27 January, 2008

Apa Ada Dengan Pilihanraya?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 9:23 am by Ketua Perusuh

Di mana-mana sekarang ini kita boleh dengar rata-rata rakyat akan berbicara dan berteka-teki tentang tarikh pilihanraya ke-12 Malaysia. Kita boleh dengar ianya dibicarakan di kedai-kedai kopi, warung, stesen teksi atau bas, masjid atau surau, pasar basah atau pasar raya, rumah atau pejabat mahupun di dalam pawagam.

Semalam ketika saya menghadiri satu majlis makan tengahari yang dianjurkan oleh sebuah syarikat teknologi luar negara, cerita yang sama juga kedengaran. Malah soalan mengenai pilihanraya ini juga ditanya oleh CEO syarikat teknologi asing ini kepada saya. Beliau bertanya kepada saya mengenai anggaran tarikh pilihanraya ke-12 kali ini dan berapa momentum penguasaan Kerajaan Barisan Nasional yang saya boleh anggarkan.

Walaupun soalan ini boleh dikatakan lucu ditanyakan kepada seorang rakan niaga yang tidak ada kena mengena dengan pentadbiran kerajaan, namun sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, saya cuba juga menjawab akan persoalan yang ditanya oleh CEO tersebut.

Saya menegaskan bahawa Abdullah Ahmad Badawi pastinya akan memilih satu langkah selamat untuk beliau meneruskan kekuasaan pentadbirannya. Jadi mengikut percaturan umum, pastinya Abdullah Ahmad Badawi akan menganjurkan satu pilihanraya umum ke-12 sebelum Anwar Ibrahim dapat peluang untuk menjadi calon. Hampir keseluruhan rakyat Malaysia bersetuju bahawa kemungkinan Abdullah Ahmad Badawi akan menggunakan idea tersebut untuk percaturan pilihanrayanya.

Namun saya ingin menegaskan bahawa Abdullah Ahmad Badawi pastinya akan mengumumkan pilihanraya selepas April 2008. Ini kerana Abdullah Ahmad Badawi percaya sekiranya Anwar kalah dalam pilihanraya umum ke-12 ini walaupun dengan majoriti kecil, Anwar Ibrahim tidak akan langsung menjadi batu penghalang atas penguasaan Abdullah Ahmad Badawi.

Oleh itu saya pasti Abdullah Ahmad Badawi akan menghapuskan pengaruh Anwar Ibrahim “once and for all”. Inilah yang sedang direncanakan oleh semua balachi dan orang-orang kepercayaan Abdullah Ahmad Badawi & Co. Khairy Jamaluddin khabarnya sedang menyiapkan beberapa strategi untuk membuat Anwar Ibrahim kalah dengan undi yang besar.

Kepada CEO syarikat teknologi tersebut, saya ada menegaskan juga bahawa momentum kekuatan pengaruh (virtual) Barisan Nasional kini sedang meningkat walaupun rata-rata rakyat Malaysia beranggapan bahawa kali ini Barisan Nasional akan kalah teruk. Kekuatan pengaruh ini khabarnya dikukuhkan oleh sikap warga Malaysia yang mudah digula-gulakan terutamanya dikawasan pedalaman atau kampung.

Nisbah pengundi di kawasan kampung adalah amat besar berbanding dengan pengundi dikawasan bandar dan ini secara tepatnya akan mempengaruhi jumlah kerusi yang akan diterima oleh oleh Barisan Nasional kali ini. Maklumat yang saya dapat kini menunjukkan bahawa peratusan pengundian akan berubah dibeberapa kawasan yang kini dipengaruhi oleh parti pembangkang seperti DAP dan PAS.

Berbalik kepada isu apa ada dengan pilihanraya yang dijadikan tajuk komentar kali ini, saya ingin mengenengahkan satu hipotesis saya mengenai keputusan pilihanraya umum ke-12 yang mungkin akan dibuat selepas bulan April 2008.

Hipotesis yang saya maksudkan adalah;

Barisan Nasional akan merampas beberapa kawasan utama yang kini dikuasai oleh pembangkang terutamanya di Kelantan dan Terengganu hasil daripada pengubahsuaian data pengundi disana yang telah siap dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Barisan Nasional juga berkemungkinan besar akan memerintah negeri Kelantan selepas pilihanraya ini. Kajian risikan menunjukkan bahawa beberapa peti undi akan menunjukkan peningkatan mendadak undian terhadap BN dengan campurtangan dan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Beberapa peti undi dikawasan bandar terutamanya dikawasan Lembah Pantai, Cheras dan Bukit Bintang akan menerima beberapa undi tambahan (mengundi BN) sehinggakan dijangka akan ada peti undi dari kawasan ini yang amat lambat untuk dikira. Kawasan Shah Alam dijangkakan akan juga menerima lebihan undi BN yang tidak diketahui asal usulnya terutamanya dikawasan Seksyen 7 dan 8.

Di Ipoh Timur pula Barisan Nasional dijangkakan akan menerima peratusan undi yang agak besar berbanding pada pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004. Kampar dan Batu Gajah di Perak pula akan menunjukkan peningkatan undi BN sebanyak 10 ~ 15%. Manakala beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang dijangkakan juga akan menerima kesan yang sama.

Namun akan ada beberapa kawasan di Johor dan Melaka yang akan memberikan Barisan Nasional satu tamparan kerana akan berkurang sedikit undi untuk mereka berbanding pilihanraya umum sebelumnya. Ini termasuk di kawasan Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat dan Labis. Namun begitu bagi kawasan Kota Tinggi dan Mersing, dijangkakan BN akan memperolehi mandat yang besar kali ini.

Walaupun Barisan Nasional dijangka akan memenangi pilihanraya umum ke-12 ini namun ianya cuma dijangkakan akan mendapat peratusan undi cuma 96% sahaja. Itupun berdasarkan kepada laporan risikan yang telah dijalankan. Risikan yang telah dijalankan hampir setahun bagi pilihanraya umum ke-12 ini adalah sama seperti risikan yang dilakukan pada tahun 1999 dan 2004 dahulu.

13 Comments »

  1. vdgfdgh said,

    cakap kosongggggggg

  2. shiver said,

    lebih baik you cakap BN dapat 99.99% undi sebab 0.01% adalah jumlah 5 juta rakyat malaysia yang keluar mengundi.
    demikianlah caranya BN menang. orang yang dah mati, yang bukan warganegara, belum cukup umur, lebih seratus tahun semuanya akan mengundi BN. Rakyat hidup di tanahair sajalah yang mengundi pembangkang.
    macam mana nie?

  3. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Bertenang, baca dan fahamkan apa isi kandungan artikel yang saya sediakan itu.

  4. gurkha malaya said,

    nmpknya bn akan sapu bersih suma kerusi parlimen
    kali ni.pas,dap dan pkr bole plan startegi utk pru13

  5. sham said,

    selagi BN berkuasa dan masih ingin mengekalkan kuasa, maka segala matlamat harus digunakan bagi memastikan kuasa itu kekal dan tidak tergugat.

    Perdulikan soal samada ianya mengikut hukum,adakah halal atau sekadar menambah dosa pada diri,apa yang pasti kuasa itu kekal

    apa yang ada sekarang tiada yang akan kekal abadi,esok lusa mungkin akan tiba masanya bila kesemua yang kita ada tika ini akan pupus ataupun hancur atas akibat yang lain.Apa yang pasti setiap janji dari Allah itu akan terlaksana jua.Tunggu

  6. glaxies said,

    adakah benar

  7. MataHatiJohor said,

    Berangan Dan terus Bermimpi….. Rakyat Malaysia yang berfikiran waras lebih ramai dari yang suka bermimpi seperti sdra ini. Teruskan menjadi tok Nujum yang suka meRisik dan MeRamal. Sekurang kurangnya masa sdra dapat dipenuhkan sepanjang hari. Sedarlah, menukar kerajaan bukan seperti menukar pakaian. Apakah yang rakyat Indonesia perolehi apabila menukar dan menjatuhkan Suharto. Adakah Melayu boleh mengekalkan kuasa dan memimpin Kerajaan sekiranya pakatan Pembangkang Menang. Kerana, Adakah Pakatan Pembangkang benar2 Pakatan Ikhlas yang bertujuan sama seperti Pakatan BN @ cuma pakatan untuk menang ibarat tidur sebantal mimpi lain2.

    Jangan gadaikan masadepan negara hanya kerana kita menyokong sesorang pemimpin@ bekas pemimpin. Pemimpin datang dan pergi, Melayu harus terus kehadapan. Pilihlah Parti yang konsisten samada didalam dasar @ tindakan. Bukan Parti yang sering berubah-ubah dasar dan tindakan semata2 untuk meraih sokongan. Dulu tak boleh calon Wanita ..kini boleh. Dulu Haram bekerjasama dengan org bukan islam, kini bukan islam seperti DAP boleh pula. Dulu nak menegakkan hudud, setelah memerintah Terengganu hudud hanya 0.0009% kepentingannya. Belajar diAzhar. Alumni Azhar menerima Hadhari, tapi kerana yang bawa Hadhari walaupun baik tetapi dari musuh politik, maka Hadhari dikatakan tidak betul.

    Kita semua berpendidikan. Jangan taksub kepada parti. Yang baik harus kita terima walau dari siapa pun. Yang buruk harus kita tentang walaupun dari keluarga kita sendiri. Inilah kebenaran Islam. Fikirlah. Gunakan MataHati…. bukan emosi @ rasa kecewa…..Wallallahualam.

  8. MataHatiJohor said,

    Saya terlupa sesuatu… ingin saya kongsikan tentang kenapa BN khususnya UMNO menang dalam semua pilihanraya di Malaysia.

    Sebabnya adalah kerana pertolongan dari Allah dalam pelbagai aspek.

    Pertama doa rakyat yang ikhlas yang memohon agar Allah memberikan mereka kerajaan yang adil dan sesuai untuk Malaysia. Bukan yang berdoa khusus mahukan sipolan @ sipolan menjadi pemimpin dan Pemerintah.

    Kedua, setiap kali menjelang pilihanraya, Allah akan tunjukkan kepada rakyat Malaysia, siapa yang patut dipilih khususnya dengan menggerakkan hati pemimpin pembangkang untuk menunjukkan diri dan sifat mereka yang sebenar. Sbg. contoh : tidak dibolehkan mendoakan sesama muslim akan doa yang tidak baik…. Mereka mendoakan pengundi yang tidak mahu mengundi mereka mendapat kecelakaan. Merusuh dijalanan diketahui umum akan menjatuhkan ekonomi negara kerana akan menggugat pelabur… mereka berjanji akan membenarkan demonstrasi jalanan sekiranya mereka menang. Berpolitik untuk menabur jasa… mereka terima org seperti Ibrahim Ali yang mengakui bertanding untuk memebalas dendam kesumat. KJ bertanding diRembau kerana mahu berjasa kepada rakyat di kampung halamannya, Badrul Hisham akan bertanding dimana sahaja KJ bertanding…untuk membalas dendam juga semestinya. Jangan menghina atau memanggil sdra sesama Islam dgn panggilan yang tidak baik..tuan guru mereka menyamakan musuh politiknya sebagai orang utan…memohon maaf itu sifat yang baik bagi org islam….tuan guru mereka menunjukkan kesombongan dengan mengatakan lawan mereka kurang ilmu dan tak perlu mohon maaf kepada orang yang tidak cerdik ini…Allah tunjukkan semua ini setiap kali pilihanraya akan di adakan. Adakah sdra tidak sedar @ turut sama ketawa bila melihat tingkahlaku yang sungguh tidak islamik tetapi diucapkan dan dilakukan oleh seorang yang didakwa sungguh islamik. Tajuk KETUA PERUSUH itu sendiri Allah yang mengilhamkan kepada sdra…. Baik kah watak KETUA PERUSUH itu dalam bahasa Melayu?

    Ketiga, HARAKAH sungguh membuatkan orang UMNO marah kerana fitnah dan dakyahnya yang amat tidak berasas sekali. Beberapa kali dicadangkan Kerajaan menggunakan kuasa yang ada untuk mengharamkan HARAKAH. Tetapi tiada tindakan diambil walaupun Kerajaan didesak dengan begitu kuat sekali…. Sdra tidak nampak sebabnya….. Sebabnya HARAKAH lah wadah yang Allah berikan kepada UMNO dan BN untuk menunjukkan kelemahan dan pembohongan serta permainan fitnah oleh golongan yang menyamakan @ mengkiaskan parti mereka dengan Agama. PAS itu ISLAM – ISLAM itu PAS. Tidak menyokong PAS tidak ISLAM. bagaimana rakyat akan menyokong PAS jika HARAKAH terus menabur fitnah yang tidak masuk akal. Pilihanraya 1999, mukadepan HARAKAH : Menara KL retak menunggu untuk tumbang… dah masuk pilihanraya 2008… kukuh lagi menara KL.

    HARAKAH juga yang menyebabkan saya yang bersekolah Agama dan begitu fanatik dengan agama menukar sokongan kepada UMNO ketika belajar dalam tahun 3 di universiti dulu. Minda Ilmiah saya tidak boleh menerima apabila terus disogok dengan fitnah dan pembohongan oleh parti yang mendakwa berjuang untuk agama. Minda ilmiah saya sungguh tertekan kerana terpaksa sentiasa mencari kesalahan orang walaupun terbukti orang itu telah melakukan kebaikan. Minda ilmiah saya begitu kecewa dengan penyokong fanatik PAS apabila selesai mendengar ceramah Fadhil Noor tentang tentang maal hijrah yang bagi saya sungguh informatif tetapi di katakan suatu ceramah yang mengantuk kerana tiada uuumppp… sebabnya : tidak ada hentaman kepada kerajaan dalam ceramah itu……

    Begitulah harapan pengikut PAS yang sudah sekian lama disogok dengan politik maki hamun, fitnah dan domba, yang sungguh tidak islamik…. Politik matlamat menghalalkan cara… bukan Machiavelli mungkin tetapi Kautilya dari India… tetapi caranya sama juga…..

    Sekian….

  9. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Tuan/Puan MataHatiJohor,

    1. Anda mengatakan bahawa Menukar kerajaan tidak seperti menukar pakaian. Ya, memang ianya tidak sama namun ianya tidak sesukar mana. Banyak negara tiada masalah bila mana menukar pimpinan negara. Janganlah kerana taksub kepada Barisan Nasional sehinggakan anda membutakan mata hati anda. Siapakah anda yang menentukan bahawa Barisan Nasional sahaja yang layak memimpin negara.

    2. Anda mengatakan bahawa Jangan menggadai masa depan negara hanya kerana menyokong pemimpin @ bekas pemimpin. Ya memang benar kerana sewajarnya kita sebagai rakyat yang mengundi dalam pilihanraya perlu menyokong pemimpin yang telus, amanah dan bersih sahsiah diri. Oleh itu sila berikan satu nama pemimpin Barisan Nasional yang menepati kehendak ini.

    3. Anda mengatakan bahawa Pilihlah Parti yang konsisten dasarnya @ tindakan. Ya memang benar. Parti yang konsisten dasarnya @ tindakan wajar dipilih. Namun sepertimana yang umum ketahui, Barisan Nasional memang terkenal sebagai kumpulan parti yang tidak konsisten dasar @ tindakannya demi untuk “survival” setiap kali pilihanraya. Sebagai contoh, setelah takut akan pengaruh Hindraf yang mungkin akan menggugat keputusan undi, maka Abdullah Ahmad Badawi (Barisan Nasional) terpaksa membuat keputusan yang menguntungkan Hindraf.

    4. Anda mengatakan bahawa Alumni Al Azhar memilih Islam Hadhari. Cuba tanya diri anda mengenai isteri Ayah Pin. Bukankan beliau belajar di Al Azhar. Tidak semua yang belajar di Al Azhar akan mengikut acuan yang dibentuk disana. Malah ada yang tidak pernah belajar disekolah agama namun, ketaqwaan,keimanan dan ilmu agama mereka adalah lebih baik dari yang belajar di sekolah Agama. Mengenai Islam Hadhari, sila rujuk ayat-ayat di dalam Al Quran dan As Sunnah mengenai umat Islam akhir zaman yang cuba mengubah Islam itu sendiri. Itupun kalau anda ingin dan mampu merujuk dan memahami Al Quran dan As Sunnah.

    5. Anda mengatakan bahawa yang baik perlu kita terima walau dari sesiapa pun. Ya memang benar. Walaupun ianya datang dari seorang Yahudi tua, namun jika ianya masih menepati kehendak Al Quran dan As Sunnah, maka wajar kita menerimanya. Namun Barisan Nasional tidak pernah ingin menerima apa sahaja pandangan dan kehendak rakyat (yang tidak mahu dizalimi). Malah pimpinan Barisan Nasional pula sanggup menolak tuntutan BERSIH yang mahukan perjalanan pilihanraya yang telus, bersih dan ada integriti.

    6. Anda mengatakan bahawa Allah memperkenankan Barisan Nasional memimpin negara setiap kali pilihanraya. Adakah anda lupa tentang janji Allah bahawa Allah akan memberikan lebih banyak kemenangan (untung) kepada pihak yang zalim kerana untuk melalaikan mereka dan seterusnya memudahkan Allah membalasnya di Akhirat kelak.Banyak ayat Al Quran mengenai perkara ini. Anda (yang belajar di sekolah Agama) pastinya tahu akan perkara ini, namun mungkin juga Allah S.W.T telah menutup pintu hati saudara mengenai perkara ini.

    7. Anda mengatakan bahawa setiap kali pilihanraya wajar sebenar pemimpin pembangkang nampak jelas kelihatan. Ya benar. Allah akan menunjukkan sifat sebenar semua orang apabila keadaan memerlukan. Malah Allah juga menunjukkan sifat sebenar pemimpin munafiq dalam Barisan Nasional (sebagai Pembangkang di negeri Kelantan).

    8. Anda juga mengatakan bahawa tidak boleh mendoakan sesama muslim dengan doa yang tidak baik. Anda perlu ingat satu perkara iaitu wajar mendoakan doa yang tidak baik kepada sesama muslim jika doa tersebut merujuk kepada kezaliman dan pengkhianatan yang dilakukan oleh saudara muslim tersebut kepada Islam itu sendiri.

    9. Anda mengatakan bahawa nama samaran Ketua Perusuh itu tidak baik. Memang dari segi istilah dan nahu, nama tersebut kurang baik, namun tidakkah anda tahu bahawa ramai pimpinan besar dalam Barisan Nasional/UMNO mempunyai nama yang baik namun sikap mereka yang sebenar amat jauh dari nama mereka. Sebagai contoh saya tunjukkan satu nama yang pemimpin BN/UMNO yang baik dari segi istilah dan nahu namun dirinya penuh dengan maksiat dan kurang sahsiah diri. Cuba anda kaji mengenai nama Dr Rahman Ismail (Bekas ADUN Gombak) yang mempunyai nama yang amat baik (Gabungan Sifat Allah dan Nama Nabi) namun tercerna sifat keji dan rosak akhlak serta maksiat yang telah terbukti dilakukan olehnya.

    10. Anda mengatakan (berkali-kali) bahawa anda belajar di sekolah Agama dan minda ilmiah anda tidak menerima parti yang berjuang untuk agama. Nampak gayanya anda tergolong dalam golongan yang Allah nafikan barakah ilmunya. Ingat apa yang terjadi pada isteri Ayah Pin. Ramai orang yang khatam berkali-kali Al Quran, Hafaz akan isi kandungan Al Quran, Menunaikan Haji dan Umrah berkali-kali, Banyak solat wajib dan sunnat yang dilakukannya namun Allah S.W.T telah menafikan barakah ilmu dan amalnya hanya kerana sifat sombong, bongkak, besar diri dan serta takabbur. Sila kaji apa yang terjadi pada seorang pendita (tinggi amalan dan ilmu agamanya) yang mati dalam kesesatan hanya kerana sedikit sikap takabbur yang ada pada dirinya. Abdullah Ahmad Badawi memang dari keturunan ulama besar dahulu kala, namun tidak semestinya amalan dan imlu keturunannya dapat membentuk dirinya. Dengar-dengarkan juga nasyid kumpulan Raihan yang bertajuk “Iman Mutiara” dan dalami maksud senikatanya.

    Akhir kata dari saya, semoga Allah S.W.T membukakan pintu hati saudara untuk mengenal Islam dengan sebaik mungkin sehinggakan anda dapat membezakan yang sesat dan lagho.

  10. Ahmad said,

    Antara bala-bala yang disebabkan oleh umat itu sendiri ialah Allah akan memberikan mereka pemimpin yang zalim (tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya) sebagai balasan……maka fikir fikirkan….

  11. Ahmad said,

    Malunya saya sebagai orang yang berakar umbikan Johor…..

  12. mat sabun said,

    mana jawapan bagi soalan Harakah byk menipu tu???byk fitnah segala??adakah itu cara Islam??

  13. […] READ MORE HERE This entry was posted in ARCHIVES 2008 by adminK. Bookmark the permalink. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: