih baik Saudara Anwar Ibrahim meneruskan tugasnya sebagai penasihat kepada gagasan Barisan Rakyat (Alternatif).

Kepada semua pimpinan Barisan Rakyat (Alternatif), sekarang adalah masanya yang terbaik untuk anda semua bersepakat menubuhkan satu gagasan atas nama Barisan Rakyat sebagai satu suara walaupun anda masih lagi bergerak sebagai parti komponen kepada Barisan Rakyat. Rakyat Malaysia yang mengundi anda memerlukan anda menubuhkan gagasan ini seberapa segera.

Demi Sesungguhnya, anda semua (Pimpinan Barisan Rakyat) adalah hamba kepada semua rakyat Malaysia. Setiap gerak geri anda diperhatikan, diperhalusi dan dinilai. Jangan khianati kepercayaan rakyat Malaysia.

16 Comments »

  1. dasuki_tmc said,

    apa yang pasti bahawa setiap perkara yang baik itu perlukan kerjasama dan sokongan yang mengarah kepada kebaikan bersama.
    oleh itu semua pihak mesti memikirkan perkara yang terbaik untuk dilaksanakan yang akan memberikan rasa tanggungjawab dalam setiap tindakan. rasa tanggungjawab itu perlu kerana setiap warga akan melaksanakan dengan tidak mensesiakan apa-apa idea dan perkara yang mendatangkan faedah untuk bersama marasainya.
    laksanakan tanggungjawab dengan lebih baik.
    lakukan perubahan kearah yang lebih baik nescaya semua pihak boleh menerima perkara tersebut.

  2. Happy Lah said,

    Johor tak ada bagi duit la. Tempat tertentu saja kot ?

    PAS kedah jangan sombong. Ingat sebahagian undi itu ialah undi protes bukan menyokong PAS. Wakil DAP/Bebas jangan dipinggirkan.

    DAP pun jangan sombong. Kau hentam PAS bermakna ko hentam Melayu. Wakil PAS P.Pinang lebih baik kalah dari di sisihkan oleh DAP.

    Presiden PAS pun jaga la mulut tu. Baru menang Kedah sudah keluar negara islam, hudud la.

    DAP dgn PAS kalau buang pemimpin atas ada harapan boleh berkerjasama. Ini keduanya degil. Kapal Singh anak beranak bertanding apa hal ?

    Kalau PKR/DAP/PAS berkerja sama menarik MCA/MIC/selain umno mereka boleh membentu kerajaan campuran.

  3. bulya nazim said,

    Saya amat bersetuju dengan ulasan dan pandangan-pandangan diatas. Sesungguhnya nikmat kejayaan kurniaan Allah ini membuatkan kita lebih insaf dan muhasabah diri. Perjuangan sebenarnya baru bermula dimana perjuangan itu memerlukan pengorbanan yang besar dan berpanjangan.

    Contohilah sikap dan disiplin yang ditunjukkan TG Nik Abdul Aziz yang sentiasa merendah diri dan ikhlas dalam perjuanganya lagi konsistan.

    Kepada DS Anwar, saya bersetuju supaya dia terus berperanan sebagai de fakto, yang perlu diutamakan adalah berusaha mengajak kawan-kawan lama menyertai BA bagi membentuk KERAJAAN BA yang lebih telus dan dinamik.

    BENTUKLAH NEGARA MALAYSIA YANG TAMADUNAN DAN BEBAS DARI KEJAHILAN, RASUAH DAN SALAH URUS KEKAYAAN NEGARA.

  4. Rosmin NS said,

    Pandangan yang diberikan Ketua Perusuh dll ada kebenarannya.Sebagai penyokong Barisan Rakyat di akar umbi , saya ingin memberikan pandangan , bukannya nak mengajar.Saya berharap DS Anwar mula mengorak langkah untuk membentuk satu pakatan yang lebih berkesan seperti :
    1. Membentuk Barisan Rakyat (BR ), bukan lagi Barisan Alternatif (BA) yang terdiri drpd. PKR , PAS , DAP dll. untuk menggantikan Barisan Nasional untuk memerintah Malaysia.Lihat contoh seperti di USA . Ada dua gagasan yang besar Parti Republikan & Demokrat.
    2. DS Anwar diharap berperanan menasihatkan pemimpin PAS , DAP dan PKR.Contoh di Kedah, baru sahaja angkat sumpah PAS nak jalankan hukum hudud.Sekarang masa yang paling tak sesuai DS Tuan Guru Haji Hadi menyebut tentang hudud dalam keadaan orang melayu dan bukan melayu yang masih tidak faham mengenai hukum hudud.Tolong nasihatkan DS Tuan Guru Haji Hadi !Kenyataan itu sebenarnya boleh memecahkan pakatan yang hendak dibina.Sepatutnya PAS Kedah menumpukan dahulu bagaimana nak memantapkan pakatan dalam Barisan Rakyat dan apakah perancangan kemajuan untuk rakyat Kedah.Awal-awal lagi PAS telah tersilap langkah!Jangan ulangi kesilapan lalu seperti yang berlaku di Terengganu.Kesilapan ini mungkin menyebabkan rakyat akan mengundi BN untuk PRU13 akan datang..
    3. DS Anwar menekankan usaha-usaha menyusun kembali kekuatan Barisan Rakyat diperingkat akar umbi dalam tempoh 4 tahun ini sebelum PRU13 nanti dengan menubuh dan memperkasakan cawangan komponen BR diperingkat cawangan , bahagian dan pusat.
    4. DS Anwar menekan usaha-usaha memperbanyakan program-program kebajikan rakyat peringkat akar umbi seperti program pembasmian kemiskinan, program sukan , kebudayaan dan lain-lain untuk mendekatkan rakyat kepada BR menjadi Harapan Baru untuk rakyat . Program ini dapat meyakinkan rakyat bahawa BR mampu menggantikan BN disamping dapat menyakinkan rakyat bahawa BR bukanlah pengganas , orang jahat , menjual negara seperti yang diwar-warkan oleh media BN.
    5. DS Anwar mestilah memastikan kerajaan negeri yang diperintah BR sentiasa telus , jujur dan amanah.Ini adalah peluang yang diberikan oleh rakyat.Sekiranya BR gagal membuktikannya dan memerintah sama seperti BN memerintah , saya yakin dalam PRU 13 nanti BR akan kalah teruk dan akan berkubur selama-lamanya.Ingat .. BN tidak akan duduk diam.BN akan menggunakan segala peralatan kerajaan seperti media massa , jabatan kerajaan dll untuk memburukan kerajaan BR.Percayalah BN akan menubuhkan “kerajaan dalam kerajaan ” di setiap negeri di bawah BR seperti Jabatan Kemajuan , Jabatan Pembangunan dll di bawah Kerajaan Pusat.
    Terimakasih DS Anwar.

  5. Hang Tuah said,

    Sdr/sdi sekelian

    Proses demokrasi telah berjalan dgn baik sekali dimana suara rakyat lebih berkuasa dari wang ringgit. BN awal-awal lagi terlalu confident kerana pemimpin mereka ditaburkan dengan wang dan kuasa lalu mereka menganggap rakyat akan terus memberi mandat kepada mereka. Inilah pengajaran nya. Bukan itu saja, kita lihat media massa masih memulaukan kemenangan BA walaupun Kelantan, Kedah, P.Pinang, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan 6 negeri dalam Malaysia menguasai dan menubuhkan kerajaan. Mengapa media massa di Malaysia tidak seperti negara maju? Apa faedahnya mereka bersikap berat sebelah? Bagaimana nanti semua pejabat media ni di suruh pindah semuanya dari Selangor/WP ke Melaka saja? Kepada BA ini satu ingatan. Kemenangan ini bukan kemenangan total kerana sokongan rakyat kepada anda. Orang UMNO ramai yang tidak keluar mengundi. Kalau keluar pun mereka membuat undi protes kerana kegagalan pentadbiran Pak Lah yang di lihat satu masa dulu sbg Mr Clean sebenarnya sangat lemah dan mengamalkan kronisma, nepotisma dll. Satu berita lagi mengatakan, apa saja surat yang di bawa kepadanya oleh KJ/Kamal dia terus sign dan tak ada bantahan. Pengundi muda terutama siswazah menganggur kira2 100,000 org telah bertindak membantu kemenangan BA di WP dan Selangor. Begitu juga 1juta kakitangan yang hampa kerana kegagalan kerajaan Pak Lah memberikan bonos dan honororiun. Ratusan ribu pesara kerajaan yang tak cukup makan kerana pelbagai kenaikan harga barang juga telah mengubah sokongan mereka. Pak Lah sudah menubuhkan kerajaan, jadi diharap jalankan segera kerja dengan bersih cekap dan amanah dan buang segera penasehat-penasehat dan bawa ahli-ahli ekonomi, tokoh agama dan ahli falsafah yang tidak mengampu jadi pemikir. Hubungilah saya jika mau mendapat pandangan insyaAllah.

  6. mutiara"' said,

    Assalamualaikum & Salam sejahtera,
    Salam perjuangan untuk semua,

    Setelah di kejutkan dengan kemenangan Besar Menawan di 5 Negeri oleh BA(Kedah(PAS),P.Pinang(DAP), Perak(PAS), Selangor(PKR) dan kekal Pas Kelantan) Kini, gelombang rakyat ke PRU-12 sudah di ketahui dan diharungi bahawa kuasa Demokrasi itu di tangan Rakyat sendiri. Semua pihak harus menerima dengan hati yang terbuka dan Pasrah dengan Kudrat dari Allah Taala, Yang Maha Esa,Tuhan sekelian Alam.

    Kemenangan di 4 negeri ini bermakna rakyat mahukan pembaharuan dari Kerajaan Lama Pusat(BN). Bukan bermakna rakyat tidak sayangkan Kerajaan Malaysia, tetapi perubahan yang lebih konsentif perlulah di atur dan difikir serta ditimbang oleh pihak Kerajaan(BN am-nya) kepada rakyat untuk terus hidup dengan lebih aman dan makmur.

    Jadi, kepada kerusi pembangkang di setiap negeri, aturlah pelaksanaan dan perancangan anda untuk rakyat supaya tidak timbul tuduh menuduh, templak-menemplak dan cakap-cakap dari pentadbiran sendiri. Sila Jelas dan Penuhi Menifesto yang Anda(BA) katakan, Anda(BA) ceritakan, Anda(BA) pengaruhi minda rakyat agar rakyat tidak akan berpaling tadah seperti Kerajaan Lama Pusat(BN) yang berjanji sebegini rupa ketika sidang PRU-PRU yang lepas.

    Rakyat kini kian sedar gelombang pada PRU-12 ini akan lebih manis lagi dengan adanya sokongan dan kerjasama dari semua bangsa di Malaysia.

    Kepada para kerusi Pembangkang di setiap negeri, sila mainkan peranan yang lebih Proaktif dan Bekerja kuat untuk rakyat, bagi mengecapi kemakmuran dan kesederhanaan hidup di Malaysia ini.

    Isu-isu jalanan yang lepas-lepas, kiranya dapatlah di hentikan. Anda(BA) sudah dapat kerusi anda di Parlimen dan Negeri. Bersuaralah untuk rakyat, supaya rakyat dapat berkongsi sama adil, sama rata, tidak di tindas dan menindas, serta pulihkan hak-hak rakyat di setiap negeri.

    Kami rakyat, memberi peluang pada Anda(BA) mengubah dasar Kerajaan Pusat Lama(BN) supaya beringat dan mempelajari kesilapan dan ketelanjuran pada PRU-PRU yang lepas.

    Kepada Anda(BA) jangan lah cepat melatah dengan kemenangan ini, dan jangan terlampau extreme dengan apa yang berlaku. Tunaikan janji-janji yang rakyat penuhi, berikan apa yang rakyat mahu supaya Anda(BA) akan kami adili nanti pada PRU-13 nanti.

    Kami mahukan kebebasan, di mana tidak akan ada lagi komplot, kronisme, klick-klick yang menguasai hasil anak negeri, tidak kiralah dari bangsa apa sekalipun. Berilah sama rata, seperti mana Kerajaan Brunei Darul Sallam. Semua rakyat menerima hasil dan rezeki sama rata, saksama.

    Kepada KM P.Pinang Saudara Lim Guan Eng(DAP), pertimbangkan dan beri kerjasama kepada anak bumi p.pinang yang asalnya dari kaum melayu, melayu mamak yang hampir terpinggir dan di tindas serta di perah ketika PRU yang lepas-lepas supaya sama-sama berkongsi hidup dengan kaum cina. Kami harap, hak-hak kami kaum melayu dipertahankan seperti mana Anda(KM P.Pinang) mempertahankan kaum n masyarakat cina. dan tidak lupa juga pada masyarakat kaum india yang sama-sama mencari makan di bumi mutiara. Diharap anda dapat memberi perhatian di semua pihak, kami tak mahu dipinggirkan lagi oleh Kerajaan Pusat Lama(BN). Ini lah suara kami, bagi memulihkan Demokrasi terlaksana dengan aman dan sejahtera.

    Kepada MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak(PAS), jangan lah kabinet, penyokong-penyokong dan pengikut-pengikut Ustaz di dalam BA terlampau extreme hingga menekan rakyat seperti Pelaksanaan hukum hudud yang mana boleh menakutkan semua masyarakat. Di harap Ustaz memberi peluang supaya rakyat berubah. Ikutlah contoh seperti Negeri Kelantan Serambbi Mekkah, bagaimana Tuan Guru Nik Aziz menguasai dan mengekalkan Kerajaan di Kelantan. Ustaz dan ahli kebinet ambillah peluang ini untuk menggayakan dasar-dasar pelaksanaan Islam di sana yang mana tidak akan menekan atau memberi krisis kepada rakyat am-nya. Di samping itu, Ustaz bawalah pembaharuan bagi rakyat untuk kami adili pada PRU-13 nanti. Ini Harapan,Azam dan Matlamat kami untuk Negeri Kedah Darul Aman.

    Dan, tahniah juga buat semua calon BA yang memenangi dan menyandang kerusi di parlimen dan negeri. Buatlah pembaharuan yang akan men”selesa”kan rakyat dan masyarakat supaya Negara Malaysia kekal dengan keamanan dan kesejahteraan.

    – ***mutiara, kedah-p.pinang

  7. Peluit said,

    Mentadbir negara memerlukan dana yang besar. Menguruskan kewangan negara memerlukan pengalaman yang bukan calang-calang. Ambillah peluang yang diberikan oleh rakyat kepada BA@BR berkuasa di 6 negeri ini (Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, W Persekutan & P Pinang) untuk mematangkan pentadbiran & tindakan.

    Kelantan yang telah lama mentadbir negerinya seharusnya menjadi contoh pentadbiran & tindakan BA. Telah tiba masanya BA mengekang politik ala Umno@BN yang kononnya membazir, perasuah, tidak telus & perbagai salahguna kuasa.

    Rakyat sendiri perlulah sedar, BA bukanlah parti bangsawan seperti BN yang rata-rata kaya raya setelah 50 tahun mentadbir negara. Bayangkan 50 tahun BN menarik pelabur ke Malaysia, 50 tahun bergelumang dengan projek mega, 50 tahun mengumpul harta negara; pastinya BN memang kukuh kewangan dalam pentadbiran mereka. Memang pasti, jika tidak bagaimana mereka mampu punyai komisyen sampai ratusan juta RM seperti yang didakwa DS Anwar.

    BA baru buka pejabat majlis daerah & perlukan masa untuk mengenal apa itu khidmat buat rakyat yang memang tersepit kini. Sebagai satu contoh, mampukah BA mengekang kenaikan harga minyak bilamana semua tahu BN masih menjadi pemerintah negara. Membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Apakah keadaan parlimen kita; apakah mahu berbaling kerusi untuk menghalang BN yang PMnya masih Pak Lah supaya jangan menaik harga minyak. Mampukah BA mengekang keasyikan BN dalam bab naik menaik segala ini.

    Rakyat tengah menunggu kesempurnaan BA. BN pula tentunya mencari jalan agar kepercayaan rakyat akan terhakis dalam mainan politik untuk mendera BA. Apatah lagi bajet masih di tangan mereka. Egonya dia. Harapan kami tentunya jangan sampai gajah gajah geladangan ini bergaduh rakyat yang kononnya pelanduk@kancil cerdik mati tersepit.

    Bila Peluit ke pasar malam terdengar makcik di pasar malam bersungut; “BA ke menang BN ke menang kita macam ini juga iyer Joyah” Hujan tak berhenti ketika itu. Makcik Joyah masih termenung melihat balang air batunya masih penuh.

  8. Saladin said,

    Saya cadangkan BA menukarkan title YANG BERHORMAT kepada YANG BERKHIDMAT.Untuk MB/KM tak perlu title YAB pakai YB cukup .Kita pasti tak mahu Yang Berhormat bertukar kepada Yang Tidak Berhormat selepas
    di pilih rakyat.

  9. PENGHULU DAHLIA said,

    Alhamdulliliah Allah jua yang mengerakkan hati pengundi dan menyahut Doa Tn Guru Nik Aziz dan rakyat yang Cintakan Agama. BR haruslah tunjukkan contoh tauladan terpuji didalam mentadbirkan negeri-negeri yang telah dimenangi supaya ianya akan menjadi ikutan pada negeri-negeri lain kelak. Ujudkan sifat toleransi dan adil dan jadikanlah iktibar diatas kepincangan kepimpinan BN yang semakin hancur. Janganlah terlalu extreme dan kalut didalam mengujudkan Hukum Hudud. Tn Guru Hj Hadi harus lebih lembut didalam menyentuh soal Hukum Islam ini. Mungkin ramai umat Islam yang tidak faham apatah lagi yang bukan Islam. Sampaikanlah dengan cara yang lembut dan berperingkat-peringkat. Ingat….Ingat… Ingat….Kejatuhan Kerajaan PAS Terengganu dan tidak popularnya PAS pada PRU 11yangb lalu adalah disebabkan ISU MENGUJUDKAN NEGARA ISLAM. Kaum bukan Islam menjadi takut dan PAS kalah teruk. Perlu diingat negeri-negeri dibawah pemerintahan PAS mempunyai peratusan kaum bukan Islam yang tinggi. Jangan sampai BN mengunakan isu ini untuk melaga-lagakan kita. ALLahuAkhbar

  10. x-army said,

    salam perjuangan…terlebih dahulu Tahnian n Syabas buat 5 negeri yg kini mempunyai MB dari BA…sememangnya ada kebenaran dan logiknya apa yg diperkatakan oleh rakan2 diatas…BA jgn terlalu GELOJOH dalam mentadbir negeri2 yg dimenangi..jangan jadi pisang berbuah 2 kali seperti Terengganu…Ingat…Ingat…Ingat…negeri2 anda ada pelbagai kaum dan agama…wallahhu a’qlam

  11. frmad said,

    Conglatulation! both of your blog, and this post are high ranked in
    “The top blogs of the day” report

  12. enter2explore said,

    komen dan pandangan dari saudara semua memang bagus2 belaka..harap ianya dapat perhatian dari bakal pemimpin BR kita..takbirr!

  13. anego said,

    Saya cuma berharap, lontaran hati rakyat yang telah bersuara tidak disia-siakan seadanya. Insya Allah.

  14. Malaymind said,

    Nampaknya banyak nasihat2 yang telah diberikan. Baguslah. Kita semua perlu menerima kemenangan dengan hati yang merendah diri.

    Jangan dihalang hudud tu, itu mmg perkara wajib. Berdosa la kalau ada kuasa dan tak melaksanakan hudud —->> ulang balik kata – kata penceramah PAS saja heheh

  15. kancil bulat said,

    sungguh bernas komen2 yang telah dilontarkan. saya harap YB yang baru dilantik bermasa untuk meneliti laman blog sebegini.

    PRU12 dan keputusan mengejut yang mengkorinya adalah kehendak Allah jua. semua yang terpilih tak kira YB parti BR ke parti BN mestilah menjalankan manifesto dan janji2 semasa kempen pilihanraya lalu.

    Peluang yang sangat baik bagi YB dari parti BR, inilah masanya untuk membuktikan kepada rakyat (sama ada mengundi anda @ mengundi BN) bahawa anda semua yg terpilih sememangnya layak terpilih mewakili kami sekalian hamba rakyat. Tunjukkan komitmen anda ke arah kebajikan rakyat 100% atau nantikan pusingan u-turn rakyat pada PRU13 nanti.

    Saya cukup yakin akan calon2 yang terpilih daripada BR, akan membuktikan bahawa dakyah2 daripada BN dan segala sumbernya adalah salah dan tidak berasas sama sekali. Sehubungan itu, kaloberasi antara parti2 DAP, PAS dan Keadilan perlu diperkukuhkan dan dinyatakan secara jelas, bukan sekadar electoral pact semata2

    Dengan kaloberasi yang baik akan menjadikan usaha menawan dan meyakinkan hati rakyat (walaupun yang tidak cenderang dengan BR dalam PRU12) bahawa BR adalah alternatif yang kukuh menandingi BN

    BA telah ada pengalaman memerintah Kelantan dan Terengganu, gunkan pengalaman itu untuk menerajui negeri2 yang baru itu dengan sebaik2nya..

    TAkbiRRR!! Allahu AKbarr!!

  16. mutiara"' said,

    Saudara Malaymind yang di hormati,
    Kita bukan menetang pelaksanaan Hudud, cuma takut bila dilaksanakan masyarakat bukan Islam akan takut dengan dakyah2 kerakusan mereka akan terjejas spt kedai minuman arak di hapuskan, kedai ekor akan dimansuhkan, dan segala hal bertentangan dengan Agama Islam dilenyapkan.

    Kita sekarang berdepan dengan masyakat majmur yang kepelbagaian kaum.

    diharapkan, usaha dari BR akan lebih memantapkan sesuatu pelaksanaan pentadbiran bagi men”selesa”kan rakyat.

    ***mutiara”‘,kedah-penang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: