6 March, 2008

Siapa Punya Angkara?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:57 pm by Ketua Perusuh

Akibat dari terlalu kuat menonton drama dan filem, mungkin sebahagian kita mudah terpengaruh dengan watak-watak dan jalan cerita yang dipaparkan. Sebagai contoh, jika seseorang penjenayah rajin menonton drama-drama seperti NCIS, CSI, LA LAW, GERAK KHAS, dan sebagainya, mungkin ianya akan memberikan kesan secara lansung kepada dirinya. Ianya akan juga membantu beliau dalam memastikan setiap jenayah yang dilakukan tidak akan dapat dikesan ataupun boleh lepas dari tindakan atas sebab-sebab teknikal dan sebagainya.

Begitu juga ahli politik yang rajin menonton filem atau drama HINDI dan TAMIL yang banyak memaparkan isu-isu berkaitan dengan politik dan penyelesaian kepada masalah yang ditimbulkan oleh musuh politik mereka. Kalau dulu kita jarang sekali mendengar berita berlakunya ugutan serta tindakan jenayah dilakukan kepada ahli politik (kita lupakan saja darihal kes Mokhtar Hashim yang didapati membunuh Mohd Taha Talib Speaker DUN Negeri Sembilan) namun kini ianya menjadi igauan semua.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, saya ingin mempersoalkan beberapa insiden yang berlaku kepada dua orang manusia yang mendapat petaka dalam tempoh 3 hari sebelum hari pembuangan undi.

Manusia pertama yang menerima petaka adalah Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman dimana rumahnya telah disimbah dengan cat merah. Umum biasanya mengetahui bahawa jika seseorang itu mempunyai masalah dengan mana-mana kongsi gelap (underworld) dan ceti haram (Ah Loong), maka tentunya orang itu akan menerima petaka seperti simbahan cat merah atau premis serta kenderaan orang itu akan dilukis dengan simbol tertentu dengan warna merah.

Namun Pengerusi SPR dengan lantang berhujah mengatakan bahawa beliau menjangkakan ianya dilakukan oleh puak-puak yang tidak puas hati dengan pembatalan penggunaan dakwat kekal pada jari semasa Pilihanraya Umum Ke-12 ini. Beliau dengan amat mudahnya menuding jari menuduh parti pembangkang dan penyokong parti pembangkang terlibat menyimbah cat merah ke kediaman beliau. Wartawan Media Separuh Masak (MSM – Main Stream Media) pula dengan cepat memainkan isu ini dan terus-menerus menjatuhkan hukuman kepada semua parti pembangkang.

Ini secara lansung membuktikan bahawa ada pihak sebenarnya yang untung dalam petaka yang diterima oleh Abdul Rashid Abdul Rahman ini. Oleh itu kita semua (warga Malaysia yang berakal) boleh menilai insiden yang berlaku dan mengagak bagaimana ianya berlaku dan siapa disebalik angkara ini. Salah satu teknik yang selalunya Barisan Nasional gunakan pada setiap kali pilihanraya adalah dengan mengadaptasikan teknik “The Art Of Diversion” dalam membuat “SPIN OFF” yang akhirnya menguntungkan mereka bilamana para pengundi yang kurang bijak akan terpengaruh dengan teknik yang digunapakai.

Persoalannya sekarang ini, adakah ianya memang sengaja dilakukan oleh Barisan Nasional (Parti Pemerintah Yang Korup) demi untuk melaksanakan agenda mereka dalam mendapat beberapa undi atas pagar? Tentunya besar kemungkinan ini berlaku dan ianya biasa dilakukan dan bukan sekali ianya pernah berlaku.

Petaka kedua pula adalah lebih ekstrem bilamana kononnya berlaku satu insiden tembakan yang tersasar kepada Azeez Abdul Rahim, calon BN bagi Parlimen Baling semalam. Isu ini memang mengejutkan dan boleh kita pertikaikan. Apa yang cuba ditunjukkan disini adalah para pembangkang sanggup melakukan satu jenayah besar dalam cubaan untuk mendapatkan kerusi Parlimen tersebut. Apa yang pasti selalunya kes tembakan ini berlaku atas dua sebab sahaja iaitu,

Yang pertama sasaran yang cuba/telah ditembak sememangnya mempunyai masalah dengan kongsi gelap (underworld). Pihak kongsi gelap memang dikenalpasti sanggup melakukan jenayah sebegini dan tiada masalah mendapatkan pembunuh upahan dalam melakukan kerja tersebut. Biasanya sasaran yang ditembak sedar akan masalah beliau dengan kongsi gelap namun malu untuk menyatakan masalah yang sebenarnya kepada pihak polis jika terselamat dari tembakan. Namun yang pasti, seorang pembunuh upahan biasanya dalam menyelesaikan tugasannya tanpa masalah dan sasaran biasanya akan terbunuh. Tetapi jika sasaran tidak terbunuh dan tembakan tersasar, maka tentulah ianya sekadar untuk mengingatkan sasaran akan masalah beliau.

Atau yang keduanya adalah disebabkan sasaran (mangsa) cuba melakukan teknik “The Art Of Diversion” dalam meraih sokongan terhadap dirinya. Biasanya ianya dilakukan oleh ahli politik demi untuk memastikan kesinambungan politik mereka. Dalam isu Azeez Abdul Rahim ini saya dapat mengesan bahawa tindakan tembakan yang tersasar ini segaja dilakukan demi untuk mengekalkan pengaruhnya dan mendapat simpati para pengundi dikawasannya. Pembunuh upahan biasanya dapat membunuh sasaran mereka dengan mudah dan tepat malah jarang sekali kita dengar pembunuh upahan gagal dalam menyelesaikan tugasan mereka.

Oleh itu kesimpulan yang saya dapat buat ialah kedua-dua insiden ini sememangnya didalangi oleh individu tertentu demi untuk memastikan bahawa sokongan para pengundi berpihak kepada mereka. Malah hasil dari tinjauan segera yang saya lakukan dengan dibantu oleh unit risikan tempatan membuktikan bahawa kedua-dua insiden yang berlaku ini tidak lebih dari cubaan untuk membuat “The Art Of Diversion”. Kita semua jangan terkejut jika hari ini (Jumaat dan Sabtu) akan berlaku beberapa insiden lagi yang dijangka dilakukan demi untuk memastikan mood para pengundi beralih kepada kepimpinan Barisan Nasional.

Kepada semua penyokong parti-parti pembangkang, saya nasihatkan bahawa anda semua patut berhati-hati dan tidak sesekali terpengaruh dengan “The Art Of Diversion” yang sedang giat dilaksanakan oleh Barisan Nasional demi untuk mereka mengekalkan kuasa pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12).

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan lama saya didalam unit risikan tempatan (tidak perlu saya dedahkan) yang menyalurkan maklumat risikan kepada saya. Semoga Allah S.W.T mengambilkira dan memberikan pahala kepada anda semua atas jasa baik yang anda lakukan.

Nasihat saya kepada semua para pengundi;

UBAHLAH SEBELUM PARAH,
INGAT BAHAWA UNDI ANDA AKAN DITANYAI DIAKHIRAT KELAK,

BARANGSIAPA YANG MASIH LAGI MENGUNDI BARISAN NASIONAL, JIKA ANDA TIDAK MALU KEPADA TUHAN, MAKA PALING KURANG MALULAH KEPADA MANUSIA.

1 Comment »

  1. MakLaN said,

    Aku kalau ngundi nanTi nak pilih pemimpin yang taat kepada Allah dan mendasari pemerintahan dengan hukumNya. Tapi tunggu cukup umor la..🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: