7 January, 2008

Harga Petrol, Naik Atau Tidak?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:47 am by Ketua Perusuh

Kadang-kadang kita boleh ketawa besar bilamana setiap ramalan yang kita buat menjadi kenyataan. Walaupun ramalan tidak sepatutnya dibuat namun sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari membuat beberapa ramalan. Tahun 2008 ini penuh dengan ramalan-ramalan yang muluk-muluk belaka. Namun jangan lupa ada juga ramalan-ramalan yang mungkin perit untuk kita hadamkan.

Diawal ambang 2008, ramai yang menjangkakan bahawa harga petrol dan diesel akan dinaikkan oleh pihak Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co. Malah telah ada cakap-cakap peringkat tinggi yang menunjukkan kecenderungan kearah meningkatkan harga minyak petrol dan diesel seiring dengan kenaikan harga bahan bakar tersebut dipasaran dunia.

Pada 2 Januari 2008, harga minyak mentah dunia telah cecah paras tertinggi USD$100 setong. Bila kita nilaikan USD$100 setong ini pada Ringgit Malaysia, kita dapati ianya mencecah RM350 setong. Maka bukanlah terlalu mahal harga minyak mentah ini. Namun jangan terpedaya kerana harga ini hanyalah untuk minyak yang belum diproses.

Umum sedia maklum bahawa minyak petrol yang kita gunakan untuk kegunaan kenderaan kita selama ini adalah hasil daripada minyak yang diproses dari minyak mentah yang kita beli dari Timur Tengah. Minyak hasil daripada pelantar minyak (lapangan minyak) tempatan pula kita jual kepada negara asing kerana minyak yang kita miliki adalah berkualiti tinggi (rendah kandungan sulfurnya) berbanding dengan minyak dari Indonesia dan Thailand.

Jadi sewajarnya harga minyak yang kita jual kepada negara asing adalah lebih tinggi daripada harga minyak yang kita beli dari Timur Tengah. Namun itulah keuntungan kasar yang diperolehi oleh Petronas sebagai pemegang monopoli pasaran minyak di Malaysia.

Kini berbalik kepada persoalan utama iaitu adakah harga petrol dan diesel tempatan akan dinaikkan oleh pihak Kerajaan Malaysia setaraf dengan harga minyak mentah dipasaran dunia. Ramai diantara kita yang beranggapan kerajaan Malaysia akan menaikkan harga bahan bakar ini seberapa segera.

Pandangan ini saya bantah kerana;

Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co memang tidak akan menaikkan harga petrol dan diesel dalam jangkamasa yang terdekat ini kerana ianya akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan akan meningkat lebih dari 10% walaupun kenaikan harga bahan bakar ini tidak mencecah 2%.

Abdullah Ahmad Badawi tidak akan menaikkan harga bahan bakar ini sehingga selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun 2008 kerana elemen Pilihanraya Umum yang memungkinkan Barisan Nasional akan kecundang lebih dari 45% kawasan mereka jika Kerajaan Malaysia bertindak menaikkan harga bahan bakar.

Oleh yang demikian, adalah dijangkakan bahawa harga minyak petrol dan diesel serta barangan keperluan dan perkhidmatan tidak akan dinaikkan sebelum Pilihanraya Umum dijalankan. Namun jika keputusan Pilihanraya Umum menyebelahi Barisan Nasional dengan mandat yang besar maka kemungkinan harga petrol dan diesel pastinya akan dinaikkan lebih dari 10%.

Jangan terkejut jika anda dapati bahawa kenaikan harga petrol boleh mencecah RM2.60 sebelum suku kedua tahun 2009. Jadi kepada semua, apa kata kita gunakan basikal dan papan lungsur (skate board) sebagai medium pengangkutan kita seharian. Ianya boleh menyihatkan badan dan seterusnya boleh menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya “Global Warming” dan efek rumah hijau.

10 Comments »

  1. mikebravo said,

    Naik tetap naik….. BN kan Barang Naik…. Kadar yang penting…. Minyak nail harga…. Rakyat naik angin…

  2. dr butiq said,

    zaman Pak Lah semua barang naik yang tak naik satu aje barang………..

  3. Fikiran tak sempit said,

    He He He….aku tahu apa barang yang tak naik di maksudkan dr butiq. Apa pun memang tak patut petrol naik harga, Negara kitakan ada petroleum, petroleum tu untuk siapa sebenarnya ? jangan buat hak sendiri ea! Kononnye kerajaan bagi subsidi petrol untuk rakyat,, aa pirah. ngan atuk aku boleh la kalau nak cakap gitu kat dia. Kesian rakyat, asyik kena tipu aje, tak pasal – pasal aku terlibat sama.

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Kenaikan harga bahan bakar sememangnya sudah biasa didengar di Malaysia dan biasanya ianya akan diikuti dengan semua komoditi lain termasuklah kos perkhidmatan di Malaysia. Selagi penggunaan istilah “Subsidi” minyak dimainkan oleh Kerajaan Malaysia untuk melembutkan hati rakyat selagi itulah kos bahan bakar akan sentiasa naik.

  5. tuke tepok said,

    SALAM PADA KETUA PERUSUH..MINYAK DAH NAIK RM2.70 PERLITER. TAK KAN LA SEMUA HAMBA RAKYAT DIAM JE..BUAT LA RUSUHAN BESAR-BESARAN. PATUTNYA, PAK LAH POTONG GAJI DIA DAN MENTERI2 DULU..TUNJUK LA CONTOH YANG BAIK. DEPA SEMUA DUIT TAK LUAK..SEMUA SPONSOR OLEH KERAJAAN. MINYAK BERAPA MAHAL PUN APA DEPA PEDULI..MOGA ALLAH TUNJUKKAN KEBESARANNYA. INGATLAH DOA ORANG TERANIAYA MUDAH DIMAKBULKAN..SENGSARA LA SEMUA KITA NANTI..

  6. […] dan diesel) yang dinaikkan sehingga 41%. Jangan pula anda semua salah sangka. Saya ketawa kerana telahan (ramalan) mengenai kenaikan harga minyak yang pernah saya buat nampaknya hampir tepat daripada apa yang […]

  7. Aku rakyat Selangor! said,

    Betul apa yg dikatakan dulu sblm PRU yg ke 12,minyak akan jadi pada harga RM2.70. Patut Bn kalah dikesemua tempat dan PKR dapat membentuk kerajaan Pusat, tu lah org2 yg mengundi BN memang bangang sebangang nya.Kenapa saya kata mereka ini bangang,maaf kata, kerana BN dah memerintah kerajaan selama 50 thn dan lbh buruk lagi dgn kepimpinan Pak Lah yg tiada apa2 keistimewaan,yg dah 3 kali naik kan harga minyak,membuat kan rakyat seperti saya sengsara, itu pun sibangang2 ni tak nampak masih kata BN dan Pak lah seorang pemimpin yg baik! Maaf kata kepala bana lu la……..

  8. […] dan diesel) yang dinaikkan sehingga 41%. Jangan pula anda semua salah sangka. Saya ketawa kerana telahan (ramalan) mengenai kenaikan harga minyak yang pernah saya buat nampaknya hampir tepat daripada apa yang […]

  9. Inginkan Kebenaran.. said,

    Mintak kerajaan supaya lebih telus dengan rakyat..minta bentangkan laporan kewangan petronas..ingat! sedangkan nigeria, arab saudi atau mana-mana negara pengeluar minyak mempunyai nilai harga minyak yang rendak (bawah RM1.00), inikan pula Malaysia juga sebuah negara pengeluar yang mempunyai minyak terbaik seharusnya mendapat keistimewaan harga minyak yang berpatutan seperti negara tersebut..wahai para pegawai tinggi kerajaan, bertimbangrasalah skit dengan rakyat yang berpendapatan RM1500 ke bawah..jangan pentingkan pembangunan semata-mata..kalau inginkan pembangunan,beri tumpuan setempat saje..ingat! pembangunan yang terlalu banyak di dalam negara boleh membawa kepada inflasi dan kenaikan harga barang secara mendadak sebab duit yang dilaburkan tidak seimbang diantara pembangunan dan keperluan utama iaitu subsidi kepada rakyat..ingat! jangan nak samakan pendapatan sebulan perkapita rakyat Malaysia dengan negara lain..tolongla pak lah,gunakanla hotak yang Allah kurniakan dengan baik dan bijaksana..ingat! rakyat malaysia tengah menyumpah ranah ANDA, pak lah!!

  10. aKU oRANG sELANGOR said,

    Kita tak boleh buat apa-apa lagi, nak merusuh nanti kena tangkap. Nak memprotes pun tak siapa nak dengar, jadi kenalah beli minyak jugak kalau kereta nak jalan.

    Aku cuma tunggu subsidi air di Selangor je …… bila agaknya!?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: