22 February, 2008

Modal Insan?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:45 pm by Ketua Perusuh

Bukan main gah lagi Barisan Nasional mencanangkan agenda pembangunan modal insan setiap kali mengadakan ceramah, rapat umum mahupun siaraya terbuka dan tertutup. Semenjak Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia, inilah satu mantra (isim) yang selalu berada dibibirnya setiap kali berbicara.

Malah boleh dikatakan para pengikut Abdullah Ahmad Badawi (di dalam Barisan Nasional) senantiasa berusaha untuk menunjukkan modal insan. Namun apakah sebenarnya modal insan yang dicanangkan oleh Abdullah Ahmad Badawi tersebut mampu membentuk para pemimpin Barisan Nasional yang muluk sahsiahnya. Terdapat ramai pemimpin Barisan Nasional yang kecoh mencanangkan konsep modal insan namun diri mereka terpalit dengan onar, buruk sahsiah dan tingkah laku.

Sebagai contoh, dikala Abdullah Ahmad Badawi menaja konsep Modal Insan, kita dapat lihat dan dengar beberapa pemimpin Barisan Nasional yang terlibat dengan gejala rasuah, ugut, maksiat dan salah guna kuasa. Malah Abdullah Ahmad Badawi sendiri juga tidak terlepas daripada gagal menerapkan modal insan kepada dirinya sendiri.

Antara contoh-contoh utama kegagalan modal insan yang diwarwarkan oleh Abdullah Ahmad Badawi terlihat daripada senarai dibawah ini. Semua ini adalah contoh kurangnya sahsiah pada pemimpin yang sedang kecoh mempromosikan konsep modal insan;

1. Abdul Azeez Abdul Rahim (Ketua Putera UMNO dan Mat Rempit) telah ditangkap kerana terlibat dengan gejala maksiat di Hotel Holiday Villa Subang, namun dengan kerjasama pihak polis beliau dapat meloloskan diri daripada ditahan. Beliau juga telah ditangkap khalwat namun dapat menyelesaikannya dengan berkahwin dengan pasangan khalwatnya supaya isu khalwat tersebut dapat disaring dan dibersihkan. Terlibat dengan isu kes pembelian sijil/diploma/ijazah palsu daripada intitusi maya yang tidak dikenalpasti dan tidak diakreditasikan, malah mencanangkan bahawa beliau mendapat sijil/diploma/ijazah tersebut atas kapasitinya sebagai pelajar (walhal tidak pernah menjejakkan kaki kemana-mana IPTA/IPTS).

2. Chua Soi Lek (Bekas Menteri Kesihatan) yang terbukti rendah sahsiahnya sehingga terpaksa mengaku bahawa beliau telah melakukan seks tanpa nikah dengan pembantu peribadinya itupun setelah kecoh DVD lucahnya tersebar diserata pelusuk Malaysia. Malah beliau tidak segan silu pula bertegas untuk melakukan “road tour” diseluruh Malaysia demi untuk menerangkan mengenai kekecohan dan salah laku yang beliau buat kepada masyarakat umum kononnya sebagai usaha untuk membersihkan imej beliau. Dengan bantuan pihak polis, beliau berjaya mengkesampingkan (divert) isu tersebut sehinggakan beliau tidak ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah sedangkan pihak lain (pembeli, penerima dan penonton DVD) pula yang menerima padah sehingga ditangkap, disiasat dan dihukum di Mahkamah.

3. Adnan Mansor (Menteri Pelancongan) yang terkenal sebagai orang yang menyamar sebagai orang bergelar (Tengku) sedangkan keturunannya tiada sangkut paut dengan mana-mana kerabat diraja. Malah salahsilah beliau telah berjaya dikaburkan bertujuan untuk mendapatkan status Tengku. Beliau juga terlibat sebagai satu watak utama dalam isu Video VK Linggam dimana beliau disahkan menjadi perantara antara VK Linggam dengan pimpinan atasan Barisan Nasional. Beliau juga terlibat dalam skandal syarikat judi dan beberapa kes rasuah, salah guna kuasa dan penipuan termasuklah yang berkaitan dengan isu penerbitan video yang kononnya diterbitkan untuk Kementerian Pelancongan. Dalam banyak kes, beliau berjaya mendapatkan kerjasama pihak polis dalam menyelesaikan isu-isu ini sehinggakan beliau tidak ditangkap, disiasat ataupun disabitkan dengan mana-mana kes.

4. Dr Rahman Ismail (Bekas MP Gombak) yang terkenal kerana isu gambar berdua-duaan dengan isteri orang disebuah bilik hotel. Namun walaupun beliau telah terbukti melakukan maksiat (khalwat) namun dengan kerjasama baik pihak polis maka beliau tidak ditahan, disoal siasat dan dikenakan apa-apa hukuman. Malah boleh pula mencanangkan bahawa moral beliau memang tinggi sehingga sanggup menabur wang sebagai bantuan kepada sebuah sekolah kononnya untuk membantu meninggikan syiar Islam.

Sebenarnya terlalu banyak contoh modal insan yang terlalu kotor, rosak dan busuk dalam kepimpinan Barisan Nasional yang kalau saya tuliskan dalam blog ini mungkin akan mengambil ruang yang terlalu besar. Ramai lagi pemimpin Barisan Nasional yang terpalit dengan gejala maksiat, rasuah, ugut dan lain-lain yang seterusnya mencacatkan konsep modal insan yang dicanangkan oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Oleh yang demikian, kepada mereka-mereka didalam Barisan Nasional, saya ingin nasihatkan supaya janganlah menggunakan idea modal insan ini kerana anda sebenarnya memang tiada modal insan malah amat kurang sahsiah diri. Tidak payahlah anda semua berlakon dalam isu Modal Insan ini kerana 99 peratus anda (Ahli Barisan Nasional) sendiri memang kurang sahsiah diri termasuklah Pirdaus Ismail, Mashitah Ibrahim. dan Amran Kasimin.

Maaf kerana tidak mengenengahkan mana-mana pangkat gelaran yang dikurniakan oleh YM Sultan atau YDP Agong kerana pada saya anda sebenarnya tidak layak membawa gelaran tersebut (yang anda dapat dengan cara yang tidak sewajarnya) selagi mana sahsiah diri anda adalah kosong (nil).

12 Comments »

  1. e Pemuda PAS said,

    post yang cukup menarik. syabas!

    Saudara Ketua Perusuh >>>

    saya ada dihubungi daripada seorang hamba ALLAH di kedah, yang mendakwa bahawa, daftar undinya diperalat. secara ringkasnya, sebelum ini, dia mengundi di kedah, tetapi sekarang, entah mengapa, tempat mengundinya di sabah.

    saya ingin membongkar kebenaran ini. dengan membuat artikel dan menghantarnya ke harakahdaily antaranya. namun, saya tidak berkesempatan. jadi, saya tawarkan ini kepada ini; bongkarlah sebongkarnya.

    jadi jika Saudara berminat, hubungi saya melalui emel dan saya akan berikan hubungan orang yang saya maksudkan itu. anda boleh menghubunginya terus.

    sekaligus, traffik ke laman ini akan lebih meningkat.

    yang hanya, berjuang DUNIA AKHIRAT.

    TAKBIR!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!!🙂

  2. e Pemuda PAS said,

    oh ya, hubungi saya melalui ini: http://epemudapas.wordpress.com/hubungi/🙂

  3. dasuki_tmc said,

    cakap tak serupa bikin itu pembohong namanya.
    tak boleh cakap ke atas perkara yang sebenarnya?
    apakah bila bercakap benar itu akan merosakkan imej diri?
    kan dalam beragama tak kira ia agama Islam ke atau agama lain bercakap benar itu adalah amalan yang mulia, semua orang suka bila orang lain bercakap benar lagi tulus ikhlas waima untuk HAIWAN pun kena ada benarnya, jangan menipu, kalau bagi makan yang bukan makanannya ia tak akan makan…..!!!
    dan dalam semua agama, ia melarang orang bercakap bohong dan pendusta walau kepada sesiapa pun.

    modal insan tu apa? saya kurang pasti apa kejadah nya benda modal insan itu?

  4. Hafiz said,

    Sorry if this comes as an intrusion but there is an effort to get as many bloggers as possible to blog about bloggers whom are running for public offices on one particular day. One blogger candidate per day.

    Below is the list:

    1. Nik Nazmi Nik Ahmad (Friday, February 29)
    2. Tony Pua (Saturday, March 1)
    3. Elizabeth Wong (Sunday, March 2)
    4. Jeff Ooi (Monday, March 3)
    5. che’GuBard (Tuesday, March 4)

    Please join! For more information, visit http://maddruid.com/?p=1563

    Blogger united!

  5. Masa untuk perubahan

    Bantuan diperlukan di Kulim Bandar Baharu

    http://zul4kulim.blogspot.com

  6. MataHatiJohor said,

    Kenapa Pemuda PAS suka sangat bertakbir tak tentu tempat… sampaikan Lim Kit Siang dan GabalaKrishnan menghina orang Melayu Islam UMNO pun awak takbir terjerit jerit…. Allah suka ker perangai macam tu….

  7. MataHatiJohor said,

    Untuk Renungan Modal Insan PAS

    1. Mat Sabu berkhalwat dengan Norma….
    2. Allahyarham (tak mahu sebut nama & bekas pemimpin PAS Kelantan) belajar di Indonesia dan membuntingkan anak orang di sana hingga dapat anak haram.
    3. Nik Aziz : Syaitan nak tolong pun PAS terima. (mohon doa pd syaitan ker selama ini)
    4. Nik Aziz; isu org utan, tidak perlu minta maaf pd puak ni sbb puak ni kurang cerdik…. anda tak mengajar anak anda memohon maaf jika telah buat suatu kesalahan….. Bukan Allah tak suka perangai sombong dan bongkak serta merendahkan orang lain…

    Boleh ker saya tulis banyak2….. ishhh berdosa… Ampunkanlah dosa ku Ya Allah….

  8. Islammind said,

    Ada juga orang yang masih buta matahati seperti matihatijohor ye…kalau betul apa yang anda cakap tu mana buktinya???? apa hujahnya??? Kita sekarang ni bukan lagi masa kita untuk memilih mana parti yang paling bagus tetapi masa untuk kita mencari pemimpin yang bersih dan beriltizam tinggi untuk kepentingan negara dan rakyat. Tahukah anda, negeri anda Johor bakal terjual kepada singapora…cubalah insaf sikit..kekayaan bumiputra di johor tu terjamin tak???

  9. Andri A said,

    Waaah, thanks banget infonya…

  10. MARIAM said,

    ASKM….

    saya tidak berpihak kepada mana – mana …tapi saya tertarik apabila terbaca satu komen di blog ini…..apakah modal insan ? …….untuk pengetahuan saudara yang kurang jelas berkait dengan modal insan …..modal insan bukan baru wujud lama dah ….bukan era paklah nie baru wujud…..nasihat kepada saudari….kaji selidik dulu sesuatu fakta sebelum nak menidakkan ….sedap dan lazat memburukkan usaha orang lain daripada memuliakannya …boleh la contact2 saya kalau nak penerangan lebih jelas…..free je….

  11. jas said,

    Saya setuju islammind, orang yg buta hatinya kerana hatinya dah keras,orang utan tu masih lagi spesies dengan orang/manusia,menantu PM gelarkan orang dgn panggilan beruk -spesies haiwan.Kenapa diam je?
    Ahli parlimen johor dgn vcd lucahnya,ahli parlimen sgor (byk sekali skandalnya) kenapa tak senaraikan sekali ?Tak nampak ke atau buat-buat tak nampak??

  12. apo said,

    apo bondo la korang ni, bangang sangat! bondo yang matahatijohor cakap mmg dah ado bukti…korang pokak ko tuli takpun korang buta huruf, apo yg lebai kepalang aziz tu cakap kan dah ado siaran eh, xkiro la kek TV umno ko kek dlm blog pn ado siaran eh…BUKTI la namo eh tu…bangang(lebai kepalang aziz yang bori lesen kek den nk mencarut)..Mat Sabu lak mmg dh kes dio ngn norma dh sebut kek mahkamah…TAPI biaso lah orang yg berkojosamo ngn setan ni mmg xnk mengaku…cino kapir soi lek pun ngaku main betino, bkn kono tangkap pn tapi kantoi rakaman eh…tapi eden tau dan sodar..mahkamah Allah xkn melopehkan org berzina cam mat sabut tu..

    matahatijohor ko jgn takut nk tulis sobab doso…doso ekau akn bertambah laie klu ekau xtulih…tapi adab cam den nulih jgn ikut…ni adab ni eden guno ngn org2 yang mmg adab eh macam ni…cakap elok2 bukan paham…yolah..dari kocik poie taski diajar mencarut,jd eh mmg kono mencarut cakap ngn puak2 kawan setan tu…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: