17 February, 2008

Apakah Jawapan Anda?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:36 am by Ketua Perusuh

Setiap perbuatan kita sama ada baik atau jahat akan diadili di akhirat kelak dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil. Setiap perbuatan ini walaupun kecil sebesar zarah pastinya akan dituntut untuk diberikan penjelasan dan penghakiman disana nanti. Setiap lisan yang dituturkan, setiap coretan yang diwarkahkan, setiap janji yang dicanangkan, setiap lenggok bahasa badan yang digambarkan akan ditanyai di akhirat kelak.

Pernah satu ketika saya menulis satu cerpen (pernah disiarkan pada satu masa dahulu di media cetak pada tahun 80’an) bertajuk “Kerajaan Semut” yang saya rasakan masih lagi relevan pada masa kini yang menggambarkan betapa berkecamuknya masyarakat dari peringkat bawahan sehinggalah kepada peringkat pimpinan atasan.

Disini saya ingin mengimbau sedikit tentang cerpen tersebut (yang mana satu masa nanti akan saya terbitkan menjadi novel).

Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut.

“Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut” tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.

“Errr… saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel” jawab Gadis Semut kembali. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

“Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkan ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?” soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

“Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan” jawab Gadis Semut.

“Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain.

“Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu” tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya

“Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kamu ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama” jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

“Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa.

“Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?” tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.

“Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan” jawab Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.

“Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini” tanya Malaikat Pendakwa

“Kementerian Pelajaran tuan, yang diketuai oleh Menteri Pelajaran.” dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.

“Panggil kekamar bicara Menteri Pelajaran” bentak Malaikat Pendakwa lalu ditanya pula

“Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pelajaran yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu pelajaran ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?”

“Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pelajaran. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan” terketar-ketar Menteri Pelajaran tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.

“Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu” tegas soalan dari Malaikat Pendakwa

“Perdana Menteri kami, tuan” lemah balasan Menteri Pelajaran yang kini tidak mampu mengangkat muka.

“Panggil ke kamar bicara Perdana Menteri Kerajaan Semut ini sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantunya.

Lemah longlai Perdana Menteri diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

“Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini.” tanya Malaikat Pendakwa dengan tegas kepada Perdana Menteri

“Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.” jawab Perdana Menteri lemah.

“Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan” tanya Malaikat Pendakwa.

“Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya” lemah jawapan Perdana Menteri tersebut.

“Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini” lontar Malaikat Pendakwa

“Tuhanku, Perdana Menteri ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa pelajaran ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.” bentang Malaikat Pendakwa kepada Tuhan Semut dengan lengkap dan tertibnya.

“Barang siapa yang memilih (mengundi) Perdana Menteri dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina” titah Tuhan Semut kepada Malaikat Pendakwa dan semua Malaikat seluruhnya.

Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar.

Undi kita walaupun hanya sekadar satu garisan diatas sekeping kertas akan menyebabkan kita dimasukkan kedalam syurga ataupun neraka. Ingat, apakah jawapan yang mampu kita berikan diakhirat kelak sewaktu dibicarakan dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.

Sediakanlah jawapan anda. Undilah dengan iman, amal dan akal. Jangan biarkan anda dipengaruhi dengan kebendaan dan keduniaan yang mana ianya tidak akan kekal.

16 Comments »

  1. dasuki_tmc said,

    macam mana mereka-mereka nak berasa takut akan hukuman yang dijanjikan oleh Allah akan azab api neraka, sekiranya mereka itu dimahu balajar. sudah lah tak mahu belajar, sekat dan halang orang yang nak ajar orang lain tentang ilmu agama, mengenai ilmu tauhid, feqah dan tasauf.
    macam dizaman Nabi Muhammad, penghalang besar ialah bapa saudara Nabi sendiri yang halang perjuangan Nabi. adakah orang -orang umno mahu mendengar apa yang disampaikan oleh ulama-ulama dan ustaz-ustaz umno sendiri? itu pun kalau para ulama dan ustaz umno mahu menyampaikan ilmu agama kepada orang umno!!
    yang jadi reality sekarang ini bila ada orang yang ingin menyampaikan ilmu agama pasti akan di hambat ke ISA.
    serupa sahaja sifat ahli umno dan para pemimpin mereka yang ada sifat menghalang orang yang mahu berbuat baik dan menegur jangan berbuat mungkar dengan sifat IBLIS DAN SYAITAN DAN SETERU-SETERU ALLAH, SEPERTI FIRAUN, HAMAN, ABU LAHAB, ABU JAHAL.

  2. amir said,

    every single votes counted!

  3. Malaymind said,

    Barangkali malanglah nasib Tuan Guru Nik Aziz kerana adanya rakyat Kelantan yang juga berzina dan yang juga membuang bayi.

    Betulkah begitu?

    Sudah tentu ramai penyokong PAS tidak akan bersetuju tapi mengikut cerita di atas, begitulah ceritanya. MB dilantik oleh rakyat Kelantan dan bertanggungjawab terhadap rakyat Kelantan sebagaimana PM Abdullah terhadap rakyat Malaysia.

    Maka, PM dan TG Nik Aziz sudah tentu akan ke neraka.?

    Atau, PM sorang yang patut ke neraka?

    Kalau mengikut kuasanya, MB berkuasa untuk mengarahkan Polis Kelantan untuk berkawal dan mengarahkan guru YIK untuk lebih mengajar, yang bukan berada di bawah kementerian Pelajaran?

    Alasan apa pula kali ini?

  4. Islammind said,

    Kepada Malaymind,

    Pembuat polisi di negara kita ni ialah mereka yang dok di kabinet tu…peringkat negeri pula terikat dengan peraturan kerajaan pusat. That’s why kelantan sampai sekarang tak dapat realisasikan undang-undang Islam sebab di kekang oleh org2 yg berkuasa di kabinet tu..org yg berkuasa di kabinet tu suka concert..macam perkampungan islam had hari di terengganu tu…depa bina masjid lepas tu depan masjid tu juga buat concert….

    Hanya Allah yang maha mengetahui dan maha kuasa!!

  5. Malaymind said,

    Islammind,

    Ya, kerja kita ialah menyalahkan orang lain.

    Nabi SAW dulu berdakwah selama 23 tahun dalam hal tauhid dan memastikan semua kaum kabilah bersatu padu sebelum melaksanakan hukum Hudud.

    Bukannya baginda berdakwah bahawa orang lain sesat dulu, laksanakan hukum hudud dulu, barulah berfikir tentang negara Islam.

    Takkanlah kita lebih cerdik dari nabi SAW dalam hal berstrategi ni?

  6. AFG said,

    Setahu saya dalam Islam ni xde plak dikatakan untuk memerintah di dalam negara masyarakat majmuk kena ikut masuk bertanding pilihanraya..dulu kan guna sistem Khalifah dan Ijma’ ulama..yang masuk pilihanraya ni ialah yang gunapakai sistem demokrasi..Kita pulak terpaksa guna sistem ni sebab penjajah kita dulu telah tetapkan supaya org bukan Islam mempunyai hak untuk memilih pemerintah.Satu lagi, ada pulak ker kalau nak pengaruh orang ramai hasut orang dengan ceramah memburukkan orang lain.tu bukan mengumpat ker??Nak buat undang2 Islam tapi janjinya yang Islam jer yang tertakluk kepada undang2 tu..yang bukan Islam boleh terlepas…apa da….Memang betul undang2 Islam tu yang Haq dan yang sebenar2nya kerana dari Allah…tetapi kita manusia yang lemah ini sjalah yang tidak mampu untuk melaksanakannya…

  7. haji said,

    Sdr AFG.

    Cuba terangkan bagaimana kita boleh melaksanakan undang2 islam? Apa perlu kita buat? Adakah kerana kita ni manusia yg lemah dan apabila AlQuran diturunkan sebagai petunjuk, dan mengesakan kewujudan Allah serta kita mengaku sebagai hamba yang taat kepada Nya , menyembah Nya 5 waktu sehari, tetapi hukum Allah kita ketepikan kerana kita ni lemah?

  8. haji said,

    Jangankan di Kelantan, di Saudi Arabia pun ramai yang berzina. Mengapa hal ini terjadi? Dimana salahnya? Antara lain adalah disebabkan tidak ada didikan yang sempurna.

  9. AFG said,

    Baiklah…sekarang cuba tuan haji yang bijaksana ni terangkan dengan huraian bagaimana nak laksanakan hukum hudud di negara ini?hudud…bukan seperti hukum Qisas yang dilaksanakan sekarang.Saya sedia menerima pandangan tuan haji dengan hati yang terbuka.

  10. dasuki_tmc said,

    kalau pak lah dan najib menang pru 12 nati, suruh pak lah dan najib laksana kan HUKUM HUDUD MENGIKUT AL-QURAN 100 % KAT MALAYSIA NI DAN AKAN MENJADI NEGARA PERTAMA DIDUNIA INI MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD, WAHAI MELAYU-MELAYU YANG SOKONG ISLAM HADHARI.

  11. AFG said,

    Anggap sahajalah yang orang2 yang sokong Islam Hadhari ni semua jahil agama…sekarang TUAN DASUKI yang GELIGA DAN BIJAKSANA ni cuba terangkan dengan secara ilmiah sedikit tentang bagaimana nak laksanakan HUDUD dengan cara yang sebenar2nya sekarang?tolonglah………..kami ni betul2 jahil……..saya akan baca dengan teliti setiap penerangan yang diberikan…silakan….

  12. AFG said,

    TUAN HAJI yang penuh kepandaian juga diminta tolonglah hendaknya beri sedikit huraian tentang pelaksanaan HUDUD yang boleh dilakukan dengan perlu meminta undi orang2 bukan Islam….bagaimana yer?? saya ni betul2 perlukan panduan orang2 yang bijak pandai ni….

  13. dasuki_tmc said,

    bismillah hirrahmanirahim,
    kepada AFG,
    kalau nak tahu lebih lanjut dan detail tentang

  14. dasuki_tmc said,

    bismillah hirrahmanirahim,
    kepada AFG,
    kalau nak tahu lebih lanjut dan detail tentang UGAMA ISLAM,
    kena belajar dari peringkat pertama, kena faham rukun wajib haram, hingga faham ilmu yang wajib dituntut iaitu 3 perkara ilmu, tauhid, fiqah dan tasauf. bila asas faham dan ditambah pelajaran Al-Quran dan Al-Hadis, baru boleh cerita dengan jelas berkenaan LAKSANA HUKUM HUDUD DI ATAS MUKA BUMI, MENGIKUT AL-QURAN DAN AL-HADIS.
    wassalam.

  15. AFG said,

    Rasanya ada juga belajar tentang ilmu2 tu termasuklah Tauhid,Fiqah,Ibadat,Sirrah,Munakahat,Janayat,Muamalat,Tawarikh dll.sikit2 basic tu adala…yg sy nak tau sgt tu bagaimana perspektif pandangan TUAN DASUKI yang nampaknya begitu arif dan bersemangat(enthusiastic) dalam menyatakan pandangan di ruangan ini. Jadi, saya selaku hamba Allah yang ingin belajar dan menganggap TUAN DASUKI sangat ARIF dapatlah kiranya walau serba sedikit menerangkan konsep PELAKSANAAN HUKUM HUDUD dan BUKANNYA konsep teori sahaja bagi penduduk Malaysia dan umat Islam yang jahil MURAKAP ( seperti yang ditulis oleh TUAN sebelum ini) dan bukannya JAHIL MUQARRAB seperti saya ini..sekian wassalam…

  16. ichiro said,

    TUMPANG TANYA…DI NEGARA ARAB SANA ADA TAK DILAKSANAKAN HUKUM HUDUD sebab saya tak penah lagi pergi kesana…?

    -sekor katak dibawah tempurung-


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: