26 February, 2008

Banyaknya Duit Mereka?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:49 am by Ketua Perusuh

Sehari sebelum penamaan calon, saya menjengah satu negeri “HotSpot” di pantai timur Malaysia. Dari pemerhatian saya terdapat terlalu banyak poster, “banner pvc”, papan iklan bersaiz “billboard” yang memaparkan imej Barisan Nasional atau UMNO. Malah boleh dikatakan disetiap penjuru negeri terpapar dengan jelas imej Barisan Nasional atau UMNO.

Tidak dinafikan semua ini memerlukan kos yang amat tinggi. Memanglah calon pilihanraya dibenarkan menggunakan sehingga RM100 ribu untuk kos pilihanraya termasuklah promosi dan sebagainya, namun dengan senario yang ada terpapar, saya pasti nilai ini jauh lebih kecil berbanding dengan kos keseluruhan promosi Barisan Nasional/UMNO disini.

Saya sedia maklum bahawa memang terdapat beberapa promosi yang dilakukan dibiayai oleh orang korporat yang sebelum ini mendapat laba hasil dari keakraban dengan pimpinan UMNO/Barisan Nasional. Namun tentunya dengan bantuan promosi yang bertahap mega ini, tentunya ada timbal balik sekiranya calon UMNO/Barisan Nasional ini menang dalam pilihanraya umum ke-12 kali ini. Pastinya kontrak kerajaan (dari segenap cabang instrumen kerajaan) akan disalurkan (dihadiahkan) kepada pembiaya korporat tersebut.

Malah tentulah semua ini berpunca dari satu perkara sahaja iaitu RASUAH (Tumbuk Rusuk). Tidak ada seorang ahli korporat pun yang bodoh melabur (membiayai sesuatu projek @ iklan promosi) jika tiada habuan kepada mereka. Dan tentu habuannya kali ini bernilai berpuluh-puluh kali ganda.

Seperkara lagi, Najib Tun Razak telah menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia (Pimpinan Barisan Nasional) tidak akan menaikkan harga minyak jika Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini. Tetapi bolehkah anda dan saya percaya mengenai kata-kata ini. Jika Abdullah Ahmad Badawi pun boleh menipu, maka tentulah Najib Tun Razak pun boleh sahaja menipu. Apalah yang perlu kita hairankan jika Najib Tun Razak menipu sedangkan sememangnya beliau amat kerap menipu.

Kata-kata Najib Tun Razak mengenai tiada kenaikan harga minyak selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini dilihat seperti kata-kata beliau yang mengatakan bahawa beliau tidak mengenai Altantuya Shaaribuu. Malah boleh dikatakan ianya cuma penyedap bicara sewaktu pilihanraya sahaja. Yang pastinya kita semua sudah menjangkakan akan kenaikan harga bahan bakar tersebut dilakukan seawal April 2008. Mana tidaknya, harga pasaran semasa bagi minyak mentah adalah melebihi USD$100 setong.

Bagi yang memang pasti akan mengundi Barisan Nasional, anda tidak berhak sama sekali merungut mengenai kenaikan kos sara hidup dan barangan keperluan kerana anda memang berhajat membenarkan Barisan Nasional menaikkan kadar harga minyak (bahan bakar). Jadi anda memang tidak berhak langsung.

Siapakah yang untung jika berlaku kenaikan harga minyak dipasaran? Tentunya yang akan untung adalah ahli korporat yang rapat dengan pimpinan Barisan Nasional kerana mereka telah banyak melabur untuk memastikan Barisan Nasional mengekalkan kuasa. Tentunya para pengeluar tenaga elektrik bebas (IPP) akan mendapat untung yang lebih besar kerana menikmati harga gas (bahan bakar) yang disubsidi lebih tinggi dari yang didapati oleh orang awam. Siapakah pemunya IPP ini? Tentunya anda boleh tahu jika anda membuat sedikit carian pada pangkalan data awam dan Internet.

Sebelum saya terlupa izinkan saya mengingatkan anda semua bahawa jika Khairy Jamaluddin menang dalam pilihanraya umum ke-12 ini, maka sudah pasti Khairy Jamaluddin akan menjawat jawatan sama ada Menteri Pelajaran ataupun Menteri Belia Dan Sukan. Umum mengetahui bahawa Khairy Jamaluddin amat suka akan sukan, namun jika beliau mahu melebarkan sayapnya di ambang kuasa, tentunya beliau amat suka menjadi Menteri Pelajaran.

Jangan terkejut jika Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Pelajaran yang akan membawa masuk beberapa idea, pandangan dan “silibus” dari Singapura. Malah seperti dijangkakan segala kos untuk Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau khabarnya dibiayai oleh Temasek Group melalui beberapa proksi mereka. Setakat RM100 ribu bukanlah satu nilai yang besar kepada Khairy Jamaluddin dan dijangkakan penduduk (pengundi) di Parlimen Rembau akan ditaburkan dengan wang yang tidak terkira dalam pilihanraya kali ini.

Akhir kata, terlalu banyak wang yang ditaburkan oleh Barisan Nasional di dalam pilihanraya kali ini dan dari mana mereka memperolehi wang yang teramat banyak ini. Cuba anda siasat. “Let Follow The Money Trail”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: