16 January, 2008

Simpan, Jangan Tak Simpan Di SSPN!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:21 am by Ketua Perusuh

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah satu daripada skim yang diujudkan oleh pihak Kerajaan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran sebagai satu projek sokongan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Malah SSPN dikendalikan sepenuhnya oleh pihak yang sama seperti PTPTN.

Kita semua sedia maklum bahawa kos pendidikan dan pelajaran di Malaysia saban hari semakin bertambah. Kenaikan kos ini selaras dengan kenaikan taraf hidup rakyat Malaysia (kononnya) dan kejatuhan nilai kuasa beli yang terdapat pada Ringgit Malaysia. Satu masa dahulu, dengan RM50 seorang ketua keluarga boleh menampung kos makan minum selama seminggu, kini dengan kadar yang sama ianya cuma boleh bertahan paling lama dua hari. Bagi yang tinggal dibandar-bandar besar, biasanya nilai RM50 ini cuma bertahan setakat setengah hari sahaja.

Oleh kerana kos pendidikan di Malaysia semakin meningkat naik, tidak dapat tidak sebagai ketua keluarga kita perlukan bantuan (biasiswa atau pun pinjaman) untuk membolehkan anak-anak kita mendapat peluang pendidikan setara. Namun dengan ketiadaan biasiswa Kerajaan Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyukarkan ibubapa mendapatkan pembelaan sewajarnya.

Dalam pada KDNK negara yang kononnya mengunjur dengan begitu baik (atas kertas ketika belanjawan @ bajet) sepatutnya Kerajaan Malaysia masih mampu untuk memberikan bantuan biasiswa pada kadar yang berpatutan. Namun kini kita hanya mampu mengimbau kenangan silam bilamana ramai diantara kita (saya tidak pernah mendapat mana-mana biasiswa walaupun saya berhak mendapatkannya disatu masa dahulu) mendapat biasiswa ketika belajar.

Kini Kerajaan Malaysia menggalakkan semua ibubapa yang inginkan anak-anak mereka mendapatkan pelajaran yang setaraf membuat pinjaman pendidikan. Malah beberapa bank-bank utama tempatan memberikan pinjaman mudah (walaupun banyak dokumen yang diperlukan serta perlukan dua orang penjamin yang berpendapatan melebihi RM2000 sebulan) dengan segera.

Kerajaan Malaysia menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mengwar-warkan bahawa semua pelajar boleh mendapatkan pinjaman mudah dari PTPTN dengan kadar faedah serendah empat peratus. Walaupun begitu pinjaman PTPTN ini sebenarnya banyak menyelindung perkara-perkara penting yang pada akhirnya mengikat peminjam dengan pelbagai kerenah (malah ada kalanya lebih berkerenah daripada ALONG).

Setelah dana yang ada pada PTPTN diselewengkan oleh beberapa pihak yang bersekongkol dengan pengendali PTPTN, kini sebagai bantuan tambahan SSPN pula diujudkan. Dijangkakan seramai 150 ribu akaun baru SSPN akan dibuka demi untuk membolehkan simpanan dibuat untuk kemudahan pendidikan anak-anak. Bagi sesiapa yang tidak membuka akaun SSPN dan menyimpan di SSPN, maka anda tidak akan dapat menggunakan kemudahan pinjaman PTPTN.

Jika anda meminjam wang dari PTPTN, anda akan dikenakan faedah sekitar empat peratus dan juga kos pengendalian pinjaman. Akan tetapi jika anda menyimpan wang di SSPN sebagai satu syarat penting untuk pinjaman PTPTN, anda tidak akan diberikan apa-apa faedah atas simpanan yang anda lakukan itu. Ini menunjukkan bahawa ada pihak yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda atas kesusahan pelajar mendapatkan bantuan pembiayaan.

Sepatutnya jika kita diwajibkan menyimpan di SSPN, maka kita berhak mendapat faedah (keuntungan) daripada simpanan tersebut dan pihak SSPN tidak boleh menafikan hak kita untuk mendapatkan faedah tersebut. Akan tetapi itulah wayang yang biasa dibuat oleh beberapa pihak yang berkepentingan didalam sistem pendidikan negara. Malah pihak Kerajaan Malaysia seperti bersekongkol dengan mereka-mereka ini dan menjadi penyamun kepada hasil titik peluh semua rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian, saya ingin tegaskan bahawa kita berhak menuntut satu kadar faedah yang rasional diberikan kepada semua penyimpan SSPN (sekurang-kurangnya pada kadar 6 peratus atau lebih). Jika tidak maka kita berhak meminta bahawa kewajipan menyimpan di SSPN jika ingin meminjam dari PTPTN dibubarkan atau ditamatkan. Saya ingin menggalakkan anda semua menyimpan dimana-mana tempat lain yang lebih menguntungkan anda dari segi kadar faedah.

Pada pandangan saya SSPN ini adalah satu wayang yang digunakan untuk mengaut keuntungan segera oleh pihak yang berkepentingan dan Kerajaan Malaysia.

9 Comments »

  1. sebol said,

    saya belum kaji lagi konsep sspn, akan tetapi rasanya banyak lagi simpanan alternatif untuk kanak-kanak.

  2. fendi said,

    Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, and perlu merancang dari sekarang. Kami sedia membantu. Untuk itu, kami perkenalkan anda dengan IKHLAS EDUCATION CLASSIC.

    Ianya merupakan pelan yang membantu anda menabung sejumlah kecil wang setiap bulan. Tanpa disedari jumlah yang terkumpul, cukup untuk membiayai pendidikan anak anda di masa depan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan anda perlindungan sekiranya ditakdirkan anak anda meninggal dunia atau kehilangan upaya. Dan anda diberi pilihan fleksibel untuk membuat sumbangan antara 6 hingga 23 tahun sehingga tempoh matang sijil.

    Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education Classic?

    Berikan anak anda nikmat perlindungan insurans di saat anda menabung untuknya. Pelan ini dicipta khusus untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda boleh merancang untuk pendidikan mereka seawal yang mungkin. Dengan pelan istimewa ini akan menikmati manfaat-manfaat berikut:-

    Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
    Sekiranya ditakdirkan berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh menimpa anak anda sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) kepada anda. Sekiranya kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh berlaku sebelum anak anda mencapai umur lima (5) tahun pada harijadi seterusnya jumlah perlindungan yang akan dibayar adalah seperti berikut:-

    Lien Juvenil

    Umur Kematian TPD Peratusan Jumlah
    (Harijadi Berikutnya)
    Sumbangan Dibayar

    1 Tahun 20 %
    2 Tahun 40 %
    3 Tahun 60 %
    4 Tahun 80 %
    5 Tahun Ke Atas 100 %

    Kenapa IKHLAS Education Classic Takaful?

    MANFAAT KEMATANGAN
    Sebaik sahaja sijil matang, anak anda akan menerima secara sekaligus sejumlah wang, setara dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).

    PENGELUARAN WANG TUNAI
    Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.

    PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
    Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.

    ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
    Mereka yang menyertai pelan ini akan diberi anugerah untuk pencapaian cemerlang di peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Manfaat ini hanya akan dibayar sekiranya pada tarikh peperiksaan, sijil telah berkuatkuasa untuk tempoh minimum tiga (3) tahun. Manfaat anugerah adalah RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).

    SYARAT DAN HAD UMUR
    Umur : 30 hari – 12 tahun (umur pada harijadi berikutnya)
    Jumlah had perlindungan : Minimum RM10,000
    Maksimum RM150,000
    Tempoh tamat umur penyertaan : Berdasarkan umur peserta antara 18 – 23 tahun
    Tempoh perlindungan : 6 – 22 tahun

    MENABUNG UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA SAMBIL MENIKMATI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
    Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin, menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.

    * Untuk Maklumat Sila Hubungi : 016 -5191 891 (FENDI)

  3. MCA-reform said,

    Artikel saudara menyimpang dari hakikat sebenar. SSPN memberi dividen sebanyak 4%.. http://www.ptptn.gov.my/c/portal/layout?p_l_id=PUB.1.141
    Janganlah membuat fitnah dan buruk sangka.

  4. Terima Kasih atas komentar saudara/i semua,

    Tuan/Puan MCA-reform,

    Terima kasih atas maklumat yang saudara/i berikan. Untuk pengetahuan tuan/puan, dividen yang diberikan oleh SSPN sebanyak 4 peratus itu sebenarnya adalah kutipan faedah yang dikenakan oleh PTPTN kepada semua peminjam mereka dan bukannya hasil daripada keuntungan simpanan SSPN. Semua peminjam PTPTN dikenakan kutipan faedah pinjaman sebanyak 4% dan juga pembayaran kos operasi pinjaman.

    Oleh yang demikian, maka dividen yang diberikan oleh SSPN kepada semua pendeposite adalah sebenarnya daripada kutipan hasil faedah sebanyak empat peratus (4%) hasil dari pinjaman PTPTN. Setakat ini tiada maklumat yang jelas dimana simpanan SSPN dilaburkan dan diniagakan.

    PTPTN diujudkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai ganti kepada skim biasiswa dan oleh itu adalah menjadi kewajipan Kerajaan Malaysia yang menyediakan dananya dan bukannya memaksa semua rakyat Malaysia membantu kerajaan untuk menyediakan dana yang kemudiannya disalurkan kembali kepada pendeposit dalam bentuk pinjaman.

    Sila bayangkan jika anda ingin membeli sebuah kereta Proton BLM baru bernilai RM40 ribu, dimana anda diperlukan mendepositkan sejumlah wang kedalam EON Bank yang mana anda diberikan faedah keuntungan diatas deposit tersebut sebanyak 4% sebelum anda pula meminjam daripada bank tersebut sebanyak RM40 ribu (yang mana anda dikenakan faedah pinjaman sebanyak 4% atau lebih). Ini bermakna ianya seperti “Kong Kali Kong” dimana faedah yang anda dapat daripada simpanan tersebut sebenarnya adalah apa yang anda bayar daripada faedah pinjaman anda yang mungkin lebih daripada apa yang anda dapat.

    Adakah anda faham apa yang saya tuliskan ini?

  5. amni said,

    wal hasil balik asal… pi mai pi mai tang tu..

  6. hmm..keadaan semakin sulit untuk melanjutkan pelajaran, universiti juga sudah seperti tiada nilai.. menyambung pelajaran akan dijadikan pilihan terakhir sementara menunggu peluang pekerjaan.. mungkin 30 taun akan datang masalah lambakan mahasiswa tidak akan wujud… tapi lambakan kelulusan spm..dan pendidikan rakyat Malaysia paling tinggi setakat spm.. paling- paling pun stpm.. bayangkan keadaan negara kita ketika itu. sedarlah insan, walau apapun idealogi dan pejuangan kita.. pendidikan harus diutamakan. .

  7. Noor Azizan said,

    Salam sejahtera semua.
    Kita ubahkan konsep yang disystemkan sekarang kepada lebih berdaya menolong dan secara tidak langsung membantu rakyat Malaysia supaya kita jadi menang-menang.
    Contoh.
    1.Penabung yang telah mencapai sesuatu amount simpanan dikecualikan interest apabila meminjam dari dana SSPN
    2.Dana yg terkumpul diniagakan untuk dpt kelebihan kepada penyimpan untuk jangka masa panjang.Contoh laburkan ke Equity Fund yg kukuh.
    3.Memberi perlindungan insuran kepada penyumbang.iaiyu jika penyumbang tidak mati,maka dana penyumbang dicukupkan pada satu amount untuk anak penyumbang belajar.
    Ini adalah sebahagian contoh2 yg mudah yg dpt saya berikan.
    Hendaklah sesuatu dana itu dibuat untuk kepentingan pelajar,bukan untuk berniaga dan dapat banyak untung.
    Manuasia tak akan kekal didunia ini kecuali amal jariah.
    Salam untuk rakyat MERDEKA.tak nak lagi dijajah……..

  8. anuar ibrahim said,

    Ketua Perusuh,

    - Saya sgt setuju dgn pendapat MCA-reform yang anda telah membuat fitnah kepada SSPN.

    - Statement anda – “jika anda menyimpan wang di SSPN sebagai satu syarat penting untuk pinjaman PTPTN, anda tidak akan diberikan apa-apa faedah atas simpanan yang anda lakukan itu” sgt terang memberi maksud “tiada faedah jika menyimpan” sedangkan SSPN memberi faedah 4%, dan untuk pelaburan yang tidak berisiko serta mendapat jaminan kerajaan, tawaran ini sgt bagus dan tidak akan didapati di negara lain

    - Penjelasan anda kepada MCA reform untuk membalas kenyataannya juga
    tidak “make sense” untuk org yang berakal

    - Hakikatnya, duit yang dilaburkan akan diberi faedah 4%, keuntungan kepada kerajaan atau sesiapa pun bukan bahan untuk dijadikan argument kerana setiap pelaburan, mmg lumrah badan yang menjalankan kerja2 pelaburan akan turut mendapat faedah <- jika konsep ini pun anda tidak faham, maka mmg patut dikatakan anda tidak layak membuat apa2 kenyataan yang melibatkan kewangan lagi

  9. hajar said,

    belajar jelah rajin2. nanti dapatlah JPA atau biasiswa2 lain. xdelah nak bising2 pasal ptptn.

    bagi aku la, kalau takde ptptn ni, memang aku tak masuk universiti la jawabnya. keluarga susah. result pun kantoi masa matrik. memang menyesal sebab tak belajar rajin2 dulu. nasib baik ada ptptn, Allah beri peluang kedua kat aku untuk terus belajar.

    alhamdulillah, sekarang pointer pun ok. terima kasih kat ptptn kerana buat peraturan kalau dapat ijazah kelas pertama, ptptn akan dihapuskan. aku pun jadi semakin semangat nak belajar semata-mata nak lupuskan ptptn (di samping nak dapat kerja yang baik la!).

    kepada yg nak kutuk2 ptptn sgt, terpulanglah. bagi aku, kita cuma ada masa sekarang. belajar je rajin2. insyaAllah, xpayah bayar balik punya. tapi, bab ni, takde pulak org buat post untuk puji kerajaan ek? haiz, manusia…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: