14 February, 2008

Apalah Upaya Kita!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 7:11 pm by Ketua Perusuh

Rata-rata kita dapat melihat bahawa perang saraf dalam menghadapi pilihanraya di Malaysia (sama ada pilihanraya kecil mahupun besar) selalunya tidak dilakukan di padang yang rata. Di satu pihak (Barisan Nasional yang dianggotai oleh banyak parti komponen) mempergunakan seluruh jentera yang ada (kerajaan mahupun swasta) dalam memastikan pengaruh dan propaganda yang mereka jalankan dapat menembusi disegenap sasaran.

Dengan modal yang besar (modal sendiri ataupun modal yang “dirampas” dari perbendaharaan Malaysia) Barisan Nasional memperkudakan semua elemen siaraya (media cetak mahupun elektronik). Malah Barisan Nasional juga tidak pernah langsung memohon permit untuk mengadakan ceramah ataupun rapat umum (sedangkan dipihak Alternatif selalu ada kekangan permit ini) malah pihak Polis pula membenarkan ianya dilakukan tanpa permit ataupun permit disediakan oleh pihak Polis tanpa perlu Barisan Nasional memohonnya sama sekali.

Rata-rata semua agensi kerajaan (tempatan, negeri mahupun persekutuan) diperkudakan oleh Barisan Nasional dalam memastikan mereka memegang tampuk pemerintahan selama ini. Ini termasuklah perkhidmatan pendidikan, kesihatan mahupun khidmat masyarakat (KEMAS dan sebagainya).

Disatu pihak lain (Barisan Alternatif) pula, segala macam kekangan sama ada dari segi materialistik, permit mahupun siaraya telah dinafikan dengan sewenang-wenangnya. Malah terdapat beberapa insiden dimana petugas parti dari Barisan Alternatif dikasari oleh petugas parti Barisan Nasional namun tiada tindakan diambil oleh pihak Polis dalam menangani isu ini. Terlalu banyak laporan Polis dan sebagainya telah dilaporkan namun tiada tindakan sama ada tegas mahupun tidak yang akan diambil oleh pihak polis.

Jika Barisan Nasional dikenalpasti mempergunakan (memperkudakan) semua agensi kerajaan maka anda boleh lihat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga membiarkan diri mereka dipergunakan walaupun sepatutnya SPR adalah satu badan yang bebas. Namun demi untuk kelangsungan pemerintahan Barisan Nasional, Abdullah Ahmad Badawi bertegas mahukan khidmat Pengerusi SPR dilanjutkan kerana boleh memastikan kemenangan Barisan Nasional yang “total”

Tidak cukup dengan agensi-agensi kerajaan, pelajar sekolah atau universiti, kini Barisan Nasional juga menggunakan khidmat buruh asing dari Indonesia, Filipina ataupun Burma untuk memastikan undi Barisan Nasional menyakinkan. Telah dikenalpasti beberapa agen Barisan Nasional telah bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Imigresen dan SPR dalam memastikan warga asing ini mendapat kad pengenalan Malaysia dan didaftarkan menjadi pengundi didalam pilihanraya ini. Ini terbukti berlaku di beberapa lokasi di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak untuk memastikan bahawa Barisan Nasional akan menang dengan majoriti besar. Malah daftar pemilih dalam Pilihanraya Umum ke-12 ini masih lagi penuh dengan kecacatan dan senarai pengundi hantu walaupun berkali-kali Pengerusi SPR menafikannya.

Oleh itu apalah upaya kita dalam menangani segala macam kebusukan atau salah guna kuasa yang dilakukan oleh Barisan Nasional yang pastinya akan mendapat sambutan besar di kawasan-kawasan felda mahupun kampung. Dengan taburan wang ringgit yang begitu besar dan tidak terkawal (malah SPR punya semacam membenarkan perkara ini berlaku) pastinya tidak upaya mana-mana pihak lain menentang gagasan Barisan Nasional.

Hanya satu yang mampu kita semua lakukan iaitu dengan mengundi Barisan Alternatif demi untuk kelangsungan hidup anak-anak dan cucu-cicit kita. Kita wajar memastikan bahawa tidak akan ada lagi pemimpin penipu yang akan memimpin kita atas sebab kesilapan kita memilih pemimpin. Ingatlah bahawa setiap kesilapan anda semasa mengundi akan menyebabkan seluruh komuniti (warga Malaysia) akan menjadi mangsa.

3 Comments »

  1. afham said,

    huhu….sesame kita pilih pemimpin yang baik..

  2. beras padu said,

    test keluar tak avatar

  3. aamir said,

    Kullukum rain Wakullu rain masulun anra yiatih – hidup mesti ada kerja/tanggungjawab; dan akan disoal dipadang mahsyar

    setiap warga perlu main peranan sehabis baik (aslah mastatoktum)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: