3 February, 2008

Disneyland Malaysia?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:58 am by Ketua Perusuh

Pertama sekali saya ingin mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Almarhum Dato’ Ishak Baharum atas pemergian Bekas Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan. Semoga Allah merahmati beliau dan meninggikan darjatnya di akhirat kelak. Himpunan maaf dari saya sekeluarga atas ketidakmampuan kami untuk menghadiri majlis pengkebumian Almarhum Dato’ Ishak Baharum atas sebab-sebab yang tidak dapat kami elakkan.

Berbalik kepada tajuk yang diatas, kepada semua rakyat Malaysia anda sewajarnya berasa berbangga dengan kemampuan ekonomi Malaysia. Memang pada dasarnya Malaysia adalah sebuah negara yang kaya yang mana mampu menjanakan beberapa inisiatif bertaraf mega (giga) yang memperuntukkan belanja lebih dari 100 bilion. Malaysia memang sebuah negara yang kaya. Manakan tidak Abdullah Ahmad Badawi boleh melancarkan empat koridor ekonomi yang bernilai lebih dari 100 bilion (digabungkan) hanya dengan nilai KDNK negara yang kecil.

Kini anda boleh boleh berbangga dengan Malaysia kerana akhirnya impian Malaysia untuk memiliki sebuah taman tema (Disneyland Malaysia) akan dirasmikan hari ini. Taman Tamadun Islam (TTI), satu-satunya taman tema (Disneyland Malaysia) adalah seluas 33 hektar dan terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu serta menempatkan 21 replika monumen terkenal di seluruh dunia.

Apa yang pasti dengan pelaburan mencapai RM249.3 juta, tentunya taman tema ini adalah lebih bermanfaat (benarkah?) daripada pelaburan menyediakan buku teks percuma kepada semua pelajar sekolah peringkat rendah atau menengah ataupun dari pelaburan untuk menyediakan mesin homeodialysis disemua klinik kesihatan kerajaan agar dapat memudahkan pesakit mendapatkan khidmat dengan harga yang rendah atau percuma.

Jika kita campur, tolak, kira dan bahagi tentunya kita akan mendapati bahawa dengan RM249.3 juta yang dilaburkan untuk Disneyland Malaysia (TTI) tentunya dapat kita perolehi lebih daripada 2493 unit mesin homeodialysis dapat dibekalkan kepada semua klinik kesihatan kerajaan. Tapi Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi lebih mementingkan kebanggaan dan kehebatan serta lupa bahawa mereka diamanahkan untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya untuk bermegah-megah.

Pelancaran Disneyland Malaysia (Taman Tamadun Islam) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu memperlihatkan bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co bukanlah berminat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan malah dengan sinisnya sanggup pula menghina (memperlekehkan) pihah lain yang bersungguh-sungguh bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan.

Oleh kerana ini, jika anda merasakan bahawa anda tidak mendapat banyak kemudahan dan kebajikan sebagai rakyat Malaysia, maka sedarlah bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co hanya ingin memeras perolehan dari anda (cukai dan sebagainya) tanpa perlu memberikan apa-apa khidmat kepada anda. Hasil cukai yang dikutip hanyalah untuk mereka dan keluarga mereka.

Warga Malaysia tidak sewajarnya dijadikan lembu susu kepada kegilaan Abdullah Ahmad Badawi & Co malah warga Malaysia berhak mempersoalkan kewajaran pembinaan Disneyland Malaysia ini yang dirasakan tidak kena pada masa dan tempatnya.

Dalam pada rakyat diarahkan berjimat cermat dan membayar segala bentuk cukai, tol dan kenaikan harga barangan keperluan, Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi pula dengan sewenang-wenangnya menjahanamkan wang rakyat sebanyak RM249.3 juta hanya untuk tujuan bermegah-megah.

Kalau beginilah caranya Abdullah Ahmad Badawi mentadbir ekonomi negara, maka jangan terkejut jika Malaysia akan menjadi bankrap dengan lebih pantas (walaupun Najib Razak ada mengatakan bahawa negara ini pasti akan bangkrap jika ditadbir oleh parti pembangkang yang berminat untuk menjadikan negara ini negara kebajikan).

Semoga Allah S.W.T akan menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang rasuah, pecah amanah, bermegah-megah dan menzalimi rakyat. Amin.

9 Comments »

  1. sebol said,

    Ketua perusuh,

    saya rasa saudara mungkin menyukai tulisan saya ini
    http://sebolku.blogspot.com/2008/02/tarif-elektrik-terpaksa-dinaikkan.html

  2. Husin Lempoyang said,

    Tak payah buat disneyland di terengganu, putrajaya dah macam disneyland. Perdana menteri dah goofy dan duduk di fantasyland. Banyak ahli kabinet dolah yang bersifat seperti katun2 disneyland🙂

  3. haji said,

    Tak lama lagi negara kita akan bankrup kerana pemimpin yang ada terlalu bodoh dan bangang mentadbir negara ini. kalau di bandingkan dgn pimpinan sekarang dengan Tun Mahathir dulu, masyaallah, macam siput babi lah. rasanya dah ramai rakyat menyumpah pada mereka ni. lihatlah satu hari nanti, (tak lama) mereka ni akan di turunkan bala Allah yang azab,dan terimalah hakikatnya nanti yang berdosa masuklah kamu ke dalam neraka jahanam yang menjanjikan azab dan seksa.

  4. bloggers said,

    hi haji, sedap ngumpat kat orang ea…ingatkan dah pi haji bertambah tp cam xde kesan pun…haji xmabrur kot ni. drpd ngumpat atau mencemuh lebih baik berzikir ada gak faedahnya.

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Disini ingin saya tegaskan perkara ini,

    1. Anda boleh menjadi zuhud dalam mengejar amalan akhirat, namun anda pastinya akan ditanyai oleh Allah S.W.T atas apa yang anda sumbangkan kepada dunia (masyarakat) anda semasa didunia.
    2. Sebagai orang Islam yang praktikal, anda sewajarnya mengambil tahu dan terlibat sama dengan urusan negara yang anda diami walaupun hanya sekadar dengan menulis ataupun memberikan komentar
    3. Sifat menjauhkan diri secara “total” daripada urusan dunia adalah tidak mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W.
    4. Sekecil-kecil iman adalah mengatakan tidak kepada yang batil walaupun didalam hati.

  6. jas said,

    Saya tak faham kenapa pemimpin ni tak nak mendengar masalah rakyat,contohnya penguatkuasaan gaji minima dan cola utk pekerja swasta,bukannya pakai duit kjaan,majikan yg bayar,contohnya bank,saya rasa mereka lebih dari mampu tetapi mereka menindas pekerja mereka,berbulan-bulan berpiket tapi pak lah buat tak kesah kat yg kerja swasta ni.Bukankah mereka juga penyumbang kpd ekonomi negara??Sekarang golongan ni benar-benar terhimpit,kami terpaksa mencatu makanan utk anak2 sebab barang mahal,beli yg perlu aje,bukan nak makan sedap seperti pemimpin kat hotel 5 star.Kadang2 tak sanggup dengar anak merengek kelaparan.Siapa peduli???

  7. MataHatiJohor said,

    Bersifat rasionallah didalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat khususnya jika kita ada kesedaran bahawa kita akan ditanya tentang perlaksanaan tanggungjawab kita ketika di dunia ini. Kerana dikhuatiri niat baik kita itu tersasar dari jalan yang sebenar seperti yang dituntut oleh Islam.

    Jika kita mahu membangkang, membangkanglah kerana kita mahukan kebaikkan bukan kerana kita ini memang pembangkang. Jangan sesekali kita melabelkan diri kita sebagai PEMBANGKANG kerana asal PEMBANGKANG itu adalah IBLIS. Walaupun IBLIS percaya kepada keEsaan Allah, tetapi dia terus membangkang walaupun dianya tahu tempat akhirnya nanti adalah di neraka jahannam. Ikutlah jemaah yang ramai katanya Nabi. Carilah kebaikkan seseorang bukannya keburukannya. Tutuplah keburukan saudaramu bukan mendedahkannya kerana Allah akan membalas pula kepada kamu. Gunakanlah MataHati mu….

  8. MataHatiJohor said,

    Gunakanlah semua maklumat sebelum membuat keputusan bukan hanya maklumat yang kamu sukai sahaja…..

  9. jas said,

    Nak tunggu WPI tergadai kat S’pura baru kita nak bersuara?Jangan taksub pada pemimpin dan parti.Itu semua tak membawa kemana-mana.Bersuaralah menentang kezaliman.Jangan nanti anak-cucu kita merempat,bumi dipijak milik orang.Sekali sekala dengarlah kata Jebat derhaka ‘raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah.Bukan nak suruh menderhaka tetapi fikirkanlah dengan hati yg terbuka.Jangan kita termakan dengan slogan dan retorik pemimpin yg rakus,yg kononnya memperjuangkan bangsa tetapi …..???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: