5 February, 2008

Pengkhianat Kecil Pengkhianat Besar!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 3:55 am by Ketua Perusuh

Mana lebih berbahaya pada pandangan anda, pengkhianat kecil atau pengkhianat besar?

Abdullah Ahmad Badawi telah menggelar mereka yang mencari keuntungan dengan menyeludup keluar barangan subsidi sebagai pengkhianat kepada rakyat dan negara. Malah beliau telah kecewa dengan sikap mereka-mereka ini yang merupakan pengkhianat, jual barang subsidi kerajaan kepada orang lain di negara jiran,

Namun beliau seperti tidak sedar bahawa beliau sendiri juga adalah sebahagian dari pengkhianat ini. Malah jika boleh diklasifikasikan pengkhianatan Abdullah Ahmad Badawi & Co, tentunya adalah lebih besar.

Abdullah Ahmad Badawi & Co sejak dari mula memegang kuasa di Malaysia telah melakukan pengkhianatan terhadap rakyat dan negara ini beberapa kali dengan skala yang besar. Antara pengkhianatan Abdullah Ahmad Badawi & Co yang paling utama adalah penjualan banyak syarikat milik Malaysia (swasta mahupun GLC) kepada Singapura melalui pembelian saham oleh Temasek Group atau proksinya.

Selain dari itu Abdullah Ahmad Badawi juga melakukan pengkhianatan besar dengan menjualkan Johor (secara atas kertas) kepada Singapura melalui projek SJER (WPI) yang terbukti menguntungkan Singapura secara total.

Malah Abdullah Ahmad Badawi juga mengkhianati amanat yang diberikan oleh ibunya sendiri yang mahukan beliau berkhidmat kepada masyarakat dan rakyat dan bukannya masyarakat dan rakyat berkhidmat kepadanya.

Abdullah Ahmad Badawi juga mengkhianati negara dengan menjadi proksi (dalang) disebalik isu Oil For Food untuk Negara Iraq pada masa pemerintahan Saddam Hussien. Malah menantunya juga terlibat mengkhianati negara dengan menjadi proksi kepada beberapa urusniaga (haram?) yang melibatkan penjualan beberapa entiti awam milik Malaysia kepada pihak asing terutamanya Singapura.

Ingin ditegaskan bahawa kesalahan pengkhianatan yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co adalah jauh lebih besar daripada mereka-mereka yang menyeludup barang subsidi (termasuk barangan keperluan rumah, petrol atau diesel).

Dan jika Abdullah Ahmad Badawi mahukan satu akta tegas untuk mengekang dan mendakwa pengkhianat kecil ini, maka saya ingin cadangkan bahawa Akta Pengkhianatan juga dikenakan kepada Abdullah Ahmad Badawi & Co tanpa sekatan.

Oleh itu, siapakah yang lebih khianat? Penyeludup barangan keperluan atau orang yang menjual negara ini kepada pihak asing (Singapura)? Mari kita tentukan.

4 Comments »

  1. cakapaje said,

    Salam Tuan Rumah,

    Jemput saksikan video terbitan Nisa’ di http://newsyoumavemissed.blogspot.com/2008/02/andai-ku-tahu-pangkah-bn-jadi-begini.html

    Kalau suka, tolong pamerkan di sini dan hebahkan lagi. Terima kasih.

  2. abd rahman mohamad said,

    bagi saya semua tanah “Melay Reserve” di gelang patah hangus dibaham naga2 termasuk mb johor……serta pengkhianat negara….yg bernaung dengan agama islam……malunya kami anak bangsa …..anak melayu johor dibiarkan dipalit najis…..ya allah balaslah perbuatan mereka2 ini dengan mematikan mereka agar yg lain cepat sedar serta insaf dan taubat nasuha.

  3. zach said,

    saya juga telah menulis tentang kisah dalam aesop fable ini : Tolong! Tolong! Serigala!

  4. […] Menantu Pak Lah mungkin ada cerita, bagaimana akrabnya dia dengan Temasek Holdings dan tauke-tauke SINGAPURA… Katanya itu peribadi juga. Biarlah ia terus […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: